Sunday, February 23, 2014

RG2011... Fw: Berita baik menanti guru .. lagi elaun!

 



 

Berita baik menanti guru .. lagi elaun!

"Perkara ini sudah dibincangkan dengan JPA untuk memberi beri insentif baru dan ia sedang diteliti JPA,"J

Pagoh: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang meneliti pemberian insentif baru kepada guru Bahasa Inggeris yang memiliki penguasaan tahap sangat tinggi iaitu C1 dan C2, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pemberian insentif itu berikutan pemansuhan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) mulai Disember lalu.

"Perkara ini sudah dibincangkan dengan JPA untuk memberi beri insentif baru dan ia sedang diteliti JPA," katanya pada Majlis Ramah Mesra Warga Pendidik Parlimen Pagoh di Kompleks Seri Pekembar di sini, semalam.

Turut hadir, isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman dan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Dr Madinah Mohamad.

Kemuka syor kepada PM

Muhyiddin berkata, selepas penelitian itu, pihaknya akan mengemukakannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, guru Bahasa Inggeris yang ada C1 dan C2 akan dipertimbangkan pemberian elaun yang mungkin dibayar secara 'one off.' Bagaimanapun, beliau berkata, semua maklumat terperinci termasuk cara pembayaran, kaedah dan nilai akan ditentukan kemudian.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata, pihaknya meletakkan aras baru bagi pendidikan negara supaya mencapai tahap global.

"Kita mahu sekolah melahirkan generasi baharu yang setanding penguasaan ilmu dengan negara maju," katanya.

sumber

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment