Monday, July 15, 2013

RG2011... TOLAK SEBARANG RUNDINGAN, KEMBALIKAN HAK DAHULU

 

 

Naib Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP), sayap politik Ikhwan Muslimin, Dr.'Esom Eryan mendedahkan, minggu terakhir sebelum berlaku rampasan kuasa tentera, Presiden Dr.Mursi menerima tiga kali panggilan telefon dari Presiden Amerika, Barack Obama yang meminta Mursi bertolak ansur dalam beberapa perkara selain mengugut untuk mengenakan sekatan ekonomi.

 

Menurut Eryan yang yang juga Ketua Whip FJP dalam Dewan Senat, panggilan kali terakhir Obama kepada Mursi sendiri memaklumkan bahawa rampasan kuasa akan berlaku terdekat ini dan kata Obama, Amerika sama sekali tidak akan menghalangnya.

 

Dalam temubual dengan "Al-Jazeera" hari ini, Eryan berkata, berita rampasan kuasa ini turut dimaklumkan oleh Duta Amerika di Kaherah kepada Pembantu Presiden Mesir,Dr.'Esom Haddad.

 

Eryan yang juga bekas anggota Maktab Irsyad Ikhwan Muslimin berkata, bekas Menteri Pembangunan Tempatan, Dr. Ali Bishr (dari Ikhwan) menerima panggilan telefon setiap hari dari pimpinan tentera untuk berunding. Beliau juga mengakui saban hari dihubungi oleh pimpinan tentera atas tujuan yang sama tetapi mereka menolak sebarang rundingan sehingga hak rakyat dan Mursi sebagai Presiden dikembalikan terlebih dahulu.

 

Beliau juga menggesa agar Mursi dibebaskan dari tempat beliau disembunyikan bagi diziarahi oleh anggota keluarga terdekat, peguam serta badan hak asasi manusia kerana persembunyian beliau mengundang kebimbangan berkaitan keselamatan dan kesihatannya.

 

Sumber: Ikhwanonline

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment