Tuesday, July 23, 2013

RG2011... Sianr Harian di TH 240713 bersamaan 15 Ramadhan 1434H

 

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Seniwati Umi Kalthum meninggal dunia

Oleh: NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH

Tarikh: July 24, 2013

SENIWATI veteran Datin Umi Kalthum meninggal dunia awal pagi tadi.

Berita ini disahkan oleh Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Menurut Zed Zaidi, Allahyarham meninggal dunia di rumahnya di Taman Ukay Perdana Saujana Melawati.

"Allahyarham meninggal dunia pada jam 4.30 pagi.

"Jenazah dijadualkan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Klang Gate, Hulu Klang, sebelum solat Zuhur, " katanya.

Umi Kalthum, ataupun nama sebenarnya Patimah Bahaudin, merupakan heroin filem Melayu klasik yang terkenal sebagai Putih dalam filem Bawang Putih Bawang Merah (1959).

Beliau juga pernah dipilih sebagai Wanita Melayu Paling Jelita di Asia pada zaman kegemilangannya oleh sebuah majalah di Australia.

Allahyarham, yang berasal dari Lenggeng Negeri Sembilan, pernah digelar sebuah majalah antarabangsa sebagai "Wanita Melayu Paling Jelita" di seluruh Singapura dan Malaya.

Beliau juga pernah dipilih sebagai Wanita Melayu Paling Jelita di Asia pada zaman kegemilangannya oleh sebuah majalah di Australia.

Allahyarham Umi Kalthum juga merupakan ibu kepada pelakon Noor Kumalasari dan ibu tiri kepada Anita Sarawak.

 

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

SPR jangka 75-80 peratus keluar mengundi

Oleh:

Tarikh: July 24, 2013

KUALA BESUT - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan peratusan keluar mengundi bagi pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Besut hari ini mampu mencapai lingkungan 75 hingga 80 peratus.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata sehingga 11 pagi, sebanyak 7,356 atau 44.49 peratus daripada 16,534 pengundi telah keluar menunaikan hak masing-masing.

Beliau berkata pemerhatian SPR sejak pusat mengundi dibuka pada 8 pagi mendapati pengundi dan penyokong kedua-dua parti cukup berdisiplin dan patuh kepada arahan yang dikeluarkan.

Lapan pusat mengundi dibuka untuk PRK Kuala Besut itu dan akan ditutup pada pukul 5 petang kecuali di SK Pulau Perhentian ditutup pukul 3 petang.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan Endot@Azlan Yusof dari Pas, dan keputusan dijangka diumumkan pada pukul 10 malam.

Sementara itu Wan Ahmad dan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mencabar Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli supaya mengulangi di luar Parlimen, kenyataannya yang mengaitkan mereka dengan pembekal dakwat kekal, di Dewan Rakyat pada 16 Julai lepas.

Abdul Aziz memberi Rafizi tempoh seminggu untuk mengulangi semula kenyataan itu di luar dewan dan tindakan selanjutnya akan diputuskan dengan peguam mereka selepas itu.

Beliau berkata Rafizi tidak boleh menggunakan imuniti sebagai anggota Parlimen untuk membuat tuduhan melulu sedangkan mereka tidak berpeluang menjawab tohmahan yang dibuat.

"Amat menyedihkan kerana nama kami disebut dan kami tak dapat jawab. Speaker dah minta ulang sebut kenyataan di luar dewan tetapi beliau tak sebut nama saya, nama Datuk Wan dan jawatan kami (di luar) sebaliknya hanya sebut kepimpinan SPR," katanya pada sidang media sempena hari pengundian PRK Kuala Besut di Dewan Majlis Daerah Besut di sini.

Bagaimanapun tuduhan Rafizi itu telah pun mereka berdua nafikan sejurus kenyataan itu tersebar, katanya.

Rafizi ketika perbahasan pada 16 Julai itu antara lain menyebut Abdul Aziz dan Wan Ahmad sebagai individu yang mempunyai hubungan rapat atau mengenali dengan rapat kontraktor yang mendapat kontrak bagi membekalkan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas.  - Bernama

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Polis: Pengundian sehingga tengah hari lancar

Oleh:

Tarikh: July 24, 2013

KUALA BESUT - Proses pengundian PRK Dun Kuala Besut melibatkan lapan pusat mengundi berjalan lancar dan terkawal setakat 12 tengah hari.
   
Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Hamzah Mohd Jamil berkata pihaknya berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian di semua pusat tersebut meskipun terdapat kekecohan kecil di beberapa pusat mengundi.
   
Katanya sejak pusat pengundian mula dibuka 8 pagi tadi, hampir 31 peratus pengundi telah menjalankan tanggungjawab sehingga 10 pagi.
   
"Setakat ini kami berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian dan sejak 6 pagi, pasukan keselamatan telah ditempatkan di seluruh pusat pengundian bagi memastikan semua dalam keadaan baik," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, di sini hari ini.
   
Menurutnya keadaan trafik agak perlahan di beberapa tempat kerana pertembungan dengan penduduk yang keluar bekerja dan sikap pemandu yang memperlahankan kenderaan mereka.
       
Beliau turut meminta penyokong kedua-dua parti bertanding agar mematuhi arahan yang ditetapkan bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini berlaku.
    
Kira-kira 3,000 anggota polis termasuk 200 pegawai terbabit dalam PRK Kuala Besut bagi mengawal perjalanan kempen dan hari mengundi, sejak 12 Julai lalu.
   
PRK itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman menentang calon Pas Endot@Azlan Yusof.
   
Ia diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Dun Kuala Besut Dr A. Rahman Mokhtar pada 26 Jun lepas akibat kanser paru-paru. - Bernama

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Georgetown tumpuan pengemis setiap Ramadan

Oleh:

Tarikh: July 24, 2013

GEORGETOWN - Setiap kali Ramadan, bandar raya Georgetown dibanjiri ratusan pengemis bermusim dari luar Pulau Pinang bagi mengambil kesempatan daripada umat Islam yang mahu meningkatkan amal kebajikan.
    
Menurut Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang Zulkifli Ismail, kebanyakan mereka adalah warga tempatan yang datang dari Kedah, Perak dan Perlis selain warga asing seperti Myanmar dan Kemboja.
    
Pemerhatian jabatan mendapati mereka ini saling berebut tempat untuk dijadikan "kawasan" masing-masing sehingga berlaku pergaduhan, katanya kepada pemberita selepas Ops Pengemis dan Kutu Rayau, di sini malam tadi.
    
Katanya antara lokasi tumpuan pengemis terbabit ialah bazar Ramadan, Masjid Kapitan Keling serta pusat membeli-belah dan mereka lazimnya berkumpul bermula 1 petang hingga 10 malam.
    
Pendapatan mereka ada yang menjangkau RM100 sehari, katanya.   
    
Katanya dalam operasi yang bermula pukul 3 petang hingga 10 malam itu, JKM menahan 24 orang termasuk tujuh kanak-kanak berusia antara dua dan lima tahun.
    
"Ada kes pengemis beristeri dua dan mempunyai lima anak dan terdapat juga satu keluarga gelandangan terdiri daripada ibu bapa, anak lelaki, menantu dan tiga cucu.
    
"Kesemua yang ditahan adalah warga tempatan dan kita belum tahu perkahwinan mereka berdaftar atau tidak," katanya.
    
Menurutnya orang gelandangan yang ditahan akan ditempatkan di pusat perlindungan sementara atau rumah kebajikan JKM. – Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Dua lori bertembung

Oleh: Norshikin Mohd Salleh

Tarikh: July 24, 2013

SENAI – Tiga parah dalam nahas jalan raya di Kilometer 27 Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, dekat sini kira-kira 10.30 pagi semalam, membabitkan dua buah lori.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Zulkefly Yahya berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sebuah lori telah masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah lagi lori.

"Sebuah lori yang sedang dalam perjalanan dari arah Johor Bahru telah masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah lori lain yang datang dari hadapan.

"Kejadian menyebabkan tiga mangsa cedera parah dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut," katanya.

Mangsa yang terlibat, Hazir Md Nor, 30, iaitu pemandu lori bernombor pendaftaran JKN9996; Viknes Subramaniam, 30, pemandu lori bernombor pendaftaran JGW 2396 dan kelindannya yang masih belum dikenalpasti identitinya.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Motosikal hilang kawalan berlanggar sama sendiri

Oleh: Ridauddin Daud

Tarikh: July 24, 2013

KUALA KANGSAR - Seorang pelajar maut manakala seorang lagi parah apabila motosikal yang ditunggang mereka merempuh antara satu sama lain di KM 6, Jalan Kati-Chegar Galah, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.20 malam itu, Muhammad Najmuddin Hassan, 14, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala seorang lagi penunggang motosikal, Muhamad Azrin Abd Radzak, 17, cedera parah.

Kedua-dua mangsa tinggal di kampung yang sama, Kampung Jarau Enggor dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beluru.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Gaffar Mohammad berkata, siasatan awal polis mendapati, insiden berlaku apabila motosikal yang ditunggangi Muhammad Najmuddin hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan.

Menurutnya, motosikal yang ditunggang Muhamad Azrin yang ketika itu dalam perjalanan dari arah Kati menuju ke Chegar Galah tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan motosikal mangsa.

"Pertembungan secara depan-depan antara dua motosikal itu menyebabkan kedua-duanya parah, seorang daripada mereka meninggal dunia di tempat kejadian," katanya kepada Sinar Harian.

 

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

2 remaja Orang Asli maut dilanggar kereta

Oleh:

Tarikh: July 24, 2013

KUANTAN - Dua remaja Orang Asli terbunuh selepas motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di Km 146.1 Jalan Kuantan-Johor Bahru dekat Rompin malam tadi.
   
Menurut Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim, nahas berlaku pukul 11.55 malam ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Johor Bahru menghala ke Kuantan.
   
"Di tempat kejadian dipercayai Kie a/l Lee, 18, yang menunggang motosikal jenis Yamaha itu tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta tersebut.
   
"Akibat itu, mangsa dan rakannya, Ahwan a/l Sita, 15, masing-masing dari Perkampungan Orang Asli Batu 3 Jalan Sabak, Rompin mati di tempat kejadian akibat cedera teruk di kepala, tangan, kaki dan badan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
   
Katanya pemandu kereta jenis Proton Wira berkenaan, Sit Man Hang, 40, seorang peniaga berasal dari Kampung Chamang, Bentong hanya mengalami kecederaan ringan.
   
Beliau berkata siasatan awal mendapati kedua-dua remaja terbabit tidak memakai topi keledar dan tidak memiliki lesen memandu yang sah semasa kejadian.
   
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - Bernama

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Bayi lelaki ditinggalkan di surau hospital

Oleh:

Tarikh: July 24, 2013

BUTTERWORTH - Orang awam yang menunaikan solat Asar di surau Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini petang semalam terkejut apabila menemui bayi lelaki yang ditinggalkan di hadapan surau itu.
   
Jurucakap polis berkata bayi yang dipercayai berusia tiga bulan dengan berat lima kilogram itu ditemui pada pukul 4.35 petang.
   
"Ketika ditemui bayi itu dipercayai baharu sahaja ditinggalkan kerana sebelum mereka bersolat bayi berkenaan belum diletak di situ," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
   
Menurutnya bayi yang dibalut dengan selimut itu ditinggalkan bersama susu, tuala dan baju. 
   
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Azman Abd Lah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.
   
"Bayi itu berada di HSJ sekarang ini dan dalam keadaan sihat, siasatan masih diteruskan bagi mengesan individu yang membuang bayi berkenaan," katanya yang meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. - Bernama

 

 

 

----------------------------

Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.

 

This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment