Tuesday, November 18, 2014

RG2014... Fw: RM70 juta PERMATA hanya untuk 1780 pelajar?

 



Peruntukan RM70 juta PERMATA hanya untuk 1780 pelajar?

telokbakong.blogspot
keadilandaily.com
Posted by
(Oleh: Lyn Nasir)

KUALA LUMPUR 18 NOV : Ahli Parlimen Kapar, Manivanan Gowin mempertikai peruntukan RM70 juta yang diberi kepada program Permata Negara (PERMATA) yang hanya dibelanjakan kepada 1780 pelajar sahaja.

Katanya, statistik berdasarkan laman web rasmi PERMATA langsung tidak logik kerana peruntukan tersebut terlalu besar, namun tiada keseimbangan dari aspek kejayaan daripada program yang dijalankan.

"Berjuta-juta ringgit dipergunakan dan dibelanjakan untuk 1780 sahaja? Berapa ramai kanak-kanak miskin yang tidak berpeluang untuk mengikuti program ini?

"Apakah dana yang diperuntukkan dan jumlah pelajar yang berjaya mencapai kejayaan melalui program ini menunjukkan peratusan yang menggalakkan?

"Adakah dana dan kejaan proram dapat diimbangkan? Kerajaan kena jawab semua soalan ini," katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahisan Kassim memaklumkan daripada RM70 juta peruntukan yang diberi, RM22 juta dibelanjakan untuk pembangunan, manakala 48 juta lagi untuk bekalan.

Jelas Manivanan, kerajaan perlu memberi penjelasan berhubung isu tersebut dengan lebih terperinci, bukannya memberi jawapan seperti dalam bentuk 'contoh karangan SPM'.

"Sikap tdak terbuka menteri dan tabiat mempertahankan program PERMATA apabila setiap kali disoal dan dikritik seolah-olah ianya kebal dan berimuniti.

"Ini akan membuatkan saya dan ramai lagi makin lama makin mempersoalkan program ini.

"Jadi saya harap dan saya mendesak menteri agar lebih ikhlas, telus dan terbuka apabika menjawab soalan-soalan mengenai PERMATA," katanya lagi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=64134

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment