Thursday, November 20, 2014

RG2014... Awas-Soltan Dah Murka!

 

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menzahirkan kemurkaan dan rasa dukacita terhadap aktiviti penerokaan tanah secara haram untuk tujuan pertanian di daerah ini.

Baginda yang menyifatkan kegiatan itu sebagai penyakit yang melarat turut menitahkan supaya segala aktiviti penerokaan haram berkenaan dihentikan segera.

Sultan Ahmad Shah juga mengakui bahawa kegiatan berkenaan mempunyai kaitan dengan kumpulan samseng.

"Perkara ini telah lama berlaku, sejak zaman British lagi. Beta sudah penat dengan semua ini, beta tidak dapat menghentikan (kegiatan) kerana mereka menggaji kumpulan samseng.

"Mereka (peneroka haram) melakukannya di dalam negeri beta, sudah tiba masanya kegiatan haram ini dihentikan serta-merta. Semua tertakluk kepada undang-undang, beta sebagai pemerintah juga tertakluk kepada undang-undang.

"Dalam hal ini, beta berharap kerajaan Pusat akan membantu kerajaan negeri mengatasi masalah ini kerana mereka mempunyai kelengkapan secukupnya menerusi agensi-agensi sedia ada," titah baginda.

Baginda bertitah demikian dalam sidang akhbar selepas berkenan mencemar duli melawat kawasan Lembah Bertam yang terjejas ekoran banjir kilat pada 5 November lalu di sini hari ini. Yang turut mengiringi baginda, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Menjawab soalan pemberita mengenai pengeluaran 'surat kuning' dari istana yang kononnya membenarkan aktiviti penerokaan tanah di daerah ini untuk tujuan pembangunan dan pertanian, Sultan Ahmad Shah bertitah bahawa baginda tidak tahu menahu mengenainya.

Baginda juga menafikan bahawa pihak istana sewenang-wenangnya mengeluarkan surat berkenaan dan meminta pihak berkuasa tempatan memeriksa terlebih dahulu dengan kerajaan negeri sekiranya ada kontraktor atau syarikat yang mengemukakannya.

"Beta tidak tahu-menahu mengenai perkara ini. Kalau beta tahu, beta pukul dia (orang yang guna surat kuning)," titah baginda.

__._,_.___

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment