Monday, September 2, 2013

RG2011... Fwd: IniKalilah™

 



IniKalilah?????? | Blog Isu Hangat, Semasa dan Terkini.

IniKalilah??????

Link to IniKalilah?????? | Blog Isu Hangat, Semasa                      dan Terkini.

Anwar Ibrahim: Kerajaan Belanja Boros, Bebankan Rakyat

Posted: 02 Sep 2013 07:08 AM PDT

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar kerajaan menaikkan harga minyak petrol RON95 dan diesel sebanyak 20sen, seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang ini.

anwar ibrahim                              and the petrol price hike"Belanja boros bebankan rakyat!" begitu reaksi ringkas dan segera Anwar (kiri) di akaun Twitternya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi seorang pengguna @Abd_Rhmn22 kepadanya berhubung langkah terbaru kerajaan itu.

Individu itu menulis kepada Anwar: "Minyak naik- tarikh DS (kena) pecat 15 tahun lalu. Semua salah DS ;p"

Anwar dipecat daripada kerajaan pada 2 September 1998, sama seperti tarikh pengumuman kenaikkan harga minyak hari ini.

Sementara itu, Anwar juga menyindir Putrajaya dengan berkata: "Negara eksport minyak; hasil tinggi!" - malaysiakini

BERITA TERGEMPAR!!! Harga Ron95 Dan Diesel Naik 20 Sen Bermula 3 Sept

Posted: 02 Sep 2013 05:23 AM PDT

BERITA TERGEMPAR!!! Harga Ron95 Dan Diesel Naik 20 Sen Bermula 3 Sept | Harga Ron95 Dan Diesel Naik 20 Sen Bermula Esok.

PUTRAJAYA, 2 Sept - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan kenaikan harga minyak RON95 dan diesel sebanyak 20 sen bermula tengah malam ini.

Ini merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan, kata beliau dalam sidang akhbar di sini Isnin. - Bernama


P/S: memang menjeritlah pemandu-pemandu seluruh Malaysia dan ramailah berbondong-bondong pergi isi minyak hari ni.. Adoyai.. Bila kereta solar nak ada kat dunia ni?????? Baru leh jimat.. Yang minyak dah tinggal sikit tu mesti pening kepala bila tengok stesen minyak penuh kat mana-mana ..

BONGKAR!!! Bekas Anggota TUDM Sah Ketua Geng 36 [BACALAH...]

Posted: 02 Sep 2013 01:32 AM PDT

BONGKAR!!! Bekas Anggota TUDM Sah Ketua Geng 36 | Bekas Anggota TUDM Sah Ketua Geng 36 [BACALAH...]

Polis hari ini mengesahkan bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang mati ditembak di Taman Rishah, Silibin di Ipoh, pagi semalam adalah ketua kumpulan kongsi gelap Geng 36 di Batu Gajah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim, berkata hasil siasatan mendapati S Jambukeshan, 39, ditembak mati akibat pergaduhan membabitkan tiga kumpulan kongsi gelap iaitu Geng 36, 04 dan 08.

"Pergaduhan dipercayai berpunca kerana berebutkan kawasan pengedaran dadah," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis serah terima tugas antara Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan dengan penggantinya, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, hari ini.

Katanya, polis percaya akan dapat memberkas suspek dalam kes tembak itu berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kedai berhampiran lokasi kejadian.

Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan suspek yang terlibat melebihi dua orang.

Mohd Dzuraidi berkata, setakat ini polis mengambil keterangan dua saksi yang berada di tempat kejadian.

Dalam kejadian pada jam 7.15 pagi semalam, bekas anggota TUDM itu mati ditembak dari jarak dekat di hadapan sebuah restoran di Jalan Permaisuri Mazwin, Taman Rishah. - Bernama, 2 September, 2013.

GEMPAR!!!! VCD KL Gangster 2 Hanya RM5 [BACALAH...]

Posted: 01 Sep 2013 09:10 PM PDT

GEMPAR!!!! VCD KL Gangster 2 Hanya RM5 | VCD KL Gangster 2 Hanya RM5 [BACALAH...]

Kota Bharu: Selepas ??????bocor?????? di Internet, filem KL Gangster 2 terus menerima tamparan hebat apabila sindiket cetak rompak mula membuat salinan filem bernilai RM4.5 juta itu dalam bentuk cakera padat video (VCD) dan cakera padat digital (DVD) untuk dijual pada harga serendah RM5.

Tinjauan Harian Metro di pasar borong Wakaf Che Yeh, di sini, malam kelmarin mendapati filem itu dipromosikan penjual VCD dan DVD cetak rompak dengan dipertontonkan secara terbuka.

Seorang peniaga VCD dan DVD cetak rompak di pasar itu berkata, VCD KL Gangster 2 yang dijualnya mendapat sambutan hangat dan dikategorikan ??????panas?????? ketika ini.


??????Kita jual VCD ini RM5 saja. Ramai membelinya,?????? katanya.

Sementara itu, penerbit KL Gangster 2, Datuk Yusof Haslam mengakui sudah mendapat maklumat filem itu kini dicetak rompak dan dijual di merata tempat.


Katanya, apabila filem itu bocor di Internet, pasti ada pihak mengambil kesempatan menyalinnya dalam bentuk VCD atau DVD untuk dijual bagi mendapat keuntungan mudah.

??????Saya percaya (dalang) memuat naik di Internet dan menyalin dalam bentuk VCD dan DVD ada kaitan antara satu sama lain. Saya menyerahkan perkara ini dan kepada pihak berkuasa kerana sudah membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

??????Tindakan segera perlu dilakukan dan saya meletakkan kepercayaan kepada pihak berkuasa untuk menangani masalah ini,?????? katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan, filem KL Gangster 2 arahan Syamsul Yusof yang sepatutnya ditayangkan di pawagam pada 3 Oktober depan tersebar secara meluas di Internet sejak malam Rabu lalu.

Bagaimanapun, Yusof dipetik berkata, pihaknya tidak berganjak dari tarikh tayangan ditetapkan Unit Wajib Tayangan (UWT) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) walaupun ia boleh ditayangkan lebih awal ekoran insiden itu.


Katanya, siasatan dan pemantauan secara intensif kini berjalan dengan kerjasama PDRM, Bahagian Penguatkuasaan SKMM dan KPDNKK.


Menurut Yusof, beliau tidak dapat menghalang orang ramai daripada membeli VCD atau DVD cetak rompak KL Gangster 2.


Bagaimanapun, katanya, jika mahu mendapatkan kepuasan, tonton filem itu di pawagam.


??????Yang cetak rompak itu versi haram dan belum sempurna. Saya harap janganlah ia terus disebarkan,?????? katanya. - Metro.

BERITA TERKINI!! Kemalangan Keretapi Laju@KTX Bullet Train Di Korea Selatan

Posted: 01 Sep 2013 10:50 PM PDT

BERITA TERKINI!! Kemalangan Keretapi Laju@KTX Bullet Train Di Korea Selatan | Kemalangan Keretapi Laju@KTX Bullet Train Di Korea Selatan.

Assalamualaikum dan salam 1world... IniKalilah pagi ni dikejutkan dengan berita kemalangan pertembungan keretapi laju atau KTX Bulet Train di Korea Selatan.????

Mengikut sumber maklumat kemalangan itu disebabkan kesilapan signal yang diterima. Ianya melibatkan lebih 250 penumpang, nasib para penumpang masih belum di ketahui.????

Berita seterusnya akan menyusul kemudian...

[GAMBAR] Kemalangan Ngeri Tiga Pelajar Kolej Maut [SAKSIKAN...]

Posted: 01 Sep 2013 05:13 PM PDT

[GAMBAR] Kemalangan Ngeri Tiga Pelajar Kolej Maut | Kemalangan Ngeri Tiga Pelajar Kolej Maut [SAKSIKAN...]

KUALA LUMPUR - Tiga pelajar Kolej New Era maut manakala seorang tenaga pengajar cedera parah selepas kereta yang mereka naiki hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh dua batang pokok di Lebuh Raya Bukit Jalil-Puchong berhampiran Taman Teknologi Malaysia di sini semalam.

Mangsa yang maut ialah Hafizuddin Nazri, 18, Zul Zyrean Zaharuddin, 18, dan seorang lagi yang dikenali sebagai Mohd. Nasaruddin, 20, manakala mangsa yang cedera parah ialah pemandu kereta tersebut, Mohamad Hairee Mohd. Ali, 20.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.30 petang ketika mereka menaiki kereta Proton Wira yang dalam perjalanan ke Kolej New Era di Bandar Sunway dekat sini. - Kosmo



__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (34)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment