Monday, September 2, 2013

RG2011... BN boros punca harga minyak naik – Anwar

 

BN boros punca harga minyak naik – Anwar
Tue Sep 3, 2013 01:29 from KeadilanDaily.com by Keadilan Daily
Close

KUALA LUMPUR 3 September: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam  keputusan kerajaan Datuk Seri Najib Razak menaikkan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen berkuatkuasa tengah malam tadi.

Menurut Anwar, amalan boros dilakukan pimpinan Barisan Nasional, menjadi punca harga bahan bakar itu dinaikkan sedangkan Malaysia merupakan pengeluar minyak.

"Amalan boros BN bebankan rakyat. Hentikan pembaziran; rasuah. Msia ekspot minyak!," tulisnya di Twitter malam tadi.

Membalas tweet seorang pengguna Twitter Anwar menulis "Umno asyik banding harga negara pengimpot!"  merujuk kepada perbandingan yang biasa dilakukan BN bagi memberi justifikasi kepada kenaikan tersebut.

Kerajaan Najib terus menerima kecaman bertali arus  susulan keputusannya menaikkan harga bahan bakar itu ketika rakyat menderita dengan bebanan ekonomi dan kenaikan kos yang semakin meningkat.

Pada masa sama, kerajaan membazirkan berbilion ringgit setahun untuk membina projek mega yang hanya menguntungkan kroni.

Pakatan Rakyat sebelum ini menegaskan akan menurunkan harga minyak sekiranya mendapat mandat pada Pilihan Raya Umum lalu.

Keyakinan itu berdasarkan bahawa Pakatan mampu membasmi amalan rasuah dan pembaziran dilakukan Umno BN, seperti pemberian subsidi kepada penjana tenaga bebas (IPP) sebanyak RM19 bilion setahun.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment