Tuesday, January 14, 2014

RG2011... Woit..Mau Durhaka Kah Tahan Raja?

 

Woit..Mau Durhaka Kah Tahan Raja?

'Sultan Melaka' ditahan polis

14 Januari 2014

  • Raja Noor Jan Shah Raja Tuah yang mendakwa dirinya 'Sultan Melaka' ditahan polis ketika dalam perjalanan ke Pulau Besar untuk menghadiri majlis kesyukuran kewujudan kembali 'Kesultanan Melayu Melaka' di Melaka hari ini. - Foto Bernama

MELAKA - [DIKEMASKINI] Polis hari ini menahan Raja Noor Jan Shah Raja Tuah yang mendakwa dirinya 'Sultan Melaka' bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan berhubung dakwaan telah mengadakan beberapa majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf.
   
Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Shah Gzali Khan Shahadat berkata, Raja Noor Jan Shah ditahan pada 10.50 pagi ini ketika dalam perjalanan ke Pulau Besar di sini dipercayai bagi menghadiri majlis kesyukuran kewujudan kembali "Kesultanan Melayu Melaka".
   
"Penahanan dibuat berdasarkan laporan polis dibuat ramai penduduk, tak kurang 10 laporan dibuat antaranya oleh pertubuhan dan NGO (badan bukan kerajaan)yang menyatakan keresahan mereka setelah melihat majlis penganugerahan berkenaan serta jemputan dan pelawaan menghadiri majlis itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
   
Pada 8 Januari lepas, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata Kerajaan Negeri Melaka menolak tuntutan Raja Noor Jan Shah untuk diiktiraf sebagai 'Sultan Melaka' dan menegaskan kerajaan negeri hanya mengiktiraf pingat, bintang dan darjah kebesaran diberikan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.
   
Shah Gzali Khan berkata. siasatan mendapati kira-kira 50 pengikut Raja Noor Jan Shah dalam perjalanan ke Pulau Besar dipercayai untuk menghadiri majlis kesyukuran itu.
   
"Tiada tangkapan dibuat ke atas pengikut ini, tetapi bergantung kepada tindak tanduk mereka sekiranya mereka menghalang polis dan penjawat awam melakukan tugas, mereka akan ditahan," katanya.

 "Kita juga akan menyiasat siapa penyokong kuatnya yang menyebabkannya mengaku sebagai 'Sultan Melaka' dan pengikutnya tidak perlu berprasangka buruk dengan penahanan ini kerana ia adalah proses siasatan biasa dan beliau dalam keadaan baik," kata Raja Shahrom.

Beliau berkata Raja Noor Jan atau nama sebenarnya Noor Jan Tuah berasal dari Kampung Teluk Perang, Parit, Perak itu ditahan di Jeti Anjung Batu Umbai, Jasin pagi ini sebelum sempat menaiki bot ke Pulau Besar untuk melakukan aktiviti bersama pengikutnya.-Bernama

P/s: Yg sebenarnya Beetalah Soltan Melaka yg sebenar..saje je maleh nak bagi tau..so my Falla Rakyats,starting from next year, pls pay tax/ufti to me..Beeta will give u free internet..he he he..u tolong beta..beta tolong u..

 

 

 

 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment