Wednesday, September 18, 2013

RG2011... Kosmo di TH 190913

 

 

Lelaki ditemui mati dipercayai dibunuh dalam ladang kelapa sawit

18/09/2013 10:38pm



KOTA TINGGI - Seorang lelaki ditemui mati dipercayai dibunuh dalam sebuah ladang kelapa sawit di Felda Bukit Waha, dekat sini, dua hari lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, DSP Low Han Seng berkata, mayat mangsa ditemui orang awam di dalam semak sebelum menghubungi polis kira-kira pukul 2.20 petang.

"Polis yang tiba di lokasi mendapati mayat lelaki terbabit berada dalam keadaan terlentang tanpa pakaian. Mayat itu juga sudah reput dan dihurungi lalat," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, di sini, hari ini.

Low berkata, identiti lelaki yang berbadan kurus dengan ketinggian kira-kira lima kaki dua inci itu belum dapat dipastikan kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri padanya.

Beliau berkata, polis menemui beberapa pakaian yang dipercayai miliknya pada jarak 10 meter dari tempat mayat ditemui antaranya sehelai seluar jean warna biru jenama Levi's, baju T berwarna coklat dan seluar dalam berwarna hitam.

Katanya, mayat lelaki terbabit dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru dan hasil bedah siasat mendapati dia mengalami lebam pada tangan kiri dan dada kanan selain patah dua tulang rusuk sebelah kanan.

"Terdapat juga kesan lebam di bahagian belakangnya yang dipercayai dari kesan hentakan objek tumpul," katanya.

Menurut Low, tiada sebarang senjata ditemui di tempat kejadian dan polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.

Sehubungan itu, polis katanya meminta mana-mana pihak yang kehilangan anggota keluarga supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah IPD Kota Tinggi, ASP Mohd. Fadhil Minhat di talian 07-883 7222 atau 07-883 1222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0918&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_34.htm#ixzz2fFwwWhuQ 
Hakcipta terpelihara
 

 

10 pengedar dadah bakal berdepan hukuman mati mandatori

18/09/2013 10:51pm



KOTA BHARU - Seramai 10 daripada 68 pengedar dadah yang ditahan dalam Ops Cantas yang dilaksanakan di Kelantan sejak 18 Ogos lepas, bakal berdepan hukuman mati mandatori.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, 10 pengedar dadah itu bakal dibicarakan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Katanya, seramai 17 pengedar dadah bakal dibicarakan di bawah Seksyen 39A(2) ADB 1952, sementara 41 pengedar lagi akan dibicara mengikut Seksyen 39A(1)ADB 1952.

"Jumlah keseluruhan yang ditangkap berkaitan dadah adalah seramai 1,394 orang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Bengkel Kesedaran dan Pencegahan Jenayah di Mes Pegawai Kanan Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM433,780.51 dan menyita lima kereta serta enam motosikal bernilai RM141,200 sepanjang ops berkenaan.

Selain kesalahan dadah, Jalaluddin berkata seramai 1,326 orang ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah iaitu enam mengikut Akta Langkah-langkah Pencegahan Khas 1985 dan tiga lelaki disyaki anggota kumpulan kongsi gelap. - Bernama



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0918&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_36.htm#ixzz2fFx3Csf5 
Hakcipta terpelihara 

 

Bekas tentera putus kedua-dua kaki kerana komunis mahu rakyat sedar kekejaman PKM

18/09/2013 10:46pm



KUALA LUMPUR - Bekas tentera, Rosli Adnan Nasution, 54, yang putus kedua-dua kakinya kerana terpijak jerangkap samar dipasang Parti Komunis Malaya (PKM) di sempadan Malaysia-Thailand, amat emosi jika disebut nama komunis ataupun pemimpinnya Chin Peng.

"Mendengar perkataan 'komunis' itu pun saya sudah benci, apa lagi jika pengganas itu (Chin Peng) disemadikan di bumi bertuah ini," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai tindakan setengah pihak yang masih mendewakan Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan negara dan menyokong untuk membawa balik abunya ke negara ini.

Setiausaha Agung PKM, Chin Peng, 89, meninggal dunia di Bangkok, Thailand kerana sakit tua pada Isnin lepas.

Rosli berkata, walaupun beliau tidak terlibat dalam operasi menentang komunis semasa zaman darurat iaitu dari dari 1948 hingga 1960, kesan-kesan peninggalan kumpulan itu telah menyebabkan beliau cacat.

"Saya antara 400 askar yang cedera akibat terpijak jerangkap samar," katanya dan menambah, walaupun keadaan darurat semakin reda selepas zaman darurat, bagaimanapun ideologi dan ancaman komunis masih berterusan sehingga boleh nampak semangat mereka yang membara."

Rosli berkata, akibat kejadian itu, beliau kini terpaksa bergantung kepada sepasang kaki palsu untuk keluar berjalan, dan kerusi roda untuk bergerak di rumah.

Beliau yang bertugas mengawal sempadan Malaysia-Thailand pada 1970-an, bukan sahaja terpaksa meninggalkan keluarga, bahkan pernah tidak makan beberapa hari kerana terputus bekalan.

Pihak yang cuba menggambarkan Chin Peng dan PKM sebagai 'pejuang kemerdekaan' jelas amat keliru dengan wayang yang dimainkan oleh kedua-duanya, katanya.

Beliau berharap rakyat Malaysia, terutama generasi muda, tidak mudah terpengaruh dengan fakta yang sengaja diputarbelitkan lebih-lebih lagi yang menggambarkan Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan. - Bernama



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0918&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_35.htm#ixzz2fFx8TKD5 
Hakcipta terpelihara 

 

Mahkamah Tinggi tolak rayuan pegawai bank untuk saman PTPTN

18/09/2013 9:18pm



KUALA LUMPUR - Seorang pegawai bank, yang disenarai hitam kerana didakwa gagal melunaskan pinjaman pendidikan, hari ini gagal dalam usahanya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen menolak samannya terhadap Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Zakaria Sam menolak di dalam kamarnya rayuan Mandeep Singh untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen menolak samannya terhadap PTPTN.

Peguam Abdul Malik Hakim yang mewakili Mandeep memberitahu pemberita bahawa hakim itu juga memerintahkan anak guamnya membayar kos RM3,500 kepada PTPTN.

Abdul Malik berkata, beliau sedang menunggu keputusan anak guamnya sama ada ingin merayu terhadap keputusan mahkamah hari ini.

Pada 30 Mei tahun lepas, Hakim Mahkamah Sesyen Unaizah Mohd menolak saman pegawai bank itu setelah memutuskan bahawa plaintif (Mandeep) gagal membuktikan dakwaannya terhadap PTPTN.

Pada 20 September 2011, Mandeep menyaman PTPTN kerana mendakwa memfitnah dan menyebabkannya ditangkap secara salah selepas dia disenarai hitam kerana didakwa gagal melunaskan pinjaman pendidikan. - Bernama



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0918&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_33.htm#ixzz2fFxEMXFB 
Hakcipta terpelihara 

 

Pertikai isi khutbah Jumaat derhaka kepada institusi diraja - Mufti Pahang

18/09/2013 9:15pm



KUANTAN - Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman menyifatkan tindakan pihak tertentu yang mempertikaikan kandungan khutbah Jumaat yang disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam negeri pada 6 Sept lepas sebagai satu penderhakaan kepada institusi diraja.

Katanya, tindakan itu ternyata menghina institusi diraja di negara ini yang merupakan pemegang tampuk agama Islam dan tindakan biadab itu akan mencalarkan keharmonian antara agama dan kaum.

"Tugas menyediakan khutbah Jumaat oleh Jakim atau Jabatan Agama Islam negeri adalah mendapat perkenan (Yang di-Pertuan Agong bagi Jakim) dan Sultan (negeri-negeri), jadi semua pihak harus menghormatinya.

"Kalau sehingga khutbah Jumaat pun mereka turut mencampuri, saya rasa perkara ini sangat bahaya kerana khutbah ini adalah milik dan ibadah umat Islam," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di Seminar Memperkasakan Aqidah Siri 1: Fahaman Syiah Dan Bahayanya Terhadap Umat Islam di sini hari ini.

Beliau berkata, selama ini belum pernah terjadi di negara ini orang bukan Islam mencampuri urusan agama Islam seperti mengambil tahu kandungan khutbah Jumaat.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengulas kenyataan pemimpin Pas dan juga anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dan Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) Rev Dr. Eu Hong Seng yang membidas Jakim sebagai keterlaluan mempertahankan kalimah Allah daripada digunakan oleh orang bukan Islam di negara ini. - Bernama



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0918&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_30.htm#ixzz2fFxN449B 
Hakcipta terpelihara 

 

Jerebu: Cheras catat IPU tidak sihat petang tadi

18/09/2013 7:45pm



KUALA LUMPUR - eberapa kawasan di ibu negara kembali diselubungi jerebu dengan kawasan Cheras, Kuala Lumpur mencatat Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, setakat 4 petang.

Menurut bacaan IPU di laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) hari ini, Cheras mencatatkan peningkatan IPU iaitu dari paras sederhana (62) pada 12 tengah hari, kepada paras tidak sihat (110) pada 4 petang tadi.

Sementara 16 kawasan di seluruh negara mencatat IPU sederhana dengan beberapa lokasi mencatat peningkatan IPU melebihi paras 70, sejak tengah hari iaitu Nilai 81 dan Putrajaya 82.

Kawasan lain yang mencatat IPU sederhana ialah Larkin Lama, Johor Baharu (51), Tanah Merah, Kelantan (58) Bandaraya Melaka (57), Bukit Rambai (57), Melaka, SK Jalan Pegoh, Perak (62), Banting (64), Pelabuhan Kelang (66), Petaling Jaya (63), Shah Alam (60) dan Batu Muda (61).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas sebagai bahaya. - Bernama



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0918&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_26.htm#ixzz2fFxTbtVD 
Hakcipta terpelihara 

 

Mayat kanak-kanak perempuan ditemui reput dalam bilik di rumahnya

18/09/2013 6:32pm



PETALING JAYA - Mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun ditemui hampir reput dalam rumah keluarganya di sebuah pangsapuri di sini hari ini.

Kanak-kanak perempuan itu dipercayai mati akibat lemas terhidu asap pada 13 September lalu dalam satu daripada beberapa cubaan membunuh diri oleh ibu bapa kanak-kanak itu.

Sehubungan itu, polis menahan seorang kontraktor dan isteri bagi membantu siasatan kes kematian kanak-kanak perempuan itu, kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed.

Beliau berkata mayat kanak-kanak tersebut ditemui rakan pasangan terbabit yang ke rumah mereka pada 7.30 pagi ini setelah kanak-kanak itu tidak hadir ke tadika di kawasan pangsapuri berkenaan sejak Jumaat lepas.

"Pada mulanya, wanita berkenaan tidak dibenarkan masuk dan selepas lebih sejam menunggu di luar, barulah anak lelaki pasangan terbabit membenarkannya masuk. Wanita ituvmelihat pasangan tersebut sugul menghadap mayat anak perempuan mereka yang terbaring atas tilam dalam bilik di rumah itu," katanya kepada pemberita di sini.

Wanita berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Petaling Jaya pada pukul 9 pagi.

Arjunaidi berkata, siasatan awal polis mendapati pasangan itu cuba membunuh diri akibat masalah kewangan bersama anak-anak mereka (kanak-kanak perempuan itu dan anak lelaki berusia 7 tahun) pada Rabu dan Khamis lepas dengan melemaskan diri dengan membakar arang dalam bilik unit pangsapuri itu dan menutup semua saluran udara. - Bernama



Artikel Penuh: 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0918&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_22.htm#ixzz2fFxZQuEh 
Hakcipta terpelihara 

 

 

----------------------------

Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.

 

This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment