Tuesday, September 10, 2013

RG2011... Fw: Masjid UM akan diroboh,

 



Surat memohon Pertemuan berkenaan Isu Penutupan Masjid Ar Rahman

telokbakong.blogspot.
nurulizzah.com
 

 

Masjid UM akan diroboh, Jawi diminta beri penjelasan

The Malaysian Insider 

PAS hari ini menuntut penjelasan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berhubung status Masjid Ar Rahman (gambar), Universiti Malaya (UM) yang dikatakan sedang dalam proses perobohan.

 

Ini berikutan tidak ada notis dan makluman secara rasmi dikeluarkan oleh pihak pentadbir masjid atau Jawi yang menggendalikan masjid itu.

 

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, beberapa isu berbangkit termasuk tiada sebarang notis pemakluman berhubung tindakan perobohan dan pembangunan semula ditampal di masjid berkenaan.

 

"Kami dimaklumkan bahawa projek pengubahsuaian yang bakal dilaksanakan oleh pihak Jawi di masjid itu melibatkan perobohan bangunan asal dan penutupan operasi masjid, sama ada tempat ibadah atau program lain.

 

"Jadi kami perlukan penjelasan daripada Jawi," katanya pada sidang media selepas menyerahkan surat agar diadakan perbincangan berhubung perkara itu di ibu pejabat Jawi, di Kuala Lumpur hari ini sebagaimana yang dilaporkan Harakahdaily.

 

Sebelum ini, ketika Lebuhraya Kerinci Link dibina, para jamaah masjid ini berdemonstrasi di perkarangan masjid ekoran cadangan untuk merobohkan pagarnya bagi memberikan laluan kepada lebuhraya itu.

 

Kini, semua struktur masjid ini akan dirobohkan untuk membolehkan ia dibina semula.

Khalid meminta Jawi menjelaskan setakat mana bangunan serta struktur asal masjid tersebut yang terlibat dalam perobohan dan proses pembinaan semula.

 

Beliau melahirkan kebimbangan tindakan penutupan masjid itu akan menyukarkan mahasiswa UM khususnya untuk bersolat Jumaat kerana surau di Akademi Islam universiti itu juga dilaporkan dalam proses ubah suai.

 

Dalam pada itu, Khalid juga memberi dua tarikh untuk diadakan perbincangan dan mendapatkan penjelasan daripada Jawi.

 

Tarikh tersebut adalah 11 September atau 13 September ini.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment