Thursday, July 11, 2013

RG2011... RESEPI: POPIA BASAH

 

 

BAHAN-BAHAN (Anggaran untuk 12 – 15 biji)

 

INTI :

·         5 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih - dihiris segenggam udang kering - dicuci & ditumbuk kasar sebatang lobak merah - disagat

·         5 helai kacang panjang - dipotong 1 cm

·         1 atau 2 keping tauhu - potong dadu 1cm

·         1/4 biji sengkuang - disagat

Nota:

ü  Ikut suka jika nk tambah sayur2 lain yg di ingini janji bersifat kering

ü  Juga boleh tambah telur yang telah dihancurkan jika mahu.

 

UNTUK KULIT:

·         2 cawan tepung gandum

·         Sebiji telur

·         1 sudu makan cuka

·         1 sudu makan minyak masak

·         1 sudu teh rata garam & air secukupnya.

 

UNTUK SOS:

·         20 tangkai cili kering,

·         5 ulas bawang putih,

·         2 sudu makan bawang goreng - dikisar

·         1 sudu kicap manis,

·         2 sudu sos tiram,

·         1/2 cawan air asam jawa, gula melaka secukupnya, garam secukup rasa.

 

 

CARA PENYEDIAAN:

 

1.  PENYEDIAAN INTI/SOS/ KULIT :

 

a)      MASAK INTI; panaskan sedikit minyak, tumis bawang hiris hingga layu, masukkan udang kering dan tumis hingga kering. Masukkan carrot, tauhu, & kacang panjang. msk ngn api besar dan pantas supaya tak berair. Last skali masukkan sengkuang. Sesuaikan rasa garamnya dan angkat - ketepikan.

 

b)      MASAK SOS;  campurkan semua bahan dlm periuk bersama 1 cawan air. Masak hingga pekat sambil disuaikan asam garamnya mengikut selera masing2 ya..

 

c)       MEMBUAT KULIT; gaul sebati semua bahan menggunakan tamgan. adunan hendaklah pekat/kental seperti adunan cekodok/cucur/jemput2. Angkat adunan & dihempas2kan hingga kenyal mcm getah. PERAP 3,4 jam.

 

2. Setelah diperap, panaskan kuali - Sapu minyak dgn nipis atas kuali tu (Guna tuala kecil @ tissue)

Sama macam buat lempeng tradisional, jadi jangan guna minyak banyak. Atau guna kuali tanpa minyak adalah lebih baik.

 

3. Dgn tangan ambil sejemput besar adunan lalu di lenserkan atas kuali dgn cepat & nipis.bawa/tarik adunan serata kuali. (bnda ni kena praktis la..hehe.. tp sbnarnya senang je..)

 

4. Adunan yg lebih tu kaut & masukkan balik dlm mangkuk brsama yg lain. agak kalau panas, sengetkan kuali, kaut lh ngn sudu lebihan doh tu.

 

5. Biar beberapa minit sebelum diangkat tanpa terbalikkan. (masak sebelah je sebab nipis)

6. Ambil sekeping kulit popia, sapukan sos keatasnya.. Jangan terlalu banyak, nanti lencun sangat bila gulung boleh koyak.

 

7. Isikan inti, lalu gulung lah ikut citarasa/kreativiti masing2..

 

 

ps: Korang beli lah kulit popia siap tu kot… cam leceh je Fas rasa…  Hehehee…

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment