Friday, July 26, 2013

RG2011... Sinar Harian di TH 260713 bersamaan 17 Ramadhan 1434H

 

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

MAS tawar lebih 13,000 tempat duduk tambahan

Oleh:

Tarikh: July 26, 2013

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines akan mengendalikan 80 penerbangan tambahan dan 36 penerbangan naik taraf antara Kuala Lumpur dan bandar raya di Malaysia dan Asia Tenggara untuk menampung permintaan perjalanan udara yang semakin bertambah untuk perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Penerbangan ini, yang akan beroperasi daripada 3 Ogos hingga 18 Ogos, akan menawarkan jumlah kapasiti sebanyak 17,310 tempat duduk.

Penumpang boleh menempah tiket mereka bermula hari ini, kata syarikat penerbangan kebangsaan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Antara destinasi yang akan menikmati penerbangan tambahan adalah Kota Baharu dan Sibu, dengan masing-masing sejumlah 3,168 dan 1,660 tempat duduk, katanya.

"Kapasiti tambahan sebanyak 1,404 tempat duduk lagi boleh didapati menerusi naik taraf penerbangan sedia ada antara Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu.

"Penerbangan ke lima sektor yang berlepas dari Kuala Lumpur, iaitu Bali, Kunming, Taipei, Kota Kinabalu dan Kuantan akan menggunakan pesawat yang dinaik taraf," kata MAS.

Syarikat penerbangan kebangsaan itu juga akan menyediakan kapasiti tambahan untuk membolehkan rakyat Malaysia pulang ke tanah air untuk percutian pendek sempena musim perayaan.

Tempahan boleh dibuat menerusi semua saluran pengedaran MAS.

Bagaimanapun, untuk penerbangan perkongsian kod ke Fuzhou, penumpang perlu menghubungi nombor bebas tol 24 jam 1-300-88-3000 atau pergi ke pejabat tiket atau ejen terlantik di seluruh negara. - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

7261 masjid terima air zam-zam, kurma sumbangan PM

Oleh:

Tarikh: July 26, 2013

KEPALA BATAS - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) menyalurkan sumbangan buah kurma dan air Zamzam, sempena Ramadan kepada 7,261 masjid, di seluruh negara.
   
Presiden KP1M Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata sehingga semalam KPIM telah menyalurkan bantuan di lapan negeri, termasuk 215 masjid di Pulau Pinang.
   
"Bantuan berupa 10 kilogram kurma dan 20 liter air Zamzam untuk masjid di seluruh negara adalah bagi memeriahkan Ramadan. Selain itu, kain pelikat dan jubah turut diberikan kepada setiap anggota jawatankuasa masjid," katanya kepada  pemberita selepas menyampaikan sumbangan itu kepada imam masjid seluruh Pulau Pinang, di sini malam tadi.
   
Abdul Azeez berkata penyampaian sumbangan akan diteruskan ke enam negeri lagi dan yakin pengagihan sumbangan itu, dapat diselesaikan minggu depan.
   
Terdahulu Abdul Azeez yang juga anggota Parlimen Baling bersama anggota Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reeezal Merican Naina Merican menyertai Majlis Nuzul al-Quran anjuran Umno Kepala Batas di Masjid Jamiul Badawi, di sini.

Beliau berkata sumbangan tersebut membuktikan sikap prihatin Perdana Menteri kepada rakyat terutama umat Islam, ketika Ramadan.
   
"Walaupun ada negeri yang ditadbir kerajaan pembangkang, namun kebajikan rakyat negeri itu tidak pernah sama sekali diabaikan kerajaan Pusat di bawah Barisan Nasional (BN), terutama sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan nini," katanya.
   
Sementara itu, Reezal Merican yang turut sama menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin, berharap bantuan itu dapat membantu golongan berkenaan membuat persedian menyambut Aidilfitri.
   
Katanya walaupun bantuan itu tidak besar, namun beliau percaya ia sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang kurang berkemampuan.  - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Pesara polis zaman darurat bakal terima pingat

Oleh:

Tarikh: July 26, 2013

KUCHING - Pengorbanan kira-kira 149,000 pesara polis yang berkhidmat di zaman darurat menentang komunis, bakal dihargai melalui penganugerahan pingat khas sebagai mengiktiraf kepahlawanan mereka.
   
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pingat itu seakan Pingat Jasa Malaysia (PJM) yang diperkenal Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada anggota ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM yang berkhidmat ketika era darurat.
   
"Kementerian Dalam Negeri (KDN) secara prinsipnya sudah bersetuju dengan cadangan mewujudkan pingat itu. Hanya tinggal dua atau tiga perkara lagi yang perlu diperhalusi sebelum cadangan dibawa ke mesyuarat kabinet sebelum dibentangkan di Parlimen," katanya.
   
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Cek Tabung Amanah Warisan Polis kepada 90 penerima terdiri daripada bekas polis dan balu anggota polis di sini hari ini.
   
Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata sekiranya sempat dibentangkan di Parlimen pada September ini, dan dimasukkan ke dalam Belanjawan, pingat itu dijangkakan akan dapat dianugerahkan pada tahun depan.
   
"Pingat ini besar ertinya kepada bekas polis yang menentang komunis. Pingat ini akan diberikan kepada mereka yang berkhidmat semasa darurat iaitu dari 1969 hingga 1989 di Semenanjung, dan dari tahun 1960 hingga 1990 kepada polis yang berkhidmat di Sarawak," katanya.
   
Wan Junaidi dalam pada itu turut berharap pengiktirafan akan turut diberikan kepada polis yang berkhidmat di Sarawak pada 1952 menentang komunis walaupun pengisytiharan darurat di negeri ini hanya bermula pada 1960.
   
"Pada tahun tersebut (1952), tiga balai polis iaitu Balai Polis Batu Niah, Sebuti dan Limbang turut diserang pengganas komunis. Empat anggota polis terkorban dalam peristiwa itu, jadi saya harap mereka yang berkhidmat pada tahun tersebut turut akan menerima pingat ini," katanya.
   
Sementara itu, Wan Junaidi berkata beliau memberi perhatian dan akan membawa masalah yang dihadapi 1,000 pesara polis dari Sarawak yang memohon saguhati khas kerajaan, namun ditolak selepas borang mereka gagal sampai ke KDN dalam tempoh yang diberikan.
   
"Saya akan bawa perkara ini ke Kabinet untuk tentukan mengikut senarai yang dikeluarkan Persatuan Bekas Polis Sarawak," katanya.  - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Pandalela tak menang, peminat tetap sokong

Oleh: NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH

Tarikh: July 26, 2013

"SAYA minta maaf". Itulah kata-kata ringkas daripada ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg selepas gagal memperoleh pingat dalam acara 10 meter platform wanita pada Kejohanan Dunia FINA Ke-15  di Barcelona semalam.

Beliau berkata demikian apabila gagal membawa pulang pingat yang diharapkan negara setelah sekadar berada di kedudukan keenam dalam acara tersebut.

Pandelela kemungkinan ada sebab beliau berbuat demikian. Satu negara meletakkan harapan pada beliau untuk membawa pingat ke tanah air.

Susulan mesej itu, yang ditulis menerusi mikro twitter dan Facebooknya kira-kira jam 12.57 malam tadi (waktu Malaysia), Pandelela antara lain berkata:

"Terima kasih kerana menyokong dan menonton. Saya minta maaf. Saya tamat saingan di kedudukan keenam.

"Mungkin nasib yang lebih baik pada masa akan datang," katanya.

Bagaimanapun penyokong dan peminatnya menolak mesej itu sambil ada yang menjawab atlet berusia 20 tahun itu tidak wajar meminta maaf kerana apa yang dipamerkan oleh Pandelela telah membanggakan rakyat Malaysia.

Seorang pengikut Pandelela bernama Nikarfi berkata, "anda seorang wanita yang hebat.
Kami sentiasa memberi sokongan anda tidak kira menang atau kalah. Buktikan diri anda dan anda boleh lakukan yang lebih baik pada perlawanan akan datang."

Seorang lagi peminatnya, Ehfedelia, "awak sentiasa membanggakan kami sebagai rakyat Malaysia. Teruskan berusaha Lela."

Seorang lagi peminat bernama Jacque Kheng juga melahirkan reaksi beliau.

Katanya: "Kerja yang bagus.  Anda telah melakukan yang terbaik dan tidak perlu memohon maaf kerana anda tidak melakukannya dengan sengaja. Teruskan kerja yang baik. Bangga ibu bapa anda kerana mempunyai seorang anak perempuan yang bijak dan merendah diri."

Stenn Closen pula berkata: " Jangan sedih dan berputus asa. Sebenarnya anda lakukan dengan baik. Untuk  berada di kedudukan keenam yang terbaik di dunia ini adalah tidak mudah. Mungkin nasib anda untuk perlawanan akan datang! Cuba dan cuba lagi. Berbangga dengan anda!

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Tiket bas ke pantai timur, utara habis dijual

Oleh:

Tarikh: July 26, 2013

MELAKA - Tiket bas ke destinasi pantai timur dan utara antaranya Kota Baharu, Kuala Terengganu, Alor Setar dan Butterworth untuk perjalanan menyambut Aidilfitri, telah habis dijual di Melaka.
   
Tinjauan Bernama di pusat bas ekspres Melaka Sentral di sini mendapati tiket bas yang habis dijual melibatkan perjalanan antara 1 dan 7 Ogos.
   
Kerani kaunter tiket Syarikat Bas Jebat Ekspress, Jefri Din, 31, berkata tiket-tiket bas itu habis dijual sejak minggu pertama puasa.
   
"Tiket habis cepat kerana rata-rata pengusaha mula membuka penjualan tiket sebulan lebih awal dari tarikh perjalanan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
   
Kerani kaunter tiket Syarikat Bas Mara Liner Norshila Mokhtar, 26, berkata kebanyakan pengusaha bas tidak bercadang mengadakan bas tambahan buat masa ini.
   
"Namun jika terdapat permintaan yang tinggi, pihak kami akan timbangkan dengan tambahan 10 peratus harga tiket," kata Norshila.
   
Kerani kaunter tiket Syarikat Bas Cepat Ekspress Azura Anuar, 33, berkata tiket bas bagi perjalanan ke destinasi lain seperti ke Johor Baharu dan Kuala Lumpur masih ada dan bas yang disediakan banyak.  - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Capal buatan tangan untuk Aidilfitri

Oleh:

Tarikh: July 26, 2013

KEPALA BATAS - Berpakaian lengkap Baju Melayu pada pagi Aidilfitri bagi sesetengah kaum lelaki, bukannya dengan bersongkok dan berkasut kulit, tetapi memakai capal.    

Sama juga bagi mereka yang memilih Baju Melayu dan berkain pelikat, atau berjubah ke masjid, capal buatan tangan biasanya menjadi pilihan.
   
Capal bentuknya seperti selipar, tetapi diperbuat daripada kulit.
   
Pembuat capal tradisional tidak ramai di negara ini, maka yang pakar akan sibuk dan bertungkus lumus menghasilkan capal bagi memenuhi permintaan ramai menjelang Aidilfitri bulan depan.
   
Capal hasil kerja tangan Badril Shahidan Hashim yang menggunakan jenama 'Jago' di sini, mendapat sambutan baik setiap tahun bermula sebulan sebelum Ramadan lagi.
   
Menurut Badril masa bekerja beliau kini lebih kurang 18 jam setiap hari.
   
"Saya terpaksa menutup tempahan sejak bulan lepas lagi dan kini memberi fokus kepada pelanggan yang datang beli di kedai," katanya kepada Bernama di sini.

"Buat masa ini juga saya berhenti membuat capal untuk perempuan dan kanak-kanak bagi memastikan masa yang lebih digunakan membuat capal lelaki untuk memenuhi permintaan," katanya.
   
Badril berkata kepuasan pelanggan adalah matlamat utamanya walaupun sehingga terpaksa bekerja pada Hari Raya untuk menyiapkan tempahan terutama bagi mereka yang di saat-saat akhir membeli dan minta diubah suai saiz dan sebagainya.
   
"Kadang kala ada yang datang dari jauh seperti Perak, Kuala Lumpur, Johor dan Sabah untuk membeli capal. Jika nasib mereka baik, saiz yang dikehendaki ada. Jika tiada saiz, saya minta mereka tunggu dan saya buat capal mengikut saiz yang diminta," katanya.
   
Beliau berkata pelanggan beliau termasuk orang kenamaan seperti bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, bekas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Tan Sri Rais Yatim dan bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam.
   
Badril mewarisi seni membuat capal daripada arwah bapanya, Hashim Hassan, yang memulakan perniagaan itu pada tahun 1958.
 
"Saya belajar membuat capal sejak umur sembilan tahun dan kini, saya dapat menghasilkan lebih kurang 40 pasang capal sehari," katanya
   
Beliau menerangkan bahawa keistimewaan capal Jago ialah ia diperbuat daripada kulit lembu dan dijahit tangan, menjadikannya selesa untuk dipakai.
   
Badril yang dibantu rakannya berkata rekaan capal yang dibuat di kedainya diwarisi daripada bapanya.
   
Capal Jago dijual dalam tiga jenis iaitu capal Panglima, Capal Menteri dan Capal Diraja dengan harga masing-masing RM35, RM83 dan RM380.  - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Doktor rasis: Masih tunggu laporan Guan Eng

Oleh:

Tarikh: July 26, 2013

GEORGETOWN - Kementerian Kesihatan masih menunggu laporan siasatan Kerajaan Pulau Pinang berhubung dakwaan tiga doktor bersikap rasis dan tidak memberi perkhidmatan baik kepada pesakit di sebuah hospital kerajaan di negeri ini.
   
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata pihak kementerian masih belum menerima laporan daripada pihak Ketua Menteri Pulau Pinang berhubung isu itu.
   
Katanya Ketua Menteri Lim Guan Eng telah berjanji secara lisan akan menyiasatkan kes berkenaan dan maklumat itu akan disalurkan kepada pihak kementerian tetapi setakat ini, pihaknya hanya terima laporan daripada anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal Datuk Roslan Saidin.
   
"Kami masih menunggu laporan terperinci daripada Lim," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2013 di pasar awam Bayan Baru sini hari ini.
   
Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang awal bulan Julai, Lim membangkitkan isu mengenai pesakit sebuah hospital kerajaan tidak diberi layanan baik oleh tiga doktor yang didakwa bersikap rasis.

Hilmi berkata kelmarin, pihaknya menerima laporan daripada Adun Pinang Tunggal yang mengemukakan maklumat dan orang yang  terlibat telah membuat pengakuan.
   
Selasa lepas, Roslan dilaporkan menampilkan beberapa pesakit yang mendakwa menerima layanan buruk daripada doktor di dua buah hospital kerajaan di Pulau Pinang bagi membuktikan kejadian itu memang berlaku.
   
Sementara itu, Hilmi yang juga anggota Parlimen Balik Pulau berkata kesemua premis makanan haruslah mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi bagi mengelak jangkitan virus.
   
"Dari semasa ke semasa, kami akan memantau tahap kebersihan di semua premis seluruh negara," katanya.  - Bernama

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Hasan Malek: Antara ayam dan hawa

Oleh: Hasan Malek

Tarikh: July 26, 2013

SEPERTI dijangka, setiap kali tiba musim perayaan, sudah pasti hal ehwal makanan kegemaran rakyat Malaysia akan menjadi isu utama.

Dan setiap kali isu ini timbul, dari hal besar seperti ekonomi dan keselamatan hinggalah ke perkara kecil seperti adakah Asyraf Muslim seharusnya dikenakan denda tinggi kerana berpoligami tanpa kebenaran isteri pertama di Thailand, kerajaan tetap dilihat sebagai tempat penyelesaian masalah.
   
Malah ia jadi semakin meriah apabila saya sendiri memberi pendapat terbuka bahawa mungkin rakyat Malaysia harus memikirkan alternatif selain dari ayam sebagai makanan utama mereka berikutan peningkatan harganya.
   
Akibat daripada itu, dari liputan media massa hinggalah ke media sosial saya dan kementerian dikritik hebat atas isu ini. Namun sebelum kesimpulan mudah atau kritikan melulu dilakukan, harus sebagai rakyat Malaysia yang bijaksana harus melihat semula realiti isu ini.
   
Perkara pertama yang masyarakat umum harus faham ialah, walaupun salah satu tugas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) ialah memantau harga barang, namun pihak kementerian tidak terlepas daripada mematuhi hukum pasaran terbuka, iaitu penawaran dan permintaan.
   
Ramai yang tidak sedar bahawa ayam tidak tertakluk di bawah barangan kawalan, maka harga ayam tidak ditentukan oleh pihak kerajaan melalui pemberian subsidi, sebaliknya ia bergantung kepada keadaan pasaran semasa.

Sebab itu suatu masa ketika dahulu, kita pernah terbaca berita tentang bagaimana penternak membunuh ribuan anak ayam kerana ingin mengurangkan penawaran dan menghentikan kejatuhan harga ayam.
   
KPDNKK tidak boleh menetapkan harga ayam kepada nilai tertentu kerana selaku kementerian, kami hanya boleh memantau dan mengawasi sebarang aktiviti pembekal dan peniaga yang melanggar undang-undang.
   
Kami juga memperkenalkan dasar umum bagi tujuan pengawalan seperti penetapan harga siling. Ini kerana kerajaan sepatutnya tidak boleh terlalu campur tangan dalam urusan ekonomi pasaran terbuka. 

Suka atau tidak, rakyat harus sedar bahawa dalam isu ini pengguna harus memainkan peranan agar tidak terlalu bergantung nasib kepada pembekal dan penternak.
   
Maka atas kesedaran ini saya memberi cadangan secara umum bahawa sudah tiba masanya untuk pengguna mengambil langkah proaktif termasuk menurunkan permintaan melalui tindakan pengguna, namun cadangan ini telah menimbulkan sedikit salah faham.
   
Sememangnya kita sedar bahawa boikot bukanlah jawapan mutlak, apatah lagi pada musim perayaan, memang sukar untuk melakukan perkara berkenaan.

Namun itu tidak seharusnya membuatkan pengguna menjadi mangsa, kita seharusnya menjadi pengguna yang bijak dalam menilai apatah lagi berbelanja dan di sini pihak kementerian boleh membantu.
   
Pertamanya, pihak kementerian mengambil beberapa langkah bagi membantu pengguna, langkah pertama dengan menetapkan harga siling.

Memang pihak kementerian tidak boleh campur tangan secara terus, namun kami boleh membuat dasar umum iaitu menetapkan harga siling yang perlu adil bukan sahaja di pihak pengguna tapi kepada penternak dan pembekal.
   
Sekiranya ada peniaga menetapkan harga ayam lebih dari RM7.70 sekilo (ayam jenis 'standard' bermula 26 Julai hingga 11 Ogos), pengguna boleh membuat aduan kepada kami dan saya berjanji, kementerian akan segera mengambil tindakan.

Dengan zaman serba canggih ini, ramai yang memiliki telefon pintar. Ambillah gambar harga ayam itu dan terus hantar maklumat kepada kami, sila rujuk di hujung penulisan ini untuk maklumat membuat aduan.
   
Kedua, kami mendidik anda untuk menjadi pengguna yang bijak dalam memilih. Selain KPDNKK, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah memberi lesen import ayam serta-merta kepada 34 syarikat bagi menstabilkan harga ayam di pasaran. 

Ini bermakna, pengguna ada alternatif selain dari pihak pembekal dan penternak tempatan.

Sekiranya pengguna merasa diri ditekan dengan harga ayam di pasar borong, pilihan alternatif yang lebih baik ialah dengan membelinya di gedung pasar raya besar (bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar utama), dan untuk mereka yang berada di luar bandar pula kedai-kedai runcit TUKAR (juga hasil dari KPDNKK).
   
Pasar raya besar seperti Mydin, Tesco, Giant, AEON BIG dan banyak lagi tidak akan menaikkan harga ayam sewenangnya kerana pertama,  mereka mudah dipantau dan kedua, mereka akan memastikan harga rendah kerana persaingan dari pasar raya lain.

Sekiranya harga ayam dinaikkan sesuka hati, pengguna akan berpindah ke pasar raya lain dan mereka akan kehilangan jualan bukan sahaja untuk ayam akan tetapi untuk barangan keperluan isi rumah yang lain.
   
Apa yang ingin saya sampaikan di sini ialah, apabila peniaga dan pembekal dapat merasakan bahawa pengguna hari ini lebih bijak, (walaupun mereka boleh dikatakan hampir kebal dari boikot), namun kalau mereka dapat rasakan bahawa permintaan boleh berubah dari segi ini maka mereka akan berfikir panjang sebelum menaikkan harga, malah pihak peniaga juga akan mencari alternatif (termasuk ayam import), dan melalui cara inilah pihak pengguna dapat memperkasakan lagi dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan.
   
Berbalik kepada tajuk penulisan saya hari ini iaitu Ayam dan Hawa, ia bukanlah seperti drama Melayu yang tersohor tidak lama dahulu.

Hawa dalam konteks ini merujuk kepada hawa nafsu, keghairahan, kehendak, dari sudut segolongan kecil peniaga yang mahu mengaut untung cepat, pembekal dan penternak tertentu yang tidak bertanggungjawab hinggalah ke pengguna yang berbelanja lebih dari sepatutnya.

Sebab itulah saya memilih tajuk ini, di kala kita ghairah dalam menyambut kedatangan Aidilfitri ini,  janganlah kita menjadi hamba kepada hawa nafsu apatah lagi di bulan Ramadan yang mulia, yang sepatutnya mengajar kita mengawal diri.

Jadilah pengguna yang bijak, berbelanjalah berpada-pada, pilih dari siapa anda beli dan rancang pembelian anda. Kami di pihak kementerian sedia membantu anda sebagai pengguna. Namun usaha atau tindakan kami tidak akan berkesan tanpa kerjasama anda.

Sekiranya kenyataan saya sebelum ini tersalah erti, menimbulkan rasa kurang senang kepada rakyat, dalam semangat bulan Ramadan yang mulia ini saya mohon maaf.
   
Sesungguhnya bukanlah niat di hati saya untuk mengguris mahupun menghiris perasaan namun sekadar ingatan kepada semua bahawa kita selaku pengguna juga harus mencari alternatif dan bertindak bijak.

Percayalah saya selaku menteri anda dan kami di kementerian sentiasa berpegang kepada prinsip 1Malaysia, iaitu rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
   
Kami akan berusaha sebaik mungkin bagi membantu pengguna melalui dasar dan penguatkuasaan, namun ia hanya akan lebih efektif dengan bantuan dan kerjasama semua.

Ayuh kerjasama dengan kami, insya-Allah kita mampu membentuk sebuah pasaran yang lebih baik, adil dan mesra pengguna, jadilah pengguna yang bijak, biarlah adanya akal antara ayam dan hawa.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Alvin: "Penjara not bad"

Oleh: SITI AZIELAH WAHI

Tarikh: July 26, 2013

KUALA LUMPUR - Selepas lapan hari bermalam di penjara, pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee lega, apabila dibebaskan selepas selesai urusan jaminan di Mahkamah Kuala Lumpur, di sini, pagi tadi.

Ketika ditanya media, Alvin hanya menjawab, 'not bad' sambil tersenyum dan berlalu meninggalkan media.

Pasangan itu dilihat hadir di Mahkamah Jalan Duta, diiringi polis dan peguam masing-masing kira-kira jam 10.00 pagi sambil tangan masing-masing bergari dan terus menuju ke kaunter bayaran jamin.

 Mereka hadir untuk menandatangani dokumen jaminan, selepas membayar jumlah yang ditetapkan Hakim Mahkamah Tinggi iaitu RM30,000 setiap seorang dengan dua orang penjamin.

Pasangan berkenaan, masing-masing memakai pakaian yang sama ketika hadir ke Mahkamah Sesyen minggu lepas dijamin oleh ibu Alvin dan seroang rakan mereka.

Setengah jam kemudian, mereka meninggalkan mahkamah dengan menaiki dua kenderanan berasingan.

Semalam, Mahkamah Tinggi membenarkan Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee May Ling, 24, diikat jamin bersyarat, selepas membuat semakan kehakiman mengikut Seksyen 35 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan Seksyen 323(1) Kanun Acara Jenayah.

Pasangan itu dilarang memuat naik sebarang artikel, komen dan penulisan menghasut serta memuat naik gambar lucah dan jelik yang boleh menimbulkan unsur perkauman dan menyentuh sensitiviti kaum dan agama.

Mereka juga dilarang menggunakan peranti komunikasi berangkaian termasuk telefon pintar atau gajet komunikasi lain bagi mengakses internet untuk memuat naik gambar, komen dan artikel yang boleh menghasut dan menimbulkan permusuhan antara kaum.

Dua lagi syarat tambahan, iaitu menyerahkan pasport kepada mahkamah, dan dikehendaki melapor diri  di balai polis pada minggu pertama setiap bulan.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Ahli dakwa koperasi seleweng

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: July 26, 2013

SIK - Seramai 25 ahli Koperasi Pembangunan Beris Berhad (KPBB) mendakwa berlaku penyelewengan kewangan oleh lembaga pengarahnya.

Wakilnya, Mat Zam Mat Isa mendakwa, penyelewengan berlaku ke atas pengurusan wang koperasi apabila semakan mendapati mereka mengambil 30 peratus hasil jualan ladang getah sedangkan ketika mesyuarat agung koperasi pada 2003, majoriti ahli membenarkan koperasi mengambil 10 peratus sahaja.

Menurutnya, mereka tidak berpuas hati dengan pengurusan koperasi yang dikatakan tidak berlaku adil kepada sebahagian ahlinya.

"Kami sudah membuat laporan kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai perkara ini," katanya kepada media selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik petang kelmarin.

Seorang lagi ahli, Mansor Adli Yaakob berkata, mereka pernah mempersoalkan pengambilan 30 peratus hasil ladang kepada pengurusan koperasi namun tidak mendapat jawapan yang memuaskan.

"Sudah lama kami bersabar dan berharap Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir dan pihak terbabit dapat membantu membela nasib kami.

"Kami cuma mahu hak yang dijanjikan kerajaan negeri semasa meminta kami berpindah ke sini," katanya kepada Sinar Harian.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Lelaki ditahan Jaij, kutip derma tanpa kebenaran

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: July 26, 2013

KLUANG - Seorang lelaki berusia 52 tahun yang sedang asyik membuka kaunter mengutip derma di sebuah pasaraya di daerah ini ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) cawangan Kluang, petang kelmarin.

Lelaki berkenaan ditahan kira-kira jam 5 petang selepas pegawai Jaij menyamar sebagai pengunjung untuk mendekati lelaki berkenaan selepas jabatan itu menerima maklumat daripada orang awam.

Ketika penyamaran, lelaki berkenaan menawarkan beberapa risalah dan barangan yang kononnya dijual untuk kutipan amal bagi sebuah sekolah di utara tanahair.

Namun, apabila anggota memperkenalkan diri sebagai penguatkuasa, lelaki tersebut bertindak cuba menunjukkan surat sokongan untuk membuat kutipan tetapi tiada satu surat pun yang menyatakan kebenaran daripada pihak Jaij.

Menurut Pegawai Tadbir Agama Daerah Kluang, Mohd Khalil Mohd Noor, lelaki berkenaan ditahan kerana gagal mengemukan surat kebenaran dan semua barang  miliknya disita.

"Lelaki tersebut akan didakwa di bawah Seksyen 106(4) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor yang membolehkan individu terbabit dikenakan hukuman denda RM3,000 atau penjara dua tahun jika  sabit kesalahan.

"Barang yang disita ialah sejumlah wang tunai hasil kutipan tabung derma, tabung kutipan derma, risalah, cawan untuk jualan amal, air penawar dan lencana," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mohd Khalil turut mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan slogan kutipan derma yang kononnya untuk rumah kebajikan atau pertubuhan anak yatim kerana tidak diketahui tujuan sebenar kutipan tersebut dilakukan.

Jelasnya, apa yang dirisaukan ialah jika kutipan tersebut bukan untuk kegunaan seperti yang dinyatakan sebaliknya untuk kepentingan individu atau sindiket yang tidak bertanggungjawab.

"Malah, pihak kami juga tidak pernah mengeluarkan sebarang surat kebenaran untuk golongan ini mengutip derma," katanya.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Jaij kesan ada tukang sembelih ayam tiada tauliah

Oleh: MOHD FIRDAUS YON

Tarikh: July 26, 2013

JOHOR BAHRU - Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) dalam serbuan operasi bersepadu di lima pusat penyembelihan ayam sekitar Johor Bahru, awal pagi semalam, mengesan terdapat premis yang gagal mengemukakan lesen perniagaan, logo halal dan surat tauliah untuk tukang sembelih.

Timbalan Pengarah Jaij, Ramly Jusoh berkata, premis terbabit juga turut dikenakan kompaun kerana melakukan sembelihan di persekitaran yang kotor dan tidak memenuhi hukum syarak.

"Operasi ini kita buat berdasarkan aduan awam di mana terdapat pusat penyembelihan tidak menepati hukum syarak iaitu tanpa jurusembelih bertauliah, premis kotor, menggunakan khidmat warga asing dan jurusembelih terdiri daripada individu bukan beragama Islam.

"Oleh itu, operasi ini diatur dan kita mahu setiap agensi yang terlibat mengambil tindakan ke atas premis mengikut akta perundangan masing-masing jika terdapat kesalahan dilakukan," katanya, di sini, semalam.

Operasi itu turut disertai Jabatan Imigresen; Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB); PDRM, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan; Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru.

Ramly yang bertindak selaku ketua operasi berkata, tiada premis atau pusat penyembelihan yang disabitkan dengan tindakan kerana melanggar syarat halal di bawah perundangan Jaij.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan supaya setiap pusat penyembelihan mengambil jurusembelih bertauliah agar setiap proses dilakukan mematuhi hukum syarak.

"Mereka cuma perlu hadir kursus kerana pengurusan penyembelihan ini bukan melibat soal sembelih sahaja, tetapi turut melihatkan proses pembersihan ayam, penceluran ayam dan sebagainya.

"Ia melibatkan proses yang menyeluruh sehingga penyembelihan ayam itu diangkat sebagai halal. Itu yang kita mahu tekankan dalam operasi ini dan mahu setiap premis patuhi," katanya.

Dalam operasi yang sama, seramai 50 lelaki warga asing yang berusia 18 hingga 44 tahun ditahan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Johor.

Mereka ditahan kerana didakwa melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39b Peraturan-Peraturan Imigresen 1963; salah guna pas/dokumen lawatan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan tiada pas/dokumen perjalanan yang sah.

 Ketika serbuan, kesemua pekerja asing terbabit sedang sibuk melakukan kerja penyembelih ayam, pembersih bulu dan membungkus bahan mentah itu di dalam plastik.

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Anak bekas timbalan menteri didenda RM40,000

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: July 26, 2013

KUALA LUMPUR - Anak bekas timbalan menteri didenda RM40,000 oleh Mahkamah Sesyen, semalam selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menipu, tahun lalu.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Nizam Lajim, 31, kerana menggunakan dokumen palsu berhubung pelaksanaan projek pembinaan jalan di Batu Pahat, Johor.

Mohd Nizam sebelum ini mengaku tidak bersalah, tetapi menukar pengakuan semalam.

Mohd Nizam, anak bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, didakwa dengan curangnya menggunakan suatu dokumen sebagai tulen, iaitu sekeping lampiran bertarikh 25 Julai 2012, yang bertajuk "Senarai Syarikat Yang Dicadangkan Untuk Melaksanakan Projek Membina Jalan Mukim 6 Linau dan Mukim 7, Tg Semberong, Batu Pahat, Johor, Secara Tender Terhad" yang diperakukan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Syarikat yang disenaraikan ialah Moral Bahagia Sdn Bhd, Prestasi Reka Sdn Bhd, Satria Mara Sdn Bhd, Sanjung Sempurna Sdn Bhd, Pertama Makmur Sdn Bhd, Mansashi Sdn Bhd, H & A Construction Sdn Bhd, Nisa Consolidated Sdn Bhd, Bina-Mas Construction Sdn Bhd dan Landscape Sdn Bhd.

Kesalahan didakwa berlaku di Berjaya Starbucks Coffee, Lot No G40, The Mall, No 100, Jalan Putra, dekat sini, pada jam 3.40 petang, 8 Ogos 2012.

Dia didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Afifah Yusof daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk K Kumaraendran dan Dev Kumaraendran.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Polis sahkan ada unsur khianat

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: July 26, 2013

JOHOR BAHRU – Pihak polis mengesahkan kebakaran yang meragut tiga nyawa di sebuah rumah di Jalan Belinjau 4, Taman Kota Jaya, Kota Tinggi petang kelmarin, berpunca daripada perbuatan khianat.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Mohd Nor Rashid berkata, hasil siasatan mendapati kebakaran berkenaan akibat tindakan seorang lelaki yang turut rentung bertindak menyimbah petrol sebelum menyalakan pemetik api.

Menurutnya, lelaki yang berumur 30 tahun itu difahamkan dalam proses penceraian naik berang selepas gagal menemui isterinya di lokasi kejadian.

"Hasil siasatan mendapati mangsa lelaki dewasa yang membakar rumah berkenaan melalui petrol yang disimbah ke lantai sebelum menyalakan pemetik api yang dibawanya.

"Kita masih menyiasat motif kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Mohd Nor berkata, manakala dua mangsa yang cedera masih dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Guru dakwa ditipu rugi RM20,490

Oleh: AZLINA OTHMAN

Tarikh: July 26, 2013

JOHOR BAHRU – Seorang guru mendakwa kerugian RM20,490 selepas ditipu seorang lelaki selepas dia diberitahu memenangi pakej percutian mewah ke Dubai bernilai RM120,000, awal bulan ini.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, 28, berkata, dia menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang menjemputnya untuk menghadiri satu jamuan amal di Kuala Lumpur pada Mei lalu.

Kemudiannya, dia sekali lagi menerima panggilan dari nombor telefon yang sama dan dimaklumkan dia memenangi percutian mewah ke Dubai bernilai RM120,000, selain berpeluang menerima wang secara tunai jika menolak hadiah percutian berkenaan.

Pada awalnya Tan tidak mempercayainya namun akibat termakan kata-kata lelaki itu yang mengarahkannya untuk menyemak senarai nama pemenang di sebuah laman web yang terbukti tertera namanya sekali.

"Saya buka laman web yang diberikan dan nama saya memang tersenarai sebagai pemenang untuk hadiah tersebut. Kemudian dia mengarahkan saya menyemak kewujudan syarikatnya menerusi satu lagi laman web.

"Jadi, saya mulai percaya dan membayar RM5,000 serta RM5,800 pada transaksi berlainan. Kemudian lelaki itu memberitahu saya bakal memenangi hadiah RM369,000 tetapi perlu membayar RM9,690. Saya bayar sekali lagi kerana percaya dengan kata-katanya.

"Lelaki itu kemudiannya memberitahu hadiah RM369,000 telah dimasukkan ke akaun saya daripada Hong Kong tetapi wang tersebut tidak boleh diterima oleh pihak bank di Malaysia," katanya kepada media di Pejabat Timbalan Pengerusi Biro Aduan Awam MCA Cawangan Johor Bahru, Michael Tay, di sini, semalam.

Tan mulainya curiga apabila lelaki berkenaan mengarahkannya membayar pula RM18,000 di akaun yang berlainan, sekiranya mahukan hadiah itu.

"Setelah yakin ditipu, saya terus membuat laporan polis. Beberapa kali saya cuba menghubungi lelaki itu minta kembalikan wang saya, namun lelaki itu memberi pelbagai alasan dan memberitahu wang hanya dapat dipulangkan sekitar RM5,000 dalam masa tiga hingga enam bulan," katanya.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Perakuan peluk Islam dibatalkan

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: July 26, 2013

IPOH – Mahkamah Tinggi di sini, semalam memutuskan untuk membatalkan perakuan memeluk Islam ketiga-tiga anak M Indira Ghandi, 38, selepas suaminya, Muhammad Riduan Abdullah atau nama asalnya K Patmanathan, 45 memeluk agama itu empat tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Lee Swee Seng yang membuat keputusan itu dalam kamar membatalkan Perakuan Memeluk Islam bertarikh 2 April 2009 membabitkan ketiga-tiga anaknya iaitu Ummu Habibah (Prasana Diksa), 5, Abu Bakar (Karan Dinish), 15 dan Ummu Salamah (Tevi Darsiny), 16 yang dipohon oleh empat tahun lalu.

Swee Seng berkata, ketika ketiga-tiga anak terbabit dan ibunya tidak mengucap dua kalimah syahadah selain tidak hadir ke pejabat agama untuk mendaftar memeluk Islam bagi tujuan penukaran agama.

Indira Ghandi melalui peguamnya, Peguam M Kulasegaran, N Selvam dan K Shanmuga memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi itu untuk membatalkan Perakuan Memeluk Islam tiga anaknya itu pada 25 Oktober 2009.

Wanita itu kemudian membuat permohonan kepada mahkamah sama supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Persekutuan bagi menentukan empat persoalan berkaitan perundangan bagi kes ibu bapa dan anak-anak yang terbabit dalam perkahwinan didaftarkan mengikut Akta Pembaharuan (Perkahwinan dan Cerai) 1976.

Ia termasuk persoalan sama ada ibu atau bapa secara sebelah pihak boleh menukar agama anak mereka yang masih di bawah umur kepada Islam selepas perkahwinan tanpa mendapat persetujuan sebelah pihak lain dan keputusan mana terpakai jika berlaku pertentangan perintah yang dikeluarkan antara Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Syariah.

Kes pasangan berkenaan pernah mendapat perhatian umum hingga Kabinet pada April 2009, memutuskan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas salah seorang pasangan itu menukar agama.

Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh pada April 2009 memberikan hak penjagaan tiga beradik itu kepada Muhammad Riduan, tetapi 11 Mac 2010, Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim, memutuskan hak penjagaan itu diserahkan kepada bekas isterinya.

Kulasegaran ketika ditemui menyatakan keputusan hakim turut dibuat berdasarkan kepada Konvensi Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Perempuan (CEDAW).

"Ketika membacakan penghujahan lebih dari satu jam 40 minit, Hakim menyatakan Malaysia merupakan ahli kepada CEDAW dan semua yang dikehendaki oleh konvensi berkenaan perlu diguna pakai dan salah satu daripadanya adalah diskriminasi terhadap wanita serta kes penukaran agama.

"Hakim turut berpandangan hari ini tiada kemenangan untuk sesiapa dan ia adalah keputusan keharmonian untuk semua. Hakikatnya adalah Undang-undang Persekutuan perlu diberi interpritasi yang betul dan semua agama ada ruang dalam negara ini," katanya.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Empat penjenayah dicekup sepanjang Ops Ramadan

Oleh: Khairil Anwar Mohd Amin

Tarikh: July 26, 2013

PARIT BUNTAR  - Sejak dilancarkan seminggu lalu, Ops Ramadan yang dilaksanakan di sekitar Parlimen Parit Buntar bejaya menangkap empat penjenayah atas kesalahan mencuri motosikal dan mencederakan orang.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan memaklumkan, operasi khas yang dilancarkan 17 Julai lalu akan dilaksanakan secara berterusan sehingga perayaan Aidilfitri.

"Ops Ramadan ini merupakan anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian dengan kerjasama Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela),  Persatuan Keselamatan Sukarelawan Kerian dan lebih sepuluh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) sekitar Parlimen Parit Buntar.

"Operasi ini bertujuan mengurangkan kadar jenayah dengan memberi fokus kepada rondaan polis bersama anggota sukarelawan di setiap taman perumahan serta kawasan perniagaan dan industri bermula jam 11 malam  sehingga 4 pagi setiap hari,"  katanya ketika ditemui, kelmarin.

Menurut Mat Fauzi, hasil keberkesanan Ops Ramadan di Parlimen Parit Buntar, polis merancang untuk memperluaskan kawasan rondaan sehingga meliputi kawasan Parlimen Bagan Serai dalam masa terdekat.

Beliau turut menyifatkan kerjasama daripada anggota sukarelawan sebagai sangat memberangsangkan dan berharap usaha berkenaan dapat diteruskan bagi membolehkan penduduk keluar rumah tanpa rasa takut selain menggalakkan kerjasama dua hala antara orang awam dan polis.

"Sepanjang operasi berjalan, dua pasukan pencegahan jenayah ditugaskan membuat rondaan ikut syif. Sebuah kumpulan bergerak pada jam 12 tengah malam hingga 4 pagi, manakala sebuah kumpulan lagi bergerak pada jam 11 malam hingga 3 pagi.

"Kita dapat lihat kesan positif selepas Ops Ramadan dilancarkan yang mana kes pecah rumah mencatat sedikit penurunan begitu juga dengan kes kecurian motosikal memandangkan pasukan polis pencegahan jenayah turut bertanggungjawab mengadakan sekatan jalan raya," katanya.

Katanya, polis akan meneliti dan mengkaji hasil keseluruhan operasi dan sekiranya berkesan, ia akan dilaksanakan lebih kerap pada masa hadapan.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Rompak guna kayu

Oleh: GOKINA MORGANAN

Tarikh: July 26, 2013

GEORGETOWN - Seorang lelaki berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan terhadap tiga tuduhan melakukan rompakan berkumpulan bersenjatakan kayu ke atas tiga warga asing, 8 Julai lalu.

Lelaki berusia 20 tahun itu dihadapkan ke mahkamah sesyen di sini, semalam tetapi mengaku tidak bersalah terhadap tiga tuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim  Khairul Anuar Abdul Halim.

Mengikut pertuduhan pertama, Mohd Zamri Mohd Noor dari Tanjung Tokong dituduh bersama-sama tiga rakan yang masih bebas, merompak lelaki warga Myanmar sebanyak RM200, satu telefon bimbit dan kad UNHCR (Suruhanjaya Hak-Hak Asasi Pelarian Politik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).

Pertuduhan kedua, lelaki itu dituduh bersama tiga rakan yang masih bebas, merompak RM130, satu telefon dan kad UNHCR dari seorang lagi lelaki warga Myanmar.

Pertuduhan ketiga, Mohd Zamri dituduh bersama tiga rakan yang masih bebas, merompak seorang lelaki warga Indonesia sebanyak RM150, satu telefon dan satu walkie takie.

Ketiga-tiga kesalahan itu didakwa dilakukan di rumah kongsi hadapan tapak projek Kerjaya Prospek Jalan Sri Tanjung Pinang, di sini, kira-kira jam 2.30 pagi, 8 Julai lalu.

Untuk itu, Timbalan Pendakwa Raya, S Selvaranjini mengemukakan setiap pertuduhan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Khairul Anuar membenarkan Mohd Zamri diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin untuk semua pertuduhan yang dihadapinya.

Beliau menetapkan 30 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

IRRIM desak SKMM, polis bertindak tegas

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: July 26, 2013

KUALA LUMPUR - Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRRIM) mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan polis bertindak tegas terhadap mereka menghasut orang Islam melalui laman sosial supaya murtad.

Presiden IRRIM, Amir Amsaa Alla Pitchay berkata, komen ke arah itu yang dipapar di laman sosial peserta ratu cantik, Sara Amelia Muhamad Bernard, melampau.

Katanya, ia dilihat sebagai cuba perlekeh fatwa, mengajak orang Islam murtad.

"Kenapa perlu perlekeh fatwa dan ajak orang Islam murtad, sedangkan sertai dan anjur pertandingan itu juga jelas melanggar Akta Pentadbiran umat Islam Wilayah Persekutuan 1993 (Akta 505)?

"Kita harap tindakan tegas diambil terhadap individu yang memberi komen negatif begini ," katanya selepas membuat laporan polis, semalam.

"Individu cuba cetus api perkauman perlu segera berhenti sebar fitnah," katanya.

Isu itu menimbulkan kontroversi sebelum ini selepas ada antara empat peserta ratu cantik beragama Islam yang dibatalkan dari bertanding Miss World Malaysia 2013 didakwa menyatakan kekecewaan dengan fatwa yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan itu.

Susulan itu, Bahagian Penguatkuasaan jabatan Agama Islam akan buka kertas siasatan di bawah Seksyen eksyen 7,Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559).

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Tekad pertahan kampus induk

Oleh: ROSLINDA HASHIM

Tarikh: July 26, 2013

ALOR SETAR - Mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (Insaniah) melancarkan kempen 'Selamatkan Insaniah Kuala Ketil' kerana mahu mempertahan kampus induk itu untuk kemudahan pelajarnya.

Kumpulan pelajar ini yang menggelar diri mereka sebagai mahasiswa prihatin turut mewujudkan laman facebook, dikenali Mahasiswa Prihatin Kekal Kuin Kuala Ketil (3K), untuk menyuarakan pandangan isu-isu berkaitan kolej universiti itu.

Kempen yang diadakan pada Ahad lalu itu mendapat sambutan terutama daripada pelajar Kuliyyah Muamalat, yang diarah berpindah ke kampus Mergong, selepas cuti Aidilfitri ini.

Pelajar tahun kedua Kuliyyah Muamalat, Syahira Shukri berkata, mereka dimaklumkan pihak pentadbiran untuk berpindah ke kampus Mergong kerana ketiadaan asrama yang mencukupi di kampus Kuala Ketil.

"Perpindahan kami dikaitkan dengan ketiadaan asrama kerana asrama yang diduduki sekarang di Bukit Selambau hanya sementara dan tempoh itu hingga hujung bulan ini. Selepas itu, kami tiada asrama tetapi bersedia mencari rumah sewa walaupun mahal," katanya.

Menurutnya, pelajar tetap mahu meneruskan pengajian di Kuala Ketil yang disifatkan sangat kondusif, selain berharap asrama pasang siap yang dijanjikan sebelum ini dapat disegerakan.

"Jika asrama belum siap, kami sanggup sewa di luar. Saya percaya asrama pasang siap boleh didirikan cepat tetapi kenapa tidak dilakukan. Menteri Besar sebelum ini, Tan Sri Azizan Abdul Razak janji asrama pasang siap akan dibina, apa salahnya teruskan perancangan itu, ketepikan soal politik demi kebajikan pelajar," katanya.

Syahira berkata, hanya Kuliyyah Muamalat diarah berpindah, manakala kuliyyah lain kekal di Kuala Ketil.

"Kami adalah kumpulan pertama yang berpindah dari Mergong ke Kuala Ketil, sekarang diarah pindah semula?. Alasan yang diberikan tidak logik sebab itu kami protes," katanya.

Katanya, ada ura-ura mengatakan pemindahan pelajar dari kuliyyah-kuliyyah lain akan dibuat secara berperingkat bermula tahun depan kerana didakwa kampus Kuala Ketil akan dijual kepada institusi pengajian tinggi (IPT) lain.

Syahira berkata, beberapa pelajar turut membuat inisiatif dan berunding dengan kediaman di luar kampus untuk dijadikan asrama pelajar, sekiranya Insaniah gagal menyediakan kemudahan itu.

"Kami mahu kekal di Kuala Ketil, kami sanggup berdepan kepayahan asalkan kampus ini tidak dijual. Kami bersedia cari tempat tinggal sendiri kerana mahu pertahan kampus ini," katanya.  

Menurutnya, pelajar akan mula bercuti Aidilfitri pada 4 Ogos selama seminggu dan diberi cuti tambahan selama seminggu lagi untuk proses perpindahan ke Mergong.

Difahamkan, jumlah pelajar Kuliyyah Muamalat kini mencecah 1,200 orang, di mana 200 daripadanya adalah pelajar baru.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Terbakar 100 peratus

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: July 26, 2013

REMBAU – Tiga lelaki dan dua perempuan nyaris maut apabila kenderaan yang mereka naiki terbabas lalu terbalik sebelum terbakar 100 peratus dalam satu kemalangan di Kilometer 224, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara), awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi itu, salah seorang daripada lima mangsa berusia dalam lingkungan 20-an mengalami kecederaan di bahagian leher dan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban untuk rawatan lanjut. Difahamkan, kelima-lima mereka dari Melaka ke Kuala Lumpur.

Susulan insiden itu, anggota bomba diketuai Pegawai Bomba Kanan 2, Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Mohd Yusoff Samad dikejarkan ke lokasi berkenaan.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Tanah pusaka diceroboh

Oleh: SYAIRAH ABDUL LAJIS

Tarikh: July 26, 2013

KAMPUNG BATU 46 – Pemilik tanah persendirian, di sini melahirkan rasa kecewa ekoran tanah pusaka miliknya bersama saudara-maranya yang lain dijadikan lokasi membuang sampah.

Mazan Madin, 64, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Batu 46, berkata, pada mulanya tong sampah diletakkan di tanah rizab jalan tidak jauh dari tanah miliknya.

Menurutnya, penduduk mula membuat aduan apabila sampah bertaburan dan mengeluarkan bau busuk selain tidak dikutip selama tiga hingga empat hari.

"Adakalanya penduduk berhampiran turut membuang sampah di sini. Jika tong sampah sudah penuh, mereka sesuka hati mencampak sampah di tepi.

"Oleh kerana berang, ada penduduk membakar sampah di dalam tong sampah menyebabkan tong ini dialihkan ke tempat lain." katanya.

Mazan berkata, pihak berkaitan sudah menutup lokasi tong sampah sedia ada dengan menggunakan pita kuning supaya orang ramai tidak membuang sampah di situ.

Apa yang menggusarkan, katanya, tong sampah itu ditempatkan di tanah miliknya sehingga orang ramai menjadikannya lokasi membuang sampah baru.

"Saya kecewa kerana mereka meletakkan tong sampah sesuka hati tanpa persetujuan tuan tanah.
Tambahan pula ini bukan tanah rizab, tetapi tanah persendirian," katanya.

Sementara itu, penduduk, Ahmad Denan, 81, berkata, sewajarnya pihak berkaitan meletakkan tong sampah berkenaan di kawasan lebih strategik berikutan ia mendatangkan ketidakselesaan jika diletakkan berdekatan rumah penduduk.

Menurutnya, dia sering lihat ada individu mencampakkan sampah dari dalam kenderaan.

"Kawasan itu juga sering dinaiki air apabila tanahnya tidak rata menyebabkan sampah bertaburan sekali gus memberi gambaran negatif kepada penduduk di sini.

"Oleh demikian, saya minta pihak berkaitan untuk memandang perkara ini dengan serius agar tong ini dapat dialihkan," katanya.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Padah ponteng sekolah, 4 dicabul

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: July 26, 2013

BANDARAYA MELAKA - Tindakan empat remaja berusia antara 12 dan 14 tahun ponteng sekolah membawa padah apabila mereka dicabul seorang lelaki di Sungai Udang, dekat sini, kelmarin.

Suspek berusia 51 tahun itu dikatakan mengajak keempat-empat remaja berkenaan yang sedang melepak di  kawasan berhampiran, supaya masuk ke rumahnya.

Menurut sumber, ketika di dalam rumah, suspek turut membenarkan remaja berkenaan menonton televisyen sebelum memasang cakera video digital (VCD) lucah untuk ditonton.

"Suspek kemudian memanggil remaja itu seorang demi seorang ke dalam bilik, kononnya untuk berurut. Bagaimanapun, remaja terbabit mendakwa disuruh berbogel sebelum mereka dicabul," katanya di sini, semalam.

Difahamkan, remaja berkenaan yang membuat laporan polis selepas kejadian berkenaan turut dihalang dari meninggalkan rumah berkenaan sehingga waktu persekolahan tamat.

"Berikutan itu, polis telah menyerbu rumah berkenaan pada hari sama dan menahan suspek untuk siasatan lanjut," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman mengesahkan penangkapan suspek.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut,  sebaliknya memberitahu kes masih dalam siasatan.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Pelancong curi beg penumpang

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: July 26, 2013

SUBANG JAYA – Berkunjung ke negara ini sebagai pelancong, seorang lelaki warga Peru dikatakan aktif mencuri beg penumpang yang berada di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

Aktiviti lelaki berusia lingkungan 30-an itu bagaimanapun berjaya dipatahkan apabila dia ditahan anggota Cawangan Pencegah Jenayah (CPJ).

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan berkata, suspek akan berlegar-legar di kawasan lapangan terbang dan berada di kedai makan untuk mencari mangsanya.

Beliau berkata, kegiatan suspek turut mempunyai rangkaian sindiket yang menunggu di kawasan hentian kereta sewa.

"Anggota yang menjalankan risikan dan pemantauan berjaya menghidu aktiviti jenayahnya. Dia ditangkap lewat malam kelmarin di KLIA.

"Suspek mempunyai masalah untuk berkomunikasi dan polis akan memanggil penterjemah untuk membantu siasatan kes ini," katanya selepas menyampaikan peralatan kepada anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya, semalam.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Mencuri untuk berjudi

Oleh: NUR FARHANA ABDUL MANAN

Tarikh: July 26, 2013

GOMBAK – Mengaku sudah memecahkan lebih 100 kenderaan dan mencuri barangan berharga milik mangsanya, kegiatan seorang lelaki akhirnya tumpas apabila dia dicekup sekumpulan anggota kepolisan masyarakat (CP) di Taman Danau Kota, di sini, kelmarin.

Difahamkan, suspek berusia lingkungan 30-an itu melakukan jenayah sejak tiga bulan lalu bukan untuk memenuhi keperluan hidupnya sebaliknya wang tunai yang dicuri dalam kereta akan digunakan untuk berjudi.

Pengerusi Persatuan Kepolisan Masyarakat (CP) Malaysia, Kuan Chee Heng berkata, gerak-geri suspek yang mencurigakan disedari salah seorang anggotanya, pagi kelmarin.

Katanya, ketika kejadian anggotanya dalam perjalanan untuk menghantar isteri ke tempat kerja namun hasrat itu ditangguhkan apabila terserempak dengan suspek yang seolah-olah berkelakuan pelik di kawasan tempat parkir kereta berdekatan sebuah kondominium.

Beliau berkata, curiga dengan perbuatan suspek, anggotanya kemudian menghubungi tiga lagi ahli CP yang berada berhampiran untuk mengintip kelakuan lelaki itu.

Apabila suspek memecahkan cermin sebuah kenderaan yang diletakkan di luar kawasan kondominium itu, keempat-empat ahli CP kemudian bertindak merapatinya namun lelaki itu melarikan diri.

"Suspek berjaya diberkas dan diserahkan kepada polis bersama beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk memecahkan kenderaan termasuk pemutar skru, pisau dan gunting.

"Untuk kelmarin sahaja, dia mengaku sudah memecahkan cermin tiga kenderaan dan mendapat beberapa barangan termasuk 'smart tag' dan wang tunai," katanya.
Sinar Harian dimaklumkan, lelaki yang masih dikenakan tindakan di bawah Akta Kediaman Terhad itu mengaku sudah memecahkan lebih 100 kenderaan dan melarikan barangan berharga sejak Mac lalu.

Chee Heng berkata, penangkapan suspek menunjukkan masyarakat sudah mulai sedar pentingnya membanteras jenayah dan tidak meletakkan tugas itu di bahu polis semata-mata.

Katanya, perkongsian maklumat antara polis dan ahli CP juga menjadi faktor pencegahan jenayah dapat dilakukan dengan lebih cekap.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Dicekup ketika leka main judi

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: July 26, 2013

KLANG - Lapan individu termasuk empat pelanggan warga asing yang sedang bermain judi atas talian ditahan dalam serbuan di lima kedai internet di Jalan Cungah, Pelabuhan Klang, di sini, kelmarin.

Serbuan dibuat pada jam 11 malam kelmarin, selepas polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Selangor melakukan risikan di semua premis terbabit yang dikenal pasti menawarkan perkhidmatan perjudian atas talian.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor (risikan/operasi), Asisten Komisioner Rooslan Radzi berkata, dalam serbuan itu pihaknya menahan enam penjaga masing-masing terdiri daripada lima warga asing dan seorang lelaki tempatan berusia antara 20 hingga 40 tahun.

Menurutnya, lima penjaga warga asing adalah tiga wanita Indonesia, seorang wanita Thailand dan seorang lelaki warga Indonesia.

"Kita juga tahan empat lelaki asing berusia antara 30 hingga 60 tahun yang sedang leka bermain judi ketika diserbu.

"Kesemua mereka terdiri daripada dua warga Bangladesh, seorang warga Indonesia dan seorang warga Nepal," katanya.

Rooslan berkata, pihaknya merampas 108 set komputer termasuk lima induk (komputer utama) yang disediakan bagi kemudahan pelanggan untuk melayari dan bermain judi secara atas talian.

"Kesemua premis terbabit menawarkan perkhidmatan judi siber dan turut dirampas wang tunai RM560," katanya.

Beliau berkata, semakan menunjukkan lima premis terbabit juga beroperasi tanpa lesen dan semua suspek warga asing yang ditahan dikenal pasti tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

Menurutnya, semua set komputer dirampas termasuk suspek ditahan, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan untuk tindakan selanjutnya.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Warga emas terkejut jumpa seikat wang

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: July 26, 2013

TEMERLOH - Seorang penoreh getah terkejut apabila menemui seikat wang kertas bernilai ribuan ringgit di tepi jalan utama ke bandar Temerloh dekat Kampung Padang Tenggala, di sini, tiga hari lalu.

Lelaki warga emas itu yang enggan dikenali berkata, dia menemui wang terbabit ketika menunggang motosikal melalui jalan berkenaan.

Menurutnya, pada awalnya, dia terpandang satu bungkusan kertas di tepi jalan, namun tidak menghiraukannya.

"Ketika dalam perjalanan pulang, saya melalui jalan yang sama dan masa itu terdetik rasa hati untuk memberhentikan motosikal.

"Saya terkejut apabila melihat sejumlah besar duit bersama beberapa nota yang saya percaya ia adalah rekod urus niaga pemiliknya, saya terus mengambilnya dan berbincang dengan rakan," katanya.

Menurutnya, dia mengambil keputusan menyimpan wang berkenaan dan menyerahkan kepada Sinar Harian untuk menghebahkan perkara itu kepada umum.

Katanya, pihak yang mahu menuntut mesti menyatakan dengan tepat jumlah wang itu sebelum berjumpanya di Kampung Bangau Parit.

Sehubungan itu, orang ramai yang kehilangan sejumlah besar wang dalam tempoh seminggu ini  supaya menghubungi Ketua Balai Polis Temerloh, Inspektor Irwan Sapawi untuk dibawa berjumpa lelaki yang menemui wang tersebut.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Terpedaya cek palsu RM19,000

Oleh: Wan Juhaida Wan Hassan

Tarikh: July 26, 2013

RAUB - Seorang lelaki terperdaya sekali gus kehilangan kereta jenis Honda Accord apabila menerima cek palsu RM19,000 dalam urus niaga jual beli kereta itu.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, pada 9 Julai lalu lelaki dari Tranum ini mengiklankan keretanya dalam internet menerusi sebuah portal niaga popular untuk dijual.

Menurutnya, pada 15 Julai pula seorang lelaki menghubunginya bagi membeli kereta tersebut dan bersetuju untuk berjumpa di Tranum.

"Suspek bertemu dengan mangsa dan bersetuju untuk membeli kereta itu lalu menetapkan pertemuan sekali lagi bagi menjelaskan bayaran menggunakan cek.

"Pada 19 Julai lelaki itu menyerahkan keretanya selepas menerima cek bernilai RM19,000," katanya.

Katanya, lelaki itu kemudiannya pergi ke bank untuk menukarkan cek tetapi pihak bank memaklumkan bahawa cek itu palsu.

"Kita terima laporan daripada mangsa kelmarin dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

"Kes penipuan melibatkan laman sosial dan internet seumpama ini amat kerap berlaku walaupun sering diingatkan agar berhati-hati, tetapi masih lagi berlaku," katanya.

Justeru, beliau berharap orang ramai lebih berhati-hati dan fikir dengan teliti supaya tidak terperdaya dengan individu berniat tidak baik.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Penjara lapan hari akibat curi besi

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: July 26, 2013

KUANTAN - Seorang buruh dihukum penjara empat hari dan didenda RM200 selepas mengaku bersalah dalam Mahkamah Majistret Kuantan, semalam, atas tuduhan mencuri besi dalam kawasan kuarters JKR, Batu 6, Jalan Gambang, dekat sini, kelmarin.

Tertuduh, Zainuddin Ali, 32, dari Kampung Pandan 2, turut dipenjara empat hari lagi selepas mengaku bersalah atas tuduhan menceroboh secara jenayah di kawasan kuarters terbabit.

Hukuman penjara yang diputuskan Majistret Noor Zaihan Mohamed Ali itu berjalan bermula dari tarikh hukuman semalam.

Berdasarkan kertas pertuduhan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Ungku Alfiati Zabeidah Ungku Ismail, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu serentak kira-kira jam 9.15 malam, 22 Julai lalu.

Dia yang berjaya ditangkap polis pada malam kejadian didakwa mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda atau kedua-duanya sekali bagi tuduhan pertama.

Manakala bagi tuduhan menceroboh, dia didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya sekali.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Polis minta kerjasama cari Mohd Sabri

Oleh: Wartawan Sinar Harian

Tarikh: July 26, 2013

MARANG - Polis meminta kerjasama orang ramai membantu mengesan dan menangkap seorang lelaki yang dikehendaki polis kerana gagal menghadirkan diri dalam perbicaraan kes rogol di Mahkamah Kuala Terengganu.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya berkata, lelaki tersebut ialah Mohd Sabri Rosli, 29 dan beralamat serta berasal dari Bachok, Kelantan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lelaki berkenaan boleh menghubungi pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Wan Afzan Wan Mukhtar menerusi talian 09-6182222. Maklumat juga boleh disalurkan di mana-mana balai polis berhampiran," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Mazlan turut mengingatkan orang ramai di daerah ini supaya meningkatkan keselamatan kediaman masing-masing, khususnya kepada mereka yang mahu meninggalkan rumah untuk balik kampung sempena Aidilfitri.

"Orang ramai diingatkan menggunakan kunci atau mangga berkualiti serta mengambil langkah pencegahan lain bagi mencegah jenayah samun. Jangan jadikan kediaman anda sebagai sasaran mudah.

"Pastikan semua pintu dan tingkap berkunci. Kunci pintu rumah setiap kali keluar dari rumah walaupun untuk jangka masa sekejap dan pastikan lampu di sekitar kediaman termasuk di pintu masuk dinyalakan pada waktu malam," katanya.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

Nik Aziz: Kuala Besut, 'Kuala Ujian'

Oleh: Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

Tarikh: July 26, 2013

SAYA membaca keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut melalui akhbar tempatan hari ini (semalam) yang menyaksikan Pas gagal menawan Dun Kuala Besut daripada penguasaan Umno/BN.

Dalam erti kata lain, tawaran Pas kepada rakyat Kuala Besut untuk posisi 16 : 16 ditolak oleh rakyat Dun Kuala Besut yang mengambil keputusan untuk terus memangkah Umno kelmarin.

Saya secara peribadi tidak terkejut dengan keputusan ini.

Pengalaman saya turun beberapa kali membantu calon Pas berkempen dalam PRK ini termasuk meninjau suasana hari pengundian memberikan gambaran kepada saya suasana kehidupan masyarakat di Dun ini.

Kehidupan rata-rata rakyat Kuala Besut yang mencari pendapatan sebagai nelayan memberikan peluang yang cerah kepada Umno/BN menabur sebanyak mungkin projek dan habuan wang ringgit.

Inilah rahsia sebenar kekuatan Umno.

Kesusahan dan kesempitan hidup rakyat diambil kesempatan sehabis mungkin bagi memberikan kemenangan kepada mereka.

Perhatikan sahaja di seluruh Malaysia ini, kesemua ibu negeri ditawan oleh PR kecuali dua sahaja jatuh ke tangan BN.

Secara logiknya, ibu negeri tentulah tempat berhimpunnya tenaga cerdik pandai dan berpendidikan tinggi dan di sinilah Umno/BN gagal kerana kekuatan wang dan kebendaan ada sempadannya.

Di sinilah letaknya tugas Pas selaku parti yang membawa mesej perjuangan Islam.

Di Kuala Besut yang rata-rata penduduknya bergantung kepada pencarian mata pendapatan cara kampung berada dalam tekanan hidup yang tinggi dan sukar untuk membuat pilihan yang terbaik untuk taraf kehidupan mereka sendiri dalam jangka masa panjang.

Apatah lagi untuk berfikir demi kepentingan agama.

Pada saya, apa yang disebut sebagai penyakit ghaplah (lalai) merajai benak fikir rata-rata penduduk sehingga mengenepikan tanggungjawab terhadap agama mereka sendiri.

Inilah tugas gerakan Islam.

Menyambung tugas Rasulullah SAW yang memikul tugas menghapuskan penyakit ghaplah ini. Firman ALLAH SWT yang bermaksud : "Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai." – Surah Yasin, ayat 6.

Perbezaan utama Kuala Besut dengan Pasir Puteh di Kelantan ialah budaya ilmu.

Daripada budaya ilmu inilah akan lahirnya masyarakat yang sentiasa beringat-ingat tentang dosa dan pahala.

Sebab itu di antara perkara terawal yang dilakukan di Kelantan setelah Pas mengambil alih teraju pemerintahan pada tahun 1990 ialah menubuhkan Unit Halaqat.

Ini bukan satu kerja sambil lewa kerana hanya mahu mengharapkan peruntukan kerajaan.

Ia sebenarnya misi kerajaan negeri untuk mendidik rakyat melalui pembudayaan ilmu di masjid-masjid yang dikendalikan oleh Unit Halaqat.

Manusia apabila berilmu akan menolak Umno/BN yang jelas dan terang melawan aspirasi perjuangan Islam.

Bukan mereka menolak Umno/BN dengan emosi dan taksub, tetapi mereka menolak dengan pertimbangan ilmu yang dipelajari.

Dengan ilmu, mereka membezakan intan dan kaca.

Tanpa ilmu, jiwa akan kosong umpama tin kosong yang hanya dipenuhi oleh sampah sarap.

Lihat sahaja dakwah Rasulullah SAW di Mekah, ditolak habis-habisan oleh masyarakat Mekah yang rata-ratanya hidup dalam permusuhan panjang dan konflik sosial yang tinggi.

Namun di Madinah yang agak maju sedikit dengan perkembangan ilmu dengan kehadiran ahli Kitab, Islam mudah diterima oleh penduduk di sana.

Nyata sekali Kuala Besut adalah 'kuala ujian'.

Ujian untuk penduduknya yang ditawarkan pembangunan ratusan juta yang akhirnya ramai yang lemas di 'kuala ujian' ini.

Ia juga medan ujian kepada petugas-petugas parti Pas yang datang dari seluruh negara namun akhirnya terpaksa menerima keputusan tewas pada malam tadi.

Hakikatnya, ini bukan kali pertama Pas tewas di dalam pilihanraya.

Saya mendoakan kesemua petugas parti Pas yang berpenat lelah di bulan Ramadan ini demi kemenangan calon mereka diberikan ganjaran oleh ALLAH SWT.

Inilah bekal kita yang paling berharga iaitu kita mengharapkan pahala daripada ALLAH SWT.

Perhatikanlah ayat al-Quran yang bermaksud : Jangan kamu merasa hina (hilang semangat) memburu musuh kerana jika kamu merasa sakit mereka juga merasa sakit seperti kamu merasainya sedangkan kamu pula berharap kepada ALLAH apa yang mereka tidak harapkan.. (Surah al-Nisa' ayat 104).

Kita bertanding di dalam pilihan raya untuk menang.

Kita mungkin sedih jika tewas, tetapi jangan sesekali kita kecewa.

Segera bangkit dan meneruskan perjuangan kerana perjuangan Islam sekiranya berpijak di lantai ikhlas pasti dihadiahkan dengan pahala!

Salam hormat.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

Al-Mursyidul Am Pas


*Pendapat ini dipetik dari laman sosial Facebook beliau.

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

TPP: Lebih banyak untung dari rugi, kata pakar

Oleh:

Tarikh: July 26, 2013

KUALA LUMPUR - Perdebatan hangat yang tercetus tentang Perjanjian Perkongsian Ekonomi Trans-Pasifik (TPP) tidak harus dibiarkan menenggelami faedah-faedah yang nyata bagi Malaysia.
   
Ini adalah dari segi akses pasaran kepada lebih 700 juta pengguna, import yang berpotensi lebih murah dan peluang untuk membida bagi kontrak kerajaan di ekonomi-ekonomi negara anggota.
   
Kontraktor Malaysia boleh membida bagi kontrak pemerolehan kerajaan di negara-negara jiran dalam perjanjian TPP, khususnya di Brunei, Singapura serta Australia dan New Zealand, kata seorang pakar perdagangan.
   
Dr Sufian Jusoh, seorang Felo Kanan dan Profesor Madya Fakulti Undang-Undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, meskipun pihak-pihak berkepentingan mungkin berasa bimbang tentang kemungkinan firma asing membolot
kontrak-kontrak tempatan dan ekoran itu terus mencanangkan tentang kerugian yang bakal dialami, namun tumpuan juga harus diberikan kepada faedah daripada sebuah pasaran serantau yang diperluaskan.
   
Contohnya, pasaran pemerolehan kerajaan Malaysia dianggarkan bernilai AS$28.1 bilion pada 2012, sedangkan pasaran tergabung bagi pemerolehan kerajaan dalam kesemua 12 pasaran TPP bernilai AS$2.74 trilion.
   
Perjanjian TPP penting bagi Malaysia disebabkan daya tahannya dalam perdagangan dan industri, peluang-peluang yang meningkat bagi pelaburan langsung asing, daya saingan yang lebih tinggi dan kebolehan membina perniagaan dan kapasiti teknikal.
   
"Malaysia akan juga menikmati tarif yang lebih rendah atau kadar sifar bagi barangan dan akses pasaran bagi perkhidmatan.
   
"Di samping itu, kerajaan boleh berunding bagi syarikat-syarikat tempatan mendapatkan akses kepada bantuan teknikal untuk menaikkan taraf masing-masing, seperti dalam pertanian atau perikanan dari ekonomi-ekonomi perjanjian TPP yang lain," katanya semasa ceramah, "A Creature Called TPP (Makhluk Bernama TPPA)" di Wisma Bernama, semalam.
   
Ahli politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kumpulan-kumpulan berkepentingan lain telah menyelar penyertaan Malaysia dalam rundingan perjanjian TPP dan mendakwa, antara lain, bahawa ia akan menggugat kepentingan Bumiputera dan kira-kira 600,000 syarikat asing akan memasuki pasaran domestik.
   
Realitinya, Malaysia boleh mengehadkan akses kepada kontraktor asing dari sudut pemerolehan kerajaan atau mempunyai hak dalam bidang-bidang sensitif tertentu yang dikenali sebagai "carve-out" dalam lampiran peraturan yang tidak mengikut kehendak perjanjian, yang mengehadkan entiti dalam lampiran Bab Pemerolehan Kerajaan, atau meletakkan threshold yang tinggi bagi akses kepada pemerolehan kerajaan.
   
Malaysia menjadi tuan rumah kepada pusingan ke-18 rundingan perjanjian TPP di Kota Kinabalu yang dihadiri oleh Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat (AS) dan Vietnam.
   
"Faedahnya lebih daripada tarif," kata Sufian, yang juga Perunding Luar dan Felo Kanan di Institut Perdagangan Dunia di Bern, Switzerland.
   
Beliau juga berkata, kebimbangan bahawa Malaysia akan kehilangan kedaulatannya apabila menandatangani perjanjian TPP tidak tepat kerana teks perjanjian itu adalah hasil usaha bersama oleh negara-negara yang berunding dan tidak didominasi oleh mana-mana satu kuasa besar ekonomi seperti yang didakwa oleh pihak-pihak tertentu.
   
Semasa menderaf teks perjanjian, negara-negara yang mengambil bahagian termasuk Malaysia, akan berpeluang mengemukakan cadangan masing-masing meskipun negara-negara secara individu mempunyai kedudukan yang kuat dalam sektor
perdagangan tertentu.
   
Contohnya, beliau menyebut tentang bagaimana AS mempunyai pendirian yang kukuh tentang farmaseutikal, terutama tentang lanjutan tempoh bagi ubat yang dipaten.
   
"Tetapi kebanyakan negara berunding membantah kedudukan AS, yang bererti ada kemungkinan cadangan itu tidak dimasukkan dalam perjanjian itu," tegas beliau.
   
Beliau berkata sekali pun farmaseutikal dimasukkan dalam perjanjian TPP, kerajaan Malaysia boleh mengekalkan dasar pembeliannya dan mempunyai kebebasan untuk membeli ubat generik yang lebih murah bagi ubat bukan paten berbanding ubat dipaten yang mahal.
   
"Daripada AS, Malaysia sebaliknya harus berhati-hati dalam rundingan perjanjian perdagangan dengan Kesatuan Eropah, terutamanya Switzerland, yang tahap pengeluaran farmaseutikal dan eksport ubat dipatennya lebih tinggi.
   
"Eropah menempatkan banyak pengeluar ubat dunia dan sektor farmaseutikal merupakan sebahagian besar Keluaran Dalam Negara Kasarnya (KDNK) dan ini bererti ia akan melakukan segala yang mungkin untuk melindungi industri itu," kata Sufian.
   
Beliau juga menolak dakwaan oleh ahli-ahli politik dan NGO tempatan serta kumpulan berkepentingan bahawa syarikat-syarikat multinasional akan menentukan terma-terma kepada Malaysia dalam perkara-perkara seperti pelaburan, malah menyaman negara ini jika syarat-syarat mereka tidak dipenuhi.
   
"Mereka hanya boleh menyaman bagi timbang tara kerana melanggar obligasi-obligasi tertentu di bawah perjanjian TPP," katanya, sambil memberikan jaminan bahawa pasukan perunding Malaysia terdiri daripada tokoh-tokoh yang berpengalaman dan tidak akan menggadaikan negara seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.
   
Ditanya sama ada perjanjian itu akan ditandatangani dalam tahun ini, Sufian berkata, beliau tidak yakin ia akan ditandatangani pada 2013,  kerana masih banyak bidang dalam rundingan itu yang masih belum diputuskan. - Bernama

 

 

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web

14 pemandu trak dibunuh

Oleh:

Tarikh: July 26, 2013

BAGHDAD - IRAQ.Seramai 14 pemandu trak ditembak mati dan kenderaan berat mereka dirampas sewaktu melalui lebuh raya di utara Baghdad, Iraq, semalam.

Pegawai, Mohammed al-Bayati berkata, serangan dipercayai dilakukan militan  yang turut membedil mortar  sejak kelmarin.

Serangan membabitkan rampasan trak adalah keganasan terbaru di seluruh Iraq dan lebih 2,900 orang dilaporkan terbunuh bermula April.

Penghujung April lalu, satu perjanjian damai antara pemimpin pemberontak dan pegawai kerajaan dicapai susulan insiden pembunuhan di Sulaiman Bek.

Lebih 670 orang terkorban sepanjang Julai sekali gus menjadikan 2013 sebagai tahun terburuk di Iraq, dipetik dari PressTV.

 

 

 

 

 

----------------------------

Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.

 

This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment