Tuesday, September 17, 2013

RG2011... FW: Harian Metro di TH 180913

 

 
 

Harian Metro
 
 Isteri kaki pukul 
 
Kajang: Dia menendang pintu bilik di rumahnya di Saujana Impian, di sini, sehingga pecah sebelum memukul dan menendang suaminya yang bersembunyi di dalam.

Itulah tindakan ganas seorang wanita berusia 38 tahun terhadap suaminya berusia 40 tahun selepas mengesyaki lelaki itu menduakannya.
Akibat kejadian kira-kira jam 1.30 pagi Sabtu lalu itu, suami terbabit yang juga peniaga dilaporkan cedera di badan dan kepalanya akibat ditendang dan dipukul isterinya.

Berikutan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kajang, di sini, dan difahamkan dia sudah membuat lima laporan polis berhubung keganasan isterinya yang sering memukulnya sejak lebih tujuh bulan lalu.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian awal pagi Sabtu lalu, mangsa yang baru pulang mengajak isterinya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu berbincang mengenai masalah keluarga mereka.

"Bagaimanapun, permintaan mangsa dibalas dengan maki-hamun oleh isterinya. Biarpun dipujuk, wanita itu terus memaki hamun mangsa sebelum mengugut untuk membelasahnya," katanya.

Menurutnya, bimbang dengan ugutan isterinya dan menyedari wanita itu sering bertindak agresif terhadapnya, mangsa segera masuk ke bilik utama rumahnya sebelum mengunci pintu dari dalam.

"Kira-kira 10 minit kemudian, wanita terbabit mengetuk pintu bilik sambil mengarahkan mangsa membukanya, namun mangsa hanya mendiamkan diri di dalam bilik kerana takut dipukul.

"Tindakan mangsa menyebabkan isterinya berang lalu wanita itu menendang pintu bilik sehingga pecah. Selepas masuk, dia terus menendang dan memukul mangsa beberapa kali," katanya.

Sumber itu memberitahu, ketika ditendang dan dipukul, mangsa tidak melawan sebaliknya hanya meminta dikasihani, namun rayuannya tidak diendahkan isterinya.

"Suspek (isteri) hanya berhenti memukul suaminya itu selepas melihat kepala mangsa berdarah," katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian bergegas meninggalkan rumahnya sebelum membuat laporan polis. "Dalam laporannya, mangsa menyatakan dia sering dipukul isterinya sejak lebih tujuh bulan lalu dan sudah membuat lima laporan polis berhubung kejadian itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi, mengesahkan menerima lima laporan laporan berhubung kejadian itudan memberitahu semua kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.


Cubaan isteri tipu suami konon diculik terbongkar 
 
Georgetown: Tindakan seorang isteri yang sanggup menipu suaminya kononnya dia diculik seorang lelaki sebelum meminta wang tebusan berjumlah RM10,000 bagi mengelak dirinya dibunuh, terbongkar apabila dia ditahan polis dalam satu pemeriksaan di Sitiawan, Perak, pada Jumaat lalu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6.45 pagi apabila wanita berusia 26 tahun itu dikatakan menghubungi suaminya yang berusia 25 tahun di rumah mereka di Taman Muhibbah, Batu Maung, di sini, melalui telefon bimbitnya sebelum berpakat dengan seorang lelaki yang menyamar sebagai penjenayah.
Jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan, wanita itu kemudian menyuruh lelaki berkenaan menggunakan telefon bimbit miliknya dan menghubungi suaminya untuk memeras ugut dengan meminta wang tebusan.

Menurutnya, siasatan mendapati suami wanita itu dipaksa memasukkan wang yang diminta, tetapi diberitahu tidak mempunyai wang seperti yang diminta sebelum diberikan tempoh dua hari untuk menyediakannya.

Katanya, hasil siasatan mendapati dia pernah diugut oleh lelaki yang sama dan dipaksa memasukkan sejumlah wang ke dalam sebuah akaun milik seorang wanita.

"Berikutan itu, lelaki terbabit membuat laporan polis di Balai Polis Batu Maung untuk tindakan selanjutnya dan polis menjalankan siasatan Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan," katanya.

Jurucakap polis berkata, hasil siasatan yang dilakukan pada jam 7.45 malam hari yang sama dan bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai dan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya melakukan pemeriksaan di sebuah rumah di Taman Samudera, Sitiawan, Perak.

Menurutnya, berdasarkan siasatan, suspek yang dikatakan diculik penjenayah itu ditemui dalam keadaan baik dan hasil pemeriksaan lanjut berjaya menahan seorang lelaki dan seorang wanita masing-masing berusia 27 dan 55 tahun kerana disyaki terbabit dalam kejadian itu. 
 
Mati basuh tangan 
 
Kulim: "Saya terdengar jeritan seorang wanita meminta tolong lalu saya berlari ke kawasan perkelahan itu. Saya terlihat seorang wanita menunjukkan tempat anak perempuannya terjatuh ke dalam arus sebelum dihanyutkan.
"Kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana arus deras," kata Abu Hamid, 45, dari Kampung Desa Teruna mengenai kejadian seorang pelajar perempuan, Farah Izwani Zainuddin, 13, dipercayai lemas ketika berkelah bersama keluarganya di kawasan Rekreasi Arus Deras Sungai Sedim, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 pagi, mangsa yang berasal dari Lunas serta pelajar Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Tunku Panglima Besar, dipercayai terjatuh ketika membasuh tangan di sungai berkenaan.

Abu berkata, beberapa penduduk kampung yang kebetulan berada di tempat kejadian kemudian menjalankan kerja mencari lalu menemui mangsa di kawasan Lubuk Lebai Awang kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian.

"Ketika kejadian tiada pengunjung lain, hanya ibu mangsa dan dua adik lelaki mangsa berada di situ,

"Sekiranya ramai pengunjung yang datang ke kawasan rekreasi itu kemungkinan mangsa dapat diselamatkan," katanya yang ditemui di sini, semalam.

Katanya, kes berkenaan kejadian kedua selang sehari pada Sabtu lalu apabila seorang wanita Hasmira Rosli, 26, dari Alor Setar lemas dihanyutkan arus deras ketika mandi bersama rakannya di kawasan sama dan mayat mangsa ditemui kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian.

"Kawasan ini menjadi tumpuan orang ramai setiap kali cuti umum ataupun cuti hujung minggu jumlah pengunjung bertambah ramai," katanya selepas menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kulim, Chua Teong Ghee, dekat sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Desa Teruna, Hashim Mohd Noor.

Chua berharap pengunjung di kawasan rekreasi itu mematuhi arahan pihak berkuasa untuk mengelak tragedi yang sama berulang lagi.

"Kawasan ini menjadi tumpuan pelancong, namun ada sesuatu masa keadaan amat merbahaya kepada pengunjung terutama ketika musim hujan kerana paras air sungai meningkat dan arusnya terlalu deras sehingga merbahayakan pengunjung.

"Kawasan ini adalah tumpuan pelancongan di daerah Kulim, namun begitu pengunjung yang berkunjung ke kawasan ini perlu mematuhi arahan daripada penduduk kampung mengenai kawasan-kawasan yang bahaya.

Sementara itu, Hashim berkata, pihaknya sudah memberi amaran kepada pengunjung supaya berhati-hati terutama musim hujan, namun ada antara pengunjung mengingkari arahan penduduk kampung. yang sentiasa memantau kawasan rekreasi ini terutama ketiak musim hujan.

Katanya, ada kalanya jika berlaku hujan lebat arus deras yang sering dipanggil penduduk kampung 'kepala air' turun dengan deras dan kuat sehingga boleh menghanyutkan orang ramai yang berada di tengah sungai.

"Kebiasaannya jika penduduk kampung melihat tanda-tanda berlaku kepala air penduduk akan memaklumkan kepada orang ramai yang berada di kawasan terbabit supaya segera naik ke atas darat untuk mengelak mereka dari di bawa arus deras.

"Penduduk kini sedang mencari alternatif supaya tidak berlaku lagi kejadian lemas di kawasan ini seperti meletakkan papan tanda amaran dan juga langkah-langkah keselamatan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, pihaknya mengesahkan kejadian itu.


Sudah jumpa ramai bomoh 
 
Pasir Mas: "Sudah puluhan bomoh saya temui, namun sehingga kini anak gadis saya masih gagal ditemui. Semoga anak saya ditemui selepas disiarkan akhbar," kata seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Siti, 43, mengenai kehilangan anak gadisnya, Nur Arlis Amanina, 14, sejak 21 Mac lalu.

Siti berkata, kehilangan anaknya, pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ibrahim Satu itu disedari suaminya yang mahu mengambilnya dari sekolah pada jam 2 petang.
Katanya, selepas menunggu lebih satu jam, suaminya menghubungi pihak sekolah, namun dimaklumkan anaknya tidak masuk kelas.

"Menyedari keadaan itu, saya bersama suami mencari di merata tempat termasuk rumah saudara-mara dan kawan-kawannya, tetapi gagal lalu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas pada hari sama," katanya.

Ibu mangsa juga berkata, kali terakhir anaknya keluar rumah dilihat memakai pakaian sukan sekolah ungu dan kuning, berseluar biru serta tudung putih.

Katanya, anaknya juga dipercayai membawa dua helai baju yang disembunyikan dalam beg sekolahnya sebelum menghilangkan diri.

"Saya bimbang jika dia ditimpa sebarang kejadian tidak diingini kerana usianya masih mentah dan mudah diperdaya orang yang berniat jahat.

"Orang ramai yang pernah melihatnya atau mengetahui lokasinya diminta untuk menghubungi saya di talian 014-6078011," katanya.

Halau pasangan dek rumah bersepah
Gombak: Hanya kerana rumah bersepah, seorang wanita bukan saja dimaki-hamun suaminya, malah dia turut dibelasah selain badannya diseret dan dihempas ke dinding oleh lelaki terbabit.

Lebih malang lagi, pertengkaran pasangan terbabit difahamkan mendapat campur tangan bapa lelaki itu yang turut menyokong tindakan anaknya hingga suaminya menghalau wanita berusia 27 tahun itu keluar dari rumah mereka di Batu 6 Gombak, di sini.
Berikutan kejadian itu, wanita terbabit yang cedera akur dan keluar rumah sebelum membuat laporan polis, kelmarin.

Menceritakan kejadian Sabtu lalu, sumber berkata, mangsa yang bekerja di sebuah syarikat swasta pulang ke rumah jam 10 malam sebaik selesai bertugas.

"Apabila mangsa masuk ke dalam bilik, suaminya secara tiba-tiba menengkingnya memarahi mangsa kerana tidak mengemas rumah. Mangsa memberi alasan baru pulang bekerja belum sempat berbuat demikian.

"Berlaku pertengkaran menyebabkan si suami naik angin lalu membelasah mangsa," katanya memberitahu mangsa sering dipukul lelaki terbabit sejak perkahwinan mereka lebih dua tahun lalu.

Menurut sumber, suspek bertindak kejam lagi apabila mencekik wanita itu dan mengheretnya keluar dari bilik lalu menghempas badan mangsa ke dinding di ruang tamu.

"Mangsa yang kesakitan cuba melawan. Namun, bapa mentua mangsa yang difahamkan tinggal bersama mereka menyedari kejadian itu lalu campur tangan.

"Bapa suspek dikatakan menyokong tindakan anak lelakinya itu. Mangsa kemudian dihalau keluar dari rumah itu oleh suaminya," katanya.



Anjing bocor rahsia 
 
Padang Besar: Salakan anjing berhampiran stesen kereta api di sini, menyebabkan sepasukan anggota Pasukan Gerak Am (PGA) bergegas untuk membuat tinjauan di kawasan itu dan hasilnya, mereka menemui 19 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk seorang wanita yang mengandung lima bulan bersembunyi di situ, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4 pagi, sepasukan anggota PGA yang membuat tinjauan terserempak dengan sekumpulan warga Myanmar sambil membawa beg pakaian bersembunyi dalam semak berhampiran pagar sempadan Malaysia-Thailand.
Difahamkan semua warga Myanmar itu berjaya dikepung dan ditangkap walaupun ada yang cuba melarikan diri ke negara jiran.

Ketua Kompeni A Batalion Ke-3 PGA Asisten Superintendan Rosdi Ghani yang mengetuai tangkapan itu berkata, seramai 15 lelaki dan empat wanita dalam lingkungan usia 20 hingga 35 tahun ditahan.

"Salah seorang daripada wanita itu berusia 27 tahun dan disahkan hamil lima bulan berdasarkan catatan pemeriksaan perubatan yang dibawanya serta pernah bekerja sebagai tukang masak di negara ini.

"Siasatan awal mendapati semua mereka adalah rakyat Myanmar dan pernah duduk di Malaysia antara tiga hingga lima tahun.

"Kebanyakan mereka bekerja dalam pelbagai sektor termasuk perkilangan, tukang masak, nelayan di beberapa negeri termasuk Selangor dan Pulau Pinang," katanya yang ditemui di sini, semalam.

Beliau tidak menolak kemungkinan pendatang asing itu ingin pulang ke Myanmar dengan bantuan sindiket tekong darat selepas kerajaan Malaysia melancarkan Ops 6S. untuk menangkap pendatang asing yang masih berkeliaran dalam negara ini.

"Semua 19 pendatang terbabit dibawa ke Balai Polis Padang Besar untuk dibuat laporan.

"Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959 kerana tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah," katanya.





Sent from Samsung Mobile

 

----------------------------

Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.

 

This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment