Wednesday, November 5, 2014

Re: RG2014... Video Kes Buli Budak Sekolah Singlet Hitam Tersebar

 

salam,
saya rasa sayu melihat gelagat pelajar yang saya rasa pelajar melayu. kenapa ada golongan pelajar yang terlalu-lalu samseng di sekolah berasrama penuh. bukankah pelajar tersebut di pilih dalam kalangan yang terbaik result PMR dan UPSR nya? Bosan saya mendengar setiap hari ada sahaja kes buli dalam kalangan pelajar sekolah. Jahat ke pelajar kita sekarang? kenapa jadi macam nii? MRSM adalah salah sebuah sekolah berasrama yang tersohor di Malaysia telah menghasilkan ramai golongan cerdik pandai. Tapi sekarang banyak berlaku kebocoran akhlak di sekolah tersebut.  Selain itu sekolah asrama AGAMA juga tidak kurang mempunyai pelajar yang buruk perangai, mencuri terutamanya. Pantang lepa sikit, duit, tudung, kain sekolah sehingga pakaian dalam pun di curi.  Saya bercakap atas fakta yang berlaku kepada anak buah saya di sekolah NAIM BANAT Kelantan.  dari pembacaan saya, banyak sebab yang menjadi punca kepada sikap samseng antaranya adalah:
(i) ibu bapa dan anak-anak tidak mendirikan SOLAT
(ii) ibu bapa memberi makan anak-anak mereka daripada hasil yang haram
(iii) terpengaruh dengan filem-filem yang berkaitan dengan gangsterism
(iv) ingin menjadi ketua dan tersohor yang beliau digeruni oleh pelajar lain.
(v) pemalas nak basuh pakaian sendiri
(vi) nak hidup mewah, beli semua benda yang dia orang teringin



On Wednesday, November 5, 2014 7:31 PM, "Pendekar Bloggerz pendekarbloggerz@gmail.com [respeks_group]" <respeks_group@yahoogroups.com> wrote:


 
Video attached
 
Video Kes Buli Budak Sekolah Singlet Hitam Tersebar
By Ali Wowberita | November 4, 2014


Satu video kes buli pelajar tersebar dalam laman sosial Youtube sejak semalam, menjadi viral apabila merakamkan sekumpulan pelajar memukul dan membelasah sekumpulan pelajar lain.

Video berdurasi lebih 4 minit ini dipercayai dirakam di sebuah asrama.

Dalangnya dipercayai memakai singlet hitam bersama 4 rakannya, memukul dan menendang pelajar lain dipercayai junior mereka.

Video tersebut turut disebarkan di laman Facebook. Selain disifatkan sebagai melampau, tindakan pelajar ini amat memalukan dan tidak beretika sebagai seorang pelajar.

Diharapkan, tindakan segera perlu diambil bagi membendung kes seperti ini berleluasa dalam Institusi Pendidikan Negara.  


__._,_.___

Posted by: Maizan Mahmud <maizanmahmud@yahoo.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment