Tuesday, November 4, 2014

RG2014... 30,000 Bangla kini di Cameron Highlands lapor Utusan

 

30,000 Bangla kini di Cameron Highlands lapor Utusan


Nampaknya Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (6P), yang dikatakan oleh Zahid Hamidi telah menunjukkan hasil yang positif tahun lalu hanyalah indah khabar dari rupa..

Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri pada ketika itu dilaporkan berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah  melancarkan operasi bersepadu secara besar-besaran selepas Hari Raya Aidilfitri tahun lalu bagi mengesan dan menahan pendatang tanpa izin di negara ini.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata operasi melibatkan polis, Jabatan Imigresen dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) itu akan meliputi kawasan perniagaan, perladangan, kilang dan kawasan pembinaan di seluruh negara.

"Gerakan memburu pendatang tanpa izin ini adalah untuk membuktikan bahawa kerajaan serius dalam membendung masalah sosial serta menjamin keselamatan negara," katanya...

Tapi hari ini Lidah Rasmi UMNO sendiri telah mendedahkan terdapat sekurang-kurangnya 15,000 warga Bangladesh di Cameron Highlands adalah Pendatang Tanpa Izin...

Kenapa jadi begini? Itulah persoalan yang wujud apabila kebanjiran warga Bangladesh di kawasan tanah tinggi ini semakin merimaskan dan seolah-olah tidak mampu dikawal lagi.

Mereka bukanlah lagi masuk sebagai pekerja atau buruh di kebun-kebun sayur tetapi sudah menguasai apa sahaja bidang yang boleh memberikan pendapatan.

Cakaplah apa sahaja bekerja kebun di sayur, memiliki kebun sayur, membuka kedai runcit, berniaga di pasar malam dan beberapa aktiviti lain semuanya dikuasai oleh warga Bangladesh.

Ini belum lagi mengambil kira warga-warga asing lain yang bersepah di kawasan peranginan tersebut seolah-olah negara ini terlalu pemurah untuk membenarkan warga asing 'bermaharajalela' di sesuatu daerah.

Hasil siasatan wartawan Mingguan Malaysia selama dua hari di sini mendapati jumlah warga asing khususnya Bangladesh berada di tahap cukup serius dan menimbulkan persoalan tidakkah Jabatan Imigresen menyedari perkara ini atau mengamalkan sikap tutup mata?

Kenapakah tidak ada satu operasi besar-besaran bagi membanteras atau sekurang-kurangnya membuat pemeriksaan bagi memastikan hanya mereka yang mempunyai permit sahaja berada di sini atau memastikan warga asing mematuhi syarat permit yang dimiliki.

Satu sumber mendakwa, jumlah warga asing di tanah tinggi itu sudah mencecah 30,000 yang mana 80 peratus daripadanya terdiri daripada warga Bangladesh dan sebahagian besar mereka tidak mempunyai permit. Sumber rasmi sebelum ini menyatakan terdapat 15,000 pendatang asing tanpa izin di sini.

"Mereka bebas melakukan apa sahaja, segala pekerjaan mereka lakukan seolah-olah negara kita tidak ada undang-undang bagi mengawal pendatang asing ini," kata sumber tersebut.

Akibat daripada sikap alpa atau lepas tangan agensi penguat kuasa, penduduk tempatan menyifatkan warga asing khususnya warga Bangladesh sudah 'menawan' Came­ron Highlands.

"Semua seolah-olah 'boleh diuruskan' sehinggakan kebanjiran warga asing itu tidak dapat dikawal lagi," katanya.

Sumber itu juga mendakwa, tiada operasi secara serius dilakukan oleh agensi penguat kuasa terlibat sehingga memungkinkan jumlah warga asing di sini semakin bertambah termasuk dalam kalangan mereka yang tidak mempunyai apa-apa permit.

Apa yang menghairankan, war­tawan Mingguan Malaysia juga mendapati warga Bangladesh begitu bebas menjalankan perniagaan termasuk membuka kedai runcit dan berniaga di pasar malam.

Persoalannya, apakah agensi-agensi terlibat tidak mengetahui perkara ini? Undang-undang mana yang digunakan bagi menghalalkan warga asing berniaga? Apa peraturan yang membolehkan mereka memiliki kebun dan kediaman?

Terlalu banyak persoalan yang harus dijawab oleh agensi-agensi penguat kuasa termasuklah Pejabat Daerah dan Pejabat Tanah.
Fenomena yang berlaku di sini bukanlah perkara biasa tetapi luar biasa memandangkan sebuah pusat peranginan yang terkenal di seluruh dunia kini dikuasai oleh warga asing khususnya warga Bangladesh.

Lidah Rasmi UMNO juga melaporkan...

__._,_.___

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment