Sunday, July 21, 2013

RG2011... RE: [TemanHidup] Nasi tomato dgn ayam masak merah

 

Allah....!
Cemane taruh 'cucu' lak eh?

Nenek dah tua cu.. Huhuhu..


From: "aiesha" <store03@yongnam.com.my>

Date: Mon, 22 Jul 2013 09:53:24 +0800

Subject: RE: [TemanHidup] Nasi tomato dgn ayam masak merah

 

 

Cucu cair.. hehehehe

 

From: TemanHidup@yahoogroups.com [mailto:TemanHidup@yahoogroups.com] On Behalf Of Hashim, Fasriana
Sent: Monday, July 22, 2013 9:36 AM
To: TemanHidup@yahoogroups.com; 'respeks_group@yahoogroups.com'; 'chainz_of_frenz@yahoogroups.com'
Subject: [TemanHidup] Nasi tomato dgn ayam masak merah

 

 

OK, hari ni Fas nak kongsi resepi yg Fas masak semalam..

Hehehehe….

 

Asal resepi nasi tomato ni.. Fas ikut majalah RASA, sbb Fas memang tak pernah masak nasi ni sehingga semalam..

Alhamdulillah menjadik… tapi xde gambor…  Jadiknya, gambor ni ehsan incek google jer..

 

 

BAHAN-BAHAN Nasi Tomato:

300 gm beras basmathi (basuh dan tos)  – Fas xde penimbang, fas sukat ikut pot cam masak nasik biasa.. Smalam Fas masak 1 ½ pot.

250 ml air – yang ni pun Fas sukat sama dgn sukatan beras (1 ½ pot atau 1 ¾ pot).. so pandai2 korang laa kalo nak ikut cara Fas ye..

50 gm tomato puree – Kat pasaraya, paling kecik tomato puree yg Fas jumpe 100 gm, so amek separuh je dan separuh lagik berguna masa masak ayam masak merah (cara Fas laaa)

4 sudu besar planta

Sedikit cucu cair

Garam buat perasa

 

2 ulas bawang besar – kisar

2 ulas bawang putih – kisar

1 cm halia kisar

1 batang kulit kayu manis

2 biji bunga lawang

2 biji buah pelaga

3 tangkai bunga cengkih

 

CARA MASAK:

1.       Panaskan periuk, masukkan planta. Tumis bahan kisar, kulit kayu manis + bunga lawang + buah pelaga + bunga cengkih sampai naik bau.

2.       Masukkan tomato puree dan kacau sebati sampai pecah minyak.

** Fas guna periuk elektrik yg masak nasi tu kan.. So, lambat tol nak pecah minyak.. Tunggu punye tunggu, tak dan pun nak pecah minyak Fas dah ke next step:

 

3.       Masukkan beras basmathi + air + susu cair + garam. Kacau sebati. Dan tutup periuk. – Takde sebab nak beli susu cair..HeHe.. Fas guna susu sejat kat umah tu, di campur air je.. dalam 1 ½ - 2  ruas jari tengah..

4.       Bila mula kering air nasi, kecilkan api. Kembur-kemburkan nasi. Tambahkan air jika perlu (kalo kurang air, nasik mentah pulak).

5.       Tutup api bila nasik sudah masak.

** Smalam guna periuk elektrik, nasik tu masak cantik je.. takyah tambah air pun..

** Biasa lawan nasik ni ialah ayam masak merah + acar timun/nenas.. So ikut korang lah nak makan dgn apa ye..

 

*******************************************

 

 

AYAM MASAK MERAH

** Hat ni, resepi belasah Fas sendiri.. Kalo nak gerenti sedap, ikut ler resepi org lain.. hehe..

 

(ihsan incek google)

 

BAHAN-BAHAN:

Ayam – sebelah potong ikut suka atau bahagian rib/peha dalam 6 ketul ke.. (terserah korang laa)

50 gm Tomato puree – lebih atas tu.. (boh lebih pun takpe supaya berkuah sambal gitu)

1 ulas bawang besar – mayang

2 ulas bawang besar – kisar

3 ulas bawang putih – kisar

1 cm halia – kisar

7 biji cii padi – ketuk atau kisar (Fas ketuk sbb kat umah ada yg tak boleh makan pedas)

2 biji cili merah – kisar

Sedikit gula.

 

CARA MASAK:

1.       Goreng ayam. Ketepikan.

2.       Sediakan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar termasuk cili padi + tomato puree sampai pecah minyak.

3.       Masukkan bawang mayang + ayam + gula sikit (sbb tomato puree tu masam masin. Tapi kalo nak manis, ikut korang ar)

4.       Kecikkan api, kacau perlahan supaya ayam tu sebati dgn kuah dalam kuali tu.. Campurkan air sikit jika nak berkuah..

5.       Terserah kalo nak campur kacang peas ke.. (Fas tak suke hehe)

6.       Agak2 sebati, tutup api dan siap utk di hidang!

 

** Kalo ayam banyak, sebaiknya tambah ler bahan kisar tu ye.. sape dah biasa masak, mesti boleh agaknye..

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment