Wednesday, July 24, 2013

RG2011... Sinar Harian di TH 250713 bersamaan 16 Ramadhan 1434H

 

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Madinah dinaik taraf lepas musim haji

Oleh:

Tarikh: July 25, 2013

MADINAH - Kerajaan Arab Saudi akan membangunkan Madinah seperti apa yang dilakukan di Makkah pada masa ini bagi memberikan khidmat terbaik kepada umat Islam di seluruh dunia yang datang ke dua tanah suci itu bagi menunaikan haji, umrah dan ziarah.
    
Proses menaik taraf besar-besaran bandar Madinah terutama Masjid Nabawi akan bermula sebaik sahaja selepas musim haji tahun ini.
    
Timbalan Pengurus Besar (Madinah) Kementerian Haji Mohammad Al-Arabi berkata berikutan usaha pembangunan tiga tahun bermula di Makkah selepas musim haji tahun lalu, proses menaik taraf yang sama akan dijalankan di Madinah.     

" Seperti yang anda semua tahu ada projek hebat di Makkah, pembesaran Masjidil Haram, kini tiba masa bagi Madinah (Masjid Nabawi). Projek pembesaran itu sudahpun diluluskan Raja Abdullah.
    
Melalui projek pembesaran itu, Masjid Nabawi akan dapat menampung 1.6 juta jemaah berbanding 800,000 orang sebelum ini.
    
" Ia berterusan secara selari. Ia merupakan pembesaran sepenuhnya. Proses awal sebenarnya telah bermula. Ia akan diteruskan tanpa mengganggu mereka yang tinggal di Madinah," katanya kepada wartawan Malaysia di sini.
   
Sebelum itu, beliau mengadakan perbincangan dengan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Datuk Ismee Ismail.
    
Makkah kini dibangunkan secara besar-besaran. Ini membabitkan pembesaran Masjidil Haram termasuk meruntuhkan sebahagian masjid itu bagi memperbesar ruang solat.
    
'Mataf', satu kawasan sekitar Kaabah, juga akan diperluaskan bagi membolehkan bilangan jemaah melakukan tawaf sekeliling Kaabah ditingkatkan kepada 130,000 berbanding 48,000 sebelum ini.
    
Berikutan kerja menaik taraf kemudahan haji di Makkah, Arab Saudi terpaksa mengurangkan bilangan jemaah haji dari seluruh dunia tahun ini sebanyak 20 peratus dan 50 peratus jemaahnya bagi memastikan keselamatan dan keselesaan jemaah haji.
    
Sementara itu, Al-Arabi berkata Kementerian Haji mendapatkan pandangan dari jemaah haji sebelum ini dan akan berusaha meningkatkan khidmatnya bagi musim haji tahun ini.
    
" Tahun ini kami beri perhatian terutamanya bagaimana kita mahu jemaah haji benar-benar berpuas hati. Kami mahu berada lebih dekat dengan jemaah..terutamanya mengenai hal ehwal haji. Kami akan memberi perhatian kepada mereka sebagai pelanggan kami.
    
" Kami benar-benar mahu perjalanan mereka selamat. Kami juga tidak mahu mereka menghabiskan masa berkenaan prosedur terutama di lapangan terbang dan kaunter pertanyaan. Kami mahu mereka terus sahaja ke tempat penginapan mereka.Kami hanya mahu mereka berasa begitu dekat dengan Allah. Jemaah yang datang dari seluruh dunia hanya mahu mencapai matlamat ini," katanya.
    
Katanya sebagai sebahagian daripada proses meningkatkan perkhidmatan, mereka mahu berada dekat dengan jemaah haji dan juga ingin tahu kesan dan nilai perkhidmatan yang disediakan kepada jemaah selain mendengar pandangan jemaah haji.
    
Mengenai kerjasama di antara kementerian dan Tabung Haji, Al-Arabi berkata beliau benar-benar bangga dengan kerjasama antara kedua pihak itu yang telah dapat membantu ramai rakyat malaysia menunaikan ibadah haji.
    
" Kami dengar pandangan mereka (Tabung Haji) dan mereka mendengar pandangan kami," katanya. - Bernama

 

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Ratu cantik: Jawi buka kertas siasatan

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: July 25, 2013

SHAH ALAM – Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) bertindak buka kertas siasatan atas kesalahan menghina atau menyebabkan dipandang hina berhubung pertandingan ratu cantik.

Siasatan itu di bawah Seksyen 7, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559).

Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali berkata, di bawah undang-undang itu, agama Islam memperuntuk mana-mana orang secara lisan atau bertulis atau dengan gambaran yang tampak atau dengan apa-apa cara lain, menghina agama Islam atau menyebabkan agama Islam dipandang hina.

"Selain itu, tindakan mempersendakan, mengajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama atau mempersendakan atau menyebabkan dipandang hina mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan berhubung agama Islam.

"Berdasarkan akta termaktub sekiranya disabitkan kesalahan, individu berkenaan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya," katanya.

Che Mat merujuk laporan media bertajuk 'Peserta Islam Nekad Tanding Ratu Cantik' berhubung isu empat peserta Islam pertandingan Ratu Cantik Malaysia yang dibatalkan penyertaan mereka, berkeras bertanding bagi merebut gelaran Miss World Malaysia 2013 pada 2 Ogos ini.

"Berdasarkan artikel itu, dua peserta menyatakan kekecewaan mereka dengan fatwa yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan seumpama itu.

"Untuk makluman, fatwa itu diwarta 8 Februari 1996 di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam Wila-yah Persekutuan 1993 (Akta 505) memutuskan bahawa menyertai atau anjur atau menyumbangkan apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik adalah haram dan berdosa bagi orang Islam. Oleh itu, kenyataan itu dianggap hina Islam," katanya.

 

 

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

12 kes pecah rumah di KB, Pasir Mas selesai

Oleh:

Tarikh: July 25, 2013

PASIR MAS - Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam beberapa kes pecah rumah dalam serbuan ke sebuah rumah di Pusu 40, Lubuk Jong di sini, semalam.

Turut ditahan dalam serbuan pada pukul 6.30 petang itu ialah seorang wanita mengandung berusia 28 tahun yang dikatakan isteri seorang daripada lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Haliludin Rahim berkata dengan penahanan itu, polis percaya dapat menyelesaikan 12 kes pecah rumah di Kota Baharu dan daerah ini.

"Kesemua mereka didapati positif dadah, manakala dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes curi motosikal, curi kereta, samun dan dadah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata polis turut merampas dua kereta jenis Honda Accord dan Toyota Innova serta sebuah motosikal Yamaha LC yang dipercayai dicuri di Kota Baharu.

Turut ditemui ialah empat televisyen LCD, tujuh skrin komputer, lima komputer riba, dua set 'home theater', satu alat pemotong besi dan pelbagai alat pecah rumah, katanya.

Beliau berkata kesemua mereka yang berusia antara 18 dan 31 tahun itu direman tiga hari bermula hari ini. - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Pemilik kilang kasut rugi jutaan ringgit

Oleh:

Tarikh: July 25, 2013

NIBONG TEBAL - Sebuah kilang membuat kasut di Jalan Kilang, di sini kerugian jutaan ringgit apabila kilang itu musnah dijilat api semalam.
   
Kebakaran melibatkan 10 gudang produk, tiga bangunan pengeluaran dan dua bangunan pejabat.
   
"Hanya sebuah bangunan pejabat tidak terbakar,"  kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Azmi Tamat.
   
Ketika kejadian terdapat 35 pekerja dalam kilang itu dan kesemua mereka sempat menyelamatkan diri.
   
"Kami menerima panggilan pada pukul 5.01 petang dan enam jentera dengan kekuatan 24 pegawai dan anggota terlibat dalam operasi itu. Kami turut dibantu 130 anggota bomba sukarela," kata Azmi.

Beliau berkata kebakaran dapat dikawal kira-kira sejam selepas kejadian tetapi sehingga pagi ini anggota bomba dan penyelamat masih berusaha memadamkan sepenunhnya kebakaran itu kerana kebanyakan barang dalam kilang berkenaan ialah getah.
   
Azmi berkata pihaknya menghadapi kesukaran untuk memadamkan kebakaran kerana masalah bekalan air dan kedudukan kilang itu agak jauh daripada pili bomba.
   
Punca kebakaran dan jumlah sebenar kerugian masih disiasat.
   
Pemilik kilang berkenaan yang enggan dikenali berkata beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh seorang pekerjanya.
   
"Tiada barang yang dapat diselamatkan, rugi jutaan ringgit,"  kata lelaki itu. 
- Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Polis P.Pinang serbu 3 premis judi

Oleh:

Tarikh: July 25, 2013

GEORGETOWN - Polis menahan empat lelaki dan merampas 36 set komputer yang telah diubahsuai untuk dijadikan alat permainan judi dalam tiga serbuan di sekitar pusat bandar malam tadi.
    
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP Mohd Nasir Salleh berkata hasil risikan selama beberapa hari mendapati pemilik kedai judi terbabit membuat laluan rahsia di belakang premis masing-masing.
    
Beliau berkata dalam serbuan di Lebuh Noordin, Gat Lebuh Macallum dan Jalan Air Itam itu polis menahan tiga penjaga kedai dan seorang pemain judi. Mereka berusia 20 hingga 60 tahun.
    
Kesemua premis perniagaan itu tiada papan tanda dan pintu hadapan ditutup, membuatkan ramai menyangka tiada operasi perniagaan di tempat itu.
    
"Mereka hanya membuka pintu belakang dan membenarkan pelanggan yang dikenali sahaja masuk setelah melihat dari CCTV (kamera litar tertutup)," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
    
Mohd Nasir berkata pemilik premis boleh didakwa di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntuk denda atau penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
    
Pemain judi itu ditahan untuk membantu siasatan, bagaimanapun boleh dihukum penjara dan denda jika sabit kesalahan, di bawah akta yang sama, katanya. - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Alvin, Vivian akhirnya dibenar jamin

Oleh: SITI AZIELAH WAHI

Tarikh: July 25, 2013

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini, membenarkan permohonan pasangan kontroversi, Alvin dan Vivian, untuk diikat jamin sebanyak RM30,000 setiap seorang dengan dua penjamin serta mengenakan beberapa syarat tambahan selepas mendengar hujahan peguam dan pihak pendakwaan, hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Azman Hussin membuat keputusan itu terhadap permohonan yang dikemukakan pasangan tersebut untuk diikat jamin minggu lepas.

Bagaimanapun mahkamah menolak permohonan untuk mengadakan perbicaraan secara berasingan, sebaliknya mengekalkan keputusan mahkamah sesyen, untuk menjalankan perbicaraan atas tiga tuduhan yang dihadapi mereka secara serentak.

Sebelum ini mereka terpaksa meneruskan kehidupan masing-masing dipenjara Kajang dan penjara Sungai Buloh, apabila, hakim mahkamah sesyen tidak membenarkan kedua mereka diikat jamin.

Pasangan kontroversi itu didakwa  atas tiga tuduhan kerana mempersendakan umat Islam dan bulan Ramadan,  mempamerkan gambar lucah minggu lepas.


AKAN MENYUSUL

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Kuarters terbiar selepas kejadian hitam

Oleh: Amrullah Abdul Karim

Tarikh: July 25, 2013

HULU BERNAM - Selepas berlaku kematian seorang wanita di Kuarters Pusat Haiwan Kecil dekat Taman Golden Wood di sini dua tahun lalu, kuarters tersebut terus terbiar dan mencacatkan pemandangan.

Penduduk kampung berdekatan yang hanya mahu dikenali sebagai Azim, 22, berkata, persekitaran kuarters ditumbuhi semak samun dan tidak pernah dibersihkan.

"Kalau lalu kawasan ini tidaklah seram pun tapi tetap ada bahayanya sebab ada penduduk yang berjalan kaki untuk sampai ke rumah mereka.

"Lagi pun kedudukannya dekat dekat pondok bas, jadi kalau ada perkara tidak diingini mungkin boleh berlaku. Malang sememangnya tidak berbau," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurutnya, beberapa orang lelaki pernah dilihat masuk ke kawasan kuarters itu namun tidak diketahui tujuannya.

Katanya, kebiasaannya tempat yang terbiar semak akan menjadi tempat binatang berbisa.

Peniaga di kawasan berdekatan turut menggesa pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya untuk membersihkan kawasan tersebut kerana dibimbangi menjadi tempat kegiatan tidak sihat.

Menurut Cheah, 42, keadaan semak di sekitar kuarters mengundang rasa tidak selesa kepada peniaga di kawasan itu.

Menurutnya, pihak berwajib sepatutnya bertindak membersihkan kawasan itu atau mengambil langkah sewajarnya dan tidak membiarkan keadaan begitu saja.

"Kalau boleh bersihkan kawasan itu. Kalau masih nak digunakan mesti mahu bersih tapi kalau tidak robohkan saja," katanya.

Pada 9 Oktober 2011, seorang suri rumah ditemui mati berlumuran darah di atas katil di kuarters tersebut.

Mangsa yang juga seorang peniaga nasi lemak di Pekan Hulu Bernam dan dipercayai mati akibat dipukul.

Sejak itu, kuarters tersebut tidak lagi dihuni dan terbiar.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Kena ugut hampir setiap minggu

Oleh: Amrullah Abdul Karim

Tarikh: July 25, 2013

BATANG KALI - Seorang pengusaha hotel bajet di sini diselubungi ketakutan  apabila sering didatangi dua lelaki yang meminta wang dan mengugut menembaknya jika aduan dibuat kepada polis.

Low Kwang Beng, 34, berkata, kejadian itu berlaku hampir setiap minggu sejak insiden samun di hotelnya 13 Jun lalu.

"Kali terakhir mereka datang minggu lalu dan kebiasaannya mereka selepas jam 12 tengah malam.

"Mereka mendesak saya menyerahkan RM1,000 setiap bulan dan jika saya beritahu perkara ini kepada polis, mereka ugut akan tembak saya," katanya.

Menurutnya, pada kejadian sebelum ini, dua lelaki itu dipecayai orang sama datang lebih kurang jam 12.30 dan bertanyakan sama ada terdapat seseorang datang menuntut bayaran RM1,000.

"Saya bimbang keadaan ini dan meminta polis mengadakan rondaan berterusan di sini bagi menjaga keselamatan nyawa dan harta kami.

"Saya amat berterima kasih di atas tindakan pantas anggota polis menangkap dua lelaki yang menyamun hotel saya pada Jun lalu tapi saya sangat berharap polis dapat tingkatkan lagi pengawasan di sini," katanya.

Menurutnya, perniagaannya semakin merosot berikutan kehilangan pelanggan disebabkan gangguan gangster terbabit.

Dalam kejadian 13 Jun lalu, seorang pekerja wanita di hotel bajet sama diserang dua penyamun bersenjata pisau rambo jam 3 pagi.

Dua penyamun lelaki terbabit mendesak mangsa menyerahkan wang serta telefon bimbit sambil menghunus pisau di kepalanya.

Dalam kejadian itu, mangsa kerugian RM4,000, namun tindakan pantas polis berjaya menangkap penyamun beberapa minit kemudian.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Mayat lelaki terapung

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: July 25, 2013

BENUT - Mayat seorang lelaki dipercayai lemas lebih 24 jam ditemui dalam keadaan terapung berhampiran Kampung Nelayan Benut di sini, lewat petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin berkata, seorang penduduk di situ memberitahu kepada polis melihat seorang lelaki terjatuh ke sungai kira-kira jam 6.30 petang, Isnin lalu.

Beliau berkata, susulan aduan penduduk itu, gerakan mencari dan menyelamat mangsa dilakukan bersama anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba Pontian Jalan Alsagoff, dan meluaskan pencarian sehingga ke sekitar Sungai Benut.

"Jam 7.25 petang, mayat lelaki yang lengkap berpakaian itu ditemui terapung di Sungai Benut.

"Keadaan mayat lelaki berusia lewat 20an itu berkeadaan elok dengan tiada sebarang kecederaan dan dibawa ke Hospital Pontian untuk dibedah siasat," katanya.

Katanya, mayat mangsa telah dikenal pasti oleh keluarganya yang membuat laporan mengenai kehilangannya di Balai Polis Benut, pagi semalam.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

JPJ: Ops Selamat dilancar 1 Ogos

Oleh:

Tarikh: July 25, 2013

GUA MUSANG - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan akan mengadakan Ops Selamat sempena musim perayaan ini di semua jalan utama dan lokasi yang kerap berlaku kemalangan maut di negeri ini.

Pengarahnya Abdul Ghani Kassim berkata operasi itu akan bermula 1 Ogos hingga 18 Ogos dan antara jalan yang dikenal pasti ialah Jalan Kuala Lipis-Gua Musang, Jalan Gua Musang–Kuala Krai, Jalan Kota Baharu–Jeli dan Jalan Kota Baharu-Pasir Puteh.

Ops Selamat akan membabitkan 120 anggota dan pegawai JPJ yang diarah bertugas 24 jam di semua kawasan itu, katanya kepada pemberita selepas 'Ops Pengarah' di Stesen JPJ Mentara, di sini hari ini.

Ops Pengarah dari 8 malam hingga 2 pagi itu melibatkan 40 anggota dan pegawai JPJ dengan tumpuan diberi kepada pemeriksaan pengangkutan awam khususnya bas ekspres dari Kota Baharu ke Kuala Lumpur.

Sebanyak 260 kenderaan diperiksa dan 30 saman dikeluarkan kepada pemandu membabitkan pelbagai kesalahan termasuk lesen memandu tamat tempoh, tiada lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh, katanya. - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Ditembak selepas balik bersenam

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: July 25, 2013

KLUANG - Seorang lelaki berusia 46 tahun cedera parah setelah ditembak yang terkena di bahagian badannya dalam kejadian di kawasan tempat letak kereta Taman Rekreasi Gunung Lambak, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa yang baru selesai berjoging didatangi suspek ketika dia sedang menaiki keretanya.

Bagaimanapun cubaan membunuhnya gagal apabila mangsa berjaya memecut keretanya kira-kira tiga kilometer sebelum mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Enche' Besar Hajjah Kalsom Kluang.

Mangsa dipercayai seorang ahli perniagaan itu kini dilaporkan stabil.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd Ali ketika mengesahkan kejadian berkenaan berkata, polis sedang menjalankan siasatan lanjut dari pelbagai aspek.

"Sehingga saat ini, pihak kami masih belum mengetahui jenis senjata dan motif suspek yang membuat serangan terhadap mangsa.

Apa yang pasti suspek telah melepaskan beberapa das tembakan terhadap mangsa. Malah, pelbagai kemungkinan boleh berlaku jika dilihat daripada sudut kerjaya mangsa.

"Namun, saya menasihatkan agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi kerana ianya akan mengganggu proses siasatan yang kami sedang jalankan ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, semalam.

Abdul Majid berkata, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 307 kanun keseksaan dan boleh dikenakan hukuman penjara maksima 20 tahun jika sabit kesalahan.

"Orang ramai juga tidak perlu merasa bimbang untuk berkunjung ke kawasan rekreasi tersebut kerana kejadian seperti ini amat terpencil dan ianya hanya menumpukan kepada individu tertentu sahaja.

"Polis juga sedang menjalankan sekatan jalan di semua jalan masuk dan keluar dari bandar Kluang ini mulai petang kelmarin untuk mengesan suspek terbabit," katanya.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Nenek tabah jaga enam cucu

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: July 25, 2013

KOTA TINGGI - Seorang nenek mengambil alih tanggungjawab menjaga enam cucunya selepas kematian ibu mereka sejak empat tahun lalu.

Sepiah Musa, 68, berkata, sejak pemergian anaknya itu akibat menghidap penyakit kronik, semua cucunya kini bergantung hidup dan menetap dengannya di  rumah sewa di Felda Pasak, di sini.

Menurutnya, dengan bantuan  daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan, wang itulah yang digunakan untuk  membayar sewa rumah sebanyak RM110  dan membeli keperluan  harian mereka.

"Hanya seorang cucu makcik yang baru tamat sekolah,  manakala yang lain masih bersekolah. Malah, salah seorang daripada cucu makcik adalah kategori orang kurang  upaya (OKU) lembam.

"Jika hendak diikutkan, wang bantuan yang diterima daripada JKM setiap bulan tidak mencukupi untuk menampung kehidupan kami.

"Tambahan pula dengan tahap kesihatan dan usia makcik sekarang ini, tidak ada siapa yang mahu mengambil makcik bekerja," katanya kepada  Sinar Harian ketika menerima lawatan sempena program U Care anjuran Kedai Kasut You.

Pada lawatan tersebut, Sepiah terpilih menerima sumbangan  sebanyak RM500 daripada kedai  kasut tersebut.

Hadir sama, Pengurus Besar Kumpulan Kasut You, Gan Jackson, Pengurus Pemasaran Kedai Kasut You Sdn Bhd, Nicky Mak; Senior Supervisor Kedai Kasut You cawangan Kota Tinggi, Tai Bee Chu dan Ketua Kampung Seluyut, Abd Razak Ibrahim.

Sepiah yang terharu menerima sumbangan tersebut berkata, wang tersebut akan digunakan untuk  membayar hutang di kedai runcit yang masih tertunggak, selain turut merancang untuk membeli pakaian baru untuk Syawal nanti.

"Alhamdulillah, rezeki kami pada tahun ini. Terima kasih kepada  pihak yang prihatin dengan nasib kami.

"Sebelum ini makcik hanya memakai baju terpakai yang disedekahkan orang ramai dan jika ada wang lebih, dapatlah kami merasa pakaian baru tahun ini," katanya.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Lesap dalam 15 saat

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: July 25, 2013

KUALA LANGAT - Dalam masa tidak sampai 15 saat, pemilik sebuah stesen minyak kerugian RM8,300 selepas premisnya di Batu 7, Sijangkang dirompak sekumpulan penjenayah, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.30 malam itu, pemilik stesen minyak itu bersama dua pekerjanya sedang bersiap untuk menamatkan operasi sebelum didatangi empat lelaki menaiki dua motosikal.

Salah seorang suspek mengacukan parang ke arah pemilik stesen minyak dan merampas bungkusan plastik mengandungi wang hasil jualan berjumlah RM8,300 sebelum melarikan diri ke arah Klang.
 
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan berkata, stesen minyak itu sudah dua kali dirompak sebelum ini dipercayai dilakukan kumpulan sama.

"Kumpulan ini menjadikan stesen minyak di tempat yang sunyi sebagai sasaran rompakan," katanya

Beliau berkata, siasatan awal ke atas salah sebuah motosikal Honda EX5 yang dinaiki suspek mendapati cukai jalan motosikal itu sudah tamat tempoh dan nombor pendaftaran yang digunakan adalah palsu.

"Saya menasihatkan pemilik stesen minyak supaya memasang CCTV di premis mereka bagi memudahkan pihak polis membuat pengecaman," katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu samun berkumpulan menggunakan senjata.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Dua beradik jadi penyamun

Oleh: HASNIZA HUSSAIN

Tarikh: July 25, 2013

KUALA LUMPUR - Empat penyamun termasuk dua beradik yang aktif merompak kedai KK Mart dan 7 Eleven di Cheras, Sentul dan Brickfields sejak Januari lalu, ditahan polis dalam dua serbuan baru-baru ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, tangkapan pertama dibuat pada Sabtu lalu di tempat letak kereta di Bandar Baru Selayang, Selayang.

Beliau berkata, dalam serbuan kira-kira jam 8.15 malam itu, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 28 tahun dan turut merampas sebuah kereta Proton Satria dipercayai kenderaan digunakan sewaktu melakukan rompakan di premis 24 jam terbabit.

Susulan penahanan itu katanya, polis kemudiannya menyerbu sebuah rumah di kawasan Flat Sri Sabah, Bandar Permaisuri, di sini, semalam.

"Serbuan dijalankan antara jam 12.55 hingga 3 pagi itu berjaya menahan tiga lagi suspek lelaki, termasuk dua beradik berusia 23 dan 16 tahun.

"Dua beradik itu serta seorang lagi rakan mereka berusia 48 tahun adalah ahli kumpulan sama yang terlibat melakukan rompakan dengan suspek ditahan di Selayang," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, turut dirampas tujuh telefon bimbit yang disamun di kedai KK Mart serta beberapa helai kemeja-T, termasuk sepasang yang mempunyai logo sebuah stesen televisyen tempatan.

Khairi berkata, kesemua baju itu digunakan suspek ketika melakukan rompakan dan polis masih mengesan beberapa senjata seperti pisau dan parang yang digunakan sewaktu kejadian.

Beliau berkata, dengan penahanan empat suspek terbabit, pihaknya percaya sudah menyelesaikan 10 kes membabitkan samun premis 24 jam di tiga daerah terbabit.

"Kita percaya mereka sebenarnya terlibat dalam banyak kes lagi dan kini direman lima hari untuk siasatan lanjut," katanya.

Menurutnya, semakan awal menunjukkan suspek berusia 48 tahun memiliki rekod jenayah berkaitan rompakan, manakala suspek berusia 16 tahun tidak bersekolah.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

2 premis salah guna sijil halal

Oleh: NORMAWATI ADNAN & ROSDALILAH ZAHARI

Tarikh: July 25, 2013

IPOH – Belum menerima pengesahan sijil halal, tetapi sudah berani mempromosikan bufet Ramadan.

Itu antara kesalahan yang berjaya dikesan Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) dalam Ops Ramadan yang dijalankan bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Perak di sekitar ibu negeri, semalam.

Pengarah Jaipk, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, perkara itu dilihat serius kerana penggunaan perkataan 'bufet Ramadan' boleh mengelirukan umat Islam.

Menurutnya, kesalahan di bawah perbahasaan halal dilakukan pengusaha itu ternyata bertentangan dengan peraturan ditetapkan kerana ia menimbulkan keyakinan bahawa makanan yang disajikan halal, walaupun tidak mendapat pengiktirafan jabatan.

"Ini sesuatu yang kita ragukan. Pengusaha tidak wajar menggunakan kesempatan pada bulan mulia ini dengan sewenang-wenangnya untuk mengaut keuntungan.

"Lebih membimbangkan, ada antara pengendali makanan berkenaan didapati menggunakan bahan berunsur tidak halal dalam masakan yang disediakan," katanya ketika ditemui, semalam.

Operasi membabitkan 19 anggota dan pegawai itu juga mendapati, ada pengusaha mencampuradukkan barangan halal dan tidak halal di dapur.

Daripada pemeriksaan yang dibuat, ada pengusaha memberi alasan kononnya permohonan pengesahan sijil halal sedang dalam proses, namun apabila disemak tiada sebarang permohonan dibuat.

Mohd Yusop berkata, itu adalah situasi dan taktik penipuan biasa digunakan oleh pengendali restoran serta hotel yang beroperasi tanpa pengesahan halal dari jabatan berkaitan.

"Dalam hal ini, kita mengingatkan semua umat Islam agar lebih berhati-hati dengan memilih restoran halal bagi mendapat keberkatan puasa. Mereka boleh membuat semakan secara terus kepada Jaipk atau di laman facebook Jaipk," katanya.

Dalam operasi itu, dua pengusaha (restoran dan hotel) yang baru beroperasi dua bulan disiasat di bawah Seksyen 16 Akta Perihal Dagangan 2011 kerana didapati mempromosikan bufet Ramadan tanpa sijil halal yang sah.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

MB arah siasat kes keracunan

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: July 25, 2013

IPOH – Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengarahkan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) menyiasat kes 36 murid Sekolah Kebangsaan Guru Kalgidhar, Buntong mengalami keracunan makanan dipercayai berpunca daripada makanan yang dijual di kantin sekolah.

Menurutnya, langkah itu perlu memandangkan kes keracunan makanan tidak boleh diambil mudah, malah pihaknya bersedia dengan tindakan tegas sekiranya didapati berlaku kecuaian ketika menyediakan makanan kepada murid.

"Tindakan segera perlu diambil kerana kejadian ini melibatkan anak-anak kita yang sedang menimba ilmu, kerajaan negeri amat prihatin dengan kes tersebut dan kita mahu langkah-langkah pencegahan segera diambil untuk menangani masalah tersebut.

"Apa-apa pun kita tunggu laporan lengkap daripada JPN dan kita harap laporan menyeluruh dapat dilakukan segera," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Perak di sini, semalam.

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Warga emas lari lintang-pukang

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: July 25, 2013

TANJUNG PIANDANG – Seorang warga emas lari lintang-pukang meninggalkan meja jualan yang dipenuhi filem cakera padat digital (DVD) sebaik melihat kehadiran anggota penguat kuasa Kementerian Dalam Negeri di kaki lima hadapan Sekolah Jenis Kebangsaan Nam Hua di sini, kelmarin.

Pengarah Bahagian Kawalan Penapisan filem dan Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Perak, Zaki Mohamed berkata, suspek yang berusia 60- an itu menjual DVD dengan menyasarkan penduduk sekitar termasuk pelajar sekolah sebagai pelanggan.

"Suspek berjaya melarikan diri, namun kita merampas sejumlah 4,135 keping DVD pelbagai filem yang tiada Perakuan B. Kesemua rampasan bernilai RM28,945,.

"Suspek menjual DVD berkenaan pada harga sekitar  RM5 hingga RM20 seunit," katanya di sini, semalam.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Baling kerusi ketika mesyuarat MIC

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: July 25, 2013

BANDARAYA MELAKA - Mesyuarat agung tahunan MIC kawasan Pantai Peringgit, malam kelmarin bertukar kecoh apabila pertengkaran meletus yang turut melibatkan kerusi dibaling ke arah pengerusi cawangan.

Kekecohan mula meletus apabila sebahagian ahli meminta pengerusi berhenti bercakap apabila beliau memulakan ucapannya.

Difahamkan, tindakan sekumpulan kecil ahli itu disebabkan rasa tidak puas hati mereka atas beberapa isu yang mereka dakwa membabitkan pengerusi cawangan berkenaan.

Balingan kerusi itu bagaimanapun tidak mengenai beberapa pemimpin kanan MCA negeri yang turut dijemput untuk mesyuarat berkenaan, yang pada ketika itu sedang berada di atas pentas.

Berikutan kekecohan, mesyuarat terpaksa ditangguhkan, sementara Ketua Penerangan MIC negeri, Datuk K Basil yang hadir pada malam itu cuba menenangkan keadaan.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Tergamak ragut warga emas

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: July 25, 2013

REMBAU – Hasrat seorang warga emas untuk membeli sepasang baju raya tidak kesampaian apabila dia diragut seorang penjenayah sewaktu dalam perjalanan ke perhentian bas di Kampung Senama Masjid, dekat sini, semalam.        

Dalam kejadian kira-kira 8.15 pagi itu, mangsa, Nabibah Kulup, 72, mahu ke pekan untuk mengambil ubat darah tinggi di Klinik Kesihatan Rembau.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan, dia dihampiri seorang lelaki bermotosikal memakai topi keledar ketika melalui laluan bersemak.

"Pada mulanya lelaki itu bertanyakan arah jalan, tapi tiba-tiba dia merentap beg tangan yang saya kepit pada ketiak. Saya cuba rampas semula beg tangan itu tapi terbantut apabila terlihat pisau di poket seluar penjenayah terbabit," katanya.

Nabibah berkata, dia segera mendapatkan bantuan penduduk kampung sebelum membuat laporan di Balai Polis Rembau.

Berikutan kejadian itu, dia kehilangan wang sebanyak RM300, selain kad bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kad pengenalan, buku akaun Tabung Haji dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Padah curi wang tabung masjid

Oleh: Muhayudin Salleh

Tarikh: July 25, 2013

ROMPIN – 'Harapkan pegar, pegar makan padi,' begitulah perumpamaan sesuai diberikan kepada seorang pengawal keselamatan masjid yang ditahan pihak polis sekitar jam 6.15 pagi 22 Julai lalu kerana mencuri wang tabung Masjid Tengku Mahkota Abdullah, di sini.

Ketua Polis Daerah (IPD) Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, suspek ditangkap pihak polis ketika sedang menjalankan tugas di masjid tersebut.

"Hasil siasatan pihak polis, suspek yang bekerja di masjid tersebut sebagai pengawal keselamatan, ditangkap kerana mencuri wang dalam dua tabung besi masjid tersebut iaitu tabung untuk derma anak yatim dan tabung derma kebajikan masjid," katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun menurut Johari, wang yang dicuri hanya RM30 masih lagi berada dalam simpanannya ketika ditangkap.

Menurutnya, suspek berumur 39 tahun itu dipercayai sudah beberapa kali melakukan kegiatan  terkutuk tersebut berdasarkan laporan diterima daripada pihak masjid.

"Ini bukanlah kali pertama pihak polis menerima laporan mengenai kes sama, sebelum ini sudah beberapa kali dan kali ini suspek berjaya ditangkap.

"Hasil siasatan, pihak polis turut mendapati suspek mempunyai empat rekod kesalahan narkotik dan satu rekod berkaitan jenayah," katanya.

Dalam masa sama, Johari menyarankan supaya merujuk kepada pihak polis terlebih dahulu sebelum mengambil mana-mana individu untuk menjadi pengawal keselamatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Peniaga bazar Ramadan gigit jari

Oleh: SARINAH MAT KASIM

Tarikh: July 25, 2013

SEREMBAN – Gara-gara menggaji pekerja asing, dua pemilik gerai menerima padah apabila kesemua barangan perniagaan mereka disita Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dalam Ops Bazar di Dataran Senawang, di sini, malam kelmarin.

Gerai yang menjual pakaian wanita, songkok dan samping, manakala sebuah lagi menjual permaidani dikesan menggaji pekerja lelaki warga Myanmar dan Pakistan berusia lingkungan 20-an.

Ketua Unit Operasi MPS, Anidah Mohd Nazri berkata, sewaktu pemeriksaan, dua pekerja asing itu sedang leka melayan pelanggan di gerai masing-masing.

"Ketika pemeriksaan, pemilik gerai tiada di situ. Kedua-dua warga asing ini tiada permit kerja sah dan diambil peniaga untuk menjaga gerai," katanya.

Menurutnya, selain kedua-duanya ditahan untuk siasatan lanjut, MPS menyita kesemua barangan jualan dianggarkan bernilai RM24,000.

Dalam operasi sama, Anidah berkata, MPS memeriksa 274 peniaga di bazaar berkenaan dan daripada jumlah itu, seramai 23 peniaga dikenakan kompaun atas pelbagai kesalahan termasuk tidak mempunyai atau mempamerkan lesen perniagaan.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Dua hotel di Kuantan kena amaran

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: July 25, 2013

KUANTAN - Dua hotel tidak mempunyai sijil halal di bandar ini dikenakan amaran semalam berikutan mempamerkan iklan berbuka dan bersahur kepada orang ramai tanpa sijil halal yang sah.

Dalam serbuan dilakukan Pegawai Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dan Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri mendapati, sebuah hotel di Lorong Hj Abdul Rahman 1 tidak pernah memohon sijil halal, manakala sebuah hotel di Jalan Gambut pula tidak memperbaharui sijil halal.

Ketua Unit Pengurusan Halal Jaip, Noridzuan Abdul Manan berkata, bagi kesalahan itu, pengurusan hotel diberi amaran bertulis dan diarahkan menurunkan iklan serta-merta.

Menurutnya, tindakan tegas itu diambil bertujuan mengingatkan pengurusan hotel bahawa makanan untuk berbuka puasa perlu bersih dan suci.

"Lebih menyedihkan apabila satu daripada hotel itu tidak pernah memohon sijil halal.
Bagaimana mereka boleh menyediakan menu untuk umat Islam yang berpuasa?

"Bagaimanapun, mereka akur dan menerima notis itu tanpa sebarang masalah, selain mengikut arahan menurunkan iklan bufet dipamerkan di hadapan hotel," katanya, semalam.

Beliau berkata, Jaip akan meneruskan pemantauan dari masa ke masa ke atas semua premis makanan di negeri ini termasuk restoran menyediakan bufet Ramadan.

Noridzuan turut mengingatkan orang ramai supaya membuat pilihan bijak dan berbuka puasa di premis yang mempunyai sijil disahkan halal sahaja bagi mendapat keberkatan sempena Ramadan.

"Jangan terpedaya dengan sebarang promosi murah yang diuar-uarkan pemilik hotel atau premis makanan kerana kita mahu ibadah lebih berkat dalam bulan mulia ini," katanya.

Jaip sebelum ini pernah memberi amaran bahawa penggunaan perkataan seperti 'Buffet Ramadan',  'Buffet Berbuka Puasa' dan seumpamanya boleh menjadi satu kesalahan di bawah Perintah Perihal Dagangan  (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

Jika sabit kesalahan, pengusaha boleh dikenakan denda tidak melebihi RM200,000 dan bagi kesalahan kedua, tidak melebihi RM500,000 bagi suatu pertubuhan.

Bagi individu pula, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali dan bagi kesalahan kedua, boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau dipenjarakan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Tujuh gerai ditutup, dikompaun

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: July 25, 2013

KEMAMAN – Sebanyak tujuh buah gerai di bazar Ramadan seluruh Kemaman ditutup dan dikenakan kompaun dalam tempoh bermula 1 Ramadan hingga 22 Julai lalu ekoran gagal mematuhi aspek kebersihan yang ditetapkan.

Pegawai Kesihatan Daerah Kemaman, Dr Mohd Anuar Abd Rahman berkata, tindakan kompaun itu dilakukan oleh Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) di mana kesemua gerai terbabit dikompaun sebanyak RM100.

Bagaimanapun, menurutnya, dalam tempoh sama, pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kemaman tidak menerima sebarang aduan mengenai penjualan lauk basi atau kes cirit birit dan penyakit taun ekoran membeli makanan di bazar Ramadan.

"Sehingga hari ini kebanyakan pengusaha bazar Ramadan mematuhi peraturan dalam memastikan semua makanan yang dijual bersih dan selamat.

"PKD Kemaman juga turut mengambil 10 sampel makanan dan minuman di bazar Ramadan dan dihantar ke makmal bagi memastikan kualiti makanan dan minuman yang dijual agar tidak mendatangkan penyakit kepada pembeli," katanya ketika melawat dan menyampaikan cenderahati kepada peniaga di Bazar Ramadan Jalan Padang, dekat sini, Isnin lalu.

Terdapat lima bazar Ramadan yang digazetkan secara rasmi di Kemaman termasuk Bazar Ramadan Jalan Padang yang menempatkan sebanyak 170 buah gerai yang menjual pelbagai minuman dan juadah berbuka puasa.

Lawatan itu diadakan bersama MPK dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Cawangan Kemaman melibatkan keseluruhan kakitangan berjumlah 40 orang.

Katanya, lawatan itu bagi memberi kesedaran kepada peniaga agar mengutamakan kebersihan dan tidak hanya memikirkan keuntungan jualan semata-mata.

Mengulas lanjut mengenai kompaun yang dikenakan terhadap peniaga, Dr Mohd Anuar berkata, denda yang dikenakan itu untuk mendidik peniaga agar sentiasa memastikan tahap kebersihan terjaga bagi mengelak pembeli terkena penyakit bawaan air dan bawaan makanan.

"Bahkan semua peniaga bazar Ramadan yang berlesen sebelum ini kita telah berikan suntikan imunisasi tifoid untuk elak penularan penyakit yang saya sebutkan tadi," katanya.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Terbabas elak anjing melintas

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: July 25, 2013

PORT DICKSON – Akibat mengelak seekor anjing, kereta Perodua Myvi dinaiki tiga sekeluarga terbabas dan termasuk dalam parit di Jalan Sua Betong ke Port Dickson, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira 8.15 malam itu, mangsa, Azurin Kamarudin, 26, bersama isterinya, Fasha Rosmadi dan anak mereka berusia dua tahun dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Sungai Raya, Pasir Panjang  selepas berbuka puasa di Seremban.

Fasha berkata, dia memandu kereta berkenaan, sementara suaminya duduk di tempat penumpang hadapan sambil memangku anaknya yang sedang tidur.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, saya tiba-tiba terlihat seekor anjing melintas jalan. Saya terkejut dan tidak dapat mengawal kereta lalu terbabas ke dalam longkang di bahu jalan.

"Ketika itu, kereta masih bergerak dan hanya terhenti kira-kira 30 meter," katanya.

Sementara itu, Azurin berkata, sebaik saja berhenti, dia dan isteri terdiam seketika akibat terperanjat, sebelum orang ramai membantu.

"Saya hanya memeluk erat anak agar tidak terlepas dari pelukan," katanya.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Cubaan ceroboh rumah gagal

Oleh: MOHD AZLIM ZAINURY

Tarikh: July 25, 2013

MARANG - Hasrat seorang lelaki yang juga penagih dadah berusia 44 tahun dipercayai cuba memecah masuk sebuah rumah tidak kesampaian apabila kehadirannya disedari tuan rumah di Kampung Batu 10, Bukit Payung, di sini.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam itu, suspek ditemui bersembunyi di belakang rumah selepas pengadu membuat pemeriksaan apabila terdengar bunyi mencurigakan.

Menurutnya, sebaik sahaja melihat suspek terbabit, pengadu berusia 24 tahun itu menyergah dan cuba menangkap suspek, bagaimanapun suspek terbabit bertindak agresif dan berlaku pergelutan antara pengadu dan suspek.

"Pada masa sama, pengadu menjerit meminta bantuan. Bapanya yang terdengar jeritan kemudiannya meminta bantuan beberapa jiran untuk membantu anaknya dan akhirnya suspek berusia 44 tahun itu berjaya ditangkap.

"Pengadu bengkak pada dahi dan luka di lutut akibat bergelut dengan suspek manakala pihak polis menemui peralatan dipercayai untuk tujuan pecah rumah bersama suspek selepas pemeriksaan dibuat," katanya.

Ahmad Mazlan berkata, suspek yang berasal dari Kampung Bukit Depu, Kuala Terengganu itu kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marang dan kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

'Daya penarik' pengemis cilik

Oleh: MOHD ISKANDAR OTHMAN

Tarikh: July 25, 2013

GEORGETOWN - Meraih kutipan sehingga RM100 hingga RM150 sehari, itu yang diperoleh sekumpulan pengemis dan gelandangan dengan hanya berlegar-legar di sekitar kawasan Masjid Kapitan Keling dan beberapa kawasan tumpuan orang ramai di sini.

Jika membawa kanak-kanak sebagai 'daya penarik', mungkin jumlah kutipan harian mereka akan semakin meningkat.

Namun tanpa disedari, perbuatan menggunakan kanak-kanak untuk tujuan mengemis adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 32 Akta Kanak-kanak yang boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-dua sekali.

Tetapi itu senario yang dapat dilihat di sekitar bandaraya ini apabila ada keluarga yang sanggup membawa anak-anak kecil untuk meraih simpati dan mengharap ihsan orang ramai.

Ada ibu yang memangku bayi kecil sambil duduk di kawasan tumpuan ramai dan kelihatan juga kanak-kanak yang diberi bekas kecil untuk meminta-minta.

Dalam Operasi bersepadu menyelamatkan pengemis dan gelandangan yang dilakukan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kelmarin, seramai tujuh kanak-kanak berusia dua hingga 12 tahun berjaya diselamatkan.

Mereka yang berpakaian kusam dilihat berlegar-legar di sekitar kawasan Masjid Kapitan Keling sebelum berlari ketakutan ke arah ibu bapa masing-masing selepas melihat kelibat sepasukan pegawai JKM yang mahu menyelamatkan mereka.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Patah tangan gara-gara Ronaldo

Oleh:

Tarikh: July 25, 2013

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang menyaksikan perlawanan persahabatan Real Madrid menentang Bournemouth patah pergelangan tangan selepas terkena bola rembatan Cristiano Ronaldo.

Charlie Silverwood yang ketika itu duduk di belakang tiang gol Bournemouth tidak sempat mengelak rembatan padu Ronaldo dari jarak 35 meter.

Bagaimanapun, Silverwood enggan berganjak dan terus menyaksikan perlawanan persahabatan itu sehingga wisel penamat.

"Ia sangat menyakitkan. Ronaldo pemain termahal dunia telah menyebabkan tangan saya patah," kata Silverwod.

Menceritakan detik cemas itu, Silverwood berkata pada mulanya dia melihat bola rembatan Ronaldo tepat menuju ke gawang gol namun tersasar pada saat akhir dan menuju ke tempat duduknya.

"Saya tidak sempat bangun dan gunakan tangan untuk elak bola terkena muka," katanya.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Durian tak laku di bulan puasa

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: July 25, 2013

BALING - Satu bakul dijual hanya RM50, itulah harga yang ditawarkan oleh kebanyakan peniaga durian di sekitar daerah ini kepada pembeli.

Faktor persekitaran terutamanya pada bulan puasa kini menjadikan harga raja buah itu semakin jatuh.

Peniaga, Mohd Khairul Azhar Shuib, 27, berkata, harga buah berkenaan menurun sehingga mencecah 40 sen untuk sekilogram.

"Biasalah waktu Ramadan, bukan tak ada yang beli, tapi kurang. Kebanyakan pembeli adalah bukan yang beragama Islam," katanya.

Menurutnya, durian yang dijual dalam bakul mendapat sambutan menggalakkan terutama kepada pemborong yang ingin mendapatkan bekalan buah terbabit.

"Harga memang murah, kualiti buah juga baik, jadi jualan memang sangat memuaskan" katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Khairul berkata, dia terpaksa menurunkan harga durian bagi mengelak lambakan buah, tambahan pula musim durian Perak akan bermula.

"Selepas raya, durian Perak akan mula dijual, jadi, kita kenalah habiskan durian sedia ada, kalau tidak buah akan rosak dan terpaksa dibuang," katanya.

Sementara itu, seorang lagi peniaga, Mohd Sobri Aziz, 21, berkata, faktor bulan puasa menjadikan jualan buah durian ini semakin merudum.

Menurutnya, durian yang berharga RM20 bagi setiap longgok terpaksa diturunkan kepada RM 10 berikutan kurangnya sambutan pembeli.

"Memang berbeza dengan tahun lepas. Tapi, nak buat macam mana, bulan puasa jatuh pada musim durian pula.

"Bukan tak ada langsung pembeli, tetapi tidaklah begitu menggalakkan," katanya.

Mohd Sobri berkata, orang luar merupakan pembeli utama berbanding penduduk tempatan di sekitar daerah ini.

"Memang jarang orang tempatan beli, depa pun ada kebun durian. Jadi kebanyakannya memang orang luar yang lalu di kawasan ini," katanya.

Ditanya adakah dia akan turut menyambung jualan durian bagi musim durian Perak, Mohd Sobri berkata, dia akan menumpukan pada jualan pisang pula.

"Saya nak habiskan buah durian ini. Kalau ambil durian Perak, takut jadi lambakan buah pula," katanya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, tidak ramai peniaga yang menjual raja buah itu berbanding tahun lepas dan kebanyakannya menjual dalam jumlah yang sedikit.

Hanya terdapat kira-kira empat gerai buah durian di tepi jalan Pekan Kupang sehingga ke Baling berbanding tahun lepas yang melebihi lima gerai hanya bagi satu kawasan.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Hilang empat insan tersayang

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: July 25, 2013

PASIR MAS – Tarikh 22 Ogos 2011 mungkin tidak meninggalkan sebarang makna buat kebanyakan orang, tetapi bagi Siti Fatimah Hamat,46, detik itu menjadi sejarah hitam buat dirinya dan anak-anak apabila empat insan tersayang terlibat kemalangan ketika menghantar tiga anak ke sekolah.

Lebih memilukan, dua daripadanya, iaitu anak keduanya, Muhamad Nur Iman yang ketika itu berusia 12 tahun pergi menghadap ilahi pada hari kejadian dan diikuti suaminya, Zakaria Awang,67, seminggu selepas mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Kemalangan Ramadan 2011 itu turut menyebabkan Muhammad Azhar Fitri,11, cedera parah dan tidak mampu menggerakkan tangan dan kaki kanannya sepertimana sebelum kejadian.

Bukan itu sahaja, dia juga tidak mampu bercakap sekadar boleh menggunakan bahasa isyarat jika mahukan sesuatu sehingga menyebabkan Siti Fatimah dan keluarga yang menetap di Banggol Che Dol ini buntu.

Bagaimanapun, takdir tuhan tiada siapa yang mampu menduga, enam bulan kemudian, Muhammad Azhar Fitri mampu bertutur  tetapi tetap tidak mengingati kemalangan yang telah meragut nyawa abang dan ayahnya ketika menghantar mereka ke sekolah.

Dia hanya tahu mereka empat beranak termasuk adik bongsunya, Muhammad Farhan,7, terlibat kemalangan.  

Kehilangan dua ahli keluarga Ramadan 2011 itu juga  menyebabkan Siti Fatimah dan anak-anak tidak teruja menyambut Ramadan dan Aidilfitri seperti tahun-tahun sebelumnya dan hanya membuat persiapan ala kadar sahaja pada hari yang ditunggu-tunggu umat Islam seluruh dunia itu.

 Baginya, sambutan Aidilfitri mereka sekeluarga berubah selepas kejadian itu.

Bagaimanapun dia pasrah hilang tempat bergantung dan hanya mengharapkan bantuan Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membiayai persekolahan anak-anaknya.

"Saya tidak bekerja, hanya mengharapkan bantuan JKM.

"Bantuan tersebut saya gunakan untuk keperluan anak yang masih bersekolah di samping membeli keperluan hari raya," katanya.

Sementara itu, ibu saudara kanak-kanak ini, Siti Aminah Hamat,41, berkata, bagi meringankan beban kakaknya, dia menghantar dan mengambil dua anak saudaranya dari sekolah.

Menurutnya, dia tidak kisah untuk mengambil alih tugas arwah abang iparnya menghantar dan mengambil anak saudaranya di Sekolah Kebangsaan Pohon Tanjung demi melihat mereka berjaya dalam pelajaran.

"Anak saya turut belajar di sekolah sama, jadi saya mengambil keputusan mengambil dan menghantar mereka dari sekolah setiap hari," katanya.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Anwar vs Shafee di mahkamah

Oleh: YUSOF HARUN

Tarikh: July 25, 2013

AKHIRNYA Anwar Ibrahim akur dan secara tidak langsung 'surrender' kepada hakikat  setakat karisma semata-mata bukanlah jalan ke Putrajaya. Pandai bercakap sahaja tidak menjamin apa-apa.

Sebaliknya laluan bagi seseorang pemimpin untuk menjadi perdana menteri lebih sukar dari berjalan kaki merentasi Gurun Sahara.

Kita harus ingat ramai terlupa bahawa tiap suatu yang berlaku adalah dengan kehendak ALLAH.

Sebenarnya mukadimah di atas mengambil kira perkembangan sehari dua ini berhubung  prosiding rayuan kerajaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi KL yang melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Kes yang boleh kita katakan bermula pada 26 Jun, 2008 memakan masa begitu lama. Ia sudah tertangguh berpuluh kali sehingga ramai yang geleng kepala. Tapi pada 9 Januari tahun lalu ALLAH mentakdirkan Anwar berjaya dalam kes berkenaan.

Justeru tidak hairan jika sekali lagi tumpuan semua pihak terhadap kes ini. Tapi malangnya mahkamah sekali lagi terpaksa menangguhkan prosiding pada 1 Ogos gara-gara peguam bela utama Anwar, Karpal Singh jatuh sakit.

Walau bagaimanapun  1 Ogos pun bukannya jauh sangat cuma kira-kira seminggu saja lagi.

Apa yang menjadi perbualan dan mengundang minat ialah kemasukan peguam tersohor Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah sebagai Timbalan Pendakwa Raya untuk prosiding ini. Atau dengan kata lain, Shafee bertindak membantu kerajaan dan Saiful.

Shafee bakal mengetuai pasukan pendakwaan manakala pada masa sama kita menyaksikan Karpal, seorang lagi peguam bela hebat, bertindak di pihak ketua pembangkang.

Tidak ada sesiapa boleh mempertikai kemasukan Shafee dalam barisan pendakwa kerana selagi ia tidak bertentangan dengan undang-undang, kita harus menghormati keputusan itu.

Kerajaan juga tentu mahukan Saiful mendapat pembelaan yang paling wajar. Apa yang menarik mengenai Shafee ialah pelantikannya sebagai Timbalan Pendakwa Raya merupakan kali pertama seorang peguam dilantik oleh Peguam Negara ke tugas ini. Shafee berkata dia dibayar gaji bagi memastikan pelantikannya "secara kontrak adalah sah."

Melalui kuasanya, Peguam Negara dengan fiat (kebenaran) di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Prosedur Jenayah (CPC) dan Artikel 145 (3) Perlembagaan Persekutuan untuk mengendalikan kes rayuan di Mahkamah Rayuan—sejajar di bawah Seksyen 379 CPC.

Kita pun bukannya nak mengulas lebih-lebih tapi yang menarik ialah Shafee telah membina nama sebagai seorang peguam bela sejak hampir dua dekad. Kalau kita lihat kes-kes yang dikendalikan adalah berprofil tinggi.

Kliennya lazim pulang dengan senyuman. Sedang kita tidak punyai ramai peguam berbangsa Melayu yang sehebat Karpal, kita berbangga Shafee di kalangan kita. Tak malu kalau kita mendabik dada berkata peguam Melayu pun bukanlah calang-calang.

Bercakap tentang Shafee kita tentu teringatkan Allahyarham Prof Dr Ahmad Ibrahim, seorang peguam bela serta ilmuwan Islam tersohor. Kes yang mengangkat namanya tentulah kes Natrah di Singapura.

Bagi pelajar perundangan sama ada di dalam ataupun luar negara, nama Prof Ahmad sinonim dengan "Einstein" dalam bidang undang-undang.

Dipendekkan cerita bukan saja dia ilmuan sehingga digelar bapa perundangan Malaysia ,

Allahyarham juga hidup begitu zuhud. Kalau P Ramlee dikait sebagai sebutir permata dalam dunia seni yang sukar nak kita lahirkan lagi, begitu juga Prof Ahmad.

Kini apa yang dimulakan Ahmad, diteruskan Shafee. Kalau dulu yang "Umno" pun cari Karpal Singh untuk mengendali kes-kes mereka tapi zaman itu sebagai sejarah lama.

Sejak sedekad lalu, khidmat Shafee ditagih. Dengan kes dikendalinya memberi sinar harapan pada pelanggan. Tak perlu nak kita sebut satu persatu tapi jika rajin mengikutinya, kita tahu kes-kes yang dimenanginya.
 
Sebenarnya kita bukan nak buat Saiful senyum kerana sejak 2008 lagi wajah anak muda ini sering dibalut ketenangan.

Badai atau taufan politik langsung tidak menakutkan meskipun sekali sekala kita lihat dia hampir-hampir lemas.

Yang menjadi minat kita ialah Shafee mengembalikan nostalgia pada perwatakan Prof Ahmad serta laluan yang dirintis di Singapura pada tahun 1950an kini bayang-bayang itu sudah pun menjadi realiti di kalangan peguam-peguam Melayu.

Namun di sebalik semua itu, paling menyeronokkan ialah sudah tentu secara senyap-senyap Anwar menyimpan rasa takut - peluang ke Putrajaya tertutup sama sekali kerana kali ini dia bukan berdepan nama-nama peguam kelas kedua yang tiba-tiba nama mereka disebut, tetapi seorang peguam yang mempunyai rekod trak cemerlang dalam kes-kes dikendalikan olehnya.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Buang bayi di surau

Oleh: SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI

Tarikh: July 25, 2013

GEORGETOWN - Seorang bayi lelaki ditemui orang ramai di hadapan surau Hospital Seberang Jaya (HSJ) petang kelmarin.

Jurucakap polis berkata, bayi seberat lima kilogram itu dijumpai orang awam yang datang ke surau itu untuk menunaikan solat Asar.

"Kita percaya, bayi berkenaan berusia lingkungan tiga bulan dari saiz badannya. Dia ditemui kira-kira jam 4.35 petang semalam (kelmarin).

"Polis percaya, bayi itu baru ditinggalkan sebelum dijumpai orang ramai yang datang ke surau itu untuk solat," katanya.

Beliau berkata, bayi itu ditinggal dengan dibaluti selimut dan disertakan susu, tuala serta baju.

"Ia kini berada di hospital untuk pemeriksaan kesihatan," katanya.  

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT),Asisten Komisioner Azman Abdul Lah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Menurutnya, bayi itu kini berada di HSJ dan dilaporkan dalam keadaan sihat.

"Polis masih meneruskan siasatan bagi mengesan individu yang meletakkan bayi berkenaan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenainya menghubungi balai polis berdekatan.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan," katanya.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Mati ketika beriadah di taman

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: July 25, 2013

GEORGETOWN - Seorang lelaki mati dipercayai mengalami sesak nafas ketika beriadah di Taman Botani, di sini petang kelmarin.

Mayat Voon Wei Ming, 53, ditemui pasukan penyelamat dalam keadaan tersandar pada batu besar berhampiran sungai di taman berkenaan kira-kira jam 11.40 malam kelmarin.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal berkata, lelaki itu dilaporkan hilang oleh ahli keluarga yang keluar rumah pada petang kelmarin namun tidak pulang sehingga 9 malam.

"Kita mula melancarkan operasi mencari selepas menerima laporan daripada ahli keluarga mangsa. Operasi mengesan lokasi mangsa agak sukar kerana keadaan berbukit dan curam ditambah dengan keadaan gelap.

"Mangsa ditemui bersandar pada batu berhampiran sungai. Setelah diperiksa, mangsa sudah meninggal dunia," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi berkata, mayat lelaki itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasi sebagai kematian mengejut.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Bapa: Saya tidak sekejam itu

Oleh: Rosalwani She Soh

Tarikh: July 25, 2013

KOTA BHARU- "Saya tidak sekejam itu, masih punyai perasaan dan tidak sanggup biar anak dan ibu mengemis di jalanan," kata Zurani Ramlan, 38.

Itu luahan bapa kepada dua kanak-kanak yang ditemui di hadapan masjid Muhammadi bersama nenek mereka yang berkerusi roda yang mendakwa terpaksa ponteng sekolah sejak seminggu lalu ketika ditemui dalam Ops Ramadan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam kelmarin.

"Bukan niat saya untuk tinggalkan mereka sendirian di kawasan itu saya membawa ibu di kawasan masjid berkenaan untuk mendapatkan bantuan zakat, tetapi keadaan ibu yang uzur menyebabkan saya risau meninggalkan dia keseorangan jadi saya tinggalkan dua anak saya, Muhammad Zulfahmi Zurani, 9 dan Nur Alia Maisarah, 8, bersamanya.

"Saya kesal dengan laporan yang dikeluarkan akhbar dan media masa yang seolah-olah menuding jari kepada saya kononnya saya sengaja menyuruh anak-anak meminta sedekah dan mempergunakan ibu yang uzur untuk meraih simpati," katanya ketika ditemui di pejabat Sinar Harian, semalam.

Zurani tampil memberi penjelasan memandangkan perkara terbabit menimbulkan aib kepada diri dan keluarganya dan dengan luahannya ini dia berharap supaya masyarakat tidak melemparkan tohmahan kepadanya.

"Saya perlu membersihkan nama keluarga saya, ini kerana maruah keluarga lebih penting dari segalanya dan diharap dengan pendedahan ini dapat membuka mata masyarakat bahawa saya tidak mengajar anak untuk mengemis di jalanan malah jauh sekali untuk makan hasil daripada pemberian masyarakat.

"Saya masih ada maruah, dan untuk menyara keluarga saya berniaga di bazar Ramadan dengan menjual air kelapa bagi mendapatkan punca pendapatan untuk menyara keluarga. Biarpun keuntungan tidak seberapa namun saya reda dan bersyukur setakat ini anak-anak tidak berlapar dan tidak hidup merempat," katanya.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Baj karam: 9 dilapor hilang

Oleh:

Tarikh: July 25, 2013

SINGAPURA - Sembilan orang dipercayai hilang selepas sebuah baj karam di perairan Singapura kira-kira tujuh batu nautika di utara rumah api Horsburgh semalam.

Dalam satu kenyataan, Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata ia menerima laporan mengenai insiden itu pada 1 tengah hari (waktu Singapura).

Menurut MPA seorang kru diselamatkan Polis Pengawal Pantai (PCG) yang meronda di kawasan itu.

Mangsa itu melaporkan 10 orang lagi hilang.

Tetapi MPA kemudiannya dimaklumkan seorang lagi kru diselamatkan sebuah kapal yang lalu berdekatan tempat itu sebelum MPA menyelaras operasi mencari dan menyelamat di udara dan di laut dengan dibantu penyelam komersil.

MPA juga mengeluarkan siaran pelayaran kepada kapal-kapal supaya tidak mendekati kawasan operasi itu dan melaporkan jika ternampak sebarang pergerakan di kawasan berdekatan kepada pihak berkuasa. - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Tak sempat pecah mesin ATM

Oleh: NUR FARHANA ABDUL MANAN

Tarikh: July 25, 2013

SUBANG JAYA – Terkejut tiba-tiba melihat kehadiran kereta peronda polis, sekumpulan penjenayah yang sebelum itu asyik memecahkan sebuah mesin ATM bertindak melarikan diri dengan melintas landasan keretapi dan Lebuhraya Persekutuan di Batu 3, awal pagi semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 pagi itu disedari seorang pengawal keselamatan berusia 70 tahun yang terdengar bunyi bising ketika dia sedang tidur di tempat tersorok berhampiran mesin ATM di Stesen Komuter Batu 3, Shah Alam itu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, pengawal keselamatan yang baru empat bulan bekerja di stesen komuter itu sempat menyaksikan gerak-geri tiga lelaki memecahkan mesin berkenaan.

Kesemua suspek dikatakan memakai sarung muka dan berpakaian serba hitam.

Yahaya berkata, salah seorang daripada suspek kemudian mengikat kaki pengawal keselamatan itu dengan sehelai tuala putih dan memintanya untuk berdiam diri.

Ketika kumpulan penjenayah masih berusaha memecahkan mesin, datang sebuah kereta peronda polis Subang Jaya di depan stesen berkenaan.

Ketiga-tiga suspek yang terkejut kemudian bertindak melarikan diri dengan melintas landasan keretapi dan menyeberangi lebuh raya berkenaan.

"Semua suspek dikatakan melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta Proton Perdana V6 berwarna hitam yang menunggu berhampiran sebuah stesen minyak di seberang jalan," katanya.

Barang digunakan suspek dipercayai untuk memecahkan mesin ATM termasuk tukul besi besar, pemutar skru, pisau lipat, sebatang 'crowbar', sehelai baju dan dua parang ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata, suspek tidak berjaya melarikan wang tunai sebanyak RM240,000 yang berada di dalam mesin berkenaan.

"Sepasukan anggota dari unit forensik melakukan siasatan dan dapat mengenal pasti dua cap jari daripada komponen dalaman mesin dan peralatan yang ditemui di tempat kejadian," katanya.

Menurutnya, terdapat dua kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran mesin ATM di kawasan tempat kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Empat beradik terlibat nahas

Oleh: NURUL ZAILA MOHD TAHIR

Tarikh: July 25, 2013

KUANTAN – Ramadan kali ini tentunya meninggalkan memori pahit kepada keluarga dua beradik, Ariff Akmal Ab Razak, 22 dan Aniq Ihsan Abd Razak, 16  yang terkorban dalam satu nahas jalan raya berhampiran Mahkamah Kuantan, Jalan Pintasan Kuantan, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu kedua-dua mangsa bersama dua lagi adik-beradik mereka, Nur Arissa Farahanim, 21 dan  Aliff Imran, 25 yang juga pemandu kenderaan dalam perjalanan ke tempat kerja di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Ketua Polis Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff berkata, kemalangan melibatkan sebuah bas dan dua kereta.

Menurutnya, ketika kejadian kereta dinaiki mangsa berada di lorong kanan dan berlanggar dengan sebuah lagi kereta yang datang dari arah susur keluar mahkamah dipercayai secara tiba-tiba mengubah laluan kiri ke kanan.

"Selepas berlanggar dengan kereta berkenaan, kereta mangsa kemudian dirempuh sebuah bas dari arah belakang.

"Kedua-dua mangsa maut bersama dua lagi adik beradik mereka yang bekerja sebagai tukang masak di Kafeteria UIA dan ketika kejadian mereka dalam perjalanan dari rumah di Lorong Sentosa Kg Telok Mahang ke kafeteria berkenaan," katanya kepada Sinar Harian.

Kata Mohd Jasmani, kedua-dua mangsa yang juga penumpang hadapan dan penumpang belakang sebelah kiri meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Dua lagi adik-beradik mangsa terselamat namun mengalami kecederaan dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

"Mayat mangsa dihantar ke HTAA untuk bedah siasat," katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya lebih berhati-hati dan memandu secara berhemah.

"Jangan hanya pentingkan diri sendiri dan fikir untuk cepat sampai sehingga mengabaikan ciri keselamatan," katanya.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Solat terawih terakhir

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: July 25, 2013

DUNGUN – Sambutan Aidilfitri kali ini pasti lebih hiba buat seorang isteri apabila kehilangan suami tersayang selepas pasangan itu terbabit dalam kemalangan ngeri dekat sini pagi semalam.

Mangsa, Esah Abdullah, 63, terselamat sebaik berjaya dikeluarkan daripada keretanya yang 'penyek' selepas kenderaan dinaiki bersama suaminya, Mohamed Hassan, 68, berlanggar dengan sebuah lori pasir di Kilometer 15.5 Jalan Paka Al Muktfibillah Shah, kira-kira jam 10.30 pagi semalam.

Ketika kejadian, pasangan peneroka Felda itu dikatakan dalam perjalanan dari arah Al Mukhtafi Billah Shah menuju ke Ketengah Jaya.

Sampai di lokasi, kereta Proton Saga dipandu Mohamed dipercayai masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah lori pasir dari arah Paka.

Akibatnya, kereta mangsa remuk teruk di bahagian hadapan manakala tayar hadapan lori terbabit difahamkan tercabut akibat rempuhan yang kuat dari arah bertentangan itu.

Mohamed yang berjaya dikeluarkan orang awam selepas tersepit di tempat duduk pemandu bagaimanapun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital selepas cedera parah di paha dan anggota badan lain.

Menurut anak lelaki arwah, Adnan Mohamed, 30, yang ditemui ketika menuntut mayat mangsa berkata, ketika kejadian, ibu bapanya dipercayai dalam perjalanan dari ladang sawitnya di Sungai Apu ke satu lagi ladang milik mereka di Felda Ketengah Jaya.

Adnan berkata, dia mendapat tahu berita menimpa ibu dan bapanya itu selepas menerima panggilan telefon daripada seorang kakaknya yang tinggal di Kemaman.

Katanya, sebaik mendapat berita buruk itu, dia bergegas ke Klinik Kesihatan Ketengah Jaya untuk melihat keadaan ibunya, Esah yang hanya cedera ringan.

Namun sebaik sampai di situ dia dimaklumkan bapanya dikejarkan ke Hospital Dungun kerana mengalami kecederaan teruk.

"Selepas menjenguk ibu, saya terus bergegas ke Hospital Dungun untuk mengetahui nasib ayah.
"Namun sebelum sampai di hospital, saya dimaklumkan ayah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital," katanya.

Mengimbas kembali kenangan bersama arwah, Adnan berkata, pada malam sebelum kejadian, sebaik selesai solat terawih, dia sempat bertemu arwah bapanya itu di rumahnya di Felda Kerteh Enam.
Kata Adnan, pada malam itu, arwah bapanya kelihatan ceria, cuma arwah dikatakan ada meluahkan hasratnya untuk melakukan ibadah korban pada hari raya haji nanti.

"Semalam adalah solat terawih terakhir baginya.

"Saya tak sangka dia akan pergi buat selama-lamanya hari ini sebab tiada sebarang perubahan ditunjukkan ketika kami bersama di rumah," katanya.

Bagaimanapun Esah yang ditemui di Hospital Dungun tidak dapat menceritakan apa-apa berkaitan kejadian tersebut kerana masih trauma dengan tragedi itu.

Mayat mangsa dituntut ahli keluarga untuk dibawa pulang ke Felda Kerteh Enam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan kejadian dan kes masih dalam siasatan pihak polis.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Penyamun kedai serbaneka dicekup

Oleh: ROSALWANI CHE SOH & ADILA SHARINNI WAHID

Tarikh: July 25, 2013

KOTA BHARU - Kelicikan seorang penagih dadah yang terlibat dalam empat jenayah samun melibatkan rangkaian kedai serbaneka 7 - Eleven di sekitar negeri ini sejak seminggu lalu, berjaya dipatahkan apabila dicekup sepasukan polis, selepas menyamun di sebuah kedai berkenaan di Padang Tembak, malam kelmarin.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata,  lelaki terbabit bertindak menyamun kedai berkenaan, kira-kira jam 1.45 pagi dengan menggunakan sepucuk pistol angin dan sempat melarikan empat kotak rokok, kad prabayar tambah nilai RM30 dan wang tunai sebanyak RM80.85.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat, kira-kira jam 2.30 pagi, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Khas D9, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kelantan terserempak dengan sebuah kereta jenis Perodua Kelisa.

 "Kereta berkenaan yang dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di hadapan pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Panji dan menyedari diekori lelaki berkenaan memecut laju keretanya menghala ke lampu isyarat Panji dan kemudian berpatah balik menghala ke JPJ.

 "Suspek itu kemudian memasukkan simpang ke Tanam Desa Kujid dan menghentikan keretanya secara mengejut serta  bertindak membuka pintu untuk melarikan diri. Keadaan tersebut menyebabkan kenderaan anggota polis telah terlanggar suspek mengakibatkannya terjatuh," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di IPK Kelantan, di sini semalam.
Jalaluddin berkata, suspek kemudiannya bangun dan melarikan diri sambil membuang sesuatu ke dalam kawasan semak berhampiran.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan yang dijalankan, pihaknya menjumpai sepucuk pistol bersama satu kelopak peluru.

"Melalui pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan suspek, polis turut menemui sebilah parang, pedang, serangkai kunci dan beberapa barangan lain. Hasil ujian saringan yang dijalankan ke atas suspek mendapati lelaki itu positif dadah dan ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan," katanya.

Dalam pada itu, suspek  dikenakan perintah tahanan reman selama tujuh hari oleh Mahkamah Kota Bharu, semalam bagi membolehkan polis menjalankan siasatan. Perintah dikeluarkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Sesyen, Rozita Md Saad, berkuat kuasa semalam sehingga 30 Julai ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

 

 

----------------------------

Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.

 

This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment