Tuesday, September 3, 2013

RG2011... Sistem sekolah PBS - perlu adakan juga PMR dan UPSR

 


Isu sistem pendidikan baru PBS (Penilaian Berasakan Sekolah) ni dah lama rasa bermasaalah.
Sekarang dah masuk tahun 2 ianya dilaksana, dan kesannya kepada pelajar pun sudah boleh
dilihat. Setakat ni, boleh katakan semua ibubapa saya kenali yang ada anak bersekolah di bawah
sistem ni merasakan ianya sistem pendidikan yang lebih buruk dari yang sebelum ni. 
Ada seorang sahabat yang merupakan pensyarah di sebuah universiti IPTA rasa ianya sistem tidak
efektif, buruk untuk pelajar, buruk untuk ibubapa, dan mungkin untuk juga guru, serta pencapaian pelajar 
tidak dapat dinilai dengan jelas. Dia juga rasa menteri yang luluskan sistem ni adalah kurang cerdik - dalam bahasa sopan la tu.


Acid test - jika benar PBS di lebih bagus dari sistem pendidikan yang digantinya - patutnya peperiksaan standard seperti PMR dan UPSR perlu diadakan juga tahundepan..at least pada peringkat awal.
Sekolah terus guna saja PBS...Suruhanjaya Peperiksaan boleh buat kerja biasa uruskan PMR & UPSR.
Kenapa perlu mansuhkan peperiksaan-peperiksaan tersebut dengan tergesa-gesa? 
Apakah, seperti banyak perkara lain di Malaysia yang seumpamanya....ianya dimansuhkan supaya apa jua kelemahan dapat ditutup?
Sedangkan...standard exams seperti PMR dan UPSR ini boleh digunakan sebagai benchmarking bagi menilai kebaikan PBS (jika ada)...dan menonjolkan kelemahan yang boleh diperbaiki.
Kalau tidak ada PMR & UPSR....apa perbandingan yang boleh diguna untuk membandinkan pencapaian pelajar dulu dan sekarang...atau pencapaian pelajar diantara satu sekolah dgn sekolah yang lain.
Harap menteri pendidikan tidak bodoh untuk cadang membandingkan sesuatu yang subjektif sebagai penilaian.

Pendapat peribadi saya....sistem PBS nampak seperti dilaksana secara terburu-buru....terutama jika dilihat masaalah infrstruktur peringkat awal...
Dan...adalah tidak bertanggungjawab untuk menteri-menteri pentadbir negara ini mengambil mudah polisi sistem pendidikan anak-anak malaysia yang merupakan masa depan negara





------------------------

PBS: Pelajar Belajar Sendiri atau Penat, Beban, Sesak? (23/12/12)

  Apabila kami pulang dan ketemu ramai rakan-rakan di kampung, dalam banyak-banyak cerita itu, ada.. lah satu cerita mengenai keluhan sistem baru yang nak dan sedang dilaksanakan oleh pihak kerajaan.

  "Seperti biasa, dasar kerajaan selalunya dipengaruhi oleh persekitaran politik. Mereka buat dulu, bila tak berjaya baru pusing balik. Kalau menteri bertukarpun, dasar boleh berubah," demikian keluh seorang guru.

  Ramai yang risau justeru tahun hadapan (2014) Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan dihapuskan. Semua tingkatan akan digantikan dengan sistem yang dikenali dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Bahkan sekarang, dikatakan Tingkatan 1 di sekolah menengah dan Tahun 1 dan 2 di sekolah rendah sudah memulai sistem itu.

  Kata seorang guru, "PBS itu maksudnya Penat, Beban, Sesak."

  Jelasnya, cikgu yang semakin penat dengan bermacam kerja, dibeban dengan kerja-kerja perkeranian yang tak dapat disiapkan kerana sistem yang lambat dan lembab.

  Katanya lagi, bagi pelajar pula, "PBS ialah Pelajar Buat Sendiri. Kerana cikgu semua sibuk, biarlah pelajar yang buat sendiri semua P & P."

  Nampaknya negara kita akan bermasalah bukan sahaja justeru PMR dan UPSR hendak digantikan dengan sistem PBS, tetapi lebih kronik lagi ialah semangat untuk memayakan (menvirtualkan) semua sistem kerajaan mungkin terbantut disebabkan keupayaan sistem dan server kerajaan tidak mampu menampung urusan kemasukan dan pengendalian data.

  Kata seorang guru agama di Selangor, "Mereka marahkan kita kerana tidak memasukkan data. Tetapi padang yang mereka sediakan tidak cukup besar buat semua guru dan seluruh kakitangan kerajaan. Bukak saja laman web, terus hang. Nak key-in, data tak boleh simpan" 

  Demikian rungutan yang kami dengar. Sekarang kami difahamkan, ada jabatan yang sukar memohon cuti, sukar membuat laporan penilaian prestasi dan pelbagai kerja lagi tergendala disebabkan sistem hrmis (salah satu sistem yang digunakan oleh JPA). Kesesakan ini ditambah lagi dengan kehadiran masalah PBS.

  Sejak daripada awal nampaknya masalah PBS dan kelembapan sistem komputer kerajaan ini masih belum selesai. Pada 3 Nov 2012 lalu, dilaporkan pihak kerajaan akan menambah baik sistem pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) selepas Kementerian Pelajaran menerima banyak rungutan daripada guru-guru.

  Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, memandangkan sistem tersebut masih baharu, sudah tentu ia akan mengambil masa untuk diadaptasi tetapi beliau mengakui ada ruang yang perlu ditambah baik.

  Kata TPM, "Keluhan mengenai sistem PBS ini yang disuarakan melalui Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) memang sudah dijangka. Sebelum ini pun kita dapat maklum balas daripada guru-guru mengenai beberapa masalah seperti kelewatan dan data komputer."

  "Memandangkan ia sistem baharu, PBS perlu ditambah baik. Kementerian sedar dan kita akan duduk berbincang kerana sudah ada beberapa cadangan penambahbaikan dikemukakan,"
 
  Demikian janji Timbalan Perdana Menteri dalam satu sidang akhbar selepas merasmikan majlis Perhimpunan Khas NUTP pada 3 Nov 2012. Hadir sama ialah Presiden NUTP, Hashim Adnan dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.(http://cuepacs.blogspot.com/2012/11/kerajaan-tambah-baik-pbs.html)

  Sementara itu, kenyataan di dalam BeritaSemasa.com yang bertarikh 14 Nov masih berlangsung dan relevan hingga kini kerana masalah dan keadaan sistem tidak berubah. Kami petik sekali lagi kenyataan itu yang berbunyi:

  Kami menerima banyak emel rungutan dan aduan disebalik pelaksanaan PBS Tingkatan 1(Sekolah Menengah), Tahun 1 & Tahun 2 (Sekolah Rendah) ini contohnya, Akibat daripada pelaksanaan PBS Tingkatan 1 ini kalangan guru dikatakan terpaksa bangun pagi-pagi untuk membuat key-in itu dengan harapan mendapat akses yang lebih stabil tanpa sebarang masalah ketika itu. Dan masalah bertambah teruk apabila…

Ada kalangan guru yang berjaya akses masuk ke sistem PBS Tingkatan 1  (Sekolah Menengah), Tahun 1 & Tahun 2 (Sekolah Rendah) itu tanpa sebarang masalah. tetapi masalah mula timbul apabila guru klik-klik bagi mendapatkan  pelajar yang perlu dikemaksini, kerapkali ia akan "logout" dengan sendiri. Bersusah payah masukkan data, kemudian secara tiba-tiba sistem automatik log-out. Kena login & ulang semula proses itu. Itu baru satu orang pelajar, jikalau 30 orang pelajar terpaksa berhadapan dengan masalah seperti ini?

  • Seorang pelajar sekurang-kurang perlu ada 30 evidence secara anggaran, jikalau satu kelas ada seramai 30-40 orang pelajar? Itu baru satu kelas…
  • Semua kena masuk fail. Kemudian perlu dimasukkan pula dalam sistem PBS Tingkatan 1  (Sekolah Menengah), Tahun 1 & Tahun 2 (Sekolah Rendah) ini. Sayangnya sistem….

  Seperti biasa, di Malaysia setiap kali bertukar Menteri Pelajaran sistem pendidikan turut akan berubah mengikut impian dan visinya. Contohnya sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS Tingkatan 1) ini yang dibangunkan dilihat penting kerana ia bertujuan untuk memastikan sistem pendidikan di Malaysia tidak hanya tertumpu pada peperiksaan semata.

Sedang kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyarankan kalangan guru supaya menggunakan sistem PBS Tingkatan 1  (Sekolah Menengah), Tahun 1 & Tahun 2 (Sekolah Rendah) ini,  malangnya sistem yang disediakan tidak mampu menampung "trafik yang tinggi" pada satu-satu masa sehingga menimbulkan pelbagai masalah. Sama juga masalah yang dihadapi pada sistem HRMIS.

  Masalah sistem PBS Tingkatan 1  (Sekolah Menengah), Tahun 1 & Tahun 2 (Sekolah Rendah) ini juga telah di bawa ke Parlimen dengan harapan mendapat tindakan segera daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.
 
  Dan kepada soalan seorang wakil Parlimen ini, janji pihak kerajaan adalah seperti di bawah:

  Soal Selidik PBS Tingkatan 1 PBS Tingkatan 1 Online Tidak Berkesan & Lambat Kerana Sikap Guru Yang Suka Bertangguh!!Salam

 

Jawapan Menteri Di Dewan Rakyat  Bagi Masalah Sistem PBS Tingkatan 1 KSSR?

Kami tidak rasakan pemberian elaun adalah jalan penyelesaian terbaik. Apa yang kalangan guru mahukan adalah, sila naiktraf prestasi server yang setimpal dengan jumlah guru yang ada ketika ini setanding dengan peruntukan berbilion-bilion yang diperoleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) setiap tahun…

Walaubagaimanapun nampaknya Kemnterian Pelajaran Malaysia telah berusaha untuk memperbaiki sistem perkhidmatan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang ada sekarang ini dengan cara :

  1. Menyediakan hosting khas yang berasingan bagi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS Tingkatan 1) & Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM). yang menarik dengan jawapan menteri adalah proses naiktaraf telah pun selesai pada akhir Sepetember 2012 dan dikatakan lebih stabil dan mudah diakses. Benarkah? Apa kata guru-guru yang menggunakan sistem PBS Tingkatan 1online contohnya sekarang ini?
  2. Memperluaskan perkhidmatan capaian Internet melalui projek 1Bestari yang secara berperingkat-peringkatan sehingga Mac 2013 bagi menggantikan SchoolNet dis emua sekolah dengan kelajuan antara 4Mbps hingga 20Mbbs. Penganugerahan projek ini kepada YTL cukup kontroversi. Semak laporan yang kami sediakan di sini bertajuk : "1Bestarinet Milik YTL Communications Sdn Bhd. YTL Menang Tender RM1.5 Bilion Kalahkan TM-TIME"

(http://beritasemasa.com/pbs-tingkatan1-kssr)

   Apapun soalan dan jawapan yang diberikan di parlimen, persoalannya ialah sehingga ke hari ini, masalah yang dialami oleh guru-guru dan kaki tangan awam masih tidak dapat diselesaikan.

  Amat hairan dan ajaib kami rasakan apabila dibandingkan dengan capaian di internet kendalian masyarakat Barat.

  Kita boleh capai dan layari google, yahoo, msn, aol, youtube, facebook dan lain-lain 24 jam sehari tanpa masalah. Berjuta emel yang dihostkan oleh mereka masuk dan keluar (termasuk spam sekali) tidak langsung menjadikan sistem mereka lembab.

  Menakjubkan lagi apabila berberbilion gambar-gambar dimasukkan oleh pelanggan ke dalam facebook dan berbilion video diupload ke dalam youtube, keadaan masih mantap dan konsisten. Diskusi, komentar dan pelbagai respons dilayan tanpa sebarang masalah. Tak ada hang, tak ada jem trafik.

  Pendeknya, berbilion orang keluar masuk sistem mereka tanpa sebarang masalah. Tetapi.. Mengapa pula sistem kita yang hanya cuba menampung beberapa juta orang sudah mengalami masalah? Ke mana pergi berjuta atau berbilion ringgit yang dibelanjakan itu, atau apakah masih belum cukup bajet yang disediakan?

  Yang ini kita kena buat studi. Buat kajian. Jangan pakai rasa nak buat, terus buat. Uji dulu bang...  Jika tidak, inilah jadinya.

  Atau apakah ini nasib Malaysia? Sejauh mana kerajaan maya boleh bertahan jika masalah serupa ini sudah tidak dapat ditangani?

  Ke mana pergi saintis komputer kita. Sejauh mana keupayaan sistem kita. Sebesar mana padang server kita. Sampah masalah pasti semakin bertimbun jika tidak disisihkan dan diselesaikan satu per satu.

  Atau haruskah kita balik ke zaman kerja-kerja manual kita?

  Sekian.  WaLlahu a'lam.


----------------------


http://kalamabuadib.blogspot.com/2012/12/pbs-sekolah-rendah-dan-sekolah-menengah.html

PBS SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH : NUTP MAHU KERAJAAN KAJI SEMULA SUPAYA TIDAK BEBANKAN GURU



Kalau diikutkan perancangan dan pelannnya Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) mulai sekolah rendah murid Tahun Satu (2011) dan Tingkatan 1 pada tahun 2012 diyakini dapat melahirkan modal insan yang holistik serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang di aspirasikan dalam falsafah pendidikan kebangsaan.
Kalau dilihat sekarang ini sistem pendidikan kita lebih banyak terarah kepada Sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan dan dilihat sebenarnya terlalu mengiktiraf pencapaian akademik menyebabkan penglibatan pelajar kurang dalam kokurikulum serta memberi tekanan kepada guru, ibu bapa dan juga pelajar berkenaan. Tekanan ke atas guru- guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran menyebabkan fokus kepada produk akhirnya dan bukannya kepada proses pembelajaran.
Akhirnya diperkenalkan PBS pada tahun 2011 yang dimulakan dengan mulai Tahun 1 dan Tingkatan 1 pada tahun 2012
PBS mentaksir bidang akademik dan bidang bukan akademik. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan oleh pihak sekolah mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. Komponen PBS terdiri daripada dua kategori iaitu akademik dan bukan akademik.
Kategori akademik terdiri daripada :
  • Pentaksiran Sekolah (PS)
  • Pentaksiran Pusat (PP)

Kategori bukan akademik terdiri daripada :
  • Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
  • Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Walaubagaimanapun, beberapa masalah telah kami kenalpasti berdasarkan sistem PBS Sekolah Rendah & Sekolah Menengah yang disediakan untuk kalangan guru-guru. Antara ialah :


Antara Masalah PBS
  • Masalah capaian internet sangat lemah (pedalaman)
  • Penyediaan evidens/instrumen Pentaksiran.
  • Terlalu banyak masa dihabiskan untuk PBS sehingga proses Pembelajaran dan Pengajaran (P&P) dan tugas lain terabai.
  • Masalah Pengurusan Fail – eviden terlalu banyak dan masalah penyimpanan fail.
  • Masalah bagi mencetak instrumen yang banyak (terutama sekolah pedalaman yang tiada kemudahan mesin cetak).

Cadangan Penambaikan



Oleh itu, kami mencadangkan kepada Pihak Kementerian :
  • Pertingkatkan kelajuan internet di Sekolah Pedalaman kerana guru di Pedalaman sukar untuk ke bandar.
  • Instrumen Pentaksiran disediakan oleh pihak Kementerian atau Jabatan sendiri supaya tahap pentaksiran seragam dan mempunyai standard yang sama di semua sekolah.
  • Wujudkan satu jawatan khas (bukan guru) bagi pengurusan fail dan Sistem PBS di semua sekolah untuk membantu guru-guru.

Didapati masalah berkenaan PBS ini, KPM sudah sedia maklum sebenarnya kesulitan yang dihadapi oleh kalangan guru dalam akses Sistem Pengurusan Penaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) online sebelum ini. Dalam jawapan di Dewan negara baru-baru ini pun KPM dikatakan telah mengambil tindakan melalui jawapan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Fuad Zarkashi yang mengatasi masalah yang dihadapi oleh guru dengan mengambil langkah interim iaitu :
  • Menyediakan hosting khas yang berasingan bagi SPPBS dan Aplikasi Data Murid iaitu APDM
  • Proses migrasi hosting bagi sistem tersebut telah selesai dilaksanakan pada akhir September 2012
  • Menteri Fuad Zarkashi mengatakan sistem itu telah stabil dan boleh diakses tanpa sebarang masalah.
  • KPM juga telah menambah server daripada empat kepada 20 server bagi mengatasi masalah ini.

Menyediakan sistem yang mempunyai kelajuan hingga 20 megabit per second melalui Projek Perkhidmatan 1BestariNet yang sedang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Di bawah Projek Perkhidmatan 1BestariNet, semua sekolah kerajaan iaitu sebanyak 10,019 buah sekolah akan dibekalkan dengan talian fiber degan kelajuan 4 megabit sehingga 20 megabit per second manakala selebihnya yang merupakan sekolah luar bandar dan pedalaman akan dibekalkan dengan talian DSAT dengan kelajuan sehingga 4 megabit per second.

Perkhidmatan ini akan dapat mengatasi masalah mengenai kesukaran guru mengakses Sistem Pengurusan Penaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) termasuk Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).


__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment