Tuesday, January 14, 2014

RG2011... Fw: Mana Hard Rock Cafe tiada hiburan dan arak?

 



 

HARD ROCK CAFE DI PERAK BOLEH BUAT TARIAN GELEK. DI KELANTAN, MAIN GASING...

telokbakong.blogspot.
yongsukakuning.blogspot
 
Yong cuma nak kata padan muka pada gerombolan PAS yang tidak bersungguh-sungguh menyokong Husam Musa di Putrajaya pada PRU13 yang lepas.

Yong tak jamin Hard Rock Cafe tak dibuat di Kelantan kalau PAS jatuh. Betul Yong tak jamin.

Jadi, beringatlah para ulama yang menguasai Kelantan sekarang. Kalau dok asyik mimpi nak selamatkan UMNO sebab demer Melayu, tunggu sajalah apabila demer sudah selamat nanti. Demer ambik Kelantan dengan gah.

Lepas tu PAS nak nangih keluar air mata darah pun tak guna lagi.

ASYIK MAIN GASING, SARUNG TERSELAK PUN TAK SEDAR!

Betul komer ada Sultan Kelantan yang alim, boleh jadi imam. Tapi cukupkah tenaga baginda untuk menentang kalau UMNO sudah bertapak di Kelantan? 

SULTAN KELANTAN TUNJUK KEULAMAAN, PEMIMPIN KELANTAN UMNO NAK IKUTKAH?

Lihatlah apa jadi dengan Kampung Ladang di Terengganu. PAS telah kalah di sana. Apa jadi dengan tukang-tukang kraft Melayu Terengganu di Kampung Ladang? Nak tahu kisah penduduk Kampung Ladang yang malang baca di sini.

MUNGKINKAH KAMPUNG INI DAPAT DISELAMATKAN KALAU TIDAK TIMBUL CERITA PIL KUDA?

Jangan ingat sebab ahli UMNO itu mengaku Melayu, demer akan pertahankan budaya Melayu. Inikan pula nak pertahankan budaya Islam.

INI TRADISI MELAYU KAH?

Yong masih ingat lagi masa pra muktamar PAS dulu. Bukan hanya Mat Sabu dituduh syiah, dlabel bapa anjing dan sebagainya, ilmunya juga dipelekeh sebab tiada ijazah bergulung-gulung! Tahukah komer apa ijazah yang dimiliki pemimpin UMNO?

BLOGGER PRO-UMNO INI KATA NAJIB TAK HABIS MENGAJI

Kalau komer faham bahasa Inggeris, tentu komer tahu apa maksud: Fact is he never graduated.

Simple maknanya, dia tiada ijazah.

Itupun pemimpin PAS cari pemimpin UMNO yang menuduh PR tak tolong mangsa banjir di Pahang. Siapa yang langkah kanan? PAS atau UMNO?

DALAM PUJI ADA DURI

Mana ada penari gelek Uzbekistan! Ada...! Itu budaya demer. Takde kaitan dengan Islam. Tak tahu le kot ada ostad UMNO atau ostad UG dalam PAS yang suka suka label orang sana sini, suka tengok... sebab muziknya ala-ala nasyid!

SORRY. SAJA BUAT GAMBOR BLUR

Yong sebut ostad UG dalam PAS, bukan pemimpin PAS yer. Kalau pemimpin PAS yang ikhlas dan jitu dia tahu akhlak wajar diletak di mana.

comments:

  1. A'kum Yong

    Cukup menyengat.
    Puak UG ni dua kali lima juga. Belajar tak habis atau otak kontot!

    1. Salam mountdweller

      Hmm....dua2 kot. Kalau tidak tentu dah sedor.

  2. Yong....saya lama kat Uzbekistan (sila layari www.the jigit.com) Sana memang ramai penari gelek separuh bogel yang sesuai untuk Hard Rock cafe di negeri-negeri Melayu sebab tarian mereka diiringi oleh muzik-muzik ala padang pasir gitu.......Saya pernah melihat seorang bekas Imam Besar Masjid Negara yang terlopong mulut sambil mata terkebil-kebil ibarat cicak tertelan kapur apabila melihat tarian gelek wanita Uzbekistan.......Tak caya tanya Johan Jaafar Media Prima......he was there too......

    1. Salam Asrul Sani,

      Kihkihkih...iyeke? Yong tahu ada mufti yang juga terkebil2 nengok gelek penari Uzbek yang menggoda....

    2.  
  3. Kes Pil Kuda di Terengganu berlaku bila Ustaz UG tamak nak kongker duit minyak 8m setahun. Itulah asas kepada perebutan DUN.

    1. Salam TheSniper

      Apa nak berebutnya. Bukan duit demer...

DeeDee Yong....

Aiyo .... tembak baek punya... Hahaha... mesti ader yang akan melenting nanti.... mestilah....

C++
CipanTapirTenuk.Blogspot

  1. Salam C++

    Tegur tanda sayang. Kot tak faham jugak, sah otak UMNO.

 

Mana Hard Rock Cafe tiada hiburan dan arak?

kedahlanie.info
OLEH MD IZWAN
 

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa (gambar) membidas cadangan Putrajaya untuk membuka
Hard Rock Cafe bercirikan Islam yang disifatkannya tidak masuk akal.

Bekas calon Parlimen kerusi Putrajaya tersebut berkata tiada Hard Rock Cafe yang dibuka di seluruh
dunia tidak menyajikan hiburan melampau dan juga minuman keras.

"Mana ada negara dunia yang Hard Rock Cafe dibuka tanpa hiburan dan minuman keras?

"Kalau ada tunjuklah," kata Husam dalam sidang media selepas sesi sembang petang di Putrajaya petang ini.

Husam juga berkata sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, rata-rata penduduk
di Putrajaya banyak meminta supaya sekolah agama dibuka di samping rungutan tentang masalah letak
kenderaan.

"Masa saya berkempen di sini dulu, tak ada pula penduduk Putrajaya meminta untuk dibuka Hard Rock Cafe.

"Banyak yang hantar surat kepada saya meminta supaya sekolah agama dibuka, serta menyelesaikan masalah
'parking'," tambahnya lagi.

Menurut Husam lagi, banyak cadangan yang tidak munasabah daripada pemimpin Umno dan Barisan Nasional
di samping isu kenaikan harga barang berpunca daripada kegagalan Pakatan Rakyat (PR) menawan Putrajaya.

"Kenapa semua ini berlaku?

"Semua yang berlaku ini kerana kita (PR) gagal tawan Putrajaya pada pilihan raya dahulu," terangnya lagi.

Husam bagaimanapun tidak memberikan sebarang kepastian sama ada akan bertanding semula di kerusi utama
kubu pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, tetapi berharap calon yang akan bertanding selepas ini adalah
seorang yang progresif dan dinamik.

"Tidak kisah lah siapa yang akan jadi calon selepas ini, tetapi calon tersebut mestilah progresif dan dinamik,"
katanya lagi.

Ahli Parlimen Putrajaya yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
dalam meredakan ketegangan, berkata Hard Rock Cafe di Putrajaya boleh memainkan muzik nasyid dan menjadi
yang pertama tidak menjual arak.

Kontrovesi Hard Rock Cafe menerima kritikan selepas Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat
mengemukakan cadangan untuk membuka cawangan pusat hiburan tersebut di Putrajaya.

Cadangan untuk membuka Hard Rock Cafe disuarakan oleh pengasasnya Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir semasa
kunjungan ke Putrajaya dan menyatakan hasrat untuk membukanya di pusat pentadbiran negara tersebut.

Namun Aseh kemudiaan mengumumkan dalam akaun Facebooknya Hard Rock Cafe tidak akan membuka
cawangan di Putrajaya kerana pusat pentadbiran itu tidak membenarkan premis menjual arak dan hiburan.

Syed Yusof juga bertanggungjawab dalam membuka cawangan Hard Rock Cafe Kuala Lumpur,
Hard Rock Cafe Penang, Hotel Four Seasons Kuala Lumpur dan Hard Rock Cafe Melaka.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment