Sunday, February 23, 2014

RG2011... Fw: EDISI JANGAN RAKYAT LUPA ... GST DAN KESANNYA

 



 

EDISI JANGAN RAKYAT LUPA ... APA ITU GST DAN KESANNYA KEPADA RAKYAT YANG BERPENDAPATAN RENDAH.

omakkau.blogspot.
 

GST adalah 'Goods and Sevices Tax' atau cukai barangan dan perkhidmatan. GST adalah cukai yang dikenakan bagi setiap urusniaga.

Urusniaga adalah sebarang pertukaran barang atau perkhidmatan di antara dua pihak atau lebih. samada melibatkan wang ataupun tidak.

Kerajaan UMNO/BN dijangka akan melaksanakannya pada April 2015.


Benarkah pelaksanaan GST akan diikuti dengan penurunan cukai pendapatan yang akan meringankan beban rakyat?


Selama ini hanya sekitar 1.5 juta pekerja dari 13 juta pekerja (11%) yang membayar cukai. 89% yang lain berpendapatan rendah dan dikecualikan dari cukai.

Apabila GST dilaksanakan , 89% dari keluarga di Malaysia yang sebelum ini dikira tidak perlu membayar cukai kerana pendapatannya rendah, perlu membayar cukai GST.

Malah mereka juga tidak menikmati faedah dari penurunan cukai pendapatan kerana pendapatan mereka rendah.

Sebahagian besar rakyat Malaysia tergolong dalam kumpulan ini. Sebelum pelaksanaan GST, 6 hingga 7 sektor perkhidmatan harian dan 10 hingga 15 barangan harian yang akan dikenakan cukai.


Setelah pelaksanaan GST, 90% dari barangan dan perkhidmatan harian akan dikenakan cukai, walaupun pada kadar yang lebih rendah iaitu sebanyak 6%.


Justeru itu, bebanan rakyat seharian menjadi lebih tinggi kerana lebih banyak barangan dan perkhidmatan yang dibayar cukai.

Apabila bebanan rakyat semakin menjadi lebih tinggi secara automatik kos sara hidup yang sekian tinggi ini akan menjadi lebih tinggi.

Sudah pasti ini akan menyebabkan hidup rakyat susah dan terhimpit.

JANGAN TERTIPU DENGAN PROPAGANDA MURAHAN KERAJAAN UMNO/BN ... JADILAH WARGA BIJAK DENGAN MENOLAK UMNO/BN.

JADIKAN PRK KAJANG SEBAGAI PERINTIS.
 

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment