Thursday, July 11, 2013

RG2011... RESEPI TOMYAM SEDAP (PES BUATAN SENDIRI)

 

Resepi : Azie Kitchen

Diolah : Cik Tiqa

 

 

Bahan Pes Tomyam:

 

7 ulas bawang merah    Tiqa gantikan dengan 2 biji bawang besar yg besar gila .

1/2 biji bawang besar

3 biji cili merah    Tiqa tak letak , tengok kat pasaraya tak segar , malas nk beli .

10 biji cili kering  Tiqa masukkan 2 senduk cili kering yang dah dikisar oleh mama malam tadi .

1 inci lengkuas

3 batang serai

1 sudu besar udang kering

4 helai daun limau purut

1 inci belacan - bakar    Baru perasan belacan dalam peti ais dah expired T___T So tak letak !

Air asam jawa

Gula dan garam

 

 

Cara cara :

 

·         Semua bahan di atas di kisar kecuali Air asam jawa, gula dan garam .

·         Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar .

·         Masukkan air asam jawa, garam dan gula.

·         Masaklah sehingga menjadi pes tom yam. 

·         Boleh dibuat banyak banyak dan simpan.

 

 

Bahan Sup Tomyam :

 

Ayam - potong kecil   Tak letak sebab Tiqa tak nak campur makanan laut dengan darat :) Makanan laut (udang, sotong, lala)

1 labu bawang besar-di potong 6  Tiqa hiris mayang je

5 ulas bawang putih-di ketuk

1 inci lengkuas - di ketuk

2 batang serai - di ketuk

6 helai daun limau purut    Tiqa hiris dengan pisau

2 biji buah tomato - belah 6   Tak letak

2 ketul kiub tomyam    Letak 1 kiub je .

1 sudu besar sos ikan   Tak letak , rasa menyesal tak letak . Elok letak ye .

2 biji limau nipis   Tinggal sebiji je dalam peti ais .

3 sb susu cair    Tiqa letak 4 sb

6 biji cili padi-di ketuk

Garam

Daun ketumbar

 

Sayuran :  Bunga kubis .  Tiqa letak bunga kubis je sebab nak praktikkan 1 jenis sayur sekali makan (nasihat ustazah) Karot Cendawan Putik jagung

 

 

Cara cara :

 

·         Rebus ayam beberapa minit . Masukkan bawang besar , bawang putih dan daun limau purut , serai , cili padi dan lengkuas .

·         Lepas tu masukkan sotong dan udang atau apa apa makanan laut yang disukai. Biarkan sebentar .

·         Bila sudah sebati mendidih , masukkan sayur sayuran dan cendawan . Kemudian masukkan pes tom yam yang sudah kita buat awal awal tadi , sos ikan , perahan limau nipis dan garam .

·         Tutup api masukkan susu cair dan daun ketumbar . 

·         Bolehlah dihidangkan semasa masih panas panas .

 

 

 

Tip: Tiqa nasihatkan korang buat pes banyak-banyak . Kalau boleh doublekan apa yang Tiqa buat . Sebab Tiqa termasak dalam kuantiti yang banyak dan Tiqa rasa pes tu tak cukup . So kalau korang terlebih letak air ke at least korang ada pes yang banyak boleh cover . Lagi pun tak rugi sebab pes tu boleh simpan . Boleh masak untuk paprik atau nasi gorang tomyam ! 

 

 

ps: aik, paprik guna pes? Fas tak guna pun.. he he

 

 

 

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment