Tuesday, November 18, 2014

RG2014... Fw: APA MAKNANYA GAMBAR NI?

 



APA MAKNANYA GAMBAR NI?

bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot

Salah satu kereta mungkin menggunakan no pendaftaran palsu dan berkemungkinan kereta curi...Kedua2 kereta ada roadtax hu3...Inilah Malaysia...
 
 

Lensa laman sosial: Satu nombor, dua kenderaan?

bloglist-malaysia.blogspot
mimpi-senja.blogspot.
Oleh: AFIX REDZUAN
SHAH ALAM, 18 NOV: Di sebalik keghairahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melancarkan Operasi Khas Nombor Pendaftaran dan penggunaan 'strobe light' pada kenderaan, pengguna kenderaan kini dikejutkan dengan pemilikan nombor pendaftaran pendua pada kenderaan berbeza.
Beberapa keping gambar mula dikongsikan sejak kebelakangan ini yang menyaksikan timbul pertikaian dan kekeliruan kepada pemilik kenderaan.
Sejak dua hari lalu, beberapa laman sosial memuat naik sekeping gambar dua kenderaan model Volkswagen yang mempunyai nombor pendaftaran AJK 8033.
Salah sebuah kenderaan berkenaan berwarna merah sementara sebuah lagi berwarna merah gelap.
Salinan laporan polis yang dibuat pemilik kenderaan AJK 8033, Mohd Rizal Arbaine di Balai Polis Teluk Intan turut dikongsikan di laman sosial.
Turut menjadi mangsa adalah seorang pemilik kenderaan pelbagai guna (MPV) model Toyota Wish di Sabah yang berkongsi situasi sama di laman sosial Facebook Sukan Star TV (SSTV).
Menurut pemilik kenderaan berkenaan, keretanya berwarna putih dengan nombor pendaftaran JLT 4488 dijumpai kakak beliau di Kelantan dengan nombor pendaftaran yang sama tetapi berwarna hitam.
Beliau turut berkongsi gambar cukai jalan beliau yang tamat pada 31 Ogos 2015 dan didaftarkan di Sabah, sementara sebuah lagi model dengan cukai jalan bertarikh 31 Ogos 2014 di Semenanjung.
Katanya, beliau menerima empat keping saman dan sudah membuat empat laporan polis.
Pelayar laman sosial turut berkongsikan sekeping lagi gambar model Toyota Vios dengan nombor pendaftaran WPS 533 yang turut menjadi mangsa klon nombor pendaftaran.
Menurutnya, model asal adalah berwarna hitam dan berada di Kuala Krai, Kelantan milik majikannya.
Lebih mengejutkan, pemilik turut menerima satu notis saman kerana didapati memandu melebih had kelajuan di Kuantan daripada nombor pendaftaran sama dengan model Vios berwarna putih.
Turut memiliki nombor pendaftaran sama adalah model Honda Civic ES dengan nombor pendaftaran WKU 6111 pada dua kenderaan berbeza dengan warna kenderaan putih dan kelabu.
Sementara model Honda Accord Euro-R CL7 dengan warna hitam dan merah turut ditemui dan masing-masing didaftarkan dengan nombor pendaftaran WRX 2622.
Tidak terkecuali dua buah motosikal daripada model yang berbeza, namun mempunyai nombor pendaftaran sama iaitu WVW 2337.
-NFN-

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment