Sunday, February 23, 2014

RG2011... FW: Lelaki Usia 105 Tahun Masih Boleh Pemandu Kereta

 

 

 

 Lelaki Usia 105 Tahun Masih Boleh Pemandu Kereta

 

Seorang lelaki berusia 105 tahun, Bob Edwards merupakan pemandu paling tua di negara ini.Edwards mendapat lesen pertamanya ketika dia berusia 17 tahun pada tahun 1925.Dia yang merupakan salah seorang pemandu paling tua di dunia kini telah memandu kenderaan selama 88 tahun.

 

Edwards belajar memandu dengan menggunakan kereta buatan Perancis, De Dion Bouton.Kereta tersebut tidak mempunyai stereng tetapi menggunakan tuil.Edwards kini memiliki sebuah kereta Mitsubishi pacuan empat roda yang berwarna merah.Menurut lelaki kelahiran England itu, selepas berhijrah ke New Zealand, dia membeli kenderaan Dodge yang merupakan kenderaan pertamanya.

 

 

Kereta itu kemudian diubah suai menjadi sebuah trak.Edwards yang tidak pernah berhasrat untuk berhenti memandu melakukan senaman pada setiap pagi di gimnasium di rumahnya untuk mengekalkan kecergasannya.Dia turut memasak makanan untuk dimakan bersama isterinya, Lesley yang berusia 91 tahun.

"Saya tidak berasa diri saya seorang tua," katanya.Edwards memandu kenderaannya tiga kali seminggu untuk pergi ke kedai yang terletak 15 kilometer dari rumahnya.Dia juga memandu untuk melawat rakan-rakannya dan pergi ke hospital bagi memeriksa kesihatannya.Edwards hanya pernah terlibat dalam satu nahas jalan raya.

Dia juga pernah disaman sekali dalam seumur hidupnya kerana memandu melebihi had laju.Warga emas itu turut patah tulang pinggul tiga tahun lalu dan dinasihatkan oleh doktor supaya tidak memandu selama enam minggu.Namun, Edwards tidak menghiraukan saranan tersebut dengan alasan dia memandu kereta automatik yang hanya menggunakan kaki kanannya.

 

 

Di New Zealand, para pemandu yang berusia lebih 80 tahun perlu menjalani ujian kesihatan dan penglihatan sekali dalam tempoh dua tahun sebelum mereka dibenarkan memandu.

 

 

----------------------------

Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.

 

This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment