Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Zahid: Keselamatan diperketat
Oleh:
Tarikh: July 23, 2013
Beliau berkata, pihak keselamatan tidak akan memandang mudah perkara itu dan mengambil langkah kawalan yang sangat ketat seperti di
"Walaupun saya tidak fikir
"Pada masa sama, penduduk Sabah jangan khuatir dan jangan mendengar khabar angin yang hanya bertujuan menimbulkan kerisauan kepada penduduk Sabah," katanya selepas melawat anggota polis trafik, Inspektor Farid Hasni Mamat, 33, yang putus kaki kanan akibat kemalangan di Kuala Besut, Terengganu pada Rabu lalu di Hospital Universiti Sains
Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rasid, Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, Ketua Polis Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman dan Pengarah HUSM, Datuk Dr Zaidun Kamari turut hadir.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas khabar angin kononnya ancaman gelombang kedua serangan akan berlaku pada Ogos yang disebarkan menerusi
"Saya tidak fikir
Ahmad Zahid berkata, pasukan polis dan tentera sentiasa bersiap siaga dengan mempunyai pegawai dan anggota yang mencukupi serta aset kelengkapan yang boleh meletakkan tahap kesiapsiagaan itu di peringkat optimum.
Katanya, kerjasama dengan pihak keselamatan Filipina juga tetap erat bagi memastikan pergerakan masuk ke
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Tun M: Syiah lemahkan umat Islam
Oleh: NOOR FAIZAL GHAZALI
Tarikh: July 23, 2013
ALOR SETAR - Penularan fahaman Syiah melemahkan lagi umat Islam di negara ini dan mewujudkan perpecahan selepas berlaku perpecahan disebabkan faktor politik.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, apabila wujudnya dua kelompok antara Syiah dan Sunni, berlakunya permusuhan sehingga berperang serta saling berbunuhan.
Beliau berkata, keadaan sedemikian dapat dilihat berlaku di
"Kita di sini bernasib baik kerana semua berpegang kepada Ahli Sunnah wal Jamaah. Kita orang Sunni pengikut mazhab Imam Shafie.
"Jadi sepatutnya, tak adalah perbezaan agama antara kita (umat Islam)... tak ada permusuhan. Bila masuk fahaman yang berbeza ini akan berlaku perpecahan," katanya ketika meluangkan masa untuk membeli-belah di Pekan Rabu, semalam.
Dr Mahathir berkata, umat Islam adalah bersaudara sebaliknya apabila wujud fahaman berlainan akan membawa pelbagai masalah.
"Tak eloklah kalau kita tengok di
"Mereka (Syiah) nak faham agama mereka begitu, mereka punya masalah tetapi jangan sampai bawa ke negara kita," katanya.
Ditanya pendapat beliau agar fatwa anti-Syiah diwartakan di negeri-negeri lain seperti yang dicadangkan Kerajaan Kedah, Dr Mahathir berkata, pihak berkenaan perlu membuat kajian teliti.
"Mereka patut kaji. Saya fikir alasan yang saya berikan perlu dipertimbangkan. Ini kerana kalau berlaku perpecahan kalangan orang Islam, mereka akan menjadi lebih lemah.
"Sekarang dah lemah dah... berpecah sebab politik, ini mai satu lagi pecahan dalam agama habis bergaduhlah kita," katanya.
Sebelum ini, Kerajaan Kedah mencadangkan untuk menggazet fatwa anti Syiah di negeri ini selepas dikuatkuasakan sepenuhnya di peringkat kebangsaan pada 5 Mei 1996.
Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, perkara itu dibuat berikutan Kedah juga tidak bebas daripada penularan fahaman itu.
Sebelum ini, muzakarah khas Jawatankuasa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Semakan kehakiman kes Alvin, Vivian Khamis ini
Oleh:
Tarikh: July 23, 2013
Peguam Chong Joo Tian yang mewakili Tan dan Lee memberitahu pemberita bahawa kes itu akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Azman Husin.
Kedua-dua mereka yang didakwa atas tiga pertuduhan mempersenda umat Islam dan Ramadan serta mempamerkan gambar lucah di laman sosial Facebook mengemukakan permohonan berkenaan, Jumaat lalu.
Mereka mendakwa Hakim Murtazadi Amran melakukan kesilapan kerana tidak membenarkan mereka diikat jamin, dan ia adalah bertentangan dengan undang-undang.
Menerusi alasan permohonan, Alvin Tan, 24, dan Vivian Lee, 25, mendakwa mereka tidak mempunyai sebarang rekod jenayah, dan hujah pihak pendakwaan bahawa mereka mempunyai kecenderungan untuk melakukan kesalahan yang sama sekiranya diberikan jaminan, adalah tidak berasas.
Dakwa mereka lagi, segala peralatan komputer dan elektronik milik mereka telah dirampas oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan sekiranya terdapat risiko untuk berbuat kesalahan yang sama, mahkamah boleh menetapkan syarat di dalam jaminan untuk menegahnya.
Namun jika terdapat risiko sedemikian, pasport mereka boleh dikompaun atau dirampas sehingga perbicaraan selesai.
Pada 18 Julai lalu, Hakim Murtazadi tidak membenarkan Alvin Tan atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian Lee atau Lee May Ling, 24, diikat jamin sementara menunggu perbicaraan, atas sebab kepentingan awam.
Mereka didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian - Alvivi' di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar dan komen yang bertajuk "Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan !!!)" yang mengandungi logo Halal.
Bagi pertuduhan kedua,
Pasangan itu juga didakwa memuat naik di laman Facebook mereka satu kandungan gambar dan komen yang sama, berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama di kalangan penganut agama berlainan.
Pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin memohon supaya kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin berikutan pertuduhan dihadapi mereka mengikut Seksyen 298A (1) (a) Kanun Keseksaan dan Akta Penapisan Filem, tidak membenarkan jaminan. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Budak 14 tahun dirogol 8 lelaki
Oleh: MOHD RIDZUAN ABU HASSAN
Tarikh: July 23, 2013
MARAN - Tindakan pantas tiga anggota polis peronda melakukan pemeriksaan berjaya menyelamatkan seorang budak perempuan berusia 14 tahun daripada menjadi mangsa rogol sekumpulan lelaki di Bukit Kebuk, dekat sini, semalam.
Bagaimanapun
Dalam kejadian jam 3 pagi itu, tiga anggota polis yang sedang melakukan rutin rondaan mendapati sebuah kenderaan diletakkan berdekatan semak dalam keadaan mencurigakan.
Ketika memasuki jalan tidak bertar kurang 300 meter dari jalan utama untuk melakukan pemeriksaan, beberapa lelaki
Seorang daripada mangsa ditemui terbaring tanpa pakaian di atas susunan tiang elektrik, manakala rakan mangsa dikurung dalam kereta salah seorang lelaki terbabit.
Difahamkan, kedua-dua mangsa yang tinggal di sebuah tanah rancangan Felda dalam daerah ini keluar dari rumah masing-masing seawal jam 1 pagi tanpa pengetahuan ibu bapa mereka.
Kedua mangsa dikatakan mahu ke rumah teman lelaki salah seorang daripada mereka di Temerloh, namun tidak mempunyai kenderaan sebelum menghubungi seorang rakan lelaki (suspek) untuk meminta pertolongan.
Selepas diambil dengan menaiki sebuah kenderaan, lelaki yang membantu mereka itu berhenti di sebuah stesen minyak berdekatan lokasi kejadian untuk berjumpa dengan rakan suspek lain.
Mangsa kemudiannya dibawa ke lokasi kejadian sebelum salah seorang daripada mereka dirogol bergilir-gilir dipercayai membabitkan lapan lelaki tidak dikenali.
Sementara itu, Ketua polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintendan Sulaiman A Hamid berkata, pemeriksaan kesihatan mengesahkan salah seorang daripada remaja
Menurutnya, tiga suspek berusia 16 hingga 19 tahun berjaya ditahan untuk membantu siasatan manakala rakan mereka yang lain sedang diburu pihak polis.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Pusat membeli belah baru i-City buka 2016
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: July 23, 2013
PEMBANGUN hartanah I-Bhd dan syarikat Central Pattana Plc (CPN) dari Thailand akan membina tarikan terbaru di bandar i-City di Shah Alam, Selangor, iaitu pusat membeli-belah CentralPlaza@i-City bernilai RM580 juta yang dijadual siap pada 2016.
Melalui usaha sama yang dimeterai, CPN akan bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pengurusan pusat membeli-belah itu manakala I-Bhd akan membangunkan taman tema dan komponen lain dalam i-City.
Timbalan Pengerusi I-Bhd Datuk Eu Hong Chew berkata, usaha sama yang ditandatangani pada Mei lalu itu adalah kerjasama menyeluruh antara kedua syarikat dan akan memfokus kepada dua perkara utama.
"Pertama, CentralPlaza@i-City akan menjadi satu lagi tarikan bagi menjadikan i-City sebagai destinasi pelancongan. Bersama dengan taman tema i-City dan hotel, bandar ini akan dapat menawarkan pengalaman libur 24 jam untuk pengunjung apabila pusat membeli-belah ini dibuka pada 2016.
"Kedua, pusat membeli-belah ini akan jadi sebahagian rancangan pelaburan hartanah I-Bhd untuk i-City dan membolehkan kami mempelbagaikan lagi portfolio pelaburan," katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Menurut beliau, I-Bhd setakat ini telah melaburkan RM75 juta bagi pelbagai permainan dan tarikan di taman tema i-City termasuk tarikan terbaru Permaidani Merah iaitu muzium lilin interaktif pertama di Malaysia.
Hong Chew berkata, beliau menjangkakan pelaburan itu akan meningkat sehingga RM100 juta apabila pusat membeli-belah CentralPlaza@i-City dibuka.
Jumlah pengunjung bandar i-City yang pada masa ini berjumlah 90,000 orang seminggu dijangka akan naik mendadak apabila CentralPlaza@i-City dibuka.
Selain itu, I-Bhd turut merancang pembinaan tarikan pelancongan terbaru iaitu Clarke Quay@i-City, pembangunan tepi sungai dengan tarikan berasaskan air, restoran mewah dan untuk membeli-belah.
Pembinaan Clarke Quay@i-City akan turut dibuat bersama CPN, pemaju pusat membeli belah terbesar di Thailand dan antara paling berjaya di Asia Tenggara.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Rumah kosong jadi laluan pintas
Oleh: SITI SHAHROSAMIRAH SHAHARMAN
Tarikh: July 23, 2013
MELAKA - Empat kanak-kanak yang mati lemas di Sungai Melaka berhampiran Taman Sri Krubong, di sini, petang kelmarin menjadikan sebuah rumah teres kosong sebagai laluan pintas untuk ke sungai berkenaan.
Mangsa, Mohd Hazimi Fadzli, 9, dan adiknya, Hanis Balkis, 7, serta Athafis Amin, 10, dan Radziatul Nadia Rosman, 12, dikatakan pergi ke sungai berkenaan bersama empat lagi rakan untuk bermain, dalam masa sama mencari siput.
Tinjauan Sinar Harian semalam mendapati, rumah erletak kira-kira 100 meter dari tebing sungai itu, yang terbiar sejak 10 tahun lalu dipenuhi contengan di dinding.
Ia pernah menjadi port penagih dadah dan pernah diserbu polis berkaitan kes dadah dan curi.
Malah, ia dikatakan turut menjadi laluan pintas orang ramai yang mahu pergi ke sungai terbabit.
Bagaimanapun, semalam beberapa kakitangan Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) negeri yang sedang memasang pagar berhampiran sungai berkenaan, turut menutup tingkap dan pintu rumah kosong itu bagi menghalang ia dijadikan laluan pintas orang ramai ke sungai.
Penutupan itu berikutan arahan kerajaan negeri selepas insiden kematian empat kanak-kanak tersebut petang kelmarin.
Sementara itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Sri Krubong, Basiron Abd Rahman, 53, berkata, setakat ini, sungai berkenaan sudah mengorbankan tujuh nyawa termasuk empat dalam kejadian petang kelmarin dalam tempoh 10 tahun ini.
Menceritakan kejadian, Basiron berkata, mayat pertama, Hazimi ditemui penduduk beberapa minit kemudian selepas dia melaungkan azan dan membaca doa, sebelum disusuli mayat Hanis.
"Mayat pertama dan kedua iaitu pasangan beradik itu ditemui berhampiran satu sama lain apabila seorang penduduk terpijak salah seorang daripada mereka," katanya.
Selepas itu, katanya, mayat Athafis dan Radziatul Nadia pula ditemui.
"Mayat terakhir adalah mayat perempuan dan mereka ini ditemui dalam tempoh kira-kira 10 minit hanya sedepa daripada mayat pertama dan kedua," katanya, semalam.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Aplikasi Line sasar 10 juta pengguna
Oleh:
Tarikh: July 22, 2013
KUALA LUMPUR - LINE Plus Corporation menjangka dapat mencapai sasaran 10 juta pengguna bagi aplikasi pesanan mudah alih globalnya, LINE, pada akhir tahun.
Pengurus Besar Global Line Business Simeon Cho berkata aplikasi itu mencatatkan peningkatan kadar muat turun harian lebih 200 peratus di Malaysia sejak iklan TV disiarkan di televisyen tempatan pada 12 Julai, 2013.
Platform pesanan mudah alih utama itu meraih pertumbuhan pesat sejak pelancarannya pada Jun 2011 dengan 190 juta pengguna seluruh dunia dan disenaraikan sebagai aplikasi nombor satu dalam kategori aplikasi percuma di 51 negara termasuk Malaysia.
Susulan pertumbuhan pesat pengguna, LINE telah meningkatkan komitmen untuk terus melancarkan kandungan yang dikhususkan bagi pengguna tempatan Malaysia.
"Hasrat kami adalah untuk mengembangkan pengguna kami di Malaysia dan mengukuhkan hubungan emosi dengan pengguna ketika kami beransur-ansur menjadi satu platform hayat telefon pintar sebenar," kata Cho pada pelancaran akaun rasmi bagi tiga selebriti semasa majlis berbuka puasa di sini bersama media.
LINE mengeluarkan satu set pelekat Ramadan edisi khas bagi Malaysia bersempena dengan bulan puasa dan Hari Raya.
LINE PLUS dan LINE adalah tanda dagang berdaftar LINE Corporation di Korea dan negara-negara lain.
LINE PLUS Corporation, usaha sama antara NHN Corporation and LINE Corporation (sebelum ini NHN Japan Corporation), merupakan penyedia platform hayat telefon pintar bagi membawakan perkakas pesanan inovatif. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Krisis Selatan Thai catat 2 lagi kematian
Oleh:
Tarikh: July 22, 2013
YALA - THAILAND. Keganasan di selatan Thailand berterusan dengan dua lagi kematian dalam kejadian berasingan hari ini.
Insiden pertama menyaksikan seorang pengawal sukarela kampung mati ditembak ketika dalam perjalanan ke kebun getah untuk menoreh awal pagi tadi.
Mangsa, Matsaifu Hatamat, 26, ditembak dengan pistol dari jarak dekat pada 6.15 pagi di Kampong Jakuah yang terletak dalam daerah Raman, kata Ketua Polis Mukim Jakuah Kapten Pratueang Suwannachateri.
Kejadian kedua pula berlaku pada 4 petang di Pattani membabitkan seorang Tok Penggawa Mukim Klongreak di daerah Yaring yang mati ditembak di Kampung Tarung, Muang Pattani, iaitu di kawasan jalan raya Pattani-Narathiwat.
Kolonel Polis Tuandir Jutanon berkata mangsa, yang dikenali sebagai Matdaree Lamen, ditembak dengan senapang AK47 dan M16.
Beliau berkata saksi yang melihat kejadian memberitahu Matdaree memandu kereta untuk pulang ke rumah, dan apabila tiba di tempat kejadian, sebuah trak serta empat lelaki bersenjata yang duduk di bahagian belakang melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah kenderaan mangsa.
Apabila kereta Matdaree terbabas, dua lelaki turun dari trak dan menembak mangsa dari jarak dekat sehingga mangsa mati, katanya. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Penuntut kolej maut tercampak di jalan
Oleh:
Tarikh: July 22, 2013
KUANTAN - Seorang penuntut Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn yang sedang bercuti semester terbunuh selepas motosikalnya bergesel dengan sebuah kereta di km 12, Jalan Kuantan-Sungai Lembing, di sini, hari ini.
Dalam nahas pukul 1.00 tengah hari, Muhammad Hafiz Md Ramzam, 19, dari Felda Bukit Sagu 2, di sini, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Abdul Aziz Ahmad berkata, ketika kejadian, mangsa menunggang seorang diri dalam perjalanan hendak pulang ke rumah dari bandar ini.
"Di tempat kejadian, pemandu kereta terbabit yang menghala ke Sungai Lembing dari Kuantan cuba hendak membelok ke kiri jalan.
"Pada masa sama mangsa yang menunggang sendirian menuju ke Sungai Lembing telah bergesel dengan kereta itu lalu tercampak ke atas jalan," katanya ketika dihubungi di sini.
Katanya, pemandu kereta terbabit yang tidak mengalami sebarang kecederaan telah membuat laporan berhubung kejadian berkenaan di Balai Polis Kuantan. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Warga Australia terselamat
Oleh:
Tarikh: July 22, 2013
KUDAT - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menyelamatkan sepasang suami isteri warga Australia dalam kejadian kapal layar SV FULL FLIGHT terkandas di perairan Pulau Mandi Darah, dekat sini, Sabtu lepas.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Unit Perhubungan Awam Maritim Wilayah Sabah dan Labuan hari ini, Pusat Operasi Daerah Maritim Kudat (DM16) menerima aduan sekitar jam 9.30 malam berhubung kejadian itu.
Sejurus itu, kapal maritim diarahkan ke tempat kejadian dan memberi bantuan yang sewajarnya.
Kenyataan itu menyebut kapal layar itu selamat masuk ke jeti marina Kudat dengan diiringi kapal maritim.
Operasi bantuan itu ditamatkan pada jam 5 petang hari berkenaan setelah semuanya dalam keadaan selamat, dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Naza Bikes harap tembusi pasaran Kemboja
Oleh:
Tarikh: July 22, 2013
KUALA LUMPUR - NAZA World, yang membuka bilik pameran NAZA Bikes 3S di Phnom Penh, Kemboja, berharap untuk menguasai lebih 10 peratus daripada bahagian pasaran di negara ini atau 30,000 unit, dalam masa tiga tahun ini.
Pengerusi eksekutif kumpulan NAZA Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin berkata kumpulan merancang untuk menubuhkan kilang unit terurai (CKD) dalam tempoh yang sama, untuk mencapai sasaran jualan itu.
"NAZA Bikes mula merancang kemasukan ke Kemboja dua tahun lepas.
"Kami memilih Kemboja sebagai titik permulaan berdasarkan penyelidikan meluas atas pasaran, budaya dan peluang yang ada di pasaran negara itu bagi syarikat kami," katanya kepada satu sidang media mengenai pelan perkembangan syarikat itu di sini hari ini.
SM Faisal berkata kumpulan itu telah melabur RM1.5 juta untuk membangunkan bilik pameran 7,000 kaki persegi yang dimiliki sepenuhnya oleh NAZA World.
Bilik pameran di Phnom Penh dijangka dibuka pada minggu pertama bulan depan. Ia akan menawarkan model motosikal popular Naza Bikes iaitu NZ 125R, NAZA Blade 250, dan NAZA Blade 650.
Beliau berkata kumpulan itu menyasarkan untuk melantik 20 hingga 30 pengedar di negara itu tahun depan.
Dengan Kemboja sebagai penanda aras, NAZA Bikes merancang untuk memasuki pasaran Indonesia, Vietnam, Myanmar dan Laos sepanjang dua tahun depan.
NAZA Bikes adalah anak syarikat NAZA World. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Pemilik senjata api berlesen boleh digantung
Oleh:
Tarikh: July 22, 2013
KUALA LUMPUR - Individu yang memiliki lesen senjata api diingatkan agar tidak sewenang-wenangnya menyewakan senjata mereka kerana boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati jika senjata itu digunakan untuk kegiatan jenayah.
Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Kuala Lumpur Supt Yahya Abdul Rahman berkata mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 7 (1) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
"Jika senjata itu digunakan untuk pemerasan, rompak, halang tugasan polis, menculik dan pecah rumah, mereka juga akan dikenakan hukuman yang sama (mati)," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata mereka yang menyimpan senjata tanpa lesen pula boleh dikenakan tindakan menurut Seksyan 8 akta yang sama iaitu penjara sehingga 14 tahun dan sebatan, jika disabitkan.
Yahya berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai kes pemilik senjata berlesan yang menyewakan senjata mereka kepada penjenayah.
Semalam, dua lelaki, termasuk seorang remaja berusia 15 tahun yang tidak bersekolah, ditahan polis di Kelantan kerana dipercayai menyewakan senjata api.
Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman dalam sidang media berkata polis turut merampas pistol jenis Colt dan Mikros, serta satu pistol tiruan jenama Baby 111-CAPA 3.8.
Senjata api terbabit dilaporkan disewakan pada kadar RM500 hingga RM1,000. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Bayi 6 bulan meninggal tersedak susu
Oleh:
Tarikh: July 22, 2013
BUKIT MERTAJAM - Seorang bayi perempuan berusia enam bulan maut selepas tersedak susu ketika diasuh seorang wanita di Taman Impian Murni, Alma di sini hari ini.
Cyndy Koay Xin Lin ditemui mati oleh pengasuhnya pada kira-kira 11.20 pagi sebelum wanita itu menghubungi keluarga mangsa.
Bayi itu dikejar ke Hospital Bukit Mertajam sebelum disahkan meninggalkan dunia dan bedah siasat akan dijalankan malam ini oleh Unit Forensik hospital berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu.
"Kita tunggu keputusan bedah siasat yang akan dijalankan malam ini dan siasatan akan dibuat berdasarkan keputusan berkenaan," katanya.
Sementara itu, usaha menemu bual ibu bapa bayi berkenaan gagal.
Difahamkan, bayi perempuan yang meninggal dunia itu mempunyai seorang kembar. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Harga ayam di P. Pinang masih RM9 sekilo
Oleh:
Tarikh: July 22, 2013
GEORGETOWN - Penjual di pasar awam di sini masih belum menurunkan harga ayam ke paras RM7.70 sekilogram seperti yang ditetapkan kerajaan.
Tinjauan Bernama mendapati harga ayam kekal RM9 sekilogram di sekitar Georgetown dan penjual memberi alasan mereka belum menerima sebarang notis untuk menetapkan harga ayam.
Seorang peniaga ayam di Pasar Datok Keramat yang hanya mahu dikenali sebagai Abdullah berkata, harga ayam setakat ini dijual RM9 kerana ia masih diterima oleh pembeli dan beliau tidak menghadapi masalah permintaan.
"Saya memang berharap agar harga ini dapat turun lebih cepat, tapi sebagai peniaga kami tidak dapat berbuat demikian kerana notis penurunan harga daripada kementerian masih belum sampai ke tangan kami," katanya.
Selain itu, beliau berkata kerajaan sepatutnya memantau harga ayam di ladang sebagai langkah awal supaya harga ayam tidak akan melambung setiap kali tiba musim perayaan.
Sementara itu, jurucakap KPDNKK Pulau Pinang ketika dihubungi berkata, bahagian penguatkuasanya tidak dapat mengeluarkan sebarang arahan kerana belum mendapat notis Skim Kawalan Harga Barang daripada ibu pejabat.
Katanya, notis berkenaan akan diedarkan kepada peniaga di seluruh negeri sebelum 26 Julai ini.
"Selain ayam, sebanyak 20 barangan keperluan lain juga tersenarai dalam Skim Kawalan Harga Musim Perayaan," katanya. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Gunung merapi meletus, status masih normal
Oleh:
Tarikh: July 22, 2013
JAKARTA - INDONESIA. Gunung Merapi, sebuah daripada gunung berapi teraktif di dunia yang terletak di sempadan Jawa Tengah dan Yogyakarta, di Pulau Jawa, mengalami letusan kecil awal hari ini namun pihak berkuasa menegaskan bahawa statusnya masih normal.
Kejadian itu menyebabkan ratusan penduduk di sekitar gunung berapi itu menjadi cemas dan keluar rumah untuk berlindung di kompleks pentadbiran kerajaan tempatan di kawasan masing-masing dan kebanyakan mereka kembali ke rumah masing-masing apabila keadaan reda.
Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia meminta penduduk di sekitar lereng Gunung Merapi supaya bertenang menghadapi perkembangan itu selain menasihati mereka supaya sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Aktiviti letusan selama satu jam 13 minit dari pukul 4.22 pagi hingga 5.35 pagi itu berlaku dengan semburan gumpalan asap berwarna coklat kehitaman dan lontaran material berwarna merah hingga ketinggian 1,000 meter dari puncak Merapi.
Menurut BNPB letusan itu yang dipantau dari pos pemerhatian di Selo, Boyolali, turut mengakibatkan hujan abu dan hujan pasir halus di wilayah Deles, Tlogowatu, Kemalang, Balerante, Klaten di Jawa Tengah.
Hujan abu juga berlaku di sekitar Kalitengah Lor, Kalitengah Kidul, Srunen di daerah Cangkringan, Kaliurang Sleman Yogyakarta.
Hujan abu itu kelihatan hingga 7 hingga 14km dari puncak Merapi ke arah Klaten dan Sleman.
"Ratusan penduduk di Kemalang Klaten berlindung di pejabat daerah kecil Kemalang dan di daerah Bawukan manakala masyarakat di Cangkringan berpindah ke Balai Desa Glagah Harjo," kata Dr Sutopo Purwo Nugroho, ketua Pusat Data Maklumat dan Perhubungan Awam BNPB dalam satu kenyataan.
Beliau berkata sebahagian besar mangsa yang berpindah itu sudah kembali ke rumah masing-masing, melainkan golongan warga emas, ibu yang masih menyusukan
anak serta kanak-kanak, yang masih ditempatkan sementara di Balai Desa Glagahharjo.
Di Magelang, masyarakat sekitar Merapi hanya keluar rumah kerana terdengar bunyi gemuruh gunung Merapi itu.
Dr Sutopo berkata Ketua Balai Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi Kebencanaan Geologi (BPPTKG) dan Ketua Pusat Volkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) menyatakan bahawa status Gunung Merapi masih normal.
Pihak berkuasa meningkatkan pemantauan secara lebih intensif terhadap aktiviti di Gunung Merapi itu untuk menilai kemungkinan sama ada ia akan berlanjutan kepada aktiviti letusan bersifat magmatik atau tidak.
Pada masa yang sama BNPB terus mengadakan penyelarasan dengan Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Provinsi Jawa Tengah, BPBD Provinsi Yogyakarta, BPBD Klaten, BPBD Sleman, BPBD Magelang, BPBD Boyolali, BPPTKG, dan PVMBG.
Status aktiviti gunung berapi ada empat peringkat iaitu normal aktif, waspada, siaga dan awas.
Gunung berapi pada umumnya bersifat 'slow on set', yang bererti bencana tidak berlaku secara tiba-tiba dan boleh diramalkan. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
AirAsia tawar tambang rendah sempena Aidilfitri
Oleh:
Tarikh: July 22, 2013
KUALA LUMPUR - AirAsia Bhd menawarkan tambang sehala serendah RM29 ke destinasi-destinasi domestik dan RM40 sehala ke sektor-sektor antarabangsa sempena Hari Raya dan cuti sekolah.
Tambang-tambang itu adalah bagi Alor Setar, Kota Bharu, Terengganu, Johor Bahru, Pulau Pinang, Kuching, Kota Kinabalu, Tawau dan Miri manakala destinasi-destinasi antarabangsa ialah Singapura, Bali, Bangkok, Jakarta, Hong Kong, Macau, Siem Reap dan Hanoi.
"Memandangkan lonjakan jumlah penumpang dijangkakan terutamanya bagi destinasi domestik, kami juga menambah kekerapan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu dan Kuala Lumpur ke Terengganu," kata Pengarah Komersial, Kenny Wong, dalam satu kenyataan hari ini.
Kekerapan penerbangan tambahan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu dan Terengganu adalah selama 16 hari mulai 2 Ogos.
Tambang promosi bagi destinasi-destinasi domestik dan antarabangsa itu boleh ditempah dalam talian di www.airasia.com dari sekarang hingga Ahad. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Polis tembak 2 suspek pengganas
Oleh:
Tarikh: July 22, 2013
JAKARTA - Dua lelaki suspek anggota kumpulan pengganas rangkaian Poso ditembak mati di Kota Tulungagung, Jawa Timur, hari ini oleh pasukan khas anti-pengganas Polis Indonesia, yang dikenali sebagai Detasmen Khusus (Densus) 88.
Dalam serbuannya pada pukul 8.45 pagi di sebuah warung kopi di pinggir jalan itu, Densus 88 juga berjaya menangkap dua lelaki lain suspek kumpulan pengganas.
Menurut Polis Indonesia, dua daripada empat suspek pengganas itu didapati membawa senjata api jenis revolver dan bom buatan sendiri semasa mereka diserbu.
Sebelum itu Densus 88 telah mengawasi gerak geri suspek di Tulungagung sejak tiga hari lalu.
Polis mengenalpasti dua suspek yang ditembak mati itu sebagai Dayat dan Riza, anggota kumpulan pengganas rangkaian Poso yang berasal dari Medan.
Suspek yang ditahan pula dikenali sebagai Mugi Hartanto dan Sapari, yang merupakan penduduk tempatan Tulungagung. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Geng pecah rumah, samun kereta mewah tumpas
Oleh:
Tarikh: July 22, 2013
KUALA LUMPUR - Polis menumpaskan kumpulan yang aktif mencuri kereta mewah dan pecah rumah di sekitar Lembah Klang dengan tertangkapnya 12 suspek di sekitar Klang, Selangor baru-baru ini.
Polis turut menemui semula tujuh kereta yang dilapor hilang sebelum ini serta barangan dipercayai hasil samun dengan anggaran nilai keseluruhan RM1.5 juta, kata Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, Puchong, hari ini.
Beliau berkata suspek yang berumur antara 28 dan 50 tahun termasuk tiga wanita itu ditahan dalam empat serbuan susulan laporan kejadian pecah rumah dan curi kereta mewah yang berlaku, yang terbaharu, di Bandar Kinrara hujung bulan lalu.
Mereka dipercayai aktif dalam kegiatan itu sejak awal tahun ini.
"Susulan laporan itu, kami mewujudkan pasukan khas dan berjaya menahan seorang lelaki dan dua wanita di Klang Sentral, Klang pada Rabu lepas dan menahan seorang lagi suspek lelaki hasil serbuan di Batu Belah, Klang keesokan harinya," katanya.
Hasil siasatan, enam lagi anggota kumpulan itu, termasuk seorang wanita dipercayai warga asing, turut ditahan di sebuah rumah di Taman Sentosa Perdana, Klang, Khamis lalu. Ia disusuli penahanan dua lagi lelaki di sebuah rumah di Lorong Raja Hassan, Klang pada Jumaat.
Thaiveegan berkata kesemua yang ditahan itu memiliki rekod jenayah lampau antaranya berkaitan dadah dan curi. Lapan daripada suspek didapati positif dadah.
Katanya, mereka kini ditahan reman sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 457/379 (A)(1) Kanun Keseksaan kerana pecah premis dan curi kenderaan. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Kualiti udara di Muar, Cheras merosot
Oleh:
Tarikh: July 22, 2013
KUALA LUMPUR - Muar dan Cheras mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat petang ini, menjadikan jumlah keseluruhan lima kawasan.
Menurut Jabatan Alam Sekitar melalui laman sesawangnya, sehingga 4 petang ini, IPU di Muar mencecah 102 manakala Cheras 117.
Tiga kawasan lain yang mencatat kualiti udara tidak sihat ialah Bukit Rambai (122), Bandaraya Melaka (101) dan Banting (111).
Sementara itu, kualiti udara di Nilai dan Pelabuhan Klang menghampiri status tidak sihat dengan bacaan IPU masing-masing 97 dan 93, diikuti Port Dickson dan Seremban dengan 83.
Sebanyak 27 kawasan lain mencatatkan IPU sederhana manakala 11 kawasan masih memiliki kualiti udara yang baik, kebanyakannya di Sabah dan Sarawak.
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai bahaya.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan pagi tadi, memaklumkan jerebu yang melanda semula negara khususnya di sekitar pantai Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor dijangka berlaku untuk tempoh singkat, susulan perubahan corak tiupan angin. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Gempa bumi di China ragut 19 nyawa
Oleh:
Tarikh: July 22, 2013
BEIJING - Sekurang-kurangnya 19 terkorban dan 270 yang lain cedera dalam gempa bumi kuat berukuran 6.6 pada skala Richter yang melanda Wilayah Gansu di barat laut China, pagi ini, kata pihak berkuasa tempatan.
Gempa yang berlaku pada 7.45 pagi itu melanda dua daerah di bandar Dingxi, lapor agensi berita Xinhua.
Menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China, pusat gempa itu terletak di kedudukan 34.5 darjah latitud utara dan 104.2 darjah longitud timur pada kedalaman 20 km.
Xinhua memetik sumber sebagai berkata kebanyakan kawasan bandar terjejas ekoran gempa bumi itu apabila banyak rumah runtuh.
Operasi menyelamat dijalankan di kawasan bencana itu. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
PRK: 8 sekolah dibenar bercuti
Oleh:
Tarikh: July 22, 2013
KUALA BESUT - Lapan buah sekolah yang digunakan sebagai pusat mengundi pada 24 Julai ini sempena pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut diberikan cuti berganti.
Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Hashim Mohd Zin berkata lapan sekolah itu melibatkan seramai 4,727 pelajar dan cuti tersebut akan diganti pada Sabtu, 7 Sept ini.
"Semua sekolah itu dibenarkan bercuti pada hari Rabu ini namun akan diganti semula untuk mengganti semula waktu persekolahan yang tertinggal," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurutnya sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Besut, Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Perhentian, SK Kuala Besut, SK Kampung Nail, SK Alor Peroi, SK Kampung Nangka, SK Kampung Baharu dan SK Bukit Puteri. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
KWSP gesa ahli manfaat pengeluaran fleksibel
Oleh:
Tarikh: July 22, 2013
KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini melancarkan kempen untuk menggalakkan ahlinya memanfaatkan Pengeluaran Fleksibel Umur 55 Tahun, sebagai sebahagian daripada usahanya untuk meningkatkan kesedaran tentang perancangan persaraan.
Di bawah Pengeluaran Fleksibel Umur 55 Tahun itu, ahli boleh memilih untuk mengeluarkan sebahagian daripada simpanan mereka, secara bulanan atau gabungan kedua-duanya.
Kempen pengiklanan bertemakan 'Melanjutkan Tempoh Simpanan Persaraan Anda' akan disiarkan di radio, akhbar dan Facebook KWSP mulai hari ini hingga 2 Ogos 2013.
Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar berkata KWSP amat menggalakkan ahlinya untuk menguruskan simpanan mereka menerusi pilihan yang diberikan memandangkan jangka hayat purata rakyat Malaysia telah meningkat kepada 75 tahun.
"Pengeluaran fleksibel membolehkan ahli melanjutkan simpanan mereka dalam tempoh yang panjang pada tahun-tahun emas mereka.
"Tambahan pula, simpanan di KWSP akan terus menerima dividen, sekali gus meningkatkan simpanan persaraan ahli. Kesan pengkompaunan daripada perlanjutan tempoh simpanan ini akan menguntungkan lagi ahli," kata Nik Affendi dalam satu kenyataan.
Nik Affendi turut menasihati ahli supaya memulakan lebih awal perancangan kewangan untuk persaraan dan tidak bergantung sepenuhnya terhadap simpanan KWSP mereka yang mungkin tidak mencukupi.
Ahli perlu merancang untuk menyimpan melalui saluran-saluran pelaburan lain yang terdapat di pasaran, sesuai dengan selera risiko mereka sebagai sebahagian daripada perancangan persaraan. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Semut buat laporan polis pemilik akaun hina Agong
Oleh:
Tarikh: July 22, 2013
BUTTERWORTH - 'Sensible and Ethical Malaysians United Troopers' (Semut) hari ini membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akaun Facebook, Agelyn Lim dan beberapa individu lain yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah baru-baru ini.
Penyelaras Semut, Huan Cheng Guan berkata perbuatan menghina institusi diraja menerusi laman sosial Facebook itu disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab dan harus dikenakan tindakan undang-undang.
"Saya terbaca kiriman web laman sosial yang dihantar orang awam kepada saya pada 5 Julai lepas dan mendapati ia mengandungi unsur menghina Yang di-Pertuan Agong dengan perkataan kesat dan berunsur lucah.
"SEMUT sebagai kumpulan sukarelawan yang berperanan memantau laman media sosial bagi mengesan kenyataan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat menuntut supaya polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan tegas terhadap mereka," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Perai, di sini hari ini.
Katanya tindakan biadab itu tidak boleh dimaafkan dan beliau berharap pihak berkuasa mengambil tindakan segera dengan menahan mana-mana individu yang memberi komen mengandungi unsur menghina institusi diraja.
Huan berkata pihak berkuasa juga perlu mengambil pendekatan lebih agresif kerana media sosial kini telah disalahgunakan rakyat yang tidak bertanggungjawab untuk mempermainkan isu sensitif termasuk perkauman, agama dan institusi diraja di negara ini.
"Kita mahu masyarakat menggunakan media sosial sebagai saluran interaksi yang positif untuk membina persahabatan dan rangkaian kerja, bukan mengutuk,
menghina atau mengeluarkan kenyataan tidak sensitif.
"Semut yang mempunyai ahli di seluruh negara akan terus memantau media-media sosial termasuk blog bagi memastikan penggunanya tidak memberikan komen yang boleh memecah belahkan perpaduan dan keharmonian negara" katanya. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Tender Lebuhraya Pantai Timur 2 dibuka semula
Oleh:
Tarikh: July 22, 2013
KUALA LUMPUR - Kerajaan terpaksa membuka semula tender kepada kontraktor baharu bagi meneruskan pakej terbengkalai projek Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berikutan kontraktor asal projek itu menarik diri disebabkan kenaikan harga bahan binaan.
Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata, ia bagi memastikan projek LPT2 sepanjang 184 kilometer itu dapat disiapkan mengikut jangka masa yang disasarkan iaitu pada Ogos 2014.
"Berdasarkan tempoh kontrak semasa pakej terakhir LPT2 yang akan disiapkan ialah Pakej 7, iaitu melibatkan laluan dari Bukit Mempusi ke Felda Kerteh 6 Kemaman sepanjang 13.5 kilometer," katanya.
Fadillah diminta menjawab isu kelewatan dan status kemajuan projek LPT2 serta tempoh masa ia dapat dibuka kepada orang ramai yang diaju oleh Senator Toh Puan Zaitun Mat Amin pada sesi soal jawab Dewan Negara hari ini.
Menurutnya pembinaan pakej itu kini mencapai 50 peratus kemajuan dan sehingga 30 Jun tahun ini, keseluruhan projek LPT2 sudah disiapkan melebihi 88.5 peratus.
Mulai 2011, Fadillah berkata kerajaan telah melaksanakan pembukaan LPT2 secara berperingkat kepada lalu lintas melibatkan jajaran utara dari Persimpangan Bertingkat Bukit Besi ke Persimpangan Bertingkat Kuala Terengganu sepanjang 72 kilometer.
Beliau turut menjangkakan keseluruhan projek itu dibuka kepada lalu lintas pada September 2014. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Usahawan Islam mampu jadi gergasi ekonomi
Oleh:
Tarikh: July 22, 2013
MUAR - Usahawan Islam negara ini mampu menjadi kuasa gergasi ekonomi dunia jika mereka berkeupayaan mengeluarkan makanan dan produk halal yang boleh menampung keperluan umat Islam di peringkat global.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ir Hamim Samuri berkata pasaran makanan dan produk halal dunia begitu besar, melebihi RM3 trilion yang membuka peluang besar untuk direbut usahawan Islam di negara ini.
"Tahun lepas Malaysia mengeksport produk halal bernilai RM35 bilion, menyumbang empat peratus kepada pendapatan keluaran dalam negara (KDNK). Oleh itu saya menyeru lebih ramai usahawan Islam menjadi pembekal kepada produk halal," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian bantuan Hari Raya kepada 200 orang golongan tidak bernasib baik, di masjid Parit Bunga, Ledang di sini petang semalam anjuran Perbadanan Kemajuan Halal Malaysia (HDC).
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif HDC Datuk Seri Jamil Bidin.
Hamim berkata pelbagai usaha sedang dilakukan untuk meningkatkan pengeluaran produk halal, yang antara lain, meliputi makanan dan barangan kosmetik, untuk umat Islam di seluruh dunia.
Usahawan di negara ini katanya, bernasib baik memandangkan Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang mengeluarkan sijil halal yang diiktiraf oleh negara Islam yang lain.
"Kita satu-satunya negara yang mengeluarkan sijil halal, di negara lain, sijil halal dikeluarkan oleh badan-badan bukan kerajaan seperti jawatankuasa masjid dan badan yang mewakili umat Islam setempat," katanya. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Pemuda maut, tiga parah motosikal bertembung
Oleh:
Tarikh: July 22, 2013
KUANTAN - Seorang pemuda Orang Asli maut dan tiga lagi parah selepas motosikal ditunggangi pemuda itu terbabas selepas dipercayai cuba mengelak lembu dan bertembung dengan sebuah lagi motosikal di Km15, Jalan Kuantan-Cherok Paloh dekat Pantai Sepat di sini malam tadi.
Yus Kamarul a/l Kadir, 19, berasal dari Perkampungan Orang Asli di Km14, Jalan Pekan-Kuantan maut di tempat kejadian dalam kemalangan 8 malam itu manakala rakannya Amri a/l Manan, 17, cedera parah.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Supt Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata penunggang dan pembonceng sebuah lagi motosikal Shahrul Izwandy Redzuan, 23, dan Mazura Ahmad, 21, juga cedera parah dan kesemua yang parah dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.
"Di tempat kejadian, dipercayai mangsa cuba mengelak dari melanggar seekor lembu yang berada di atas jalan menyebabkan motosikalnya terbabas masuk laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah lagi motosikal.
"Motosikal mangsa turut merempuh sebuah kereta jenis Perodua Viva yang berada di laluan bertentangan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. – Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Warta segera fatwa anti-Syiah
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: July 22, 2013
PENDANG – Rata-rata umat Islam menyambut baik cadangan Kerajaan Negeri Kedah yang komited untuk mewartakan fatwa anti-Syiah selepas perkara itu diumumkan Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir, Khamis lalu.
Pegawai Agama Daerah Pendang, Syeikh Ahmad Shukri Mohamed mengharapkan fatwa ini diwartakan secepat mungkin demi menjaga akidah umat Islam khususnya di Kedah.
"Jika fatwa ini diwartakan secepat mungkin ia dapat jaga akidah umat Islam dan Kedah tercinta ini akan muncul negeri pertama berbuat demikian," katanya.
Menurutnya, kebanyakan masjid di Pendang aktif dan giat menjalankan ceramah berkaitan isu akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Mazhab Shafie dan ancaman fahaman Syiah anjuran jawatankuasa masjid itu sendiri, NGO dan Pejabat Mufti Negeri Kedah.
Beliau menjelaskan, ceramah itu bertujuan menerangkan mengenai ancaman fahaman Syiah kerana beliau tidak menafikan bahawa penularan fahaman itu ada dalam kalangan umat Islam di Pendang.
Katanya, Pejabat Agama Daerah Pendang memandang serius hal tersebut dan sentiasa memantau serta mengambil berat ajaran dan fahaman ini serta dapat dikawal di sini.
"Saya berharap golongan ini diberi taufik dan hidayah ALLAH SWT sementara pintu taubat masih terbuka," katanya.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Pendang, Mohd Zaki Abdul Razak turut menyokong cadangan kerajaan untuk mewartakan fatwa anti-Syiah kerana berpendapat cara itu mampu untuk membendung dan mengawal fahaman itu di Kedah.
Katanya, beliau menyokong cadangan itu kerana jika tidak diambil serius oleh semua peringkat dikhuatiri fahaman ini terus tersebar meluas di Kedah.
"Cadangan kerajaan negeri itu sangat baik dan perlu dilaksanakan segera namun perlu adakan kajian menyeluruh sebelum tindakan diambil," katanya.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Ramadan di bumi bergolak
Oleh: Nurbaya Abdul RezaNurbaya Abdul Rezak
Tarikh: July 22, 2013
TATKALA Ramadan menjengah, seluruh masyarakat Islam dunia mula membuat persiapan dengan penuh kegembiraan bagi memulakan ibadah puasa, amalan sunat Tarawih serta memperbanyakkan kebaikan demi merebut pahala berlipat ganda.
Namun, sedarkah kita, masih ada berjuta umat Islam di negara bergolak seperti Mesir, Syria, Palestin, Myanmar dan selatan Thailand meraikan kehadiran bulan dinanti-nantikan ini dalam kesayuan serta kekurangan.
Bermula sahur sehingga berbuka puasa, mereka terpaksa melarikan diri daripada peperangan, pergolakan politik dan serangan pemberontak hanya mengalas perut paling tidak dengan seteguk air dan kurma.
Berbanding pula dengan negara kaya, ada di antara mereka terpaksa dimasukkan ke hospital kerana makan berlebihan sewaktu menikmati juadah iftar.
Mesir
Rakyat Mesir terpaksa bergelut menyambut ketibaan bulan Islam kesembilan ini dalam keadaan bergolak, susulan penggulingan pemimpin negara oleh ketenteraan pada ketika itu.
"Ya ALLAH, tumpahkanlah kemurkaan-Mu kepada orang-orang yang berusaha merosakkan Mesir, luaskanlah rahmat-Mu kepada mereka yang menginginkan kemakmuran negara. Ya ALLAH, musnahkanlah orang-orang yang enggan menerima hukum-Mu," kata penyokong Presiden Mohamed Mursi, Yosri Ackad ketika berdoa selepas menunaikan solat Tarawih pertama Ramadan dua minggu lalu.
Pada masa itu, Yosri yang juga seorang pesara doktor ditegur sekumpulan lelaki tempatan kerana membawa isu politik ke dalam masjid dan dilabelkan sebagai membawa ideologi gerakan Ikhwanul Muslimin.
Kira-kira 84 juta penduduk Islam Mesir amat menantikan Ramadan setiap tahun terpaksa berpuasa di bawah ketegangan politik, kejatuhan ekonomi dan pergolakan sesama umat.
Rakyat Mesir dilaporkan seolah-olah kurang berminat meneruskan tradisi berzaman mereka di bulan Ramadan yang membezakan negara itu di rantau secara keseluruhannya.
Jalan-jalan raya masih bergelap tidak seperti Ramadan dahulu di mana setiap pelosok jalan raya diterangi fanous (lampu khas Ramadan berwarna-warni) serta para peniaga berebut-rebut menjaja manisan mereka.
Malah, laungan el-mesaharrati bermaksud panggilan untuk menikmati hidangan terakhir sebelum Ramadan, disambut hambar tidak seperti tahun sebelumnya.
"Tiada sesiapa pun berasa seperti meraikan apa-apa, walaupun Ramadan tiba. Tahun ini adalah tahun yang paling buruk. Kami sepatutnya dapat menjual semua pelita menjelang Ramadan.
"Namun, hanya 60 peratus pelita mampu dipasarkan pada tahun ini," kata seorang pembekal pelita tradisi Mesir, Waleed Abdel-Tawab, 39.
Syria
Tenggelamnya fajar Ramadan di bumi Syria pada tahun ketiga konflik berdarah menggulingkan Presiden Bashar al-Assad, diraikan seperti biasa buat keluarga mewah dengan hidangan iftar yang menyelerakan.
Namun, bagi majoriti rakyat yang menderita, kehilangan tempat berteduh, kanak-kanak yatim piatu, mereka terpaksa bergelut di bawah rangka bangunan untuk sesuap rezeki bagi mengalas perut selepas seharian berlapar.
Agak bernasib baik bagi mereka yang mendapat perlindungan di kem-kem pelarian, kerana dapat merasai suasana Ramadan agak sempurna berbanding saudara-mara di kawasan bergolak.
Media tempatan melaporkan, penduduk yang menghuni kawasan ditawan pemberontak terpaksa mengemis untuk mendapatkan secebis roti bagi hidangan iftar.
Agensi makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendedahkan, kira-kira 7 juta rakyat Syria terpaksa bergantung kepada bantuan makanan.
Pertempuran memusnahkan hampir keseluruhan Syria dan digabungkan dengan kenaikan harga barangan secara mendadak kebelakangan ini membuatkan penduduk semakin tertekan.
"Mereka sanggup menggeledah tong sampah demi mengalas perut, ini amat menyayat hati," kata aktivis di sebuah bandar ditawan pemberontak, Maarat al-Numan.
Katanya, kumpulan aktivis yang masih aktif di Syria terpaksa menggunakan dapur awam untuk mengedarkan juadah iftar seperti nasi dan sup sayur kepada kira-kira 400 keluarga miskin di bandar itu.
Beliau hanya memperkenalkan diri sebagai Abu Anas berkata, setiap aktivis berada di dalam ketakutan tatkala memberi makanan kepada penduduk.
"Kami takut jika kawasan ini diserang secara tiba-tiba," katanya.
Sementara itu, di kem pelarian Zaatari terletak di tengah-tengah gurun Jordan, menempatkan lebih 120,000 pelarian Syria.
"Mereka terpaksa menunaikan ibadah rukun Islam ketiga dalam keadaan amat tidak selesa serta kekurangan bekalan air bersih," kata pekerja binaan dari wilayah selatan Daraa, Abu Qusai, 32.
Palestin
Walau berhadapan sekatan oleh pihak berkuasa Israel sejak 40 tahun lalu, mangsa kekejaman rejim Zionis ini tidak gentar meraikan ketibaan Ramadan.
Tokoh Islam, Sheikh Azzam al-Ahmad berkata, lebih 200,000 rakyat Palestin menunaikan solat Jumaat di masjid Al-Aqsa bagi meraikan minggu pertama di bulan Ramadan, minggu lalu.
"Kita berharap jumlah besar itu akan bertambah dari sehari ke sehari dan seluruh pekarangan Al-Aqsa akan dibanjiri masyarakat Islam dari Tebing Barat," katanya.
Bagaimanapun, kebanjiran penduduk Palestin untuk beribadah di bulan mulia ini tetap dikawal oleh askar Zionis yang memeriksa setiap individu yang melepasi sempadan tembok pemisah di Al-Aqsa.
Sementara itu, sepanjang Ramadan, askar Israel melanjutkan pembukaan sempadan tembok dari Tebing Barat dan membenarkan warga Palestin berumur 60 tahun dan ke atas memasuki Al-Aqsa tanpa sebarang permit ditetapkan.
Sebelum itu, pada bulan-bulan selain Ramadan, rakyat Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza dihalang memasuki timur Baitulmaqdis yang diduduki secara haram oleh Israel sejak perang Enam Hari 1967.
Remaja ini sanggup memanjat tembok pemisah yang dibina Israel di Ar-Ram, Jumaat lalu semata-mata mahu menunaikan solat Jumaat.
Sebuah keluarga Palestin menikmati juadah iftar di pekarangan Al-Aqsa sebelum menunaikan solat sunat tarawih.
Myanmar
Masyarakat Islam Rohingya di Arakan terpaksa menunaikan ibadah puasa pada tahun ini dalam keadaan serba kedaifan.
Walaupun konflik berdarah membabitkan etnik Islam dan Buddha di wilayah itu telah berakhir, namun penindasan terhadap golongan Islam yang berhijrah daripada Bangladesh sejak berkurun lama dahulu masih berlaku.
Awal Ramadan minggu lalu, kira-kira 100 pegawai Nasaka memasuki perkampungan Wabeg di utara Maungdaw dan memaksa penduduk di situ menandatangani dokumen perakuan bahawa mereka adalah 'Bengali' dan bukannya 'Rohingya'.
Susulan itu, penduduk kampung yang terdiri daripada masyarakat Islam Rohingya bertindak meninggalkan kediaman kerana enggan memperakui dokumen tersebut.
Bagaimanapun, sebahagian daripada mereka termasuk golongan wanita dan kanak-kanak di tahan dan dipaksa menurunkan cap jari mengaku bahawa mereka adalah Bengali.
Ramadan ini juga merupakan satu bulan penuh dugaan buat Islam Rohingya, kerana mereka terpaksa berpuasa dalam keadaan melarikan diri dari pihak berkuasa.
Persoalannya, kerajaan Myanmar telah mengumumkan kelompok itu adalah rakyat yang bebas, tetapi penindasan tetap berlaku.
Setakat ini, lebih 140,000 masyarakat Rohingya berlindung di kem sementara Sittwe (Akyab) dalam Arakan dalam keadaan yang amat menyedihkan.
"Mereka kekurangan bekalan makanan, air, ubat-ubatan, pakaian bersih dan barangan asas. Bagaimana untuk mereka menunaikan ibadah puasa dengan sempurna?
"Ramai kanak-kanak dan wanita mati disebabkan kekurangan zat dan rawatan," kata aktivis kemanusiaan di Myanmar.
Selatan Thailand
Keganasan terus berlaku di selatan Thailand dengan lima kejadian dilaporkan hari ini walaupun Inisiatif Keamanan Ramadan dicapai di Kuala Lumpur Jun lalu.
Dalam kejadian serangan pertama, seorang Tok Penggawa Mukim Katong, daerah Yaha, wilayah Yala Matsaki Kanet, 38, cedera ditembak.
Dalam kejadian kedua di wilayah Narathiwat, seorang lelaki, Sufian Mamat, terbunuh dalam pertempuran dengan pihak keselamatan Thailand yang mengepung rumahnya pada 3.20 petang di Kampung Yanin Jok Irong, Narathiwat, manakala kejadian ketiga menyaksikan seorang lelaki dikenali sebagai Hamdi Mahamamalee, 21, cedera ditembak.
Satu lagi kejadian pada pukul 6.50 petang waktu tempatan, Asmadi Tuwaenya terbunuh dan isterinya Ilham Kuma cedera di tembak di Kampung Natham, Muang Yala, manakala seorang lelaki, Asri Chekmama, mati ditembak di Kampung Tanjunglima, Muang Narathiwat.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Chong Wei senarai teratas lelongan?
Oleh:
Tarikh: July 22, 2013
NEW DELHI - Pemain badminton nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei telah diberikan harga asas tertinggi US$50,000 (RM159,700) untuk lelongan pemain Kejohanan Liga Badminton India (IBL) yang akan diadakan di New Delhi pada Isnin.
Turut diberikan harga asas tinggi ialah pemain badminton utama India Saina Nehwal dan empat pemain badminton India - Parupalli Kashyap, Jwala Gutta, Ashwini Ponnappa dan PV Sindhu - menurut laporan Hindustan Times.
Enam pemain itu yang diletakkan dengan harga asas paling tinggi diberikan status pemain ikon.
IBL ialah liga francais yang dicadangkan Persatuan Badminton India. Edisi pertama liga yang akan disertai pemain India dan asing, dijangka berlangsung bulan depan.
Lelongan pertama pemain IBL dijangka akan disertai 150 pemain untuk 66 tempat dalam enam pasukan, setiap francaisi boleh menampilkan 11 pemain, termasuk maksimum empat pemain asing dan seorang pemain bawah 19 tahun. - Bernama
----------------------------
Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.
This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.














































No comments:
Post a Comment