Sunday, February 23, 2014

RG2011... FW: Keutamaan mencari rezeki yang halal

 

 

Keutamaan mencari rezeki yang halal

MENCARI rezeki yang halal untuk keluarga merupakan tanggungjawab lelaki yang bergelar suami atau bapa. Justeru, golongan ini perlu memastikan setiap makanan yang masuk ke dalam mulut ahli keluarganya datang dari sumber yang halal.

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai Rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik dan kerjakanlah amal soleh."

Rasulullah SAW pula bersabda: "Sesiapa memakan makanan yang halal selama empat puluh hari, nescaya Allah menerangi hatinya dan mengalirkan sumber-sumber hikmah dari relung hatinya melalui lisannya."

Dalam satu riwayat, dikatakan bahawa Abu Bakar as-Siddiq RA pernah diberi segelas susu oleh hambanya dan beliau pun meminumnya.

Setelah susu itu habis diminum, Abu Bakar bertanya kepada hambanya tentang asal-usul susu itu. Si hamba menjawab, 'Aku meramal untuk satu kaum, lalu mereka memberiku susu itu sebagai upah.'

Kemudian, Abu Bakar terus memasukkan jarinya ke dalam mulut dan memuntahkan susu yang diminum itu sehingga perawi berfikir ia akan meninggal dunia.

Selepas semua muntahnya keluar, beliau berdoa: "Ya Allah, aku memohon keampunan-Mu atas sisa minuman yang masih terkandung di dalam aliran darahku dan yang nantinya akan bercampur dengan dagingku."

Dalam riwayat yang lain disebutkan, apabila berita itu disampaikan kepada Rasulullah SAW, Baginda mengatakan dengan tegas bahawa Abu Bakar RA hanya mahu makan dan minum yang diperoleh dari sesuatu yang halal.

Ibnu Abbas RA berkata, Allah SWT tidak berkenan menerima solat seorang hamba, selama di dalam perutnya masih terdapat makanan yang diharamkan.

Kesimpulannya, umat Islam harus berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal walaupun terpaksa bekerja sebagai penyapu sampah atau pencuci tandas. Ini kerana, pekerjaan itu lebih mulia daripada mereka yang memperoleh rezeki yang banyak tetapi dari sumber yang haram.

 

 

----------------------------

Penerangan ini (termasuk lampiran apa sahaja) cuma untuk siapa sahaja yang dimaksudkan. Penerangan ini mungkin mengandung bahan-bahan rahsia dan / atau maklumat perniagaan rahsia kepunyaan Mattel. Kalau anda bukan penerima yang dimaksudkan, anda tidak seharusnya menduplikat, mengirim atau menggunakan maklumat ini untuk maksud apa sahaja, dan anda harus segera menghapuskannya dan memberitahu adanya kepada pengirim.

 

This message (including any attachments) is only for the use of the person(s) for whom it is intended. It may contain Mattel confidential and/or trade secret information. If you are not the intended recipient, you should not copy, distribute or use this information for any purpose, and you should delete this message and inform the sender immediately.

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"

" Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/"

" Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.blogspot.com"

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment