Wednesday, November 5, 2014

Re: RG2014... Nak Kawin Pun Susa

 

percaya Qardawi, baguslah..ini pun dari beliau juga..,harap aminkan.

Tulisan Sahib al Samaha Sheikh Yusuf al Qaradawi tentang Malaysia dan fitnah terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim

Segala puji bagi Allah, dan selawat dan salam ke atas Rasulullah SAW, keluarganya dan sahabat serta yang mengikuti petunjuk-Nya.

Malaysia mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi kami, dan kami menaruh kasih sayang terhadapnya dengan hati yang jujur. Impian kami adalah untuk melihat Malaysia sebagai realisasi model Islam yang wasatiyyah, bertamadun, maju dan kontemporari. Semua itu tidak akan berlaku kecuali dengan perjuangan orang-orang ikhlas terdiri daripada anak-anak Malaysia, berusaha dan kerjasama berganding bahu, mereka yang amat ingin untuk menjayakan masa depan negara. Mereka saling bantu membantu sehingga berdiri tegak rakyat Malaysia seluruhnya.

Yusuf al-QaradawiSesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. (As Saff: 4)

Adalah tidak patut bagi badan kehakiman bertukar menjadi pentas kebencian dan permusuhan politik atau wasilah bagi menjerat pihak lawan di dalam cengkaman kes-kes. Perkara demikian kebanyakannya bertujuan untuk mencalar peribadi melebihi tujuan mencari kebenaran.

Sesungguhnya kami percaya bahawa kemajuan Malaysia, kebangkitan dan kekuatannya terpancar daripada ketinggian nilai-nilai kebebasan dan demokrasi, dan pengukuhan prinsip-prinsip kepelbagaian pemikiran serta persaingan yang mulia demi berkhidmat untuk negara yang berdaulat ini.

Anwar Ibrahim terdiri daripada pemimpin ternama dengan sejarah dan pengalamannya serta perjuangannya, dan kesabaran serta ketabahannya sejak zaman usia muda sehingga ke hari ini. Anwar sewajarnya dilayani dengan jasa perjuangannya dan kerja gigihnya, bukannya menuduhnya dengan tuduhan-tuduhan batil yang tanpa asas.
Mahkamah sebelum ini telah membebaskannya daripada tuduhan itu. Tetapi jelas bahawa terdapat pihak yang yang merekayasa komplot dan tidak mempedulikan kebaikan negara dan masa depan rakyatnya.

Kami beriman dengan apa yang difirmankan Allah SWT tentang peristiwa Hadithat al Ifk:-
Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang- orang yang beriman – lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri, dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata".
Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta.
(Surah An Nur 12-13)

Aku menyeru kepada saudara-saudaraku rakyat Malaysia supaya bekerjasama dan saling bantu-membantu. Aku berharap saudara-saudara di Malaysia menjauhkan diri daripada konflik-konflik yang tidak ada faedah di sebaliknya, malah ianya memudaratkan, tidak memberi manfaat, menghancurkan,  tidak membina, merosakkan dan tidak mendatangkan kebaikan.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Yusuf al-Qaradawi
Presiden Kesatuan Antarabangsa Ulama Islam
26 Oktober 2014
2 Muharram 1436

2014-11-05 12:31 GMT+08:00 Judge hairulndt@gmail.com [respeks_group] <respeks_group@yahoogroups.com>:
 

dah nak belit lah pulak......
 
 fatwa kebangsaan dan juga from yusof qardhawi persetujui juga oleh Ustaz Hadi sendiri yang IS sesat
 
kau pakai fatwa youtube......tolonglah...apa punya hujah guna ustaz youtube.....
 
patut jakim jumpa kau untuk di tarbiah.....dah boleh sesat bila fatwa kebangsaan pun tak ikut.....

 
2014-11-04 18:16 GMT+08:00 Pendekar Bloggerz pendekarbloggerz@gmail.com [respeks_group] <respeks_group@yahoogroups.com>:

 


2014-11-04 9:31 GMT+08:00 Judge hairulndt@gmail.com [respeks_group] <respeks_group@yahoogroups.com>:
 

IS nie tentera mahadi ke? cuba kamu bagi link dan hujah yang IS nie berada di jalan yang benar...bukan jadi keyboard warrior sahaja...
 
yusof qardhawi dan fatwa di malaysia sendiri mengatakan IS sesat....kamu guna panduan mana?
 
kamu guna fatwa syiah ke?
 
kalau kamu guna fatwa syiah....saya tak boleh kata apa2 lah...itu hak kamu.....
 
hujah guna fakta bukan guna logic sahaja.....

 
2014-11-03 21:30 GMT+08:00 Pendekar Bloggerz pendekarbloggerz@gmail.com [respeks_group] <respeks_group@yahoogroups.com>:

 

esok kalau tentera mahdi keluar pun kamu kate sesat juge...

2014-11-03 17:05 GMT+08:00 Judge hairulndt@gmail.com [respeks_group] <respeks_group@yahoogroups.com>:
 

get your basic right......even yusof al qardhawi pun keluar fatwa yang IS sesat.....media mana lagi kamu nak percaya...
 
nie lah masalah org melayu Islam....tak mahu membaca...tengok nama Islam aje terus sokong....
 
kaji dulu sebelum sokong......jangan bila nampak parti Islam aje....semua sokong membabi buta....semua masuk syurga sebab sokong parti Islam......!!!!!!
2014-11-03 11:18 GMT+08:00 feeqa chunna abj290377@gmail.com [respeks_group] <respeks_group@yahoogroups.com>:

 

media malaysia pun tak brapa  bole nak percaya ..ni kan pulak nak percaya media barat?.adohaii
ni zaman fitnah tu tersebar lagi cepat dr tiupan angin.. hati2 la dlm menerima berita.

2014-11-02 11:12 GMT+08:00 Pendekar Bloggerz pendekarbloggerz@gmail.com [respeks_group] <respeks_group@yahoogroups.com>:
 

dan semua yg kau ckp ini dengar dari media barat...
boleh percayakah?

2014-11-01 8:32 GMT+08:00 Judge hairulndt@gmail.com [respeks_group] <respeks_group@yahoogroups.com>:

 

kalau dia memang nak kahwin dengan IS adakah kamu semua redha...
 
kamu tahu ke IS tu berjuang bukan untuk Islam....dengan membunuh sesama Islam sendiri dan menjadikan perempuan2 tahanan sebagai hamba seks .......itukah cara Islam????
2014-10-31 18:25 GMT+08:00 hadi banjar005@yahoo.co.uk [respeks_group] <respeks_group@yahoogroups.com>:
 

Allah MAHA mengatahui akan apa yang berlaku .. sekiranya dia dianayai maka tunggulah balas dari Allah  .."Sesungguhnya dosa besar itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di  muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih".sebagaimana firman Allah SWT dalam Al Qur'an Surah Asy-Syura : 42

Read more: http://www.mialiana.com/2013/10/peliharalah-diri-dari-doa-orang.html#ixzz3HiUEIpPq


Read more: http://www.mialiana.com/2013/10/peliharalah-diri-dari-doa-orang.html#ixzz3HiU6jBXW


On Friday, 31 October 2014, 16:39, "Pendekar Bloggerz pendekarbloggerz@gmail.com [respeks_group]" <respeks_group@yahoogroups.com> wrote:


 


Wanita cuba kahwin Pejuang Mujahidin IS didakwa
[Image: 31umibahar.transformed_0.jpg]
Seorang wanita hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang atas pertuduhan cuba menjadi anggota kumpulan Pejuang Mujahidin digelar IS.

Ummi Khalsom Bahok, 25, didakwa cuba memberi sokongan kepada IS dengan mengambil penerbangan pesawat Airasia dari KLIA2, Sepang ke Brunei dan Istanbul, Turki untuk berkahwin dengan anggota kumpulan itu, Aqif Huessin Rahaiza.

Ummi Khalsom, seorang penolong pegawai kredit yang tidak diwakili peguam, didakwa melakukan kesalahan itu di kaunter Imigresen Balai Pelepasan Antarabangsa, klia2, pada pukul 5.20 pagi, 5 Oktober 2014.

Bagi kesalahan itu, Ummi Khalsom didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 130J.

Ia memperuntuk hukuman penjara tidak lebih daripada setengah daripada tempoh hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak melebihi 30 tahun, atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan bagi melakukan kesalahan itu.

Ummi Khalsom turut didakwa atas tuduhan pilihan iaitu dengan cara mengambil penerbangan pesawat Airasia dari KLIA2 ke Brunei kerana cuba memberi sokongan kepada IS dengan memasuki Syria dari Brunei ke Istanbul, Turki untuk berkahwin dengan Aqif Huessin bagi manfaat kumpulan itu.

Kesalahan itu dituduh dilakukan pada waktu, tarikh dan tempat yang sama.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan bagi kedua-dua pertuduhan itu.

Hakim Aizatul Akmal Maharani menetapkan 20 November untuk sebutan bagi membolehkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Aizatul Akmal tidak membenarkan sebarang jaminan kerana kes berkenaan tidak memperuntukkan tertuduh dijamin dan akan ditahan sementara menunggu perbicaraan selesai.

Sepanjang prosiding, Ummi Khalsom yang bertudung labuh dan berjubah hitam kelihatan tenang dan mengganguk sebagai tanda faham atas pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Sharuddin Wan Ladin.

- Bernama  











__._,_.___

Posted by: 3 <3@pendekarblogger.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (17)

Check out the automatic photo album with 1 photo(s) from this topic.
31umibahar.transformed_0.jpg

&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment