Wednesday, November 5, 2014

RG2014... Fw: Ketua Penal Mahkamah Berat Sebelah, Hentak Meja....

 



Perbicaraan Mej Zaidi: Ketua Penal Mahkamah Berat Sebelah, Hentak Meja....

greenboc.blogspot


Mahkamah tentera berat sebelah, ketua panel komen tentang tertuduh di Internet

Mahkamah tentera yang mendengar perbicaraan juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mejar Zaidi Ahmad yang didakwa membuat kenyataan terbuka berkenaan dakwat kekal digunakan semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) harus dibubarkan, kata pihak pembelaan hari ini.

Ini kerana, ketua panelnya, Kol Saadon Hasnan, menunjukkan sifat berat sebelah terhadap tertuduh dalam satu komentar yang dibuatnya di Internet melalui satu artikel di portal berita.

Peguambela Mohamed Hanipa Maidin berkata, Saadon bersikap prejudis terhadap Zaidi.

"Keadilan sudah terjejas. Anak guam kami tidak mahu beliau terus mempengerusikan perbicaraan ini," katanya.

Saadon didakwa mengulas satu laporan berita dengan menulis yang Zaidi sepatutnya menjadi penoreh getah sekiranya beliau tidak suka berada dalam tentera.

Kamar mahkamah bertukar kecoh apabila Hanipa membentangkan kesnya berhujah menggesa panel dibubarkan, dan Saadon menghentak meja.

"Sudahlah, duduk," kata Saadon.


Beliau dikatakan membuat komen tersebut melalui akaun Facebooknya menggunakan nama Saadon Tson.



Ia sebagai respons kepada artikel "Peguam: Kesalahan Mejar Zaidi hanya kerana berani" dikeluarkan Malaysiakini pada 20 Oktober lalu.

Pengguna Facebook bernama Saadon Tson itu menulis: "klu tak nak jd tentera duk kampung motong getah je"

Hanipa berkata, pasukan pembela membuat carian di Internet malam tadi tetapi mendapati komen itu kini 'hilang' bersama dengan akaun Facebook tersebut.

Hanipa berkata, komen itu disedari selepas Zaidi membuat laporan dengan komander nombor satu Bahagian Tentera Udara di ibu pejabat tentera udara di Sungai Besi pada hari sama artikel itu disiarkan.

Pihak pembela boleh memanggil Saadon memberi keterangan sekiranya panel mahkamah tentera itu enggan melucutkan kelayakannya, kata Hanipa.

"Kita dibenarkan memanggil sesiapa pun memberi keterangan sebagai saksi," kata peguam itu.

Hanipa berkata, dalam keadaan biasa, seorang hakim boleh dilucutkan kelayakannya, tetapi dalam kes ini, Saadon membuat komen itu sebelum mahkamah tentera memanggil Zaidi membela diri.

Oleh itu, panel tersebut sudah berprasangka dan perlu dibubarkan,
katanya.

Mahkamah pada 27 Oktober menetapkan hari ini bagi Zaidi, 45, membela diri.

Pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia itu mengaku tidak bersalah atas tuduhan melanggar perintah Majlis Angkatan Tentera mengenai penggunaan dakwat kekal semasa PRU13.

Mahkamah sebelum ini menggugurkan lima daripada tujuh pertuduhan ke atasnya kerana kekurangan bukti.

Zaidi kemudian diminta membela diri atas tuduhan membuat kenyataan media menyuarakan kekecewaannya berkenaan dakwat kekal itu, dan membocorkan surat pekeliling mengenai penggunaan dakwat itu kepada media tanpa kebenaran daripada Majlis Angkatan Tentera.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Bertam Indah di Kepala Batas, Pulau Pinang, pada 3 Mei 2013.

Dalam kenyataan medianya, Zaidi mengatakan dakwat kekal itu – bertujuan mengelak undian berulang – boleh dibersihkan dengan mudah .

Beliau dipuji sebagai pemberi maklumat oleh kumpulan reformasi pilihan raya yang sekian lama curiga dengan proses pengundian melibatkan anggota tentera.

Di mahkamah hari ini, panel juga mengarahkan pasukan pendakwaan menarik balik kenyataan mereka menuduh pembelaan melambatkan prosiding mahkamah dengan membuat satu afidavit bersumpah baru tentang komen berat sebelah Saadon.

Pihak pendakwa berkata, permohonan membubarkan panel dan afidavit bersumpah itu tiba pada saat akhir dan mengejutkan semua orang. –TMI
Anonymous said...

Kalau tak boleh berlaku adil dlm satu2 kes utk menghakuminya...lebih baik tarik diri...supaya terselamat dpd siksaan Allah di akhirat. Ingat antara org yg cepat masuk neraka ialah hakim yg tidak adil dan amanah

Tentera ni decoy aje..Saadon tu pun Kolonel haprak tak tau buat kerja ikut disiplin tentera..Yang sebenarnya patut didakwa ialah pengeluar dakwat kekal @ penjual pewarna makanan bernilai 7 juta..ada sesiapa nak masak nasi kerabu dalam bilik mengundi tak? Kahkahkahkah...

Anonymous said...

Apa punya undang-undang bobrok tu, apa yg dibuat oleh Mejar Zaidi langsung tidak menggugat keselamatan negara pun malah ianya bukan juga fitnah dan mengenai calitan dakwat pd jarinya sendiri pula. Ia bukannya rahsia sebab perkara yg sama juga berlaku pd semua pengundi lain.

Amuraria said...

barua barua pengampu cari makan ni semua mahu tunjuk kuasa daa , ABU !

Anonymous said...

Dari Istana ke tentera sehingga pengadilan di pusat pengajian semua nya telah di kuasai

Di bumi ku ini keadilan untuk rakyat telah terkubur Demokrasi telah mati!

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment