Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Harimau Malaya tersungkur 1-4
Oleh: NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
Tarikh: July 22, 2013
SKUAD Kebangsaan nyata bukanlah lawan setanding bagi
Di hadapan 50,000 penonton, The Blues mempamerkan aksi kelas tinggi yang cukup berbeza dengan apa yang mereka pamerkan ketika menentang pilihan Thailand di Bangkok melalui tempo permainan yang lebih pantas dan tersusun yang membuatkan Harimau Malaya seolah-olah terpaku.
Malah dalam perlawanan itu, pasukan bimbingan Jose Mourinho jelas menepati ramalan apabila menguasai penuh perlawanan dan hanya memerlukan masa enam minit sahaja untuk membuka tirai jaringan menerusi Bertrand Traore.
Begitu pun, Harimau Malaya
Skuad Harimau Malaya sekali lagi tersentak dengan gol kedua anak buah Mourinho apabila jaringan daripada De Brunye yang melepaskan rembatan kencang dalam kotak penalti pada minit ke-29 berjaya menewaskan penjaga gol Mohd Faizal Marlias.
Sebaik sahaja jaringan itu, De Bruyne mengalami kecederaan dan terpaksa
digantikan dengan Islam Feruz.
Skuad Harimau Malaya masih tidak kenal erti putus asa dan
Penyerang kebangsaan Mohd Amri Yahyah mempunyai peluang untuk
merapatkan jaringan pada minit ke-35 tetapi tendangannya dari jarak 25 meter
dengan mudah diselamatkan oleh penjaga gol Mark Schwazer.
Sebelum perlawanan berhenti rehat,
Pada babak kedua perlawanan, permainan semakin rancak dengan skuad Harimau Malaya cuba melakukan serangan.
Namun, kelincahan pemain Chelsea nyata sukar digugat oleh pertahanan Malaysia apabila gawang tuan rumah sekali lagi dibolosi dan kali ini oleh Victor Moses pada minit ke-89 selepas Farizal gagal menampan keluar bola rembatan leret di dalam kotak penalti.
Akhirnya jaringan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh peminat Malaysia tercapai jua pada masa kecederaan apabila Mohd Fadhli Mohd Shas memanfaatkan situasi kelam kabut di hadapan pintu gol Chelsea dengan tandukan cantik yang menewaskan penjaga gol nombor satu The Blues, Peter Cech.
Untuk rekod, pada tahun 2011, Chelsea menang 1-0 ke atas pasukan pilihan Malaysia.
Senarai pemain:
Malaysia:
Farizal Marlias, Mahalli Jasuli, Azizi Matt Rose, Asraruddin Putra Omar, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak, Norshahrul Idlan Talaha, Mihd Shakir Shaari, K. Gurusamy, S. Kunanlan, Mohd Amri Yahyah, Nik Mohd Shahrul Azim.
Chelsea FC:
Branislav Ivanovic, Micheal Essien, Bictor Moses, Wulfert Cornelis van Ginkel, Eden Hazard, Romelu Lukaku , Mark Shwarzer, John Terry, Nathaniel Chalobah, Ryan Dominic Bertrand , Bertrand Traore.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Hilang selepas pulang sekolah
Oleh: NURUL MAZWANA HAMDAN
Tarikh: July 22, 2013
TAIPING - Selepas seharian hilang dari rumah, seorang pelajar tingkatan dua ditemui dalam keadaan tidak bernyawa di kawasan semak berhampiran Taman Mewah, Kamunting, di sini, semalam.
Mangsa dikenali sebagai M Nathaniel, 14 telah dijumpai oleh orang awam dalam keadaan berlumuran darah di kawasan berkenaan pada kira-kira jam 7.50 pagi.
Sinar Harian difahamkan bahawa mangsa merupakan seorang pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Klian Pauh dan dikatakan hilang selepas pulang dari sekolah pada kira-kira jam 2.30 petang kelmarin.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, kali terakhir mangsa dilihat adalah ketika dia bersembang dengan sekumpulan lelaki bermotosikal sebaik sahaja turun dari bas sekolah.
Menurutnya, mangsa kemudiannya dilihat mengikuti kumpulan pemuda bermotosikal itu dan terus tidak pulang ke rumah selepas itu.
Tambah Yusuf, sehubungan itu keluarga mangsa telah
"Mayat mangsa ditemui dalam kawasan belukar di belakang bangunan baru Taman Mewah dan maklumat berkenaan penemuan mayat itu kami terima daripada orang awam.
"Siasatan mendapati mangsa yang berasal dari Taman Palma, Kamunting mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dipercayai akibat dikelar menggunakan benda tajam," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.
Katanya, mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dalam kawasan belukar berkenaan dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat.
Beliau memaklumkan bahawa kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, iaitu kes bunuh dan motif pembunuhan masih disiasat.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Shisha: Hormati keputusan Majlis Fatwa
Oleh: SITI FATIHAH AWANG
Tarikh: July 22, 2013
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, setiap perkara yang diharamkan atau difatwakan itu mempunyai sebab tersendiri terutamanya dalam isu tersebut yang mana boleh memudaratkan rakyat negara ini.
"Jangan kita lalai dengan perkara seperti itu,
"Sekarang kita tahu, kesan shisha melebihi rokok, maka ia patut diharamkan dan langkah pencegahan perlu ada bagi memastikan rakyat kita selamat dan bebas dari sebarang keburukan," katanya kepada Sinar Harian
semalam.
Beliau mengulas Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam
Shukri berkata, dalam masa yang sama juga masyarakat harus tahu bagaimana cara untuk mengatasi dan menghindari dari sesuatu yang tidak mendatangkan kebaikan dalam diri kita sendiri.
Sementara itu kerajaan negeri turut berharap keputusan Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Fattah Mahmood berkata, langkah tersebut bagi memastikan rakyat faham tentang kesan penggunaannya yang boleh memudaratkan.
"Saya harap rakyat akan ambil perkara ini dari sudut positif, keputusan yang dibuat adalah untuk kebaikan pengguna iaitu yang mana ada sesuatu perkara atau kelakuan yang mungkin boleh datangkan kemudaratan kepada
pemikiran, kesihatan dan sebagainya kita perlu cegah.
"Dalam masa yang sama juga kita perlu mencari satu perkara baru yang boleh menjana kebaikan dalam diri kita dan masyarakat, laksanakan bersama-sama, jika ia boleh mendatangkan keburukan, kita mesti hindari," katanya.
Kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandaraya Islam sebelum ini telah mengambil langkah awal tidak mengeluarkan lesen perniagaan shisha di negeri ini sehingga keputusan Majlis Fatwa dibuat kelmarin.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Hajat suami tak kesampaian
Oleh: AZLINA OTHMAN
Tarikh: July 22, 2013
JOHOR BAHRU -
Kemalangan ngeri itu berlaku sekitar jam 12.50 tengahari ketika semua mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Johor Bahru menghala ke Gelang Patah.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Mokhtar Khalid, 43, bersama empat wanita warga Indonesia berusia lingkungan 20an iaitu Marini bernombor pasport (AR258388); Sehate (AR25799); Desi Angreani (ARAP355538) dan Santi Novita Sitepu (AS184031).
Ketua Polis daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, seorang warga tempatan dan empat warga asing itu meninggal dunia di tempat kejadian.
"Kita percaya kenderaan tersebut dipandu laju sebelum hilang kawalan dan terbabas ke dalam longkang di bahu kiri jalan menghala ke Gelang Patah.
"Siasatan di tempat kejadian pula mendapati keadaan cuaca baik dan terang.
"Keadaan jalan juga rata, bertar dan kering, sedikit berselekoh dan terdapat tiga lorong, namun tiada kekeliruan tanda jalan," katanya kepada media ketika mengesahkan kejadian, di sini, semalam.
Noor Hashim berkata, semua jenazah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, untuk bedah siasat.
Sementara itu, isteri ketiga Mokhtar, Hasni Ali, 36, berkata, sekitar dua jam sebelum kejadian, suaminya sempat membalas sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kepadanya memberitahu mahu berbuka bersama keluarga.
"Saya menerima panggilan polis menyatakan suami terkemalangan dalam jam 2 petang dan tidak sangka dia telah pergi meninggalkan kami.
"Kali terakhir saya berjumpanya semalam (kelmarin) tetapi suami langsung tidak menunjukkan sebarang perubahan," katanya.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Harga ayam: Jangan salahkan kerajaan
Oleh: SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR
Tarikh: July 22, 2013
SHAH ALAM – Pengguna tidak boleh menyalahkan kerajaan apabila menetapkan harga siling ayam pada RM7.70 sekilogram yang akan dilaksanakan 26 Julai ini.
Timbalan Presiden, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Muhammad Shaani Abdullah berkata, kerajaan telah mengambil risiko kerana harga ayam hanya dikawal pada waktu tertentu seperti musim perayaan.
"Secara peribadi, saya berpendapat harga RM7.70 sekilogram agak tinggi. Namun, kerajaan telah mengambil tindakan berani apabila meletakkan harga RM7.70 sekilogram sedangkan harga yang dijual di pasaran lebih RM8 sekilogram.
"Pengguna harus faham bukan mudah untuk kerajaan menurunkan harga barang pada tahap yang berpatutan. Kita tidak mahu pelaksanaan Skim Kawalan Harga ini akan menyebabkan tiada bekalan ayam di pasaran," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai keluhan peniaga dan pengguna yang menyifatkan harga siling ayam yang ditetapkan RM7.70 sekilogram sebagai masih tinggi.
Jumaat lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan penurunan harga ayam dari harga purata runcit RM8.40 sekilogram kepada RM7.70 sekilogram.
Harga ini akan dikuatkuasakan selama 17 hari bermula 26 Julai hingga 11 Ogos 2013.
Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, ayam adalah antara 20 senarai barangan harga kawalan bagi Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2013.
Mengulas mengenai penetapan tarikh Skim Kawalan Harga yang didakwa sesetengah pihak terlalu lambat dilaksanakan, Muhammad Shaani berkata, peraturan tersebut sudah ditetapkan.
Dalam pada itu, beliau berkata, pengguna perlu aktif memainkan peranan bagi memastikan masalah kenaikan barang tidak terus berlaku.
"Masalah kenaikan harga barang tidak boleh bergantung kepada kerajaan saja, pengguna juga perlu main peranan. Kesedaran saja tidak cukup kerana mereka mesti bertindak.
"Jangan hanya tunggu musim perayaan baru hendak mengadu. Jika harga barang naik, laporkan segera kepada pihak berkenaan," katanya.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Aziz M Osman nekad bersara
Oleh: AKMALIAH RAZAK
Tarikh: July 22, 2013
AZIZ M Osman, bukanlah nama picisan dalam industri tempatan. Malah, ilmu seninya tidak perlu diduga lagi.
Dilahirkan pada 2 Oktober 1962, anak kepada penyanyi era 90-an, M Osman ini mula melibatkan diri dalam dunia lakonan sebelum bergelar pengarah dan penerbit.
Dalam dunia pengarah, Aziz berjaya mencipta fenomena tersendiri melalui beberapa filemnya termasuk, Fenomena, XX Ray, Leftenan Adnan, Puteri Impian, Senario The Movie, Gila-Gila Pengantin dan Trauma.
Malah drama terbitan syarikat produksinya, AceMotion Pictures Sdn Bhd seperti Misi XX Ray, Dunia Anita, Puteri, Fara, Bong, Viceversa dan Kisah Kaisara turut mempunyai peminat tersendiri.
Namun, sejak akhir-akhir ini ramai yang beranggap magis Aziz sudah hilang dan karya ciptaannya tidak lagi berbisa seperti dahulu.
Menerusi satu temu bual eksklusif, Aziz turut berkongsi pandangan dan perkembangan terbarunya di dalam bidang pengarah dan penerbitan.
Apa perkembangan terbaru anda?
Alhamdulillah, saya bersama kru produksi baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri untuk TV3 slot Akasia, Demi Dia. Kini, saya akan kembali fokus pada filem yang bakal menemui penonton tidak lama lagi, Penunggu. Kemungkinan besar, filem itu akan ditayangkan pada awal tahun depan.
Sepanjang drama Demi Dia ditayangkan, bagaimana pula sambutan daripada penonton?
Pada awalnya sambutan memang kurang memberangsangkan, namun kini saya lihat penerimaan semakin baik. Saya akui, memang drama ini kurang memberi kesan kepada penonton kalau nak dibandingkan dengan drama sebelum ini. Mungkin kerana penonton lebih suka dengan drama-drama genre berlainan. Namun, saya puas hati dengan Demi Dia walaupun idea ini datangnya daripada stesen televisyen.
Kiranya, Demi Dia bukanlah naskhah anda sendiri?
Bukan, ia adalah idea daripada stesen televisyen dan saya disarankan untuk menghasilkan kesinambungan kisah cinta Azura setelah berkahwin. Pun begitu, saya tidak menyalahkan stesen televisyen di atas perkara ini. Namun kalau boleh, saya lagi puas jika mengarahkan karya saya sendiri. Bagi pengarah yang sudah lama bertapak dalam industri, mungkin perkara ini menimbulkan rasa janggal dan langkah kami turut terbantut. Apa salahnya jika memberi kebebasan kepada kami kerana kami tidak perlu 'dipimpin' sebegini.
Ramai yang berpendapat, magis anda sudah hilang. Apa komen?
Perkara ini terlalu subjektif untuk diperkatakan. Saya tidak kisah apa yang orang kata kerana bagi saya, generasi penonton telah berubah. Mungkin ini bukan era saya lagi. Selera penonton juga berubah dan saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk menyajikan karya yang boleh memenuhi selera penonton. Sebenarnya, Demi Dia adalah drama terakhir arahan saya dan saya akan bersara dalam bidang pengarahan. Saya akan menumpukan perhatian pada bidang penerbitan sahaja dan selain itu, saya akan membantu anak sulung saya, Puteri Nur Fatihah, 24, yang baru sahaja menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UITM), dalam bidang Animasi.
Adakah anda merajuk?
Bukan merajuk, cuma saya rasa, saya perlu undur diri dan memberi peluang kepada pengarah-pengarah baru untuk berkarya. Lagipun, saya sedar bahawa penonton sudah berubah dan generasi penonton sekarang tidak berpihak kepada karya saya lagi.
Kenapa tidak cuba untuk tampilkan kelainan?
Bukan saya tidak mahu tampilkan kelainan, namun saya sendiri tidak suka berkarya tanpa jiwa.
Selain itu, saya ada menyuarakan idea saya sendiri, namun stesen televisyen menolak dan alasan tidak mahu menanggung risiko sekiranya karya itu gagal. Saya pula tidak suka menghasilkan karya-karya yang mengangkat unsur kekecewaan yang melampau. Jadi, ia tidak kena dengan jiwa saya. Bukan saya sahaja malah, pengarah lain juga turut merasai perkara yang sama.
Akhir sekali, apa pandangan anda mengenai industri sekarang?
Tidak dinafikan, industri sekarang berkembang positif dan melahirkan banyak karya hebat.
Namun, saya juga berharap agar pihak stesen televisyen mempercayai kredibiliti pengarah lama dan tidak meletakkan kami setanding dengan pengarah yang baru bertatih. Berikan kebebasan kepada kami berkarya dan tidak salah sekiranya kita mempelbagaikan genre karya. Pun begitu, saya tidak ada masalah dengan stesen televisyen kerana kita semua saling memerlukan.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Tarian tiang cemari Ramadan
Oleh: SITI NADIAH AHMAD ZAMLUS
Tarikh: July 22, 2013
GEORGETOWN - Seorang janda dicekup Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) ketika sedang asyik mempamerkan aksi ghairah menari tarian tiang di sebuah pusat hiburan awal pagi semalam.
Wanita berusia 27 tahun itu pada mulanya tidak menyedari kehadiran penguatkuasa JAINPP, namun kemudiannya dia serta merta terjun dari pentas tarian setelah melihat penguatkuasa menyerbu masuk premis berkenaan.
Ibu beranak satu itu pada mulanya mengaku namanya Alvy dan menggunakan loghat Cina untuk bercakap Melayu.
Ia bagi mengelakkan penguatkuasa mengecamnya Melayu yang beragama Islam.
Ketika diminta memberikan kerjasama menyerahkan kad pengenalan, wanita yang menggelar dirinya Alvy itu cuba menengking anggota penguatkuasa JAINPP.
"You don't know my father (awak tidak kenal ayah saya), why you don't respect me (kenapa tidak hormat saya), saya datang untuk seronok-seronok saja," katanya.
Namun setelah hampir 15 minit barulah dia dalam keadaan ketakutan meminta JAINPP tidak memberitahu perkara sebenar kepada ayahnya.
"Saya beritahu dia datang ke majlis harijadi, bukannya ke sini, tolonglah, tolonglah," katanya dalam keadaan ketakutan.
Pusat hiburan di Seberang Jaya itu diserbu pada jam 12.30 malam dan turut menahan GRO beragama Islam dan juga lelaki Melayu yang sedang leka minum arak.
Sementara itu, pada jam 2 pagi, JAINPP bersama dengan tujuh anggota unit cawangan khas berjaya mencekup sekumpulan lelaki yang berpesta arak dalam sebuah premis.
Kesemua lelaki berkenaan tanpa segan silu menikmati arak dengan meja yang penuh dengan bekas-bekas arak.
Bukan itu sahaja, lima wanita Islam ditahan dalam premis yang sama dipercayai menjadi GRO.
Salah seorang wanita berusia lingkungan 20-an yang bekerja di situ mengakui menerima gaji bulanan sebanyak RM3,000 sebulan walaupun hanya bekerja dari jam 10 malam hingga 3 pagi.
Rata-rata mereka juga sudah mempunyai anak, namun bergelar ibu tunggal kerana ada yang bercerai dan juga yang masih belum berkahwin namun mempunyai anak.
"Kami akan layan mereka yang datang minum (arak) sekiranya mereka bayar lebih saja pada kami, kalau RM7 cuma dalam masa lima minit saja mereka boleh bercakap dengan kami.
"Biasanya pelanggan tanya kami siapa nama, tinggal mana, kami bukan bagi mereka pegang-pegang," katanya.
Operasi bersepadu antara JAINPP dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu bermula dari jam 11 malam hingga jam 3 pagi.
Seramai 13 lelaki dan 9 wanita yang semuanya beragama Islam disaman mengikut Seksyen 19 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang.
Ia adalah atas kesalahan minum apa-apa minuman yang memabukkan, sekiranya disabitkan bersalah boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Sembilan wanita yang bekerja sebagai GRO itu juga dikeluarkan notis oleh JAINPP atas kesalahan mengikut Seksyen 47 bersangkutan Seksyen 35.
Ia melibatkan percubaan seseorang individu yang menganjur, mendorong atau menggalakkan orang lain untuk melakukan apa-apa maksiat dan ia adalah melakukan suatu kesalahan.
Jika disabitkan bersalah boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan.
Ketua Operasi dan Penguatkuasaan JAINPP, Khairul Azman Azizan berkata, kesemua yang ditahan berusia dari 22 tahun hingga 44 tahun.
Menurutnya, ada antaranya yang bekerja sebagai pensyarah, pekerja kilang, kontraktor, dan juga tukang paip.
"JAINPP sudah pun beberapa kali memberikan amaran, namun mereka tetap berdegil dan kami sebagai penguatkuasa telah mengambil tindakan tegas dan mahu mengingatkan kepada mereka yang masih berdegil, operasi maksiat ini akan diteruskan sepanjang masa," katanya.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
4 rakan ditemui lemas cari lala di Sungai Melaka
Oleh:
Tarikh: July 21, 2013
MELAKA - Empat rakan ditemui mati lemas ketika mencari lala di Sungai Melaka di Taman Seri Krubong, Krubong di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa yang terdiri daripada adik beradik iaitu Hanis Balkis Fadzli, 7, dan Mohamad Nazmi Fadzli, 9, serta dua rakan mereka iaitu Athafiz Amin, 10, dan Rodziatul Nadia Rosnan, 12, dipercayai tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai.
Timbalan Penguasa Bomba dan Penyelamat Melaka Kamarulzaman Mohd Din berkata tujuh anggota bomba dari Balai Bomba Ayer Keroh dan 11 anggota unit penyelam dari Balai Bomba Kubu dikejarkan di tempat kejadian.
"Bomba menerima panggilan pada pukul 4.58 petang dan berjaya menemui mayat mangsa keempat pada pukul 6.04 petang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Kesemua mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka dan dikebumikan malam ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cheng di sini.
Kakak kepada Athafiz iaitu Athirah Amin, 16, berkata adiknya bersama tujuh lagi rakan yang tinggal di taman perumahan yang sama pergi mencari lala di kawasan sungai itu bagi dijadikan juadah berbuka.
"Mereka pergi berlapan cari lala di sungai itu, bila adik saya dan tiga lagi kawannya tergelincir masuk dalam sungai lagi empat cuba selamatkan tapi tak berjaya. Lepas tu mereka semua terus dapatkan bantuan orang ramai.
"Saya memanglah sangat sedih hilang adik saya terutamanya masa Hari Raya yang semakin dekat ini," katanya yang mengetahui kejadian itu kira-kira pukul 5
petang daripada jirannya.
Norizan Zainal, 40, ibu Rodziatul Nadia, berkata ketika kejadian beliau sedang pergi ke kedai untuk membeli mi bagi kegunaan perniagaannya dan mengetahui kejadian daripada jirannya kira-kira pukul 6 petang ketika pulang dari kedai.
"Selama ini anak saya tak pernah pergi ke sungai itu untuk bermain atau buat apapun. Dua tiga hari ini anak saya semakin rajin ikut saya pergi tarawih, dia juga ada kata tak mahu pergi sekolah esok dan mahu saya belikan jubah untuk dia," katanya.
Sementara itu, Ismail Hamid, 64, datuk kepada Hanis Balkis dan Mohamad Nazmi, berkata dia tidak menyangka mimpi jatuh ke dalam sebuah lubang gelap beberapa hari sebelum kejadian membawa petanda buruk menimpa kedua-dua cucunya itu.
"Saya berasa pelik dengan mimpi tersebut tapi tidak sangka ia petunjuk cucu-cucu saya akan pergi dulu sebelum saya," katanya.
Pesara itu berkata kedua-dua cucunya itu turut menunjukkan perubahan ketara seminggu sebelum kejadian apabila Hanis Balqis tiba-tiba mahu tidur di atas lengannya pada malam sebelum kejadian manakala Mohamad Nazmi pula tidak mahu masuk ke rumahnya walaupun disuruh beberapa kali.
Kesemua mayat mangsa dituntut keluarga masing-masing dari Hospital Melaka kira-kira pukul 11 malam ini. – Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Kualiti udara di Bukit Rambai semakin merosot
Oleh:
Tarikh: July 21, 2013
MELAKA - Kualiti udara di Bukit Rambai di sini semakin merosot apabila mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat iaitu 114 pada pukul 4 petang berbanding 105 tengah hari tadi.
Menurut Jabatan Alam Sekitar dalam laman sesawangnya, bacaan IPU di kawasan itu kekal berada pada tahap 105 pada pukul 1 tengah hari sebelum merosot kepada 108 pada pukul 2 petang dan 111 pada pukul 3 petang.
Sehingga kini, Bukit Rambai merupakan satu-satunya kawasan di negara ini kekal pada IPU tidak sihat. Kawasan Cheras di Kuala Lumpur mencatat IPU tidak sihat iaitu 101 pada pukul 3 petang, namun kembali kepada IPU sederhana iaitu 93 pada pukul 4 petang.
Kualiti udara di Bandaraya Melaka pula dilapor masih berada pada tahap IPU sederhana, bagaimanapun kualiti udara di kawasan itu merosot daripada 80 pada 12 tengah hari, 1 tengah hari (82), 2 petang (84), 3 petang (84) dan 4 petang (92).
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai bahaya.
Tinjauan Bernama di Bandaraya Melaka dan Bukit Rambai di sini mendapati kesan asap jerebu telah kelihatan namun tidak begitu menjejaskan jarak penglihatan. – Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Rumah bekas Exco Melaka dipecah masuk
Oleh:
Tarikh: July 21, 2013
ALOR GAJAH - Tatkala bekas Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri Melaka Datuk Ab Karim Sulaiman sibuk membantu kempen Barisan Nasional (BN) di Kuala Besut, rumahnya di Sungai Udang di sini dipecah masuk awal pagi ini.
Menantu bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara itu, Amir Ariffin, 37, berkata kejadian itu disedarinya apabila pulang ke rumah itu pada 11.30 pagi ini dan mendapati televisyen 43 inci, set teater rumah dan beberapa beg pakaian hilang.
"Ketika kejadian semua keluarga saya berada di sebuah lagi rumah kami di Kampung Seri Jeram (di sini). Ketika pulang ke rumah ini saya dapati pintu belakang rumah telah diumpil dan ada kesan tapak kaki di pagar juga rumput di belakang rumah.
"Jiran saya ada terlihat sebuah kereta menurunkan seseorang di tepi rumah ini pada pukul 5.30 pagi tadi dan kembali semula mengambil orang itu kira-kira sejam selepas itu. Beliau (Ab Karim) telah dimaklumkan perkara ini dan akan pulang malam ini," katanya kepada pemberita di Sungai Udang di sini, hari ini.
Amir yang merupakan pegawai di Jabatan Ketua Menteri Melaka berkata kira-kira dua bulan lepas rumah itu juga cuba dimasuki pencuri tetapi gagal.
Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes sedang disiasat. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
KDN cari mekanisme benar banduan undi
Oleh:
Tarikh: July 21, 2013
BESUT - Kementerian Dalam Negeri akan mencari mekanisme yang boleh diguna pakai bagi membolehkan banduan mengundi pada pilihan raya akan datang.
Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perbincangan berterusan akan diadakan antara pihak terbabit seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan banduan menunaikan hak mereka sebagai pengundi.
Beliau berkata antara aspek yang perlu diteliti ialah mengenai undang-undang yang diperuntukkan di bawah SPR untuk membenarkan banduan mengundi.
"Jika banduan yang telah tiga tahun dalam penjara atau dihukum penjara lebih dari tiga tahun, mungkin perlu mekanisme sesuai untuk (membolehkan) mereka mengundi di kawasan penjara yang ditempatkan.
"Atau mereka juga boleh undi awal di kawasan yang telah mereka mendaftar sebagai pengundi. Banduan juga ada hak untuk mendaftar kali pertama sebagai pengundi," katanya kepada pemberita selepas program ramah mesra Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) bersama masyarakat di Kampung Gertak Seratus di sini hari ini.
Menurutnya ketika ini terdapat 35,000 banduan di seluruh negara dengan 48 peratus menjalani hukuman kerana dadah.
Ahmad Zahid berkata 170 orang kena pengawasan (OKP) layak mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut 24 Julai ini.
Beliau menarik perhatian bahawa rata-rata OKP akan mengundi untuk kali pertama memandangkan sebelum ini mereka tidak mengambil peduli untuk menunaikan tanggungjawab mereka itu.
"Terima kasih kepada Skuad 1Malaysia AADK yang memantau, mengajak mereka untuk datang tunaikan hak mereka," katanya.
Pada pilihan raya kecil itu, calon Barisan Nasional (BN) Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, seorang jurutera dan anak tempatan akan berhadapan calon Pas, Endot@Azlan Yusof, 48, seorang ahli perniagaan.
Kuala Besut mempunyai 17,683 pemilih berdaftar dan kekosongan Dun Kuala Besut berlaku berikutan kematian penyandangnya Dr A Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu akibat kanser paru-paru. – Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Langkah Kedah warta fatwa anti Syiah tepat
Oleh:
Tarikh: July 21, 2013
ALOR SETAR - Gabungan Institusi Pondok, Tahfiz dan Ilmuwan Sunni berpendapat langkah kerajaan negeri Kedah bakal mewartakan fatwa anti Syiah sebagai satu tindakan tepat.
Timbalan Pengerusinya Ashiq Elahi berkata langkah itu wajar untuk mengekang penyebaran fahaman itu yang disifatkannya sebagai bahaya kerana menghalalkan pengikut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti yang berlaku di luar negara.
"Dengan adanya fatwa itu tindakan undang-undang boleh diambil untuk mengheret sesiapa sahaja yang cuba menyebarkan fahaman itu kepada orang Islam (di negeri ini) yang rata-ratanya Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya kepada pemberita di sini hari ini sebagai mengulas keputusan kerajaan negeri yang bakal mewartakan fatwa anti Syiah.
Ashiq Elahi berkata fahaman itu dipercayai mula tersebar di negeri ini sejak lima tahun lepas dengan menjadikan sekolah tahfiz dan pondok sebagai pusat penyebarannya tanpa disedari oleh pihak bertanggungjawab.
Beliau berkata kemasukan fahaman Syiah ke negeri ini dikenali sebagi Syiah Immamiah dan ia amat berbahaya kerana dipercayai menukar Rukun Islam dan Rukun Iman, menukar kalimah Syahadah kepada 'Walayah' dan nikah mutaah.
Bekas Anggota Dewan Ulama PAS Kedah, Abdullah Abdul Rahman berkata tindakan kerajaan negeri dianggap tepat untuk memelihara kesucian agama Islam daripada tercemar.
Katanya setakat ini pendekatan yang dilakukan untuk mengekang penyebaran Syiah melalui ceramah ternyata tidak berkesan.
"Jika fatwa anti Syiah itu diwartakan nanti diharap dapat menguburkan pengikut fahaman tersebut di negeri ini," katanya. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
7 premis, 2 kediaman musnah terbakar
Oleh:
Tarikh: July 21, 2013
KUALA LUMPUR - Tujuh premis termasuk dua buah rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Umbun 2, Taman Setapak di sini hari ini.
Ketua Balai Bomba Setapak Suki Annuar berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 2.50 petang dan tiba 5 minit kemudian.
"Ketika sampai, api sedang marak di kawasan seluas 400 meter persegi. Kebakaran melibatkan dua buah tokong, dua buah bengkel besi, sebuah bengkel perabot serta dua buah rumah batu.
"Siasatan awal mendapati api berpunca dari bahagian tengah iaitu dari sebuah bengkel sebelum merebak ke premis berhampiran," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Beliau berkata seramai 45 anggota dikejarkan ke tempat kejadian, dan api berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira pukul 5 petang.
Jumlah kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan.
Bagi Mohd Subaeri Samsur, 36, tiada perkataan dapat menggambarkan kesedihannya apabila rumah yang didiami sejak 13 tahun lepas hangus dalam kebakaran itu.
Semasa kejadian beliau sedang nyenyak tidur dan dikejutkan oleh jiran yang memecah masuk melalui tingkap rumahnya.
"Bila saya sedar, tengok rumah dah dijilat api. Saya keluar rumah memang tidak sempat bawa keluar apa-apa, apatah lagi pakaian.
"Saya sedih sangat sebab rumah musnah sekelip mata, wang saya kumpul untuk beli persiapan raya juga hangus," katanya dengan nada sebak. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Warga emas nyaris maut
Oleh:
Tarikh: July 21, 2013
BALING - Seorang warga emas yang sedang tidur di tingkat atas rumahnya nyaris maut bila terperangkap dalam rumahnya yang terbakar di Kampung Seberang Titi, Pekan Kuala Pegang, hari ini.
Sayidda Abdul Haai, 73, tidak terdengar panggilan jiran-jirannya ketika kebakaran itu pada kira-kira pukul 12.41 tengah hari.
Seorang jirannya, Fadzilah Abdullah yang berniaga tidak jauh dari rumah Sayidda ketika melihat asap tebal dari bumbung rumah itu terus berlari ke rumah wanita itu dan mengetuk pintu rumahnya beberapa kali sehingga dia tersedar.
Beberapa jiran lain memecahkan pintu rumah itu untuk mengeluarkan warga emas itu yang keseorangan ketika kejadian.
Sayidda tinggal di rumah miliknya itu bersama anak lelaki, Mohammad Khalim Fateh Mohamed, 37, menantu dan tiga cucu.
"Kami berjaya kejutkan dia semasa api sedang marak tetapi setelah turun dari rumah kayu itu dia hendak masuk semula untuk mengambil barang-barangnya yang berharga tapi dapat dihalang", kata Fadzilah.
Keluarga mangsa kebakaran bagaimanapun enggan ditemubual.
Tujuh anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Baling diketuai pegawai Operasinya, Mohd Shuib bin Abu Bakar dengan bantuan 18 anggota bomba sukarela mengambil masa 20 minit untuk memadam kebakaran.
Mohd Shuib berkata punca kebakaran dan kerugian masih disiasat. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Peguam masuk hospital, kes Anwar ditangguh
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: July 21, 2013
SHAH ALAM - Mahkamah yang sepatutnya mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, esok, mungkin ditangguhkan.
Menurut The Malaysian Insider, penangguhan itu ekoran peguam bela Anwar, Karpal Singh tidak sihat.
"Kita akan buat permohonan penangguhan kerana Karpal tidak sihat. Beliau kini ada di hospital dan dijangka berada di mahkamah, dua tiga hari lagi.
"Bagaimanapun, kita belum tahu bila tarikhnya," kata Ramkarpal kepada portal itu.
Mahkamah Rayuan sebelum ini menetapkan dua hari bermula esok bagi mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan pembebasan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya itu.
Pada 9 Januari tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar atas dakwaan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansarara di sini, antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Anwar, 65, yang juga ketua pembangkang dan ahli Parlimen Permatang Pauh, didakwa mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Perompak tebuk dinding bank
Oleh:
Tarikh: July 21, 2013
KLANG - Sebuah bank di Ambang Botanik di sini kerugian RM110,000 dalam rompakan yang dipercayai berlaku awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop berkata perompak terbabit memasuki bank berkenaan dengan menebuk bahagian dinding belakang sebelum menebuk pintu bilik kebal bank terbabit.
Beliau berkata polis menerima aduan daripada pengurus bank yang pergi ke bank berkenaan kira-kira pukul 9.30 pagi tadi dan mendapati dinding belakang bank berkenaan telah ditebuk.
"Pengurus bank itu memaklumkan, dia ada menerima SMS (khidmat pesanan ringkas) memaklumkan penggera bank berkenaan berbunyi pada pukul 3.20 pagi tadi namun tidak melakukan pemeriksaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan mendapati wang tunai yang dilarikan suspek adalah duit yang disimpan di dalam bilik kebal bank itu, dan jumlah wang yang dilarikan perompak terbabit disahkan oleh dua pekerja bank berkenaan berdasarkan semakan yang dibuat daripada rekod bank itu.
"Pemeriksaan pada kamera kawalan litar tertutup (CCTV) di dalam bank berkenaan mendapati ia telah terpadam pada 19 Julai kira-kira pukul 7.19 malam," katanya.
Mohamad berkata pihak forensik masih melakukan siasatan di tempat kejadian. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Mayat lelaki dijumpai terapung dalam tasik
Oleh:
Tarikh: July 21, 2013
KLANG - Mayat seorang lelaki yang dipercayai mangsa bunuh dijumpai terapung di dalam tasik berhampiran kawasan perumahan Aman Perdana, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mohd Shukor Sulong berkata mayat dengan kesan tetakan itu ditemui orang awam pada pukul 9.45 pagi sebelum memaklumkan penemuan kepada polis.
"Tiada dokumen pengenalan diri ditemui dan siasatan awal mendapati beberapa kesan kelaran pada mayat termasuk di leher, kaki dan pergelangan tangannya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya polis juga mendapati ada kesan hentakan pada kepala mangsa selain tanda-tanda pergelutan.
Polis percaya mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an ini diculik di kawasan lain sebelum dibawa ke lokasi kejadian dan berlaku pergaduhan sebelum dia dibunuh dan dicampak ke dalam tasik, katanya.
"Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk dibedah siasat dan orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau kenalan diminta menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat ASP Chua di talian 019-3193193," katanya. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
22 individu Islam ditahan minum arak
Oleh:
Tarikh: July 21, 2013
BUTTERWORTH - Sembilan wanita antara 22 individu Islam yang ditahan kerana mengambil minuman keras di premis hiburan di Seberang Jaya dan Perai di sini awal pagi tadi.
Wanita tersebut turut merupakan pelayan pelangan (GRO) di premis berkenaan.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP), Khairul Azman Azizan berkata kesemua mereka disiasat menurut Seksyen 19 Enakmen Jenayah Syariah Pulau Pinang Kesalahan 1996 kerana menggunakan apa-apa minuman yang memabukkan di tempat awam yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya.
Sembilan wanita itu juga disiasat menurut Seksyen 47/35 kerana menggalakkan kegiatan maksiat dan boleh dikenakan denda RM5,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan, katanya.
Beliau berkata kesemua mereka dibebaskan selepas diambil keterangan.
Khairul Azman berkata JAIPP turut mengeluar sembilan notis kepada sembilan pasangan Islam yang berkelakuan tidak senonoh di tempat awam di Pantai Bersih, yang boleh didenda RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Remaja dilapor hilang ditemui
Oleh:
Tarikh: July 21, 2013
GEORGETOWN - Remaja perempuan berumur 14 tahun yang dilapor hilang dari rumhnya di Sungai Ara, Bayan Lepas pada Jumaat lalu ditemui awal pagi tadi.
Dia ditemui masih dalam pakaian tidur seperti ketika dia dilapor hilang, pada pukul 1 pagi oleh seorang penoreh di pinggir kebun getah, beberapa kilometer dari rumahnya.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt Hatta Md Zin berkata remaja itu kelihatan bingung dan trauma serta lemah dipercayai kerana tidak mendapat makanan.
"Berdasarkan keterangan mangsa, dia mendakwa diculik dua lelaki bertopeng dan dibawa naik ke atas bukit serta dirogol oleh salah seorang suspek," katanya ketika dihubungi.
Keluarganya telah dimaklumkan mengenai penemuannya dan dia kini dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Hatta berkata pihak polis masih belum mengenal pasti identiti suspek dan usaha mengesan sedang dilakukan.
Mangsa disedari hilang pada pukul 6 pagi dengan selimut miliknya dijumpai di belakang rumahnya.
Menurut keluarganya, rumah mereka yang terletak di atas bukit tidak dikunci pada malam tersebut bagi memudahkan seorang lagi anggota keluarga mereka yang pulang lewat memasukinya. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Cubaan seludup ganja gagal
Oleh:
Tarikh: July 21, 2013
BUKIT KAYU HITAM - Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah mematahkan cubaan menyeludup masuk ganja dari Thailand seberat 96.56 kilogram bernilai RM245,000 di sini semalam.
Komander UPP Kedah Abdul Latif Abd Rahman berkata dadah ditemui dalam sebuah Proton Wira berwarna putih milik suspek berusia 19 tahun kira-kira pukul 9 malam tadi, ketika anggotanya melakukan pemeriksaan di kilometer 1.3 Lebuhraya Utara-Selatan dari arah Thailand.
Katanya, curiga dengan suspek yang baru saja melepasi pintu sempadan Malaysia-Thailand, anggotanya meminta kad pengenalan sebelum suspek bertindak melarikan diri dan meninggalkan keretanya dan beberapa dokumen pengenalan diri.
"Hasil pemeriksaan lanjut dalam kereta terdapat 98 ketulan dipercayai ganja diletakkan di bawah tempat duduk belakang dan dalam kotak speaker yang diubahsuai di but," katanya pada sidang media di Pejabat UPP Bukit Kayu Hitam di sini hari ini.
Abdul Latif berkata suspek yang tiada rekod jenayah lampau sebelum ini dipercayai mengambil upah membawa masuk dadah, dikatakan ke Thailand pada 17 Julai lepas dan masuk semula ke negara malam tadi.
Beliau berkata kes kemudiannya diserahkan kepada bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu untuk tindakan dan usaha mencari suspek giat dijalankan.
Katanya dadah berkenaan dipercayai untuk pasaran negara ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1957.
Bagi membantu siasatan, polis kini sedang mengesan lelaki dikenali sebagai Norizdhan Faridzuan Yazet, 19, dari Pendang.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Norizdhan boleh menghubungi IPD Kubang Pasu di talian 04-9176999/2222 atau mana-mana balai polis terdekat.
Dalam perkembangan lain, Abdul Latif berkata pihaknya turut merampas pelbagai jenis pakaian tiruan pelbagai jenama dan kain batik Indonesia bernilai ribuan ringgit di kilometer 35 Jalan Kota Putra, arah Padang Sanai kira-kira pukul 1.30 petang Jumaat lepas.
Beliau berkata pihaknya menahan dua lori, masing-masing dipandu lelaki berusia 29 dan 42 tahun, yang membawa masuk pelbagai jenis pakaian dan kain batik secara tidak sah ketika waktu solat Jumaat.
"Ini taktik mereka guna untuk kaburi mata pihak berkuasa. Masuk barangan pada waktu solat Jumaat dan turut campurkan barangan yang telah dibayar cukai dengan barangan larangan," katanya.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang membawa hukuman denda tidak kurang dari 10 kali ganda dan tidak lebih 20 kali ganda amaun duti Kastam atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Timbalan menteri: Akta SKMM perlu dikaji semula
Oleh:
Tarikh: July 21, 2013
HULU TERENGGANU - Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia perlu diteliti semula bagi menambah baik beberapa kelemahan yang ada, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.
Katanya ini kerana akta itu tetap berkuat kuasa sekalipun kerajaan bakal memperkenalkan Akta Keharmonian Nasional.
"Kita akan tengok dan perkemaskan kelemahan yang ada pada beberapa peruntukan di bawah akta itu," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis berbuka puasa di sini semalam.
Mengulas kes pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee yang kini berhadapan tindakan undang-undang kerana mempersenda Ramadan, beliau berkata masyarakat harus mengambil iktibar daripada isu itu.
"Sebenarnya kes menghina agama bukan kes baharu kerana pernah berlaku sebelum ini, sehubungan itu saya mengalu-alukan tindakan yang diambil pihak Peguam Negara," katanya.
Beliau berkata perkara seperti itu perlu dikekang agar orang ramai tidak terus menyalahguna Internet untuk menjejaskan keharmonian kaum di negara ini.- Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Bot terbalik: Operasi menyelamat dihentikan
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: July 21, 2013
JOHOR BAHRU - Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru telah menamatkan operasi mencari dan menyelamat tujuh lagi mangsa bot terbalik di perairan Tanjung Sedili Besar, Kota Tinggi, Khamis lalu.
Operasi dihentikan setelah berpuas hati tiada penemuan atau petunjuk baru sama ada mereka terselamat atau dijumpai di lokasi kejadian.
Pengarah Operasi Maritim Malaysia Wilayah Selatan, Kapten Maritim Ibrahim Mohamed berkata, MRSC Johor Bahru menamatkan operasi tersebut semalam pada pukul 7.30 malam.
"Maritim Malaysia (APMM) sebagai penyelaras dan pelaksanaan Operasi Search And Rescue (SAR) telah membuat keputusan menamatkan operasi berdasarkan kepada faktor-faktor tertentu setelah berpuas hati tidak ada penemuan lagi ke atas mangsa yang masih hilang.
"Walau bagaimanapun, pihak APMM tetap menugaskan aset melakukan rondaan rutin di perairan ini dan sekiranya ada petunjuk baru kita akan mengerakkan anggota kita ke lokasi yang dilaporkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu katanya, mangsa yang terselamat dalam kejadian itu akan ditempatkan sementara waktu di Daerah Maritim Tanjung Sedili untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Menurut Ibrahim, operasi mencari dan menyelamat yang dilancarkan selama tiga hari itu melibatkan 120 pegawai dan anggota dari pelbagai agensi meliputi kawasan seluas 40 batu nautika atau 64.3 km persegi.
Dalam kejadian pada awal pagi khamis lalu, bot kayu yang membawa 35 orang penumpang yang keluar dari satu lokasi tidak dapat dipastikan dalam perlayaran ke Batam, Indonesia terbalik setelah dipukul ombak besar berhampiran perairan Tanjung Sedili, Kota Tinggi.
Dalam insiden pukul 3 pagi itu, 27 mangsa berjaya diselamatkan sebuah kapal tangki, MT Octaden yang melalui kawasan tersebut sebelum kapten kapal menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) untuk mendapatkan bantuan.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Kuala Besut penentu masa depan Najib?
Oleh: A Kadir Jasin
Tarikh: July 21, 2013
MENGULAS dalam tampalan yang lalu, pembahas "drlangitbiru penang" berkata: "Datuk tak berminat ke nak ulas PRK Kuala Besut?"
Berminat, tetapi oleh sebab saya tidak mengikutinya dari dekat saya hanya boleh mengulas berpandukan apa yang saya baca dalam media arus perdana (MAP) dan media alternatif.
Kalau ikut penilaian MAP, Barisan Nasional (Umno) akan mengekalkan Dun Kuala Besut dengan kemenangan besar – sama seperti yang mereka ramalkan untuk PRU 5 Mei lalu.
Tetapi kalau kita ikut sejarah pilihan raya kecil Terengganu, BN tidaklah boleh terlalu yakin. Pertama, BN pernah hilang kerusi kepada Pas dalam PRK di Terengganu dan yang kedua Pas mengukuhkan kedudukan di Terengganu dalam PRU lalu.
Tidak sampai setahun selepas PRU 2008, Ahli Parlimen BN Kuala Terengganu, Razali Ismail, meninggal dunia. Allahyarham menang PRU 2008 dengan kelebihan undi 628 saja.
BN meletakkan Wan Ahmad Farid Wan Salleh, orang kanan Perdana Menteri waktu itu (Tun Abdullah Ahmad Badawi). MAP menguar-uarkan kemenangan besar bagi BN. Dia kalah kepada calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut, dengan defisit undi sebanyak 2,631.
Tidak mustahil hal yang sama berlaku di Kuala Besut pada 24 Julai ini. Cuma kelebihan undi bekas ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) BN, Allahyarham Dr A. Rahman Mokhtar, adalah besar. Dia memperoleh 8,809 undi manakala calon PAS, Napisah Ismail, mendapat 6,375, memberikan majoriti 2,434.
Apa Yang Tersirat Di Sebalik Kenyataan Khairy
Apa yang menjadikan PRK Kuala Besut menggiurkan adalah kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, bahawa keputusannya kritikal bagi BN dan Perdana Menteri.
Semua sudah tahu yang Mohd Najib menghadapi tekanan hebat sebagai PM dan Presiden Umno setelah gagal memperbaiki prestasi BN dalam PRU 5 Mei lalu. Malah pencapaian beliau lebih buruk daripada Abdullah pada tahun 2008.
Walaupun Umno menang lebih banyak kerusi Parlimen, tetapi Mohd Najib tidak berjuang atas landasan nasionalisme Melayu dan Islam sebaliknya atas nama 1Malaysia dan "Sokong Saya Undi BN" serta menjulang pengundi Cina dan India sebagai penyelamat BN.
Jadi kalau ada cabaran dalam pemilihan agung Umno akhir tahun ini, kedudukan Mohd Najib terancam. Selepas Almarhum Tunku Abdul Rahman Putera pada tahun 1969, Mohd Najib adalah PM dan Presiden Umno paling lemah dalam sejarah pasca PRU.
Berbalik kepada kenyataan Khairy yang dilaporkan secara meluas oleh media alternatif tetapi tidak oleh MAP, saya menganggapnya sebagai mengandungi makna yang mendalam.
Kita tentu masih ingat bahawa Khairy berada di sisi Abdullah apabila bapa mertuanya diasak meletakkan jawatan setelah gagal mempertahankan suara dua pertiga dalam PRU 2008 dan terpaksa berundur tidak lama setelah BN kalah dalam PRK Kuala Terengganu.
Kekalahan BN dalam PRK Kuala Terengganu mengukuhkan tuntutan penentang Abdullah agar beliau meletakkan jawatan. Abdullah meletakkan jawatan pada 3 April 2009.
Dr M Sokong Tiada Pertandingan
Cuma elemen yang menyegerakan pengunduran Abdullah pada tahun 2009 mungkin tidak wujud lagi sekarang atau, kalau ada pun, tidak sekuat dulu.
Antaranya:
1. Banyak blogger Umno yang mementang Abdullah dan menuntut pengundurannya telah berubah menjadi pro-Najib;
2. Tun Dr Mahathir Mohamad yang pada tahun 2009 menentang Abdullah habis-habisan dengan bantuan Muhyiddin Yassin kini berpendirian jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan;
3. Muhyiddin pula dikatakan "tidak berminat" mencabar Mohd Najib kerana "sudah penat" dan tidak mahu dilihat sebagai tidak setuju dengan semua PM;
4. Boleh jadi juga tindakan "menutup pintu" pertandingan itu terbit daripada kebimbangan akan muncul pencabar lain, misalnya Tengku Razaleigh. Walaupun Ku Li seangkatan dengan Dr Mahathir, beliau masih cergas dalam politik dan menjadi tempat banyak pihak meminta nasihat dan mengadu nasib;
5. Justeru itu, apa yang dua watak ini (Dr Mahathir dan Ku Li) kata di belakang tabir akan memberi kesan kepada kedudukan Mohd Najib. Cuma Dr Mahathir dan Ku Li mungkin tidak sekata untuk menyingkir Mohd Najib;
6. Banyak wakil rakyat Umno, khasnya dari Sawarak dan Sabah, diketahui telah "berunding" dengan Ku Li, cuma bekas Naib Presiden Umno itu mungkin tidak mempunyai sumber (manusia dan wang) untuk melawan jentera Mohd Najib yang kaya sumber; dan.
7. Harapan Umno berubah kepada yang lebih baik melalui pemilihan kepimpinan tahun ini adalah tipis. Umno mungkin berubah hanya jika atau apabila kalah dalam PRU. Wallahualam.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Bas terbalik: Seorang maut, 2 cedera
Oleh:
Tarikh: July 21, 2013
SINGAPURA - Seorang penumpang maut manakala dua lagi termasuk pemandu bas cedera apabila bas SMRT tergelincir dan terbalik di persimpangan Lebuhraya Bukit Timah dan Dairy Farm Road pagi tadi.
Akhbar Straits Times melaporkan mangsa yang cedera dihantar ke hospital universiti.
Menurut Pasukan Pertahan Awam, ia menerima panggilan pada 8.57 pagi dan apabila tiba di tempat kejadian mendapati seorang penumpang lelaki terperangkap di dalam bas bernombor 700A.
Mangsa kemudiannya mati di tempat kejadian. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Putus tunang gara-gara Ashraf Muslim
Oleh: NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH
Tarikh: July 21, 2013
MASIH belum reda mulut orang berkata tentang majlis perkahwinan mengejut antara Ashraf Muslim dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi pada 7 Julai lalu, kini timbul isu baru yang jauh lebih mengejutkan.
Ini kerana, Ashraf bukan sahaja dikatakan kahwin kali kedua tanpa keizinan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman, 26, malah turut didakwa punca berlakunya putus tunang antara Sakinah dengan bekas tunangnya.
Melalui rancangan Melodi di TV3, bekas tunang Sakinah, 29, yang tidak mahu dinamakan telah muncul memberitahu tentang pertunangannya dengan wanita itu yang sebelum ini terputus gara-gara Ashraf, 32, menjalinkan hubungan dengannya.
Beliau turut mendakwa yang hubungan Ashraf dengan Sakinah terjalin sewaktu pelakon itu masih bergelar tunang kepada isteri pertamanya, Dayana.
"Rasanya hubungan antara Sakinah dengan Ashraf bermula bukan sembilan bulan selepas Ashraf berkahwin, malah sebelum dan semasa Ashraf dalam pertunangan dengan tunangnya (Dayana) dan saya dan Sakinah masih bertunang.
"Pada masa itu saya memang frust (kecewa), kerana saya sudah hampir berkahwin. Memang takdir telah menentukannya tapi macam mana takdir pun mesti ada sebab dan alasannya dan salah satu sebab pertunangan kami terputus kerana dia (Sakinah) ada hubungan dengan Ashraf
"Dan pertunangan saya dan Sakinah terputus 25 hari sebelum mereka melangsungkan perkahwinan," katanya.
Bagaimanapun, bekas tunang Sakinah itu tetap menarik nafas lega apabila apa yang diperkatakannya sebelum ini bukanlah fitnah sebaliknya kenyataan.
"Alhamdulillah, apa yang Ashraf nafikan sebelum ini akhirnya terbongkar. Apa yang pernah saya suarakan sebelum ini dipersoalkan oleh orang luar sama ada saya memfitnah, tapi sekarang sudah terbukti.
"Sebelum ini apa yang saya cakap tidak dipercayai orang lain kerana mereka menganggap Ashraf seperti ustaz, tapi Alhamdulillah, akhirnya terbongkar," ujarnya yang turut bersimpati dengan apa yang terjadi kepada Dayana.
Tidak berdendam dengan Sakinah meskipun hubungan yang terjalin tidak ke jinjang pelamin, beliau tetap mendoakan kebahagiaan Ashraf dan Sakinah sehingga ke akhir hayat.
Namun, apa yang diharapkan oleh beliau agar Ashraf tidak lari dengan apa yang berlaku sebaliknya bersikap seperti lelaki budiman kerana apa yang dilakukan (berpoligami) tidak salah.
"Ashraf patut berterus terang dan sedia menghadapi pihak media dan orang ramai," jelas beliau.
Sebelum ini, Ashraf dan Sakinah mengemparkan industri hiburan tanah air apabila dikatakan kahwin lari di Thailand pada 7 Julai lalu.
Bapa mertuanya, Lokman Abdul Hamid, 54, tampil memberikan kenyataan bahawa Dayana tidak pernah reda dengan pernikahan kedua Ashraf.
Ashraf dan Dayana bernikah di Makkah pada 30 Ogos 2011, namun sehingga kini mereka masih belum dikurniakan zuriat.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Geng rogol dipenjara seumur hidup
Oleh:
Tarikh: July 21, 2013
NEW DELHI- INDIA. Sebuah mahkamah di sini menetapkan humuman penjara seumur hidup ke atas enam orang geng rogol selepas merogol seorang pelancong Switzerland, Mac lalu.
Wanita itu yang berusia 39 tahun diserang ketika dia dan suaminya berkhemah di tengah hutan di Madya Pradesh.
Lelaki yang ditahan berusia di antara 22 hingga 30 merupakan penduduk tempatan kawasan itu.
Sejak seorang wanita menjadi mangsa rogol dalam bas yang mati di Singapura selepas mengalami kecederaan parah, undang-undang rogol di India diperketatkan dan boleh membawa hukuman mati.
"Semua tertuduh disabitkan kesalahan merogol dan kami berpuas hati dengan keputusan yang dijatuhkan itu," kata pendakwa, Rajendra Tiwari, semalam.
Pasangan pelancong itu bermalam di hutan itu sebelum meneruskan perjalanan menuju Taj Mahal di Agra.
Pada malam kejadian, pasangan itu diserang dan dirompak di kawasan hutan itu pada 15 Mac lalu.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Mesir pinda Perlembagaan
Oleh:
Tarikh: July 22, 2013
KAHERAH - Presiden sementara Mesir Adly Mahmoud Mansour bertindak membentuk satu jawatankuasa bagi melakukan pindaan terhadap Perlembagaan yang selama ini berlandaskan perundangan Islam.
Perlembagaan terdahulu yang dibentuk Presiden Mohamed Mursi akan dipinda oleh jawatankuasa yang dianggotai 10 ahli terdiri daripada enam hakim dan empat profesor undang-undang.
Pindaan Perlembagaan tersebut akan dilakukan dalam tempoh 30 hari sebelum dikaji oleh jawatankuasa khas dan dipinda 60 hari berikutnya.
Selepas dipersetujui menurut laporan Press TV, cadangan itu akan diundi oleh rakyat bagi pindaan dalam referendum pusingan kedua.
Pada Disember 2012, kira-kira 64 peratus pengundi menerima keputusan Perlembagaan namun penyokong anti Mursi menyelar keputusan itu yang didakwa meminggirkan golongan minoriti.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Israel setuju bebaskan tahanan Palestin
Oleh:
Tarikh: July 22, 2013
BAITULMUQADDIS - Israel bersetuju memenuhi sala satu tuntutan Palestin dalam usaha menyambung semula rundingan damai yang tertangguh hampir tiga tahun.
Menteri Kewangan Yuval Steinitz memberi amaran, hanya tuntutan itu sahaja akan dipenuhi dan tidak membabitkan isu utama lain.
"Pembebasan tahanan dilakukan dalam jumlah terhad dan berperingkat. Hanya penghuni penjara 30 tahun dibebaskan," katanya kepada Reuters.
Sementara itu, tuntutan membabitkan persempadanan wilayah dan pembekuan pembinaan penempatan haram Yahudi ditolak sejajar dengan perjanjian ketika Perang Asia Barat 1967.
"Kawasan wilayah itu diambil semula oleh Israel seperti mana termaktub dalam perjanjian 1967.
Israel akan terus mempertahankan hak dan tiada sebab mengapa projek pembinaan penempatan di kawasan Tebing Barat dan Timur Baitulmuqaddis perlu ditangguhkan," katanya.
Menurutnya, rundingan damai ini sekali lagi akan gagal sekiranya Israel terus didesak untuk memulangkan semula tanah kepada penduduk Palestin.
----------------------------
Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.
This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


















































No comments:
Post a Comment