Saturday, November 8, 2014

RG2014... Fw: Cermin Kereta Penyampai Radio Dipecahkan Penjenayah

 



[PENGAJARAN] Cermin Kereta Penyampai Radio Dipecahkan Penjenayah

greenboc.blogspot

Penyampai Radio Sinar FM iaitu Feeya Iskandar nyaris disamun oleh dua orang penunggang motosikal yang cuba memecahkan cermin keretanya ketika dia dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Astro, Bukit Jalil dekat sini pada Jumaat.

Feeya atau nama sebenarnya Nor Shafiza Iskandar Azizan, 24, berkata, individu dipercaya sudah melihat beg mekap yang diletakkan pada kerusi hadapan penumpang lalu cuba memecahkan cermin keretanya jenis Mitsubishi ASX ketika dia sedang berhenti menunggu isyarat lampu merah di satu persimpangan jalan di Bukit Jalil.

"Saya sedang berhenti kerana lampu merah tiba-tiba terdengar satu bunyi yang kuat. Pada mula saya sangka ada berlaku kemalangan dan selepas saya lihat sebelah kiri cermin kereta saya sudah retak.

"Selepas itu, mereka cuba sekali lagi untuk mengetuk cermin tetapi gagal, mereka terus melarikan diri," ujarnya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Jumaat.

Feeya berkata, dia bernasib baik kerana tiada sebarang barang miliknya berjaya diambil oleh penjenayah tersebut.

Keadaan cermin kereta milik Feeya yang cuba dipecahkan penjenayah.

Dalam pada itu, Feeya mengakui beg alat solek yang diletakkan di sebelah tempat duduk penumpang menjadi punca kejadian tersebut.

"Cermin kereta saya tiada penapis udara dan mungkin mereka nampak beg alat solek di sebelah tempat duduk penumpang itu membuatkan mereka cuba memecahkan cermin itu. Alhamdulillah, nasib baik mereka tidak berjaya pecahkan cermin kereta dan ambil barang-barang saya," ujarnya.

Sementara itu, bercerita tentang kejadian itu, Feeya berkata, dia terkejut dan mengigil ketika berhadapan situasi berkenaan. Dia juga masih trauma kerana pertama kali berhadapan dengan keadaan tersebut.

"Saya sangat terkejut dan menggigil takut kerana saya seorang sahaja dalam kereta dan di jalan raya pun tidak banyak kereta ketika kejadian itu. Mujur mereka terus berlalu selepas gagal pecahkan cermin kereta.

"Saya terpaksa keudara lambat sedikit hari ini sebab buat laporan dulu di Balai Polis Sungai Besi, ini pun masih lagi terkejut dan menggigil," ujarnya.

Feeya ke udara setiap hari pukul 3 hingga 7 petang di slot Santai Sinar, Sinar FM. -MSTAR

ULASAN GB

Ada pengajaran di sana.

Jangan letakkan beg tangan atau apa-apa benda yang berharga di kerusi hadapan atau di tempat yang boleh dilihat dari luar. Ia mengundang perhatian penjenayah bermotorsikal.
 

comments:

Anonymous said...

amankah Malaysia?

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment