1) BISKUT MAKMUR
1 kati tepung gandum
1 biji telur
½ tin minyak sapi
½ kati kacang tanah
½ kati gula
½ cawan gula kastard
Nota: 1 kati = 500/600 gm.
Cairkan minyak sapi. Kemudian sejukkan. Ayak tepung gandum. Masukkan minyak sapi ke dalam tepung dan gaul rata. Pukul telur dan masukkan ke dalam adunan tepung, ulilah hingga sebati. Kacang tanah digoreng tanpa minyak dan ditumbuk kasar campurkan dengan gula. Adunan tepung tadi digelek dan diterap ikut suka hati bentuknya. Isikan kacang ke dalamnya, kemudian disepit atas dan tepinya lalu dibakar hingga kuning dan taburkan di atasnya dengan gula kastard.
2) BISKUT CHOCOLATE MARBLE
a) Bahan-bahan ( 1 loyang bercutter 10" x 10" )
b) Bahan (utk base biskut)
150g tepung gandum
50g gula kastor
50g serbuk badam
125g butter
50g susu tepung
Bahan (utk hiasan)
200g coklat masakan
1 camb shortening
75g coklat putih
c) Cara-cara :
-Gaul kesemua bahan utk base biskut hingga sebati (adunan akan menjadi serbuk roti).
-Masukkan adunan ke dalam acuan. Tekan adunan sehingga padat dan rata dlm acuan. Cucuk dgn garfu base tersebut.
-Tekan alat pemotong ke dalam adunan bakar pada suhu 180 selama 15 minit.
-Bila biskut masak, keluarkan alat pemotong , biarkan sehingga biskut sejuk
-Cairkan coklat masak & shortening, tuang atas biskut yg telah disejukkan tadi.
-Cairkan coklat putih, masukkan ke dalam beg piping dan lorekkan atas coklat masak
-Tarik coklat putih dengan pencungkil gigi utk dijadikan corak batik.
-Masukkan semula alat pemotong ke dlm biskut. Sejukkan dlm fridge selama 10 minit atau sehingga coklat telah keras dgn cutter sekali.
3) TAT NENAS
Bahan-bahan:
60 gm butter
190 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
Jem Nenas..boleh dibeli dikedai bahan kueh/kek atau...
1 biji nenas ] blend dan masak sampai pekat baru + gula
1/2 cawan air ]
1 cawan gula
Bahan Glaze/pengilat:
2 kuning telur
2 s/kecil air
pewarna kuning
Cara-cara:
1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan.
6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.
7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.
8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.
9. Sapukan dengan bahan glaze tadi.
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.



No comments:
Post a Comment