Tuesday, January 14, 2014

Re: RG2011... Fw: Tiga maut nahas van dengan kereta [1 Attachment]

Sama jugak di pekan Semenyih ni.....dah keluar suratkhabar mintak jejantas depan SRK Semenyih tu pun masih tak dapat2 jugak. Dah banyak kemalangan dah. Ngeri lihat budak2 sekolah berdiri di tengah2 jalan yang sesak sebab nak melintas. Tanggungjawab siapa ntah buat jejantas ni....Nak tunggu ada budak yang mati agaknya baru nak buat.
 



On Sunday, January 12, 2014 9:56 PM, -:eSpAcE9808:- <rienacom@yahoo.com.sg> wrote:
 


Sungguh menyedihkan, takan bujet nak buat Traffic Light depan sekolah pun NAJIB dah tak ada..??

kedahlanie.info
 
Kejadian berlaku di Sek. Keb. Hj Hassan Itam Spg Empat, Alor Setar. Dilaporkan telah banyak kali diusulkan dalam mesyuarat PIBG agar ada pihak berkenaan membina jejantas atau lampu isyarat di hadapan sekolah tersebut.

Kemalangan maut ini melibatkan murid tahun satu. #AlFatihah

 

Tiga maut nahas van dengan kereta

Harian Metro –
  • KUALA KANGSAR: Tiga maut termasuk seorang pekerja kilang dalam kemalangan di Kilometer 70 Jalan Kuala Kangsar-Lenggong, dekat Kati, di sini pada jam 6.15 pagi tadi membabitkan sebuah van kilang dengan sebuah kereta Toyota Camry.
Difahamkan mangsa yang maut adalah pemandu van dan penumpang depan van, selain seorang pekerja kilang wanita.
Beberapa individu lain juga dilaporkan cedera dalam kejadian itu.
Mayat dan semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kuala Kangsar.
Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai pemandu van Rosmainiezal Mat Ani, 37, penumpang depan van, Syed Idris Syed Nordin dan pekerja kilang Aminah Kamaruddin, 53.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Asisten Komisioner Abdul Ghafar Muhammad berkata, kejadian membabitkan tiga kenderaan iaitu sebuah van kilang, kereta dan sebuah motosikal.
Bagaiamanapun, penunggang motosikal hanya cedera ringan, manakala pemandu kereta tidak cedera.
"Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila van yang datang dari arah Gerik ke Kuala Kangsar dipandu mangsa bertembung dengan kereta Toyota Camry yang datang dari arah bertentangan.
"Manakala, motosikal ditunggang seorang lelaki yang berada di belakang Toyota Camry gagal mengelak kemalangan itu sebelum merempuh kereta terbabit," katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.
Abdul Ghafar berkata, kemalangan maut itu turut menyebabkan tiga pekerja kilang lain yang berada dalam van berkenaan cedera termasuk seorang cedera parah.


No comments:

Post a Comment