Wednesday, November 19, 2014

Re: RG2014... Tuntutan Nafkah

 

assalamualaikum puan; Ini kisah benar dari cerita adik ipar  perempuan saya, suami nya cerai dia dan adik ipar ambil peguam buat tuntutan dimahkamah  semua keperluan dia tetapi gagal, sudah pun dibawa ke mahkamah syariah tapi masih gagal mendapat hak adik saya, suami adik saya telah mencuri barang2 kemas dan pinjam duit yg banyak dari adik saya dan lari ke luar negara,laporan pun sudah di buat, dia sudah hadzir ke mahkamah sudah 4 kali tetapi tidak ada sebarang keputusan dari pihak mahkamah...Saya fikir puan jangan lah berharap sangat dengan keputusan mahkamah kerana pihak mahkamah biasa nya tidak memihak kapada wanita..mereka lebih memihak keopada pihak lelaki...jangan lah puan buang masa,apa yg puan boleh buat tabahkan hati dan buat  sembahyang hajat dan berdoa tiap2 hari pada Allah...akan ada balasan pada bekas suami puan...Mahkamah kita di malaysia sentiasa bersikap tidak adil,kadang2 orang yg bersalah boleh terlepas dan orang yg tidak bersalah di penjarakan...
wassalam

dari hamba Allah

2014-11-18 16:32 GMT+08:00 Ila Azila azila_jb@yahoo.com [respeks_group] <respeks_group@yahoogroups.com>:
 

Assalammualaikum sahabat semua.

Saya ingin memohon pendapat berkenaan tuntutan nafkah setelah diceraikan.

Saya sebagai isteri kedua telah bernikah 4 bulan yg lalu dengan izin isteri pertama. mengikut perintah poligami, suami diwajibkan memberi nafkah RM500 sbulan kpd saya dan isteri prtama. RM500 untuk utilities dan belanja dapur. Tempat tinggal, belanja hari raya dan giliran selang sehari.

Di awal perkahwinan suami mngikut giliran selang sehari...tetapi setelah didesak isteri prtama (atas alasan anak) suami kurangkan hari giliran saya. pd awalnye saya tak terima, tetapi oleh kerana tidak mahu memanjangkan maslaah dan mnyusahkan suami saya turutkan. cuma saya minta giliran bersama saya janganlah diambil utk selesaikan di rmh isteri pertama...tetapi apabila diberi alasan anak dan ibu mertua, saya kalah disitu. kerana saya tidak pernah ambil masa giliran dia disana.

Nafkah Zahir seperti perintah mahkamah tidak diberi kpd saya, smua duit gajinye diserahkan kpda isteri prtama. Nafkah diri RM500, belanja utilities RM500 serta tempat tinggal (Sewa rmh RM400) selama 4 bulan kami bernikah. Belanja hari raya saja yg diberi sebanyak RM200. boleh dikatakan semua perbelanjaan rmh tgga saya yg klrkan. (tidak seperti yg dijanjikan semasa sblm bernikah)

7 tahun kami berniaga bersama, saya ambil masa 5 tahun utk terima dia sebagai suami. akhirnye hati saya terbuka utk terima dia dan sanggup mnjadi isteri kedua. saya ada 4 org anak dengan perkahwinan terdahulu. Dia hadir kerana katanya ingin mbela dan menjaga saya dan ank2 hingga akhir hayat dia.

rumahtangga kami bahagia sblm ini sehingga pd 26.10.14..masalah yg saya hadapi adalah diluar jankaan saya sbagai isteri. cukuplah saya katakan yg ini smua adalah gangguan hawa nafsu syaitan dan iblis..suami telah dikenakan ilmu penunduk..(tertutup)

saya ingin meminta pendapat, apakah hak saya untuk menuntut dari suami berdasarkan perintah mahkamah dan hak setelah diceraikan. saya bukan ingin mnyusahkan suami, tetapi saya ingin tau hak saya dan sebagai pengajaran kpd mreke tentang hukum syarak dan maruah wanita.

saya mohon agar sahabat2 dpt memberi pendapat dan cara bagaimana sya ingin menuntut hak2 saya..18.11.14 adalah tarikh suami lafazkan cerai. tetapi saya tidak dipanggil ke mahkamah.
bantulah saya sebelum saya mbuat sebarang kputusan. mungkin disini ada sahabat yg mahir dalam bidang syariah yg boleh membantu saya.

terima kasih sahabat smua, semoga Allah mberkati khidupan sahabat smua..

Wassalam
Azila Hashim
Johor Bahru


__._,_.___

Posted by: wahab sulaiman <wahabsulaiman@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (3)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment