Wednesday, September 18, 2013

RG2011... Harian Metro di TH 190913

 

Harian Metro

 

Polis Melaka nafi keluar kenyataan kekacauan melibatkan kongsi gelap

MELAKA: Polis Melaka menafikan ada mengeluarkan kenyataan menerusi SMS, Facebook atau Whatsapp berhubung kekacauan melibatkan anggota kongsi gelap yang didakwa akan berlaku di beberapa lokasi di negeri ini.

Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye sebaliknya berkata maklumat palsu itu dikeluarkan individu tidak bertanggungjawab untuk mewujudkan situasi tidak selamat dan rasa bimbang orang awam terhadap keselamatan mereka.

Beliau berkata antara lokasi yang disebut dalam kenyataan itu ialah di sekitar Krubong, Durian Tunggal, Masjid Tanah, Bukit Beruang, Stesen Petron Malim, Gadek dan Stesen Shell Sungai Udang.

Katanya kenyataan palsu itu dipercayai tersebar sejak 12 Sept selepas dua lelaki anggota Geng 36 mati dalam kejadian berbalas tembak dengan polis di persimpangan lebuh raya SPA-AMJ dekat Cheng di sini.

"Polis Melaka ingin menegaskan bahawa tiada sebarang kenyataan telah dikeluarkan mengenai ancaman dan lokasi yang didakwa akan berlakunya kekacauan sebagaimana yang disebarkan sebelum ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata orang ramai tidak perlu berasa khuatir tentang keselamatan mereka dan jangan mempercayai sebarang maklumat tanpa mengetahui sumber yang tepat.

Polis Melaka hanya mengeluarkan kenyataan menerusi akhbar, laman rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Facebook Polis Melaka atau orang ramai boleh menghubungi talian hotline 06-2851999 untuk mendapatkan maklumat sahih, katanya. - Bernama

Guru disiplin disyaki cabul anak murid

KUALA LUMPUR: Seorang guru disiplin sebuah sekolah di Sentul, di sini, ditahan polis Isnin lalu kerana disyaki mencabul anak muridnya.

Lelaki berusia 35 tahun itu ditahan di rumahnya di Bandar Baru Sentul, susulan laporan polis dibuat pelajar lelaki berusia 13 tahun itu.

Mangsa membuat laporan kerana tidak tahan dicabul dan dipaksa melakukan perbuatan luar tabii sejak setahun lalu ketika mangsa di tahun enam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, suspek kini ditahan reman tujuh hari hingga Ahad ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377E dan 354 Kanun Keseksaan.

Budak mangsa keluarga cuba bunuh diri

PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditemui mati manakala abangnya berusia tujuh tahun terselamat dalam percubaan keluarganya membunuh diri beramai-ramai di Sri Manja Square 1, di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata, dalam cubaan pertama pada malam 11 September lalu, ibu bapa mangsa membakar arang di dalam bilik utama rumahnya namun tidak berjaya sebelum mencuba keesokan harinya sehingga membunuh mangsa.

"Ibu bapa mangsa ada merancang membunuh diri sebanyak tiga kali termasuk mencari tempat bunuh di Klang.

"Bapa mangsa yang berusia 50 tahun ini bekerja sebagai kontraktor dipercayai mempunyai masalah kewangan," katanya.

Ibu bapa mangsa ditahan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Lelaki maut motosikal dirempuh bas sekolah

GEORGETOWN: Seorang lelaki berusia 53 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah bas sekolah di Jalan Paya Terubong, di sini kira- kira jam 12 tengah hari tadi.

Dalam kejadian itu, pemandu bas terbabit dikatakan hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum merempuh sebuah kereta yang diketakkan di tepi jalan dan juga motosikal mangsa.

Mangsa, Tan Kay Heng mati di tempat kejadian manakala pemandu bas dan kira-kira 10 murid dalam bas itu mengalami kecederaan ringan.

Lelaki Pakistan pura-pura minta sedekah cabul pembantu kedai

CHUKAI: Seorang lelaki warga Pakistan berpura-pura meminta sedekah sambil menunjukkan tangannnya yang luka bagi meraih simpati sebelum mencabul seorang pembantu kedai dalam kejadian di sebuah kedai pengantin di Jalan Kubang Kurus, di sini Isnin lalu.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 4.30 petang ketika mangsa berusia 18 tahun sedang bekerja di kedai berkenaan sebelum didatangi suspek yang ingin meminta sedekah sambil menunjukkan tangannya yang luka.

Katanya, mangsa bagaimanapun tidak menghiraukan permintaan itu sebelum suspek tiba-tiba cuba memeluk mangsa dari arah belakang tetapi berjaya ditepis mangsa.

Namun, suspek yang seolah-olah hilang kawalan itu tiba-tiba memegang bahu kiri mangsa dan mencabul mangsa sebelum melarikan diri.

Bunuh anak guna asap arang

PETALING JAYA: Rahsia seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang lima hari tidak ke sekolah terbongkar selepas ditemui mati dalam percubaan keluarganya untuk membunuh diri bersama, di Sri Manja Square 1, di sini, hari ini.

Difahamkan, ibu bapa mangsa sudah merancang cubaan bunuh diri itu yang dilakukan dengan cara membakar arang dalam bilik ketika mereka tidur namun tidak berjaya.

Selepas percubaan pertama gagal mereka melakukan perkara sama pada malam berikutnya.

Ketua Polis Petaling Jaya, Arjunaidi Mohamed berkata, dalam cubaan pertama pada malam 11 September lalu, ibu bapa mangsa membeli arang dan membakarnya dalam bilik utama rumah berkenaan ketika mereka hendak tidur.

"Percubaan itu tidak berjaya. Kemudian percubaab kedua dilakukan pada keesokan hari dan hanya anak perempuannya saja yang maut. Keluarga ini menyembunyikan perkara ini," katanya.

Blackberry lancar Z30

Kuala Lumpur: Malaysia antara negara terpenting pengeluar telefon pintar terkemuka, BlackBerry yang baru saja melancarkan model terbaru, Z30 untuk pasaran tempatan.

Ia ditawarkan dengan dua warna, hitam dan putih yang beroperasi pada platform BlackBerry 10.2.

Pengarah Negara BlackBerry Malaysia, Annamalai Muthu, berkata dalam tempoh dua tahun ini, penembusan jualan produk syarikatnya bertambah 300 peratus yang disokong pengenalan beberapa model baru.

"Malaysia antara negara penting di rantau ini dengan penembusan jalur lebar juga sentiasa meningkat di kalangan rakyatnya yang memberi peluang kepada kami memperkenalkan barisan produk baru," katanya.

 

Sambung pengajian di IPT tempatan

PUTRAJAYA: Kabinet hari ini memutuskan untuk membenarkan pelajar Malaysia dari universiti di Mesir menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan, sama ada swasta atau awam.

Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pelajar yang terbabit adalah dari bidang perubatan, pergigian, farmasi dan pengajian Islam.

"Ia boleh dilaksanakan melalui pemindahan kredit berdasarkan prinsip 'parallel' (minus one rule) berdasarkan tahun pengajian secara sekali saja (one off).

"Ini bermakna jika mereka berada di tahun empat ketika di Mesir akan mengikuti pengajian di tahun ketiga di negara ini. Bagaimanapun, ia tidak akan membabitkan pelajar yang sedang mengikuti program klinikal bagi bidang perubatan dan pergigian,"katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Polis Selangor tumpu menangani jenayah pecah rumah, curi kenderaan

SUBANG JAYA: Polis Selangor akan memberi tumpuan menangani jenayah pecah rumah dan curi kenderaan yang sering dilaporkan berlaku di sekitar negeri itu sejak awal tahun ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Pahlawan Mohd Shukri Dahlan berkata, kawasan bandar yang pesat membangun seperti Petaling Jaya, Kajang dan Klang antara daerah yang menjadi tumpuan penjenayah melakukan kegiatan jenayah itu.

Justeru katanya, rondaan secara berkala pada waktu malam akan dipertingkatkan selain mewujudkan lebih banyak Pusat Community Policing di daerah yang berisiko tinggi bagi mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat setempat.

"Kejadian pecah rumah banyak dilaporkan berlaku di kawasan semi bandar dan ia dilakukan warga asing, Amerika Latin, penagih dan individu yang berpeluang untuk melakukan pecah rumah tidak kira rakan atau saudara-mara sendiri.

"Sejak Januari tahun ini, kejadian curi motosikal juga banyak dilaporkan berlaku dan ia mencatatkan peningkatan sebanyak 16 peratus berbanding tahun lalu. Kejadian ini banyak dilaporkan berlaku di kawasan bandar dan kita mesti elakkan pihak yang berkesempatan untuk melakukan jenayah ini," katanya pada sidang media selepas merasmikan Pusat Community Policing Subang Jaya, di Pangsapuri Angsana, di sini, hari ini.

Mohd Shukri berkata, pihaknya akan mengkaji semula jenis jenayah yang kerap berlaku di negeri itu dan mengenal pasti punca serta kaedah berkesan bagi membanterasnya dari akar umbi

 

----------------------------

Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.

 

This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment