Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Mangsa trauma, tidak lagi sentuh mercun
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: July 26, 2013
GUA MUSANG - "Dia masih takut bermain mercun kerana dua jari tangan kirinya masih rasa sengal selepas terkena mercun bola musim perayaan tahun lalu," kata Zaidah Awang, 45, ibu kepada Mohd Shafiq Afandi, 6, yang menjadi mangsa terkena mercun Aidilfitri tahun lalu.
Namun, Zaidah berkata, Mohd Shafiq tetap mahu mendekati kanak-kanak yang bermain mercun.
"Kadang-kala ada juga dia pergi ke tempat rakannya bermain mercun berhampiran rumah dan cepat-cepat melarikan diri sebaik mercun yang dicucuh itu meletup kepada takut kejadian sama berulang," katanya.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi 5 Ogos tahun lalu, Mohd Shafiq hampir putus jari tengah dan jadi manis apabila mercun bola yang dipegangnya dicucuh seorang rakan dan meletup di tangan.
Berikutan kejadian itu, kakaknya, Nor Ayuni Ramlee, 17, yang terdengar bunyi letupan mercun dan disusuli jeritan kuat Mohd Shafiq sebelum bergegas ke tempat kejadian.
Mohd Shafiq dikejarkan ke Hospital Gua Musang (HGM) dan bersyukur dua jarinya hanya cedera.
Zaidah berkata, anak kelapan daripada sembilan beradik itu sebelum kejadian, gemar bermain mercun terutama pada musim perayaan hingga duit raya dihabiskan untuk tujuan itu.
Katanya, beliau sendiri kerap melarangnya, tetapi Mohd Shafiq berdegil.
"Aidilfitri tidak lama lagi, saya rasa tenang apabila Mohd Shafiq dan tiga lagi anak tidak bermain mercun kerana bimbang bahaya," katanya.
Sementara itu, Mohd Shafiq mengakui masih takut bermain mercun kerana tangan masih sakit selepas kejadian mercun bola meletup di tangannya tahun lalu.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Colek menu 'ringan' di malam bulan Ramadan
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: July 26, 2013
PASIR PUTEH - Makan colek pada sebelah malam bulan Ramadan sudah menjadi budaya masyarakat Kelantan sejak dahulu lagi yang menyebabkan setiap kedai makan terpaksa menyediakan menu tersebut.
Mohd Zamri Abdul Rahman, 43, berkata, dia pasti akan ke kedai makan bersama kawan-kawan sejurus selesai solat Terawih untuk menjamu selera dengan colek.
Katanya, fenomena itu sudah menjadi perkara biasa di negeri ini malah ia menimbulkan kehairanan jika ada kedai yang tidak menyediakan colek.
"Saya tidak pasti sejak bila budaya ini bermula dan inilah budaya yang hanya boleh ditemui di Kelantan," katanya.
Sementara itu, Pengurus Restoran Dapur Ibu, Azahan Anwi berkata, budaya itu menuntut dia menawarkan pelbagai jenis colek di kedainya yang berhampiran Masjid Ibrahimi di sini.
Katanya, sejak awal Ramadan lagi, mengunjunginya kedainya untuk mendapatkan colek istimewa.
"Pada malam Ramadan, pelanggan lebih gemar makan makanan lebih 'ringan' dan colek merupakan yang paling sesuai," katanya kepada Sinar Harian.
Azahan memulakan perniagaan tidak sampai setahun itu belum berdepan pengalaman berniaga pada malam raya ketika perantau pulang ke kampung halaman.
"Kami bercadang untuk membuka perniagaan pada malam raya, cuti hanya pada hari raya pertama dan kami kembali berniaga pada raya kedua ketika perantau masih ramai di kampung," katanya.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Polis selesaikan 12 kes pecah rumah
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: July 26, 2013
PASIR MAS - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menyelesaikan 12 kes pecah rumah di daerah ini dan Kota Bharu yang dianggarkan bernilai RM300,000 apabila berjaya menahan tiga lelaki dan seorang wanita mengandung dalam sebuah serbuan di kawasan Pusu 40, Lubok Jong, di sini.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Haliluddin Rahim berkata, suspek berusia dalam lingkungan umur 18 hingga 31 tahun direman selama tiga hari bermula semalam.
"Suspek wanita, berusia 28 tahun dan mengandung tujuh bulan itu dipercayai isteri salah seorang lelaki yang ditahan dalam serbuan tersebut.
"Hasil pemeriksaan yang dijalankan di dalam rumah tersebut, beberapa barangan telah ditemui di antaranya ialah empat televisyen LCD, tujuh skrin komputer, dan
Serbuan yang dilakukan pada jam 6.30 petang kelmarin itu dilakukan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Pasir Mas.
Menurutnya, polis turut menemui dua buah set pemain teater, satu pemotong besi saiz 24 inci dan pelbagai alat pecah rumah.
Beliau berkata, semasa pemeriksaan lanjut yang dilakukan di sekitar rumah tersebut polis berjaya merampas dua buah kereta iaitu jenis Honda dan
Haliluddin berkata, pihaknya turut mengadakan ujian air kencing ke atas semua suspek dan didapati mereka positif dadah jenis metamphetamine.
"Selain itu, hasil semakan rekod jenayah lampau didapati dua daripada suspek tersebut mempunyai rekod berkaitan kes curi motosikal, samun dan kes dadah," katanya.
Menurutnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh membawa hukuman penjara sehingga
Beliau berkata, jika kesalahan tersebut dimaksudkan mencuri boleh dihukum penjara hingga 14 tahun dan bagi kesalahan kedua boleh dikenakan denda dan sebat.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Kasihan isteri di bulan puasa
Oleh: MUHAMAD MAT YAKIM
Tarikh: July 26, 2013
Kalau ditanya di mana lebih seronok berbuka puasa, jawapannya mudah, tentulah di rumah sendiri. Ramai orang lain pun saya percaya macam saya juga.
Berbuka di rumah adalah terbaik. Kalah coffee house hotel dengan menu 101 atau 202 jenis untuk dibelasah dengan harga RM129 sekepala sebagaimana yang ditulis bos saya, Datuk A Jalil Ali semalam. Dengar kata yang paling mahal di
Tidak tahulah apa yang perlu dibayar hingga semahal itu harganya. Mungkin dikira prorata, sekali dengan kos oksigen yang disedut selama mana kita berada dalam coffee house itu. Kena bayar kerana apa yang disedut itu bukan 02 tetapi sudah bersekali dengan aroma masakan yang 202 jenis itu. Itu sebab sampai dekat RM200 sekepala!
Seronoknya berbuka di rumah, juga kerana boleh hanya berkain pelikat dengan baju pagoda. Bagi lelaki yang sudah lebih 40, faham-faham sendirilah akan makna alasan itu. Juga kerana selepas berbuka, boleh terus berlingkar depan TV, jadi ular sawa kenyang!
Itulah nikmatnya yang tidak boleh ditandingi waima hotel yang harga bufetnya RM129 atau RM180 sekepala itu pun.
Akan tetapi, sebagai orang
Hampir setiap hari sepanjang bulan puasa ini, saya dan rakan-rakan berbuka di pejabat. Itulah juga barang kali sebabnya mengapa peluang sesekali berbuka di rumah dirasakan sangat indah.
Dan itulah juga barang kali mengapa berat badan saya setelah lebih dua minggu puasa ini, berkurang lebih tiga kilogram berbanding sebelum puasa.
Kalau setiap hari berbuka di rumah macam kebanyakan orang, bukan berkurang tetapi mahu bertambah tiga kilogram agaknya.
Mengenang ini semua, teringat pada pengorbanan isteri-isteri. Bukan isteri saya sahaja tetapi isteri-isteri yang lain juga. Pada bulan puasa, beban tugas harian mereka bukan makin berkurang bahkan bertambah, lebih-lebih lagi bagi yang bekerja.
Suami? Macam yang saya tulis awal tadilah, apabila perut sudah membelon macam sawa kenyang, ramai yang memilih untuk berlingkar di depan TV. Alasan, berehat sekejap sebelum ke masjid.
Akhirnya apabila hampir masuk waktu Isyak, dapat alasan baru pula, badan masih terasa berat, tidak larat hendak berterawih. Mahu tidak berat jika air
Tatkala suami berlingkar, isterilah juga yang belum pun sempat tukar baju sejak balik kerja, sibuk mengemas meja. Cuci pinggan mangkuk, kutip sisa makanan anak yang tertumpah dan segala macam kerja lagi dibuatnya.
Sudahlah tadi dia juga yang terkocoh-kocoh keluar dari pejabat, singgah di bazar Ramadan beli juadah berbuka. Siap membeli, jemput anak dari sekolah atau dari taska. Sampai di rumah, buat kerja hidang menghidang pula. Suami yang baru sampai terus ke meja, lagak macam menghadap buffet di hotel yang harganya RM180 sekepala.
Tidak. Saya bukan mengata orang lain tetapi diri sendiri pun serupa. Dan ini saya tahu berlaku dalam kebanyakan rumah tangga.
Kadang kala kedengaran juga 'komplen' lelaki, wanita bertuah sebab mereka ada 'cuti'. Hek eleh! Hal itu mahu cemburu juga!
Kerana cemburu, ada suami yang serah semua kerja kepada isteri. "Awak cuti, awak buatlah sendiri, saya puasa, penat, bagilah chance saya berehat!"
Walhal pada hari isteri tak cuti pun, semua kerja isteri juga yang buat!
Suami seperti biasa, alasannya perlu banyak di masjid. Kena pergi awal, iktikaf. Inilah masanya kumpul pahala banyak-banyak. Itu minggu pertama puasa. Masuk minggu kedua - ular sawa kenyang berlingkar depan TV - tetapi alasan masih pakai yang minggu pertama juga!
Waktu sahur pun, isteri juga dahulu bangun memasak atau paling tidak, panaskan makanan yang sudah sedia. Setelah semua siap di meja, barulah dikejutkan suami dan anak-anak. Ketika suami dan anak-anak masuk bilik sambung tidur, isteri masih di dapur.
Elok masuk nak sambung tidur, suami pula kuis-kuis kaki.
Begitulah sibuk dan penatnya isteri-isteri pada bulan puasa. Kepada suami, ringan ringankanlah tangan. Bukan orang lain, isteri kita sendiri juga!
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Padah rasuah polis RM45
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: July 26, 2013
KOTA BHARU - Angkara RM45, seorang lelaki didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas mengaku salah merasuah anggota polis, tahun lalu.
Tertuduh, Baharudin Ismail, 36, dari Kampung Jejulok, Bekelam, Bachok, mengaku memberi suapan RM45 kepada anggota polis, Konstabel Adri Hazwan Ahmad dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok, di sebuah rumah kosong di Kampung Beris Tengah, Tawang.
Kesalahan yang dilakukan pada jam 4.25 petang, 12 April 2012 itu bertujuan agar tertuduh tidak diambil tindakan kerana kesalahan menagih dadah.
Dalam serbuan sebelum ini, tertuduh ditahan dan ujian saringan awal air kencing yang dijalankan terhadapnya menunjukkan dia positif metamphetamine.
Semasa Adri Hendak mengambil tindakan, tertuduh bagaimanapun menghulurkan segumpal wang berjumlah RM45.
Seorang lagi anggota polis, Konstabel Syarul Azam Muhammad yang ada bersama ketika itu mengesahkan melihat tertuduh menghulurkan duit itu. Duit berkenaan kemudian dirampas polis untuk tindakan lanjut.
Pada prosiding semalam, peguam bela, Zulhilmi Mokhtar memohon hukuman ringan dengan mengambil kira nilai suapan yang kecil.
Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Kelantan, Shahidah Muslimah Roslan, bagaimanapun tidak bersetuju dengan alasan itu dan memberitahu mahkamah walaupun nilainya kecil, impak yang mungkin berlaku adalah sangat besar.
Hakim, Yusuff Yunus mengarahkan tertuduh membayar denda itu dan turut mengenakan hukuman penjara lapan bulan sekiranya denda gagal dijelaskan. Dia kemudian menjelaskannya.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Mayat reput berselimut ditemui
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: July 26, 2013
MUAR – Misteri bau busuk yang menghantui penduduk di Kampung Baru Lenga dekat sini, sejak beberapa hari lalu terungkai susulan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan berulat dan hampir reput, kelmarin.
Mayat Gan Hock Ang, 34, ditemui dalam keadaan terbaring yang lengkap berpakaian serta berselimut di atas katil disalah sebuah bilik rumah berkenaan, kira-kira jam 9 malam.
Abang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Gan, 40an, berkata, adiknya tinggal bersendirian di rumah itu setelah berpindah dari
Menurutnya, adiknya masih belum mendirikan rumah tangga itu menghidap penyakit kencing manis dan hepatitis sejak beberapa tahun lalu.
"Disebabkan penyakit itu juga, adik pernah pengsan sehingga terpaksa dimasukkan ke dalam wad sebuah hospital di
"Saya hantar adik pulang ke kampung kerana dia sangat beriya-iya mahu tinggal di sini dan tidak sangka meninggal dunia ketika bersendirian di rumah," katanya.
Gan berkata, kali terakhir menghubungi Hock Ang kira-kira dua minggu lalu dan kedengaran nada suaranya ceria seperti biasa.
"Jiran memberitahu tidak melihat kelibat adik sejak beberapa hari lalu dan mereka menyangka Hock Ang berada di
"Bagaimanapun, jiran telah menghubungi pihak polis apabila terhidu bau busuk yang kuat dari arah rumah ini dan mendapati adik sudah meninggal dunia," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner, Azman Ayob ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian.
"Siasatan awal mendapati mangsa mungkin mati sejak beberapa hari lalu berdasarkan keadaan mayatnya yang sudah berbau dan mereput.
"Setakat ini, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan tiada unsur jenayah disyaki.
"Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk bedah siasat," katanya.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Buaya disangka kayu hanyut
Oleh: Arziana Mohmad Azaman
Tarikh: July 26, 2013
KUALA SELANGOR - Hasrat dua sahabat untuk memancing udang di Jeti Jalan Tok Empat Masjid, Kampung Bukit Belimbing di sini terbantut apabila mereka menemui bangkai buaya tersangkut di tepi sungai, kira-kira jam 11 malam semalam.
Lebih mengejutkan, penemuan buaya dianggarkan berukuran enam meter itu pertama kali berlaku di kampung tersebut sekali gus menyebabkan kawasan jeti menjadi tumpuan orang ramai sejak awal pagi.
Penduduk, Zaidi Jaafar, 23, berkata, dia tidak sangka cahaya lampu rakannya ketika menyusuri Sungai Selangor untuk memancing udang, tertumpu pada objek besar disangka kayu yang tersangkut di tebing sungai.
Menurutnya, dia tidak tahu langsung mengenai objek tersebut, namun hampir menjerit apabila melihat terdapat seekor buaya muara tembaga dalam keadaan telentang ketika sampannya mendekati objek tersebut.
"Kami jarakkan sampan dan teliti daripada jauh. Namun beberapa minit kemudian, kami kembali memberanikan diri untuk melihat dengan lebih dekat kerana buaya itu tidak bergerak.
"Selepas sah buaya itu sudah mati, kami terus mendekati untuk melihat keadaan buaya itu yang mungkin cedera hingga mati, namun hanya gigi dan kuku tiada," katanya.
Rakannya, Rosnizam Moktar, 30, pula berkata, penemuan itu amat berharga sepanjang tempoh 10 tahun dia menjadi nelayan sungai di sini.
"Ramai rakan cakap, mereka pernah terserempak buaya jenis itu dengan saiz lebih besar. Saya pun pernah terserempak dengan buaya ketika memancing, namun haiwan itu tidak pernah mengganggu nelayan atau kaki pancing.
"Orang lama cakap buaya itu penunggu sungai. Saya anggap mitos sahaja dan mungkin hanya ada dua jenis buaya di sungai ini iaitu muara serta jelujong mengikut cerita nelayan yang pernah menemui haiwan tersebut," katanya.
Jeti jadi mini zoo
Ketua Kampung Bukit Belimbing, Samsudin Idris berkata, pihaknya terkejut apabila dimaklumkan mengenai penemuan itu dan bergegas ke kawasan jeti untuk melihat buaya tersebut dengan lebih dekat.
"Kawasan jeti itu menjadi tumpuan penduduk, seolah-olah mini zoo bermula seawal jam 7 pagi.
Orang ramai berpusu datang dan sementara menunggu pegawai Perhilitan, mereka sempat merakam gambar untuk buat kenangan," katanya.
Turut hadir, Penghulu Mukim Api/Api dan Ijok, Hussien Idris.
Penemuan pertama
Pengarah Perhilitan Negeri Selangor, Rahim Ahmad berkata, pihaknya segera ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan mengenai penemuan itu dan mengangkut bangkai buaya seberat 1,000 kilogram tersebut ke Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun untuk dibedah siasat.
"Kita tak boleh beri sebarang komen berhubung punca kematian, usia, jantina dan saiz sebenar kerana tunggu bedah siasat. Penemuan ini adalah yang pertama dilaporkan kepada Perhilitan negeri kerana kita tidak pernah terima laporan penemuan buaya dengan saiz agak besar atau keganasan buaya yang mengakibatkan kematian.
"Saya berterima kasih kepada Majlis Daerah Kuala Selangor yang menyediakan pengangkutan sekali gus melancarkan tugas Perhilitan bawa buaya itu ke Sungai Dusun," katanya.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Judi dalam salun
Oleh: NOOR'AINON MOHAMED YUSOF
Tarikh: July 26, 2013
Itulah taktik yang digunakan pemilik kedai judi bagi mengaburi pihak berkuasa dari menghidu kegiatan haram mereka yang beroperasi 24 jam itu.
Pelbagai cara digunakan seperti promosi harga hinggalah hadiah kemenangan berjumlah RM30,000 ditawarkan untuk menarik pelanggan.
Bagaimanapun, polis berjaya menumpaskan aktiviti perjudian itu apabila sepasukan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Negeri menyamar sebagai pelanggan sebelum melakukan serbuan.
Pegawai Turus D7 IPK Perak, Deputi Superintendan Hasbullah Ali berkata, serbuan itu juga turut dilakukan di tiga lokasi berasingan iaitu Taman Cempaka, Jalan Silibin dan Kampung Baru Kuala Kuang, Chemor.
Menurutnya, polis merampas 76 unit komputer dan peralatan yang dipercayai digunakan untuk tujuan perjudian serta wang tunai lebih RM500.
"Dalam serbuan itu, kita turut menahan enam penjaga premis berusia 30an dan tujuh pelanggan.
"Kesemua mereka sedang leka melayan pelanggan dan bermain judi di premis yang beroperasi 24 jam.
"Walaupun setiap premis dipasang dengan kamera litar tertutup (CCTV), anggota kita mudah memasuki premis dengan menyamar sebagai pelanggan," katanya.
Hasbullah berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953.
"Kesemua mereka yang ditahan di bawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri (IPK) untuk siasatan lanjut.
"Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda minimum RM10,000 bagi setiap mesin judi yang dirampas," katanya.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Semak rekod JPN kenal pasti IC meragukan
Oleh:
Tarikh: July 26, 2013
KOTA KINABALU - Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin di Sabah semalam diberitahu, cara paling berkesan mengenal pasti pemilik kad pengenalan (IC) meragukan ialah dengan menyemak rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri, Datuk Radin Malleh berkata, beliau percaya jabatan itu mempunyai rekod tentang semua IC meragukan yang dikeluarkan kepada pendatang tanpa izin.
"Saya berpendapat rekod mengenainya pasti ada. Mereka (JPN) tentu tahu kepada siapa mereka beri IC secara haram.
"Jadi, batalkanya (IC berkenaan) sahaja," kata beliau.
Dalam keterangannya, Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) itu berkata, pendatang asing yang diberi IC secara melanggar prosedur, merupakan pendatang tanpa izin dan kekal dengan status itu kerana mereka bukan warganegara tulen.
Oleh itu, kata beliau, IC mereka perlu dibatalkan dan mereka pula dihantar pulang ke negara asal.
Menjawab soalan pegawai pengendali siasatan Jamil Aripin tentang kedudukan anak para pendatang yang dilahirkan di sini dan tidak tahu tentang negara asal ibu bapa mereka, Radin berkata, taraf warganegara boleh diberi mengikut undang-undang.
"Kita boleh buat pertimbangan berdasarkan perikemanusiaan tetapi, tidaklah sampai menggadaikan kedaulatan negara kita," katanya.
Radin menambah, beliau percaya pengeluaran IC secara meragukan dibuat dengan tujuan politik iaitu untuk menjatuhkan kerajaan PBS pada pertengahan 1980-an melalui pemberian KP kepada pendatang tanpa izin untuk menjadi pengundi.
Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan isu itu turut melibatkan sindiket yang ingin mengaut keuntungan mudah.
Radin berkata, beliau berpendapat penubuhan RCI menunjukkan kerajaan mempunyai kesungguhan politik dan keikhlasan untuk menangani isu itu.
Sementara itu, presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) Datuk Ir James Wong memberitahu siasatan itu bahawa penduduk Sandakan berjumlah kira-kira 450,000 orang dan hampir 40 peratus daripada mereka adalah pendatang asing yang
tidak memiliki dokumen pengenalan diri.
Katanya, jumlah itu boleh menjejaskan rancangan pembangunan MPS, termasuk menyediakan kemudahan kepada penduduk.
Beliau berkata, pendatang tanpa izin menubuhkan kawasan setinggan di Sandakan dan mencuri bekalan air serta tenaga elektrik.
Katanya, MPS giat menjalankan kerja meroboh kawasan setinggan dan dari 2005 hingga Mei tahun ini, lebih 4,800 rumah setinggan telah diroboh.
Beliau berkata, sejak tertubuhnya Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), yang turut merangkumi Sandakan, MPS mendapati banyak rumah di daerah itu ditinggalkan pendatang tanpa izin.
Siasatan di hadapan panel lima anggota itu, yang diketuai bekas hakim besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, bersambung pada 15 Ogos ini. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Pura-pura beli daun rokok
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: July 26, 2013
PENDANG – Seorang peniaga cedera di jari dan leher selain mengalami kerugian kira-kira RM10,000 selepas barang kemasnya disamun seorang lelaki bersenjatakan parang dekat Kampung Jelai di sini baru-baru ini.
Suraya Mahmud, 42, berkata, kejadian berkenaan berlaku pada jam 5 petang ketika dia berada di kedai runcitnya.
Menurutnya, seorang lelaki tidak dikenali berusia dalam lingkungan 20an berpura-pura masuk ke kedainya untuk membeli daun rokok manakala seorang lagi rakannya menunggu di dalam kereta Proton Wira berwarna kelabu.
"Walaupun kereta terbabit berhenti betul-betul di depan pintu masuk kedai saya, saya tak mengesyaki apa-apa.
"Lelaki itu masuk dan memberitahu ingin membeli daun rokok, jadi saya suruh dia ambil sendiri di rak berdekatan kaunter bayaran, sebab selalunya pelanggan akan ambil sendiri saja," katanya kepada Sinar Harian.
Selepas lelaki itu mengambil seikat daun rokok, dia dengan tiba-tiba meletakkan parang di bahagian leher dan mengarahkannya menanggalkan dua rantai tangan emas di tangannya.
"Pada mulanya saya tidak sedar dia letakkan parang di leher, jadi saya jerit tiga kali minta tolong, ketika itu baru saya terasa sakit di leher, dia tekan kuat dengan parang.
"Saya pun buka rantai tangan perlahan-lahan kerana berharap sangat ada pelanggan masuk ketika itu. Namun, lelaki berkenaan mengacukan pula parangnya ke bahagian perut saya lalu merentap rantai tangan saya," katanya.
Suraya berkata, lelaki itu terus beredar dengan kereta berkenaan menuju ke arah Pendang.
Kejadian berlaku dengan pantas dan lelaki itu tidak sempat mengambil wang dari laci kaunter.
"Saya mensyaki penyamun itu datang beberapa kali sebelum menyamun kerana beberapa minit sebelum kejadian kereta terbabit ada berhenti di tepi kedai namun ketika itu ada ramai pelanggan menyebabkan mereka beredar.
"Ketika kejadian tiada sesiapa di kedai, ahli keluarga saya ketika itu keluar membeli juadah berbuka puasa. Saya tidak sangka kejadian ini akan berlaku sepanjang 12 tahun berniaga," katanya.
Katanya, dua gelang yang disamun itu adalah gelang kesayangannya dan dia telah pun membuat laporan polis.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Pencuri sempat makan laici
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: July 26, 2013
REMBAU – "Saya hanya menyedari kedai dipecah masuk selepas melihat kesan umpil di pintu gril semasa ingin membuka kedai kira-kira jam 4.30 petang," kata Rahayu Sulaiman, 44, ketika ditemui di premis perniagaannya yang dipecah masuk di Taman Chembong Utama, dekat sini, semalam.
Akibat kejadian itu, Rahayu yang mengusahakan kedai makan sejak tiga tahun lalu mengalami kerugian kira-kira RM3,000.
Rahayu berkata, selepas itu, dia terus memeriksa keadaan dalam kedai dan mendapati sebuah televisyen 42 inci serta dua speaker lesap selain tin buah laici yang ada kesan dibuka dipercayai dimakan pencuri terbabit.
Menurutnya, dia bersyukur hanya beberapa barangan sahaja yang hilang dan perkakasan memasaknya yang lain termasuk tong gas tidak dilarikan pencuri.
"Saya memang tidak menyimpan sebarang benda berharga di kedai. Namun, televisyen berskrin rata itu dan speaker memang kemudahan yang disediakan di dalam kedai.
"Hanya kawasan di bahagian televisyen sahaja yang bersepah dan saya syak pencuri juga sempat menghabiskan laici dalam tin yang terbuka sedikit," katanya.
Katanya, jika diikutkan dalam masa sebulan ini, sudah dua hingga tiga kes membabitkan jenayah yang berlaku di kawasan berkenaan dan dia sentiasa berjaga-jaga bagi mengelakkan menjadi mangsa.
"Bagaimanapun, pencuri berkenaan berjaya juga mengumpil pintu gril belakang dengan membuka dua cermin tingkap berhampiran," katanya.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Peserta ratu cantik pertikai fatwa boleh didenda
Oleh:
Tarikh: July 26, 2013
PEKAN - Empat orang gadis Islam yang mempertikai larangan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik boleh dikena tindakan di Mahkamah Syariah.
Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip), Datuk Sri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata jika mereka nekad dengan keputusan untuk terus menyertai pertandingan tersebut, mereka boleh dikenakan
tindakan undang-undang syariah.
"Ini kerana jika sesuatu perkara itu telah difatwakan, ia telah menjadi satu undang-undang syariah, dan pihak yang melanggar undang-undang tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 165 Enakmen Kanun Tatacara Jenayah
Syariah kerana menghina Islam," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis penyampaian bantuan kepada pelajar Sekolah Menengah Agama Negeri Pahangan semalam.
Sebelum ini, empat gadis tersebut yang berumur antara 19 hingga 23 tahun bukan sahajacmempertikai larangan tersebut malah terus nekad menyertai pertandingan itu
walaupun nama mereka digugurkan pihak penganjur.
Berhubung isu Syiah, Wan Abdul Wahid berkata, mana-mana pihak yang didapati terlibat dalam penyebaran fahaman itu atau mengajar ilmu agama tanpa tauliah di negeri ini, mereka boleh dikenakan hukuman denda atau penjara jika didapati bersalah.
"Setakat ini belum ada sebarang aktiviti penyebaran ajaran Syiah di negeri ini. Jika ada pun ia adalah kes terpencil dan dibawa oleh pihak luar. Muip bagaimanapun akan memantau perkara ini dari semasa ke semasa," katanya. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Tiga maut nahas jalan raya
Oleh: Nik Amirulmu,Min Nik Min
Tarikh: July 26, 2013
KUANTAN - Dua penunggang motosikal dan seorang pejalan kaki dilaporkan terbunuh dalam tiga nahas berasingan di negeri ini, kelmarin.
Dalam kejadian di Kilometer 14 Jalan Sungai Ruan-Sungai Klau dekat Raub petang kelmarin, Lee Chong Yui, 18, dari Kampung Sungai Ruan maut di tempat kejadian selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta Perodua Myvi.
Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Samsuddin Wan Osman berkata, dalam nahas jam 6.15 petang itu, seorang guru praktikal yang juga pemandu Myvi, Faiznurhanem Ismail, 23, dalam perjalanan dari arah Raub menghala ke Mempaga.
Menurutnya, ketika sampai di tempat kejadian, guru terbabit memotong sebuah kenderaan di hadapan dan
"Mangsa yang datang dari arah bertentangan dipercayai gagal mengelak lalu melanggar kereta yang berada di laluannya.
"Keterangan pemandu Perodua Myvi sudah diambil untuk siasatan lanjut, manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Raub untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi pemberita, semalam.
Sementara itu, dalam satu lagi kemalangan, seorang pemuda Orang Asli, Azara Kassim, 22, yang membonceng sebuah motosikal terbunuh sementara rakannya, Rosbadri Bahari, 16, cedera parah selepas motosikal ditunggangi mereka bertembung dengan sebuah jip.
Wan Samsuddin berkata, dalam kemalangan kira-kira jam 8 malam di Kilometer 340 Jalan Raub-Cheroh itu, pemandu jip, Lee Siu Poh, 76, dari Kampung Baru Cheroh dalam perjalanan dari arah Batu Talam hendak masuk ke simpang kanan.
"Tiba-tiba motosikal dinaiki dua rakan itu datang dari arah bertentangan lalu merempuh jip terbabit.
"Mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera teruk di kepala," katanya.
Di Kuantan pula, seorang pejalan kaki, Mohd Kaslan Muda, 45, maut dilanggar sebuah van di Kilometer 50 Jalan Kuantan-Kemaman, di sini, lewat malam kelmarin.
Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, dalam nahas jam 12.55 tengah malam itu, van dipandu Wan Rozali Wan Abdulah, 53, dari arah Kuantan menghala ke Kemaman.
"Ketika sampai di tempat kejadian, pemandu van ternampak mangsa
"Mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala, manakala pemandu van terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan untuk bedah siasat.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Kantoi curang
Oleh: SYAIRI SHAARI
Tarikh: July 26, 2013
AMPANG - Seorang isteri yang masih dalam pantang selepas melahirkan anak terkejut apabila melihat suami separuh bogel bersama seorang perempuan warga
Cheang Keng Siuk,31, berkata,dia tergamam dan terkejut apabila melihat suaminya sedang tidur bersama dengan perempuan lain dalam bilik tidurnya baru-baru ini.
Menurutnya, kejadian tersebut berlaku semasa dia pulang ke rumah untuk mengambil pakaian kerana tinggal di rumah emaknya apabila masih dalam tempoh berpantang melahirkan anak yang baru berusia 12 hari.
"Pada hari kejadian, saya dikejutkan dengan perkara yang tidak sepatutnya berlaku di rumah saya dan saya sempat merakam gambar mereka berdua dalam keadaan separuh bogel.
"Bagaimanapun, tindakan saya disedari oleh perempuan tersebut yang terus mengejutkan suami tetapi saya sempat keluar dari rumah dan menyelamatkan diri apabila
Keng Siuk berkata, dia berasa perkahwinannya tidak boleh diselamatkan lagi dan ingin berpisah dengan suaminya kerana hubungan mereka sudah tiada masa depan lagi.
Katanya lagi, dia sudah putus asa dan mahu berpisah serta menuntut nafkah yang setimpal bagi perbelanjaan dua anaknya setelah berhenti kerja apabila dipaksa oleh suami sebelum ini.
"Suami saya juga tidak mahu bersama dengan saya lagi dan mahu memberi duit nafkah sebanyak RM500 tetapi saya tidak bersetuju dengan jumlah tersebut," katanya.
Sementara itu, Adun Teratai, Tiew Way Keng berkata, sebelum ini, kedua-dua pihak tersebut telah berjumpa dengannya dan berbincang berhubung masa depan perkahwinan mereka.
Katanya, isu di sini adalah campur tangan oleh pihak ketiga iaitu perempuan warga asing dalam rumah tangga pasangan ini dan kedua-duanya mahu berpisah setelah tiada kepercayaan lagi antara satu sama lain.
"Bagaimanapun, saya menasihati pasangan ini supaya bertenang dan tidak mengambil keputusan terburu-buru kerana mereka mempunyai anak yang kecil," katanya.
Way Keng berkata lagi, dalam pada itu, beliau menggesa kerajaan pusat supaya menggariskan satu panduan atau undang-undang berhubung isu sosial yang semakin berleluasa terutamanya kehadiran warga asing ke negara ini.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Trauma diacu pisau
Oleh: RUBIAH OMAR
Tarikh: July 26, 2013
KUALA TERENGGANU - "Walaupun peristiwa itu berlaku hanya beberapa minit tetapi sehingga kini, saya masih terbayang-bayang cara perompak terbabit mengacukan pisau ke arah muka saya," kata Roshidawati Roslan, 27.
Anak sulung daripada tiga beradik itu mengakui masih trauma selepas berdepan seorang perompak bertopeng yang menceroboh masuk rumahnya di Jalan Kenanga, Batu Burok, di sini, awal pagi kelmarin.
Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, tindakan berani Roshidawati yang masih mampu menjerit meminta bantuan walaupun berdepan maut selepas diacukan pisau berjaya mematahkan hasrat perompak tersebut untuk menggeledah rumahnya.
Menceritakan kejadian itu, Roshidawati berkata, semasa kejadian, dia tidur berseorangan di rumah, sementara ibunya, Zabidah Ibrahim, 50, di tempat kerja di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMASZA), di sini.
Zabidah bekerja sebagai tukang masak di asrama sekolah tersebut.
Roshidawati berkata, biasanya hanya dia dan ibunya di rumah sejak kematian arwah ayah, manakala dua adiknya telah berkahwin dan tinggal di rumah masing-masing.
"Kebetulan, semalam (kelmarin), ibu terpaksa bekerja, jadi saya tinggal di rumah bersendirian. Biasanya ibu akan pulang selepas subuh.
"Saya tersedar daripada tidur secara tiba-tiba sebelum ternampak seorang lelaki menutup muka dengan baju seolah-olah memakai topeng sedang berdiri di birai katil sambil memegang sebilah pisau," katanya, semalam.
Menurutnya, dia pada mulanya menyangka sekadar mimpi tetapi menyedari dalam bahaya apabila penjenayah yang kurus dan tinggi itu mengacukan pisau ke arah mukanya tanpa berkata apa-apa,
"Saya sendiri tidak tahu di mana kekuatan dan keberanian timbul kerana secara spontan saya menjerit sekuat hati meminta bantuan saudara-mara yang tinggal berhampiran.
"Mungkin terkejut dengan jeritan saya, perompak tersebut lari lintang pukang keluar dari rumah melalui pintu belakang dan hanya sempat menyambar dua telefon bimbit diletakkan di atas katil," katanya.
Roshidawati berkata, kemungkinan juga perompak telah berada di rumahnya lama berikutan terdapat kesan barang digeledah dan tabung duit syiling yang diletakkan di atas rak di dalam bilik dicungkil, cuma tidak sempat diambil.
Sementara itu, ibunya, Zabidah berkata, dia hanya mengetahui kejadian tersebut selepas dihubungi anaknya, kira-kira jam 3.30 pagi.
"Walaupun terpaksa menanggung kerugian hampir RM1,000 selepas kehilangan dua telefon bimbit, salah satu baru dibeli beberapa hari lalu, namun saya tetap bersyukur kerana anak perempuan selamat dan tidak diapa-apakan," katanya.
Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.
Menurutnya, kes akan disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun bersenjata yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda, jika disabitkan kesalahan.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Pengikut Syiah terima keputusan kerajaan negeri
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: July 26, 2013
PENDANG – Pengikut Syiah Kedah menerima secara terbuka keputusan kerajaan negeri untuk mewartakan fatwa anti fahaman itu.
Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan berkata, tindakan kerajaan negeri untuk mewartakan fatwa anti-Syiah boleh dilakukan jika itu dianggap sesuatu yang perlu untuk membendung penularan fahaman itu dalam masyarakat Islam negara ini yang majoritinya adalah Ahlul Sunnah Wal Jamaah.
"Tetapi kalau tindakan mewartakan fatwa anti Syiah itu bertujuan untuk menghapuskan ajaran Syiah, saya anggap itu tindakan anti nasional yang menyalahi peruntukan Perlembagaan Negara.
"Bagi saya penularan ajaran Syiah bukan dilakukan oleh penganut Syiah tetapi pendedahan yang dibuat oleh beberapa pihak seperti para agamawan, ilmuwan yang menyampaikan ceramah mereka di setiap masjid dan surau mengutuk, menghina dan memaki Syiah," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Pusat Hussainiah Az-Zahra (pusat pembelajaran fahaman Syiah) di Kampung Alor Berala, Tobiar, dekat sini, semalam.
Abdullah berkata, Syiah yang diamalkan di negara ini khususnya di Kedah adalah Syiah Imammiah (Jaafariah) sebagaimana dalam deklarasi Syiah turut terkandung akuan bersumpah mentaati Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu serta mempertahankan kedaulatan undang-undang yang termaktub dalam Perlembagaan Negara membenarkan kebebasan beragama.
"Deklarasi itu telah diterima oleh Perdana Menteri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan Bangsa-Bangsa Bersatu di Malaysia. Pokok kepercayaan dalam Mazhab Imammiah ini adalah berdasarkan At-Tauhid, keadilan Ilahi, Kenabiah, Imamah (kepercayaan kepada Imam 12 selain daripada Rasulullah SAW," katanya.
Jakim nafi pengikut Syiah cecah 300,000
Oleh: HASLINA KAMALUDIN
Tarikh: July 26, 2013
SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam
Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan (Seksyen dan Akidah) Jakim, Kamarul Saman Yaacub berkata, kenyataan itu lebih bersifat provokasi atau propaganda semata-mata.
"Angka itu tidak benar kerana Jakim sentiasa memantau pergerakan Syiah sejak awal pergerakan ini menular di negara ini, tetapi pergerakan ini tidak banyak seperti didakwa.
"Jakim turut turun
Kamarul menasihatkan individu yang curiga dengan usaha mana-mana pihak mendekatinya bagi menyebarkan ajaran Syiah supaya tampil kepada mana-mana pejabat agama untuk mendapatkan lebih penerangan.
"Syiah boleh menyesatkan, tampillah jika mendapati ada mana-mana pergerakan mencurigakan," katanya.
Sinar Harian sebelum ini menyiarkan dakwaan ketua kumpulan Syiah
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
3,000 pengikut Syiah di Kedah golongan profesional
Oleh: KU NOOR FAIZAH KU MUSTAFA
Tarikh: July 26, 2013
PENDANG – Kira-kira 3,000 pengikut fahaman Syiah Imammiah di Kedah yang telah dikenal pasti kebanyakan terdiri daripada golongan profesional.'
Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan berkata, semua pengikut fahaman itu dari Jitra, Pendang, Sungai Petani, Alor Setar dan beberapa kawasan berhampiran.
Katanya, 30 peratus daripada jumlah pengikut fahaman Syiah adalah wanita berumur antara 20-an hingga 50-an.
"Kebanyakan pengikut Syiah bukan penduduk kampung biasa malah daripada golongan profesional antaranya guru, pensyarah dan ahli akademik.
"Di Pusat Hussainiah Az-Zahra merupakan tempat berkumpul untuk aktiviti pengajian dan ibadat yang masih aktif sejak 1991 sehingga sekarang," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Kampung Alor Berala Tobiar, Pendang semalam.
Abdullah berkata, lebih 200 pengikut akan berkumpul setiap kali mengadakan majlis secara besar-besaran di situ.
"Kira-kira 80 ahli Syiah akan hadir mengikuti pengajian diadakan waktu siang bagi mengikuti pengajian kitab-kitab Syiah seperti Tafsir, Tauhid, Akhlak, Sirah dan sebagainya mengikut fahaman Syiah.
"Tempat ini dibina khusus sebagai tempat pembelajaran dan ibadat khusus untuk ahli-ahli Syiah sahaja," katanya.
Katanya, ahli Syiah terdiri daripada ahli Umno dan Pas yang tidak mahu lagi aktif dalam parti politik masing-masing sehingga ada segelintir pengikut fahaman itu tidak mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu kerana kecewa apabila banyak pihak menentang fahaman Syiah.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Ahli politik juga boleh diambil tindakan
Oleh:
Tarikh: July 25, 2013
Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan akan diambil jika ada laporan daripada Majlis Agama Islam negeri-negeri atau pertubuhan bukan kerajaan Islam serta Jabatan Kemajuan Islam (Jakim).
KDN turut mengenal pasti dan mempunyai maklumat lengkap pemimpin politik Islam yang membuka jalan kepada gerakan syiah di negara ini, katanya pada sidang media selepas majlis berbuka puasa dan penyampaian zakat perniagaan Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) di sini, hari ini.
"Kalau mereka (pemimpin politik) ingin menafikan (penglibatan dengan ajaran syiah) dalam kempen parti, silakan. Tetapi mereka mesti isytiharkan diri mereka dan jangan berselindung daripada mana-mana fahaman selain dari ajaran Al-Sunnah Wal Jamaah," katanya.
Semalam, KDN mengisytiharkan Pertubuhan Syiah
Ahmad Zahid berkata KDN dan agensi-agensi di bawahnya seperti Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dan Jabatan Imigresen akan meningkatkan pemantauan terhadap kegiatan itu.
Beliau berkata kerjasama antara agensi-agensi agama dan kementerian yang berkaitan amatlah diharapkan dalam menangani dan menyekat fahaman selain Al-Sunnah Wal Jamaah dari tersebar di kalangan masyarakat.
"Saya menyeru kepada semua pihak termasuk rakyat
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata KDN tidak akan campur tangan dalam soal hal ehwal agama negeri-negeri dan kuasa untuk berbuat demikian tertakluk di bawah kuasa Jakim untuk membuat pemantauan serta menyekat ajaran, penyebaran dan dakyah.
Mengenai implikasi pengharaman Pertubuhan Syiah
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Kerajaan perlu halang penyebaran Syiah di IPT
Oleh:
Tarikh: July 25, 2013
Timbalan Ketuanya Mohamad Suhaimi Abdul Aziz, yang menyambut baik tindakan kerajaan mengharamkan Pertubuhan Syiah Malaysia, berkata ini adalah kerana ia boleh merosakkan akidah dan boleh mencetuskan perbalahan besar antara umat Islam di negara ini.
"Tindakan kerajaan mengharamkan Pertubuhan Syiah Malaysia berdasarkan kepada peruntukkan Syeksen 5, Akta Pertubuhan 1966 amat tepat pada masanya memandangkan pengaruhnya yang semakin berkembang dan menimbulkan kekeliruan umat Islam," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Semalam, Kementerian Dalam Negeri mengisytiharkan Pertubuhan Syiah
Mohamad Suhaimi berkata pihaknya menganggap ajaran Syiah ini sebagai satu ajaran sesat yang lebih bahaya dari Al-Arqam, serta ajaran sesat yang lain kerana ia jelas memesongkan akidah umat Islam dari ajaran Islam sebenarnya.
"Apa yang dibimbangkan umat Islam yang terperangkap dengan doktrin dan ajaran songsang Syiah kebanyakannya adalah jahil agama, dan baru berjinak-jinak dengan agama Islam," katanya dan menambah, mereka hanya diberi kefahaman mengenai Islam pada suatu sudut yang sempit dan tidak menyeluruh, sehingga mengambil ringan soal ibadat dan amalan Islam.
Suhaimi berkata kesan penularan ajaran Syiah kepada umat Islam amat membimbangkan kerana ia boleh menyebabkan berlakunya perkahwinan songsang (muta'ah), kefahaman Islam yang longgar sehingga meringankan ibadat dan rukun Islam dan sebagainya. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Siasat jika libat sensitiviti kaum
Oleh: Wartawan Sinar Harian
Tarikh: July 26, 2013
SUBANG JAYA - Sekiranya kes kantin Sekolah Kebangsaan Seri Pristina, Sungai Buloh, melibatkan sensitiviti perkauman, polis boleh siasat di bawah Akta Hasutan, demi keamanan negara.
Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan berkata, polis sudah merujuk perkara itu kepada Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pelajaran.
Beliau berkata, pihaknya percaya Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan sudah menangani isu itu dengan baik selepas bertemu ibu bapa, guru dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
"Biar Jabatan Pelajaran ambil tindakan sewajarnya supaya perkara ini dapat diperbaiki. Kita akan bekerjasama kerana isu ini tidak babit kesalahan jenayah. Ia lebih kepada prosedur dan moral," katanya.
Bagaimanapun, jelasnya, mana-mana pihak yang
Dalam kes berasingan, Thaiveegan berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kes kanak-kanak berusia tiga tahun yang ditemui maut dipercayai akibat lemas selepas ditinggalkan dalam kereta ibunya di sebuah sekolah di USJ 4 baru-baru ini.
Jelasnya, ibu kanak-kanak itu mungkin masih trauma.
"Beri polis sedikit masa, kita akan siasat secara terperinci bila kanak-kanak itu ditinggalkan... bila ibu dia terlupa... semuanya akan direkodkan kemudian akan dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya," katanya selepas menyampaikan Sijil Penghargaan kepada 23 anggota polis termasuk dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya dan IPD Kajang yang berjaya memberkas penjenayah di sekitar Subang Jaya dan Kajang baru-baru ini.
Turut menerima sijil daripada beliau adalah pasukan Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) IPD Subang Jaya.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Guru Besar Seri Pristana terima ugutan bunuh
Oleh:
Tarikh: July 26, 2013
KUALA LUMPUR - Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Saujana Utama, Sungai Buloh, semalam membuat laporan polis selepas menerima ugutan bunuh berikutan isu penggunaan bilik persalinan sebagai tempat makan di sekolah itu untuk pelajar bukan Islam, dua hari lepas.
Mohd Nasir Mohd Noor, 57, berkata laporan polis itu dibuat bagi melindungi dirinya yang menerima ugutan bunuh dan cacian daripada beberapa pihak termasuk melalui akaun Facebooknya.
"Dua hari lepas, setelah gambar itu tersebar, saya menerima panggilan talefon kira-kira 10 pagi dari seorang lelaki yang mendakwa dia dari badan bukan kerajaan (NGO).
"Selain memaki hamun saya dan menghamburkan kata-kata kesat, dia juga mengeluarkan perkataan 'If I meet you, i will kill you' (Jika saya jumpa awak, saya akan bunuh awak)," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu dengan ditemani enam anggota Badan Kebajikan Guru sekolah itu di pondok Polis Saujana Utama dekat sini.
Sebelum ini, akhbar melaporkan bilik persalinan di sekolah itu digunakan sebagai kantin sementara bagi 28 pelajar bukan Islam sepanjang Ramadan ini.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan yang mengadakan lawatan ke sekolah itu kelmarin berkata, isu lokasi kantin sementara yang didakwa kurang sesuai di sekolah itu, tiada kena mengena dengan isu agama dan bangsa.
Mengulas isu itu, Mohd Nasir berkata beliau kesal dengan usaha yang mahu menjatuhkan nama baiknya dan sekolah itu, yang baru dibuka tiga tahun lepas itu.
"Sebelum ini memang tidak ada aduan daripada ibu bapa mengenai isu bilik persalinan ini kerana mereka faham masalah kantin di sekolah ini yang dalam proses ubah suai bagi menampung kira-kira 600 pelajar sedangkan sekolah ini mempunyai 1,300 pelajar," katanya.
Ekoran isu itu, beliau kini bercuti selepas diarahkan berehat untuk sementara waktu bagi meredakan keadaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Junaidi Bujang mengesahkan menerima laporan daripada Mohd Nasir berhubung tohmahan terhadap dirinya berhubung isu itu.
Di PETALING JAYA, Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan berkata, polis akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dalam menyelesaikan isu itu.
Beliau berkata walaupun isu itu bukan di bawah bidang kuasa polis, namun ia sedia membantu dalam menyelesaikannya.
Beliau berkata demikian selepas menyerahkan
Pada majlis yang sama, Thaiveegan mengagihkan sebanyak 268 sarung siku kepada anggota polis yang bertugas di bahagian Unit Rondaan Bermotosikal (URB) bagi mengelakkan kecederaan ketika bertugas. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Diserang lelaki senjata parang
Oleh: AHMAD ISMADI ISMAIL
Tarikh: July 26, 2013
AMPANG - Sekumpulan tujuh lelaki bersenjatakan parang menyerang lima pegawai dan 20 anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kerana tidak berpuas hati tindakan MPAJ menampal notis struktur binaan haram di premis di Kampung Pandan, di sini, Selasa lalu.
Dalam kejadian jam 10 pagi itu, pegawai dan anggota penguat kuasa MPAJ itu ditugaskan untuk memberi notis kepada penduduk dan pemilik premis atas kesalahan mendirikan struktur di tempat awam.
Pengarah Jabatan Perancangan Korporat MPAJ, Rosliza Mohd berkata, sekumpulan lelaki itu menyerang pegawai dan anggota MPAJ ketika mereka menampal notis di premis tidak berpenghuni.
"Kesemua pegawai dan anggota MPAJ melarikan diri. Tiada cedera, namun kumpulan itu merosakkan kenderaan milik MPAJ," katanya.
Menurutnya, kumpulan itu memecahkan cermin lori, bocorkan dua tayar lori dan tayar sebuah motosikal.
Katanya, laporan dibuat salah seorang pegawai MPAJ di balai polis berhampiran pada keesokan hari.
"Atas nasihat polis, tindakan penyerahan notis di kawasan itu ditangguh," katanya.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, polis menjejaki kesemua individu yang dipercayai terlibat dengan insiden itu.
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad berkata, jika keadaan seperti itu berterusan, kerja seperti penurapan, baik pulih jalan dan longkang terpaksa ditangguh.
"Pembinaan dewan orang ramai di kawasan tersebut juga berkemungkinan akan ditangguhkan," katanya.
Menurut kenyataan di laman sosial Adun Chempaka itu, jika keadaan tidak terkawal, program Pejabat Adun di kawasan itu juga terpaksa ditangguhkan.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Buruh ladang ditahan disyaki bunuh wanita
Oleh:
Tarikh: July 25, 2013
KINABATANGAN - Polis menahan seorang buruh ladang selepas disyaki memukul seorang wanita berusia lingkungan 50-an hingga mati di Peringkat 3 Ladang Kelapa Sawit Amalania, Jalan Jeroco semalam.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan DSP Martin Lugu berkata lelaki berusia 22 tahun itu yang meupakan warga Filipina ditahan selepas enam jam mayat wanita itu ditemui oleh pengawal keselamatan di kawasan ladang kelapa sawit tersebut dengan kesan cedera di kepalanya pada pukul 10.05 pagi.
Katanya lelaki berkenaan yang tinggal di rumah pekerja Peringkat 3 ladang tersebut berjaya ditangkap dengan kerjasama penyelia ladang pada pukul 4.30 petang sebelum diserahkan kepada polis.
"Lelaki berkenaan juga mengaku memukul mangsa disebabkan masalah hutang," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Menurutnya mangsa seorang warga Indonesia yang dikenali sebagai Bong Bong tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan tinggal di rumah pekerja di Peringkat 1 ladang tersebut.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk bedah siasat. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Dadah: Warga
Oleh:
Tarikh: July 25, 2013
SHAH ALAM - Seorang penjual ais krim warga Bangladesh hari ini dikenakan hukuman penjara lapan tahun dan 13 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas mengaku bersalah memiliki 400 biji pil Eramin 5, pada September tahun lepas.
Hakim Datuk Ahmadi Asnawi memerintahkan Sohal Heron, 29, menjalani hukuman itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap, 16 Septembetr 2012 selepas dia mengaku bersalah terhadap tuduhan pilihan.
Dalam penghakimannya, Ahmadi berkata tertuduh sepatutnya memikirkan keluarga di kampung sebelum melakukan kesalahan itu.
"Mahkamah berpendapat awak mesti dijatuhi hukuman berat bermula dari tarikh ditangkap," katanya.
Sohal didakwa memiliki 400 biji pil Nimetazepam (Eramin 5) seberat 18.8 gram, di Lot 3373, Jalan Tembusu, Kampung Melayu Subang, dekat sini, pada 12.05 tengah hari, 16 September 2012.
Dia dihukum mengikut Seksyen 39 A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup atau minimum
Sebelum ini, tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan mengedar mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Dia bagaimanapun menukar pengakuan kepada bersalah selepas mahkamah meminda pertuduhan itu daripada mengedar kepada memiliki.
Terdahulu, Sohal merayu agar mahkamah menjatuhkan hukuman ringan ke atasnya atas alasan dia adalah anak tunggal dan menanggung keluarga di
"Saya juga insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan saya. Pohon hukuman ringan kerana saya ingin kembali ke negara asal," katanya yang nturut meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas perbuatannya.
Timbalan Pendakwa Raya Fazilah Begum Abdul Ghani yang mengendalikan pendakwaan pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana tertuduh melakukan jenayah berat ketika berada di Malaysia. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
APMM pintas peniaga Indonesia seludup barang
Oleh:
Tarikh: July 25, 2013
KUCHING - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menggagalkan cubaan sekumpulan peniaga tukar barang Indonesia untuk menyeludup barangan terkawal dari Sarawak melalui Sematan, sebuah kawasan petempatan pesisir pantai kira-kira 100km dari sini, minggu ini.
Pengarah Operasi Maritim APMM Daerah Kuching Komander Maritim Shahref Steve Mac Queen Abdullah hari ini berkata bot kampit yang digunakan kumpulan itu dipintas kira-kira 8km di luar pantai Sematan pada kira-kira 5.15 petang Selasa.
"Pemeriksaan yang kami lakukan terhadap bot itu mendapati ia membawa kira-kira 420kg ayam beku, 150kg daging lembu, 23,000 telur ayam, susu tepung bayi yang disi di dalam 53 tin dan 40 kotak dan 33 kotak sausej," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata barangan yang dirampas itu bernilai lebih RM11,000 dan merupakan barangan yang dilarang daripada dibawa keluar dari negara ini dalam jumlah yang banyak.
"Empat rakyat Indonesia berusia antara 36 tahun dan 49 tahun yang menaiki bot itu ditahan untuk membantu siasatan," katanya.
Mac Queen berkata bot berkenaan, yang dipercayai belayar dari selatan Sematan ke sempadan maritim Malaysia-Indonesia di Tanjung Datu, menarik perhatian pasukan peronda APMM kerana keadaannya yang kelihatan terlebih muatan.
"Setakat ini, kami mendapat maklumat awak-awaknya berasal dari Pulau Serasan di wilayah Indonesia dan mereka datang ke Sematan untuk menukar barangan mereka dengan barangan terkawal itu, yang mereka rancang untuk di jual di negara mereka," katanya.
Beliau berkata sebagai kawasan petempatan pesisir pantai yang terletak hampir dengan sempadan maritim antarabangsa, Sematan dikenal pasti sebagai antara pusat bagi kegiatan penyeludupan di Sarawak dan APMM kini meningkatkan kawalannya, lebih-lebih lagi menjelang kedatangan Aidilfitri tidak lama lagi.
"Walaupun kami ada cara sendiri untuk mengesan bot yang disyaki, kami tetap memerlukan kerjasama orang ramai supaya menyalurkan maklumat tentang kegiatan haram maritim di kawasan masing-masing," katanya. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
LPPKN jalin kerjasama dengan AKPK
Oleh:
Tarikh: July 25, 2013
KUALA LUMPUR - Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menjalin kerjasama dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi memberi pendidikan dari segi pengurusan kewangan kepada keluarga yang berpendapatan rendah.
Ketua Pengarah LPPKN Dr Siti Norlasiah Ismail berkata Indeks Kesejahteraan Keluarga Malaysia 2011 menunjukkan tahap ekonomi keluarga berada pada tahap yang paling rendah dan perlu dipertingkatkan untuk mencapai kesejahteraan negara.
Katanya inisiatif yang turut dijalin dengan sebuah badan bukan kerajaan itu sebagai memberi pendidikan mengenai kaedah untuk mengurus kewangan mereka dengan bijak.
"Apabila kajian ini dijalankan, ia mengesahkan bahawa keluarga mesti tahu cara mengurus tabungan keluarga walaupun dengan duit yang sedikit dan mereka juga didapati tidak menyediakan tabung kecemasan.
"Jika mereka tahu keutamaan yang perlu mereka belanja, maka mereka tahu cara mengurus wang mereka," katanya pada sidang media selepas memberi taklimat berhubung kajian tersebut, di sini hari ini.
Kajian yang merupakan inisiatif pertama anjuran LPPKN itu dilaksanakan pada setiap tiga tahun dan antara mekanisme untuk mengukur tahap kesejahteraan sesebuah keluarga di negara ini.
Ia telah dijalankan ke atas 2,808 buah isi rumah yang melibatkan 5,616 responden.
Hasil kajian mendapati Indeks Kesejahteraan Keluarga dicatatkan pada 7.55 pada skor maksimum 10, yang menunjukkan tahap kesejahteraan keluarga
Daripada tujuh domain yang dikenal pasti, domain Keluarga dan Agama/Kerohanian mencatatkan skor domain tertinggi iaitu 8.25, diikuti Keluarga dan Komuniti (7.83), Hubungan Kekeluargaan (7.82), Keselamatan Keluarga (7.39), Kesihatan Keluarga (7.38), Keluarga dan Persekitaran (7.28) dan Ekonomi Keluarga (6.9).
Dr Siti Norlasiah berkata LPPKN turut mengadakan program SMARTbelanja yang bertujuan mengawal pendapatan yang diperoleh melalui perbelanjaan berhemah kepada keluarga yang memerlukan nasihat berhubung kewangan.
Katanya masyarakat perlu dididik untuk mengurus kewangan dengan bijak dan kepentingan mempunyai simpanan terutama kepada golongan muda. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Perakuan pengislaman 3 anak guru tadika tak sah
Oleh:
Tarikh: July 25, 2013
Pesuruhjaya Kehakiman Lee Swee Seng memutuskan pertukaran agama yang dibuat Mohd Ridzuan Abdullah, bapa kepada Tevi Darsiny, 16; Karan Dinish, 15 dan Prasana Diksa, 5, adalah tidak mengikut peraturan.
"Berdasarkan Enakmen Pentadbiran Islam Perak, ketiga-tiga anak itu perlu mempunyai hasrat untuk memeluk agama Islam tanpa sebarang paksaan.
"Dalam kes ini, ketiga-tiga anak berkenaan tidak dapat dibuktikan melafazkan dua kalimah syahadah dan mereka serta ibunya tidak hadir ke Pejabat Agama Islam untuk mendaftar bagi tujuan menukar agama," katanya dalam penghakimannya yang dibaca selama 1 jam 40 minit.
Lee berkata penukaran agama itu juga tidak sah dan batal kerana tiga beradik itu tidak hadir di hadapan pegawai agama bagi tujuan melafazkan pengisytiharan memeluk Islam (mengucap dua kalimah syahadah).
Katanya keputusan itu dibuat bukan untuk kemenangan mana-mana pihak tetapi lebih penting adalah keharmonian untuk semua agama dalam negara ini.
Mohd Ridzuan, yang sebelum ini dikenali sebagai K. Patmanathan, membuat pertukaran agama daripada Hindu kepada Islam bagi ketiga-tiga anaknya pada April 2009 dan memperoleh sijil pertukaran itu daripada Jabatan Agama Islam Perak untuk ditunjukkan kepada Indira Ghandi sebagai bukti.
Pada 25 Okt 2009, Indira Ghandi, 38, memfailkan permohonan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi di sini untuk membatalkan Perakuan Memeluk Islam tiga anaknya.
Wanita itu kemudian membuat permohonan kepada mahkamah sama supaya kes itu dipindahkan ke Mahkamah Persekutuan bagi menentukan empat persoalan berkaitan perundangan bagi kes ibu bapa dan anak-anak yang terbabit dalam perkahwinan didaftarkan mengikut Akta Pembaharuan (Perkahwinan dan Cerai) 1976.
Ia termasuk persoalan sama ada ibu atau bapa secara sebelah pihak boleh menukar agama anak mereka yang masih di bawah umur kepada Islam selepas perkahwinan tanpa mendapat persetujuan sebelah pihak lain dan keputusan mana terpakai jika berlaku pertentangan perintah yang dikeluarkan antara Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Syariah.
Kes pasangan berkenaan pernah mendapat perhatian umum hingga ke Kabinet pada April 2009, memutuskan kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas seorang daripada pasangan itu menukar agama.
Keputusan itu bagi mengelak individu yang tidak bersalah, terutama anak-anak, menjadi mangsa dan dilayan secara tidak adil.
Pada April 2009, Mahkamah Tinggi Syariah Ipoh memberi hak penjagaan tiga beradik itu kepada Mohd Ridzuan, tetapi 11 Mac 2010, Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim, memutuskan hak penjagaan tiga beradik itu diserahkan kepada bekas isterinya iaitu Indira Ghandi.
Sementara itu, Indira Ghandi ketika ditemui di luar mahkamah berkata beliau gembira dengan keputusan ini setelah menanti selama empat tahun.
"Saya berterima kasih kepada peguam saya yang banyak membantu dalam kes ini," katanya.
Kes berkenaan membabitkan enam responden iaitu Penolong Penasihat Undang-Undang negeri, Norazura Mokhtar mewakili responden satu, dua dan tiga iaitu Pendaftar Mualaf, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak dan kerajaan Perak serta turut menyebut bersama responden empat dan lima iaitu Kementerian Pelajaran dan Kerajaan Malaysia.
Peguam Hatim Musa mewakili responden keenam iaitu Mohd Ridzuan manakala Indira Ghandi diwakili peguam M. Kulasegaran,
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Ops Jaja: 47 warga asing ditahan
Oleh:
Tarikh: July 25, 2013
KUALA LUMPUR - Jabatan Imigresen menahan 47 warga asing atas pelbagai kesalahan dalam operasi 'Ops Jaja' di sini sejak dua minggu lepas.
Penolong Pengarah Ketua Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Kuala Lumpur, James Musa Singa berkata mereka terdiri daripada 31 lelaki dan 16 wanita berumur antara 17 dan 49 tahun.
"Mereka masing-masing berasal dari
James berkata antara kesalahan warga asing itu ialah melanggar syarat pas serta permit, tiada dokumen dan tinggal lebih masa.
Mereka dihantar ke Depot Tahanan Imigresen di Kuala Lumpur dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen iaitu masuk dan tinggal di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah.
Sementara itu, beliau memberi amaran kepada majikan supaya tidak menggunakan khidmat pekerja asing tanpa permit sah kerana mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 55B iaitu mengambil pekerja yang tidak mempunyai permit sah.
"Kami akan terus menjalankan operasi seperti itu sepanjang Ramadan ini bagi membanteras aktiviti penjajaan dan perniagaan yang melibatkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)," katanya. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Penganggur hadapi 3 tuduhan jenayah
Oleh:
Tarikh: July 25, 2013
Nordin Hawafi, 25, didakwa di dua mahkamah berasingan iaitu Mahkamah Sesyen Ampang dan Mahkamah Majistret Kajang.
Di Mahkamah Sesyen Ampang, dia menghadapi pertuduhan merompak Nor Aini Hamdan, 38, dan mengambil tiga telefon bimbit dan tiga kad ATM milik mangsa, hingga menyebabkan Nor Aini cedera.
Kesalahan itu dilakukan di tepi jalan berdekatan Metro Villa Ampang dekat sini pada 1.15 tengah hari, 24 April lepas dan didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan menyimpan barangan curi, Nordin didakwa menerima atau menyimpan harta curi berupa pemacu pena, kad ATM dan telefon bimbit pelbagai jenama melibatkan kerugian RM16,000 milik 11 wanita berusia antara 30 dan 40 tahun.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di dua lokasi iaitu satu pertuduhan di Blok D berdekatan Taman Bakti, Ampang dan 10 pertuduhan lagi di sebuah rumah di Pangsapuri Sering Angsana, Taman Sungai Sering, Kajang dekat sini pada 7.57 malam, 8 April dan jam 5.15 petang, 15 Jun lepas.
Nordin didakwa mengikut Seksyen 412 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ummi Aliza Abdul Kadir tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh atas alasan Nordin menghadapi 12 pertuduhan serius dan sekiranya dibenarkan jaminan, tertuduh berpotensi untuk melarikan diri.
Nordin yang tidak diwakili peguam memohon jaminan diberikan terhadapnya kerana memnpunyai tanggungan termasuk anak yang masih kecil.
Hakim Manira Mohd Nor hanya membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin bagi pertuduhan ketujuh hingga pertuduhan ke-12 serta memerintahkan tertuduh melapor diri di balai polis berdekatan sebulan sekali.
Mahkamah tidak membenarkan jaminan diberikan bagi enam lagi pertuduhan kerana ketika rayuan (bagi pertuduhan pertama hingga keenam), tertuduh tidak menyatakan kepada hakim sama ada ingin dijamin atau sebaliknya.
Manira menetapkan 2 Sept ini untuk sebutan kes.
Sementara itu, Nordin turut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kajang terhadap pertuduhan memiliki harta curi iaitu beg sandang dan beg tangan bernilai RM110 milik Puteri Nur Khalis Khairuddin, 21.
Nordin didakwa melakukan perbuatan itu di No 05-02, Pangsapuri Sering Angsana, Taman Sungai Sering, Kajang di sini pada 5.15 petang, 15 Jun lepas mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Majistret Noor Farah Hazwani Osman membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 9 Sept untuk sebutan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S. Purnima. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
UiTM bakal ganti makmal terbakar
Oleh:
Tarikh: July 25, 2013
SHAH ALAM - Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini akan membina sebuah bangunan makmal kimia baharu bernilai RM25 juta bagi menggantikan bangunan makmal Institut Pengurusan Penyelidikannya (RMI) yang terbakar 15 Julai lalu.
Naib Canselor UiTM Tan Sri Prof Dr Sahol Hamid Abu Bakar berkata pihaknya sedang dalam proses memohon peruntukan untuk membina makmal baharu setinggi
"Bangunan makmal yang lama itu akan kita ubah suai sebagai tempat meletak kenderaan bagi kemudahan penuntut dan pekerja," katanya kepada pemberita selepas beramah mesra dengan lebih 250 peserta program Rewang Perdana UiTM di sini hari ini.
Mengulas mengenai kebakaran itu, beliau berkata difahamkan ia mengakibatkan kemusnahan hasil kajian penuntut Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah yang ditempatkan di makmal itu.
Dalam kejadian itu, tiga pelajar, seorang pensyarah dan seorang pembantu makmal yang sedang menjalankan uji kaji sempat menyelamatkan diri apabila menyedari api mula merebak yang dipercayai berpunca daripada sebuah bilik makmal yang terletak di bahagian tengah bangunan.
Mengenai program Rewang Perdana itu, Sahol Hamid berkata 10 jabatan di UiTM termasuk Jabatan Fasiliti, Jabatan Pejabat Pendaftar dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar menyediakan 10,000 mangkuk bubur lambuk, bubur kacang hijau durian dan bubur kacang hitam untuk diedar kepada seluruh warga UiTM. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Hanya seorang pencarum disabit kerana menipu
Oleh:
Tarikh: July 25, 2013
Pengurus Besar Perhubungan Awamnya, Nik Affendi Jaafar berkata jumlah pengurangan tersebut adalah berikutan tindakan tegas oleh KWSP terhadap pencarum yang didapati melakukan penipuan.
Dalam kenyataan di sini hari ini, beliau berkata pencarum tersebut terbabit dalam penipuan pengeluaran perumahan dan telah disabit bersalah oleh mahkamah di bawah Seksyen 59 Akta KWSP 1991.
Pencarum tersebut didenda RM1,000 atau hukuman penjara sehingga 14 hari sekiranya gagal membayar tersebut.
Nik Affendi berkata mengikut Akta KWSP 1991, mereka yang didapati bersalah melakukan penipuan atau cubaan menipu boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-dua sekali.
Beliau berkata sekiranya disabitkan kesalahan, pencarum berkenaan perlu memulangkan wang tersebut dalam tempoh enam bulan dari tarikh sabitan dan hanya dibenarkan memohon di bawah pengeluaran yang sama selepas dua tahun dari tarikh wang itu dipulangkan.
"Mereka yang gagal memulangkan amaun yang dikeluarkan atau hanya memulangkan selepas tempoh enam bulan dari tarikh sabitan, akan hilang hak bagi membuat pengeluaran yang sama selama-lamanya," katanya.
Beliau berkata ahli yang layak membuat pengeluaran simpanan agar berurusan terus dengan KWSP tanpa melalui pihak ketiga yang mungkin memperdayakan mereka.
"Proses membuat pengeluaran adalah mudah sekiranya anggota memenuhi syarat yang ditetapkan. Tambahan pula KWSP menawarkan perkhidmatan secara percuma," katanya.
Justeru, beliau mengesa semua ahli KWSP memberi sokongan dalam membanteras penipuan pengeluaran dan melaporkan ke talian Hotline Anti-Fraud KWSP di 03-26162121 pada waktu pejabat dari Isnin hingga Jumaat. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
PRK: Tanda rakyat yakin pada BN
Oleh:
Tarikh: July 25, 2013
KOTA KINABALU - Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman menyifatkan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Besut sebagai manifestasi keyakinan rakyat terhadap kewibawaan BN mentadbir negara.
Beliau yang juga pengerusi BN negeri berkata pengundi di Kuala Besut telah membuat satu keputusan yang bijak, sekali gus memastikan kesinambungan pemerintahan BN di Terengganu.
"Saya percaya rakyat sedar dan tahu pentingnya untuk terus menyokong BN supaya BN terus memerintah negeri itu," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kuih muih aidilfitri kepada anggota keselamatan di Auditorium Tun Ahmad Raffae Menara Tun Mustapha di Likas, dekat sini hari ini.
Musa berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Pilihan Raya Kecil Dun Kuala Besut menyaksikan calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman mengekalkan kerusi Dun itu dengan majoriti 2,592 undi.
Di SEREMBAN, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kemenangan itu amat bermakna kerana bukan sahaja BN dapat mempertahankan kerusi itu yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 pada 5 Mei lepas, tetapi juga dapat menambah majoriti kemenangan.
Beliau yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri berkata ini jelas menunjukkan bahawa kemenangan BN di kawasan itu pada PRU-13 baru-baru ini bukanlah seperti apa yang didakwa oleh sesetengah pihak wujudnya gejala tidak sihat yang memungkinkan kemenangan BN.
"Memang BN menang dan jelas sekali bahawa dalam PRK yang diadakan ini, kita dapat bertahan dan bukan saja bertahan tapi menambah majoriti. Tahniahlah saya ucapkan kepada calon BN Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman yang telah dapat mewakili Dun Kuala Besut.
"Kita harap supaya beliau dapat menjalankan tugas dengan baik dan dapat terus pastikan supaya BN ini akan terus dapat kepercayaan orang ramai dengan memberikan khidmat bakti yg cemerlang di kawasan yang beliau menangi sekarang ini," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kemenangan itu.
Mohamad ditemui selepas majlis berbuka puasa bersama anggota jawatankuasa UMNO Bahagian Jelebu, Tampin, Rembau dan Telok Kemang di kediaman rasmi beliau. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Plaza tol B Lebuhraya Sprint ditutup sementara
Oleh:
Tarikh: July 25, 2013
KUALA LUMPUR - Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd, syarikat konsesi kepada Lebuhraya Sprint, akan menutup sementara lorong tol di Plaza B (arah utara) di Hubungan Kerinchi (dek bawah) pada 29 dan 30 Julai.
Menurut kenyataan Sprint, penutupan pada 12 tengah malam hingga 5.30 pagi itu bertujuan membolehkan kerja pemeriksaaan jejambat dilakukan di Plaza B, Plaza Tol Pantai (dek bawah).
Sehubungan itu, semua pengguna lebuh raya berkenaan boleh menggunakan laluan alternatif yang dilencongkan ke Plaza Tol A.
Pengguna lebuh raya itu diminta mematuhi arahan trafik dan papan tanda tunjuk arah bagi melancarkan trafik.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi Talian Bantuan Sprint di 03-74947333. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Premis judi rahsia diserbu
Oleh: MOHD ISKANDAR OTHMAN
Tarikh: July 25, 2013
Serbuan oleh Bahagian Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang diketuai Asisten Superintendan Fauzi Mohd Yusof menyerbu tiga kedai masing-masing sebuah di Lebuh Noordin, Jalan Ayer Itam dan Gat Lebuh Macallum.
Dalam operasi kira-kira jam 11 malam itu, empat lelaki ditahan termasuk seorang pemain dan merampas 36 set komputer yang diubahsuai perisian perjudian dan dua modem.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Asisten Komisoner Nasir Salleh berkata, kesemua premis yang diserbu itu dilihat seolah-oleh seperti kedai kosong dan pelanggan mereka hanya dibenarkan masuk melalui pintu khas di belakangnya.
Menurutnya, sebelum memasuki pusat itu, setiap pelanggan perlu membuat imbasan muka di kamera litar tertutup (CCTV) yang berada di pintu belakang kedai berkenaan dan setelah disahkan sebagai pelanggan tetap barulah mereka dibenarkan masuk.
"Mereka yang tidak dikenali tidak akan dibenar masuk dan helah yang digunakan mereka ini juga sedikit menyukarkan risikan kita.
"Bagaimanapun, hasil maklumat orang awam dan pemantauan yang dilakukan sejak beberapa minggu lalu berjaya mematahkan kegiatan mereka," katanya kepada media selepas selesai operasi itu, hari ini.
Beliau berkata, kesemua yang ditahan berusia antara 20 hingga 60 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk siasatan lanjut.
Keseluruhan barangan komputer yang dirampas dianggarkan bernilai RM125,000.
"Kes disiasat dibawah Seksyen 48 (a) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 bagi setiap mesin yang dirampas atau penjara tidak melebihi lima tahun.
"Bagi pemain, kes disiasat di bawah Seksyen 6 (2) Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan 1998 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun," katanya.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Jerebu beralih ke utara tanah air
Oleh:
Tarikh: July 25, 2013
Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang direkod sehingga 3 petang ini di
Sebanyak 36 kawasan lain mencatat bacaan IPU sederhana termasuk Seri Manjung di Perak yang menghampiri paras tidak sihat dengan IPU 93, selain Cheras (89), Putrajaya dan Batu Muda di Kuala Lumpur (60) serta Shah Alam (70).
Sebanyak 15 kawasan lagi mencatat kualiti udara baik termasuk di Sabah,
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100(sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya). – Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
CAP gesa iklan pamer gambar wanita ghairah diharam
Oleh:
Tarikh: July 25, 2013
Presiden CAP S.M. Mohamed Idris berkata sejak kebelakangan ini banyak papan iklan elektronik menggunakan gambar wanita seksi dalam aksi yang menghairahkan untuk menarik pengunjung ke pusat-pusat hiburan.
"Kelab-kelab malam terutamanya di Lebuh Union mempamerkan gambar-gambar wanita yang dalam aksi menghairahkan adalah sesuatu yang tidak sesuai di negara ini dan melanggar Garis Panduan Penerbitan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNPP)," katanya.
Mohamed Idris berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kelab-kelab malam yang menggunakan iklan berkenaan. - Bernama
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Puluhan maut nahas keretapi di Sepanyol
Oleh:
Tarikh: July 25, 2013
GALICIA- SEPANYOL. Sekurang-kurangnya 77 penumpang maut dalam nahas keretapi yang berlaku di barat laut Sepanyol dan mencederakan lebih 100 penumpang.
Lapan gerabak keretapi yang terlibat dalam kemalangan itu berlaku di bandar Santiago de Compostela.
Laporan media menyatakan kemungkinan keretapi itu dipandu terlalu laju sehingga mengakibatkan ia tergelincir dari landasan.
Firma keretapi Renfe berkata, keretapi datang kira-kira tiga atau empat kilometer saja dari stesen Compostela Santiaga dan nahas berlaku kira-kira jam 8.41 malam waktu tempatan.
Ia berlaku di laluan ekpress antara
Sementara itu, seramai 320 anggota polis Sepanyol dikerahkan ke tempat kejadian bagi membantu operasi menyelamat.
Punca nahas bagaimanapun masih lagi dalam siasatan.
Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web
Harimau Malaya mula langkah sumbang
Oleh: Noor Hafiza Che Abdullah
Tarikh: July 25, 2013
SKUAD Harimau Malaya memulakan jelajah Jepun 2013 dengan langkah sumbang selepas diaibkan 0-2 kepada Shimizu S-Pulse pada perlawanan persahabatan pertama malam ini.
Walaupun hanya berstatus kelab, Shimizu S-Pulse berjaya memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri dengan baik dan mendahului permainan 2-0.
Jaringan disempurnakan menerusi Jumpei Takaki pada minit ke-48 dan Yasuhiro Kiraoka pada minit ke-74.
Nyata nama bukan ukuran buat pasukan kelab dari liga utama Jepun itu apabila mereka berjaya berdepan skuad kendalian Datuk K Rajagobal dengan baik dan menguasai penuh perlawanan.
Selepas ini, Harimau Malaya akan menentang Shonan Bellmare pada hari Sabtu sebelum menutup tirai aksi persahabatan di Jepun dengan menentang kelab J League 2 Tokyo Verdy pada 31 Julai.
Kunjungan ke negara itu yang bermula 23 Julai hingga 1 Ogos adalah sebagai persiapan skuad kebangsaan menentang Bahrian dalam aksi kelayakan Piala Asia 2015 di Kuala Lumpur Oktober ini.
----------------------------
Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.
This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.
| Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"
" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 : http://maths-catch.com/exam"
" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"
" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"
Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.
































































No comments:
Post a Comment