Monday, September 9, 2013

RG2011... Fwd: IniKalilah™

 


GEMPAR!!! Harta Keluarga Mohammad Mursi Disita [SAKSIKAN...]

Posted: 09 Sep 2013 09:10 AM PDT

GEMPAR!!! Harta Keluarga Mohammad Mursi Disita [SAKSIKAN...]

KAHERAH - MESIR. Pihak berkuasa Mesir sekali lagi mencari alasan untuk mendakwa presiden yang digulingkan, Mohammad Mursi dengan satu lagi tuduhan baru.

Semalam, pihak berkuasa bertindak membekukan semua aset milik keluarganya bagi memulakan siasatan berhubung tuduhan rasuah selepas pendakwa bebas memfailkan kertas siasatan.

Media Ahram Online melaporkan, siasatan itu dilakukan selepas Lembaga Siasatan Dana Awam dan pihak berkuasa kawalan pentadbiran mendakwa, Mursi menggunakan AS$285 juta (RM940 juta) ketika kempen pilihan rayanya sebagai meraih sokongan.

Siasatan juga turut melibatkan harta milik isteri dan anaknya.

Dipetik Al-Jazeera, Julai lalu, pendakwa raya Mesir membekukan 14 aset Ikhwanul???? Muslimin (IM) termasuk Musyidul Am, Muhammad Badie dan timbalannya, Khairat el- Shater.

Mahkamah Jenayah sebelum ini menetapkan, Mursi akan dibicarakan terhadap tuduhan menghasut pembunuhan bersama 14 pemimpin IM pada kejadian Disember 2012 di luar istana presiden.

Julai lalu, mahkamah turut mendakwa Mursi atas hubungannya dengan Hamas ketika kejadian rusuhan penjara dan serangan ke atas polis pada 2011.

Namun, kesemua tarikh perbicaraan dan butiran lanjut kes itu tidak didedahkan kepada media. - SH.

Polis Enggan Siasat Semula Kes Altantuya Untuk Tutup Jenayah [SAKSIKAN...]

Posted: 09 Sep 2013 06:02 AM PDT

Polis Enggan Siasat Semula Kes Altantuya Untuk Tutup Jenayah [SAKSIKAN...]

SHAH ALAM, 9 SEPT: Keengganan polis membuat siasatan baru kes pembunuhan Altantuya Shariibuu, menunjukkan sikap ????lepas tangan pihak berkuasa itu dalam memberi keadilan kepada mangsa.
????
??????Mereka tidak minat untuk cari siapa yang bunuh Altantuya. Nampaknya, Ketua Polis Negara (KPN) tidak endah ada pembunuhan walaupun jelas beberapa orang terlibat.

??????Mereka tidak nampak keperluan untuk melihat siapa yang membunuh dan mendapatkan satu keadilan terhadap mangsa pembunuhan.

??????Nampak sangat mereka lepas tangan, tak ingin tahu apa yang sebenarnya berlaku, ini merupakan cara menutup jenayah,?????? kata Ketua Biro Guaman PKR, Latheefa Koya kepada TV Selangor.

KPN, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini menyatakan siasatan baru tidak perlu dan mahu semua orang perlu menghormati keputusan mahkamah.
Latheefa menyifatkan, siasatan tidak profesional polis boleh memberi kesan terhadap sesuatu kes di mahkamah.

??????Kerja polis tak mantap, tak complete (selesai) dan memberi satu penyiasatan yang tidak sempurna ke mahkamah.

??????Sudah tentu mahkamah perlu melepaskan seseorang itu kalau tak cukup bukti. Yang salahnya polis kerana siasatan tidak profesional,?????? katanya. - Selangorku

GEMPAR!!! Ulama Umno Dikecam Kaitkan ??????Allah?????? Dalam Isu Kenaikan Harga

Posted: 09 Sep 2013 03:09 AM PDT

GEMPAR!!! Ulama Umno Dikecam Kaitkan ??????Allah?????? Dalam Isu Kenaikan Harga.

Pemimpin politik dan tokoh agama mengecam tindakan Ulama Umno, Fathul Bari Mat Jahya yang mengaitkan Allah dalam isu kenaikan harga barang, sejurus pengumuman peningkatan petrol dan diesel 20 sen minggu lalu.

Fathul dalam artikelnya di akhbar Sinar Harian bertajuk "Harga barang ketetapan Allah" berkata, kenaikan harga barang adalah ujian dalam bentuk kesusahan dan bukan kenikmatan, serta berhujah dengan peristiwa sama yang berlaku semasa zaman Nabi Muhammad SAW.

"Sedih pemikiran tokoh ilmuan begini.

"Apakah kelak beliau juga akan berkata, maksiat yang berleluasa, jenayah yang meningkat dan penyelewengan serta salah guna kuasa, sebagai rakyat bersabarlah kerana ini semua adalah ketetapan Allah," kata Ketua Pemuda PAS yang juga Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan di akaun Facebooknya.

Fathul Bari dalam artikelnya berkata, rakyat perlu bersabar dengan kenaikan harga barang dan reda dengan ketentuan yang ditetapkan Allah.

"Siapa yang mengetahui kecuali Allah? Boleh jadi musibah lebih besar terjadi sekiranya hal itu berlaku.

"Oleh itu,Islam mengajar apabila berdepan situasi yang tidak disukai untuk mengucapkan Qaddarallah wama syaa-a fa??????al (ALLAH telah menetapkan dan Dia berbuat apa yang dikehendakiNya)," kata Fathul Bari menulis di artikelnya lagi.

Bekas Mufti Perlis, Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin membidas kenyataan Ulama Umno tersebut sebagai tidak berasas dan mengelirukan orang ramai kerana menjadikan Allah sebagai alasan terhadap kenaikan harga barang.

"Apakah jika anda ke kedai lalu penjual menjual barang dengan harga yang mahal, maka adakah dia boleh menyatakan 'Allah yang menaikkan harga bukan saya?" soal Mohd Asri dalam akaun Facebooknya.

Mohd Asri kemudiaan menggesa Fathul Bari supaya berhujah menggunakan ilmu serta meluahkan kebimbangannya terhadap artikel yang ditulis oleh Ulama Umno tersebut.

"Jangan sampai nanti ada pembunuh yang akan berhujah bukan saya membunuh tapi Allah yang menetapkan ajal, pencuri pula akan berkata bukan saya yang mencuri, tapi Allah yang menetapkan rezeki.

"Kerana saya berpegang dengan kata-kata ilmu bukan kerajaan yang mengurangkan subsidi tapi Allah yang menaikkan harga barang," katanya.

Isnin lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen seliter, menjelaskan kerajaan ketika ini menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel, serta menegaskan kerajaan masih lagi memberi subsidi yang banyak kepada rakyat.

Sejurus pengumuman itu, orang ramai tidak berpuas hati dan menyifatkan langkah tersebut membebankan.

Pakar ekonomi Putrajaya, Datuk Seri Abdul Wahid Omar selepas pengumuman tersebut berkata kadar inflasi Malaysia dijangka meningkat kepada 2.3 peratus tahun ini.

Kerajaan pentadbiran Najib dikritik kerana boros berbelanja sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada Mei lalu dengan memberikan wang bantuan kepada rakyat walaupun dalam krisis kewangan global.

Kerajaan disedarkan mengenai realiti kewangan negara apabila Fitch Ratings, salah satu daripada tiga firma kadar antarabangsa, menurunkan taraf kredit Malaysia kepada negatif bulan lalu atas pengurusan kewangan yang teruk. - 9 September, 2013.
- TMI.

Guru Dan 3 Anak Maut Dalam Kemalangan [SAKSIKAN...]

Posted: 09 Sep 2013 09:16 AM PDT

KAJANG - Seorang guru Pendidikan Islam, Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi bersama tiga anak maut dalam kemalangan di kilometer 8 Jalan Kajang - Banting di sini tengah hari tadi.

Dalam kemalangan itu, seorang lagi anak guru itu dilaporkan kritikal dan sedang dirawat di Hospital Kajang.

Mangsa yang maut dikenali sebagai, Rohaya Md. Rabi, 35, Nor Nabila Al Hanan, 7, Mohd. Nabil Loffi Al Hadi, 1.

Mangsa yang kritikal dikenali sebagai Mohd. Nabil Lutfan, 3 tahun. - Kosmo.

BONGKAR!!! Gengsterisme Sudah Menjadi Industri [SAKSIKANLAH...]

Posted: 08 Sep 2013 09:19 PM PDT

BONGKAR!!! Gengsterisme Sudah Menjadi Industri [SAKSIKANLAH...]

SUSULAN pendedahan wujudnya kegiatan kongsi gelap atau gengster di negara ini, ada pihak yang mendakwa kumpulan ini mempunyai kaitan dengan ahli politik.

Hubungan ini dibuat khusus untuk mengukuhkan kedudukan seseorang atau kumpulan tersebut.

Ikuti temubual wartawan Sinar Harian, Norutul Ilham Md Jari yang berkesempatan bertemu individu yang mengetahui berhubung dunia gengsterisme, Datuk Seri Dr Suleiman Mohamad juga bekas Timbalan Menteri Penerangan.

Boleh Datuk terang sedikit mengenai kongsi gelap?

DATUK SERI DR SULEIMAN MOHAMAD: Macam-macam nama kumpulan kongsi gelap, ia dibawa daripada negara China semasa perang zaman Revolusi China, jadi apabila ramai kaum Cina datang ke sini (Malaysia) mereka buka pula di sini.

Memang sudah lama kongsi gelap sudah ada dalam negara ini, contohnya kumpulan 24, tapi dalam bahasa Cina, ia dipanggil 'Je Si', di bawahnya ada kumpulan Long Foo Thong (Harimau Naga).

Kemudian di bawah, ada 'Ji Si' (24) Leng Ho, 789 juga sama, iaitu cara kira tujuh tambah 8 tambah 9 sama dengan 24.

Ada juga kumpulan 38 iaitu tiga darab lapan sama dengan 24, ada juga kumpulan 969 iaitu sembilan tambah enam tambah sembilan sama dengan 24 (kau luk kou), Kao Long Pong (9 Naga) ada juga kumpulan 21 Brothers, ada juga Lok Wan.

Kemudian bawah ini, ada kumpulan Hong Fa (08), kemudian Waiki (04) yang semua orang heboh-heboh sekarang, kemudian ada 36. Ini kumpulan-kumpulan yang besar ini.

Semua masuk sini, asal usul memang dari China, tapi ??????askar-askar?????? kumpulan gengster ini majoritinya satu kaum sahaja, di bawah kumpulan 24, memang banyak lagi pecahan kumpulan, mereka ini memang bergiat aktif.
????

Sesama mereka ini sebenarnya musuh. Kenapa mereka guna nombor?

DATUK SERI DR SULEIMAN MOHAMAD: Itu saya sendiri tidak faham kenapa.
????

Adakah undang-undang negara kita tidak cukup ketat memandangkan kongsi gelap semakin berkembang.

DATUK SERI DR SULEIMAN MOHAMAD: Mereka ini kumpulan haram yang tidak berdaftar, mereka ini 'under world society', Mereka akan pegang kawasan, contohnya kawasan sana 04, kawasan ini, Lok Wan punya, jadi dia jadikan macam itu, aktiviti dia peras ugut, kembang kepada judi haram, pelacuran, mereka akan bergaduh jika ada kumpulan langgar kawasan milik kumpulan lain.

Kerana kawasan itu dia ??????bangunkan??????, aktivitinya sejak zaman merdeka sehingga sekarang dia tumbuh silih berganti, tetapi semuanya aktiviti-aktiviti jenayah.

Memang semua ini perlukan undang-undang, kita sudah cukup undang-undang kita, kemudian kita dulu ada Ordinan Pencegahan Jenayah (PCO), tangkap, lepas itu buang daerah.

PCO adalah di bawah kuasa polis, tapi sekarang banyak undang-undang kita batalkan, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), PCO pun dibatalkan. Ada kesan daripada pemansuhan, banyak undang-undang kita bagus, tapi sekarang kerajaan kita ambil tindakan untuk menubuhkan skuad seperti Ops Cantas, walaupun baru dilaksanakan ia cukup berkesan.
- SH.

BONGKAR!!! Wawasan 2020 Atau 20sen 20sen?? [SAKSIKAN...]

Posted: 08 Sep 2013 07:53 PM PDT

NEGARA MUFLIS 2020? WAWASAN 20SEN 20SEN HANYA CERITA DONGENG DAN PENGLIPULARA MAHATHIR...!!!

~ MALAYSIA tahun 2020 : Negara MAJU atau Negara MUFLIS..??


01- 8, 828 hari dulu.., aku percaya Malaysia bakal jadi negara maju menjelang 2020.

02- Tapi kini, berbaki 2, 300 hari lagi...aku percaya Malaysia bakal jadi negara muflis SELAGI Umno-BN kekal berkuasa.

03- Tahun 2020 tinggal 6 tahun lagi, tapi hutang negara makin menggunung, sara hidup rakyat makin melambung, kualiti hidup makin merosot, jenayah makin berleluasa dan rasuah makin membarah.

04- Masa yang sama Kerajaan dan pemimpin Umno-BN makin pekak, bisu dan tuli pada jerih perih dan kesusahan rakyat.

05- Pemimpinnya juga makin kaya, makin lupa diri, makin angkuh dan makin sombong pada rakyat.

06- Rakyat pula makin tertekan, makin ditekan, makin terhimpit dan makin dihimpit walau sekadar nak penuhi tuntutan asas kehidupan.

07- Pada aku, Wawasan 2020 cuma cerita dongeng penglipulara Mahathir & Umno untuk dodoi dan lenakan orang melayu dan rakyat Malaysia supaya terus bermimpi dan berangan-angan.

08- Juga sebagai strategi, psikologi dan propaganda licik Umno-BN untuk terus kekalkan sokongan rakyat dan kuasa kerajaan.

Siapa setuju dengan ramalan diatas...?.

Dengan Hutang Negara Malaysia Terkini Bernilai RM622.022 Bilion. Kewangan Kerajaan Tenat!!


Via Otai Reformasi II

Haji 1434H: Umat Islam Mula Banjiri Madinah [SAKSIKAN...]

Posted: 08 Sep 2013 07:09 PM PDT

Haji 1434H: Umat Islam Mula Banjiri Madinah [SAKSIKAN...]

Ratusan ribu umat Islam kini mula membanjiri kota Madinah sebagai tempat persinggahan awal sebelum ke Makkah untuk menunaikan ibadah haji dan umrah musim ini.

Jemaah yang tiba awal itu adalah mereka yang mengerjakan Haji Tamattuk iaitu menunaikan umrah terlebih dahulu dalam musim haji sebelum mengerjakan ibadah haji pada bulan hadapan.

Hari wukuf di Arafah dijadual pada 14 Okt iaitu hari bermulanya kerja ibadah rukun Islam yang kelima itu.

Tinjauan Bernama mendapati Masjid Nabawi, iaitu masjid terletaknya makam Nabi Muhammad SAW telah mula dipenuhi umat Islam dari seluruh pelusuk dunia.

Masjid terbesar di kota suci Madinah itu mampu menampung hampir sejuta jemaah pada satu-satu waktu solat dan setakat ini hampir 2,000 jemaah haji Malaysia adalah antara umat Islam yang tidak melepaskan peluang untuk menunaikan solat dalam masjid berkenaan.

Seorang jemaah Malaysia, Maskiron Maskon, 62, menyifatkan kemampuan beliau untuk menunaikan ibadah haji sebagai mimpi yang menjadi kenyataan.

Bekas pekerja swasta dari Seremban, Negeri Sembilan itu berkata beliau sangat bersyukur kerana hajatnya untuk menunaikan ibadah haji bersama isteri Fatimah Mohamad sejak 20 tahun lepas akhirnya menjadi kenyataan hari ini.

Usahanya mengumpul wang selama bertahun-tahun sejak muda dan ditambah dengan baki simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja membolehkan mereka berdua memijak kaki di tanah suci untuk menunaikan ibadah haji.

"Saya bersyukur dan perjalanan kami pula semuanya menjadi mudah kerana kecekapan Tabung Haji (TH) yang mengurus jemaah dari mula berkursus di Seremban sehinggalah urusan penerbangan, Kastam dan Imigresen di Lapangan Terbang di Madinah...semuanya menjadi mudah," kata beliau.

Kedua-dua zon pusat perkhidmatan haji TH yang menyediakan perkhidmatan kewangan, pusat kesihatan, kaunseling dan bimbingan agama juga telah beroperasi sepenuhnya mulai semalam.

Sebanyak 22,320 jemaah haji dari Malaysia menunaikan haji tahun ini dan ia???? berkurangan sebanyak 20 peratus berbanding tahun sebelumnya ekoran pengurangan kuota oleh kerajaan Arab Saudi sebagai langkah mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku ekoran kerja menaik taraf Masjidil Haram di Makkah.

Sementara itu, golongan peniaga di Madinah juga teruja dengan kehadiran jemaah haji Malaysia dan sering melaungkan kata-kata "Malaysia Bagus, Malaysia Boleh" untuk menarik perhatian jemaah dari tanah air.

Kebanyakan mereka boleh bertutur bahasa Melayu yang mudah dan menawarkan harga dengan menyebut angka dalam bahasa Melayu serta menarik perhatian pelanggan dengan berkata "jualan murah, harga rendah untuk rakyat Malaysia".

Seorang rakyat Afghanistan yang bekerja di sebuah butik pakaian, Abdul Aziz Ismail, 23, berkata: "Bila jemaah Malaysia datang? Berapa ramai?".

Malah lebih menarik ialah beliau telah memasang tanda iklan yang tertulis "Harga runtuh dan harga borong" dan kertas iklan itu juga dilekatkan Jalur Gemilang.

Seorang lagi peniaga Mohamad Sulaiman berkata beliau suka dengan rakyat Malaysia yang disifatkan mempunyai akhlak yang tinggi.

"Ramai pelanggan saya rakyat Malaysia, saya tahu berbahasa Melayu dan saya jual murah-murah untuk rakyat Malaysia," kata beliau.

Setiap kumpulan jemaah haji Malaysia akan berada di kota Madinah selama lapan hari sama ada sebelum bertolak ke Makkah ataupun selepas menunaikan haji mengikut giliran masing-masing yang ditetapkan oleh Tabung Haji. - Bernama

BONGKAR!!! Lalat Mudarat Kesihatan Dan Perniagaan [MESTI BACA...]

Posted: 08 Sep 2013 06:09 PM PDT

BONGKAR!!! Lalat Mudarat Kesihatan Dan Perniagaan [MESTI BACA...]

MANUSIA sememangnya benci pada lalat kerana diketahui umum ia adalah sejenis serangga yang boleh membawa pelbagai penyakit berjangkit seperti demam kepialu, kolera (taun) dan penyakit disentri.

Lalat gemar menghurung kawasan kotor dan berbau busuk seperti tapak pelupusan dan pembuangan sampah, longkang yang kotor, bangkai binatang, timbunan sampah sarap dan najis.

Ia kemudian membawa bersama kuman dari tempat-tempat kotor berkenaan dan menghinggap pula di atas benda-benda lain termasuk hidangan makanan yang terdedah.

Begitulah caranya kuman disebarkan oleh lalat hingga membawa kepada penyakit-penyakit berjangkit yang boleh berubah kepada wabak.

Kehadiran serangga ini hanya memerlukan sedikit kecuaian manusia dalam menjaga kebersihan sekitar. Ia senang membiak di tong-tong sampah, himpunan kompos serta dalam kotak, sangkar atau tempat tidur haiwan peliharaan.

Sikap

Oleh itu, wujud satu tanggapan negatif sekiranya lalat kelihatan berterbangan dalam rumah, terutamanya di dapur dan bilik makan.

Apatah lagi jika lalat dilihat di premis-premis restoran dan kedai makan. Ia pastinya membuatkan sesetengah orang, terutamanya pelanggan ke premis tersebut, merasa loya.

Tetapi itulah yang dialami oleh penulis baru-baru ini apabila mengunjungi Johor. Ketika memandu ke selatan, penulis berhenti sebentar untuk makan di sebuah restoran makanan segera di sini.

Dan alangkah terkejutnya sebaik melangkah masuk ke premis berkenaan, kelihatan lalat berterbangan di merata sudut restoran itu. Ini termasuk di kawasan kaunter dan pada cawan kertas yang disusun berhampiran dengan mesin minuman ringan.

"Kenapa banyak sangat lalat dalam restoran ini?" kedengaran seorang pelanggan merungut dan menanyakan kakitangan yang bertugas di kaunter.

Namun tiada jawapan kedengaran daripada petugas berkenaan yang juga merupakan seorang gadis berusia lewat belasan tahun.

Petugas itu hanya membiarkan lalat-lalat tersebut berterbangan sewenang-wenangnya dan dia sendiri mengambil sikap tidak endah mengenai lalat yang menghurung dan singgah di mesin tunai yang dikendalikannya.
MASYARAKAT dan pihak berkuasa memainkan peranan penting dalam memastikan kawasan sekitar sentiasa bersih.

Setibanya di Johor, penulis berhenti di sebuah kedai aiskrim yang terletak di sebelah Lebuh Raya Utara-Selatan. Didapati terdapat juga lalat di situ, namun jumlahnya tidak sebanyak yang terdapat di kedai makanan segera sebelum ini.

"Di sini memang ada lalat, sebab wujud banyak ladang ternakan ayam di kawasan berhampiran," jelas seorang petugas di kaunter bila ditanya penulis tentang beberapa ekor lalat yang kelihatan berterbangan.

Lalat-lalat itu kelihatan terus berterbangan apabila berjaya melepaskan diri daripada perangkap cahaya ultralembayung yang dipasang dalam premis aiskrim itu.

Langkah proaktif

Bagi tuan rumah dan tuan punya syarikat perniagaan, lalat sememangnya terkenal sebagai ejen pembawa penyakit. Oleh itu, sebagai langkah pencegahan, mereka perlu memastikan premis masing-masing sentiasa bersih selain kerap membuang sampah dan menutup rapi semua bekas sampah.

Restoran yang mempunyai lalat berisiko kehilangan pelanggan kerana mereka khuatir akan dijangkiti penyakit. Kehadiran serangga ini di dalam rumah memberi gambaran negatif kepada tetamu tentang tahap kebersihan rumah berkenaan.

Menurut Adenan Ariffin dari NADZ Pest Control yang beroperasi di Lembah Klang sejak tahun 2005, kebanyakan warga tempatan seperti pemilik kediaman dan entiti perniagaan, lebih mementingkan kawalan terhadap makhluk perosak seperti anai-anai.

"Ada juga yang mahukan kami bertindak terhadap haiwan pembawa penyakit seperti lipas dan tikus tetapi hanya segelintir yang mahukan kami menjalankan tugas terhadap penghapusan lalat," jelasnya ketika ditanya mengenai usaha kawalan terhadap makhluk perosak dan pembawa penyakit yang dijalankan.

Katanya, hanya segelintir pihak yang mengadakan majlis-majlis di kawasan terbuka, seperti kenduri perkahwinan, mendapatkan perkhidmatan syarikat tersebut.

"Prosedur kawalan serangga untuk majlis seumpama itu perlu dijalankan sebelum dan selepas majlis.

"Ia haruslah sekurang-kurangnya dua hari sebelum majlis dan selewat-lewatnya seminggu selepas majlis," jelasnya.

Yang jelas, satu langkah proaktif perlu dilaksanakan bagi mengawal makhluk ini. Walaupun bukan melalui khidmat kawalan serangga, sekurang-kurangnya kita hendaklah peka untuk menghalau lalat sebelum ia memudaratkan kesihatan kita. - Bernama

GEMPAR!!! 2 Warga Singapura Lemas Di Tioman [SAKSIKAN...]

Posted: 08 Sep 2013 05:19 PM PDT

GEMPAR!!! 2 Warga Singapura Lemas Di Tioman [SAKSIKAN...]

KUANTAN ?????? Hasrat sepasang suami isteri warga Singapura menjalani latihan menyelam di Pantai Air Batang, Pulau Tioman dekat Rompin kelmarin berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka mati lemas bersama jurulatih selam.

Kejadian tersebut berlaku pada pukul 12 tengah hari ketiga pasangan suami isteri dan jurulatih selam mereka juga dari Singapura berada di dalam laut untuk menjalani latihan menyelam.

Dua mangsa yang mati lemas ialah Lee Yong Yeow, 48, seorang jurulatih dan pelatihnya, Tan Sean Hen, 35.

Timbalan Ketua Polis Daerah Rompin, Asisten Superintendan Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, sebelum kejadian, jurulatih berkenaan sedang mengajar pasangan suami isteri tersebut menyelam kira-kira 25 meter dari pantai di pulau itu.

??????Ketika sedang menyelam, wanita itu kemudian melihat suaminya dan jurulatih selam mengalami kesukaran ketika menyelam. - Kosmo.


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (37)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment