Monday, November 17, 2014

RG2014... Fw: Setiap Tiket Antarabangsa Menyumbang Kepada Kos Arak

 



 
bloglist-malaysia.blogspot
tikaqbuloh blogspot.
 
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat minggu lalu dikejutkan dengan pemakluman bahawa harga setiap tiket yang dibeli penumpang adalah termasuk dengan kos hidangan yang disediakan dalam pesawat MAS termasuk arak.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Abdul Aziz Kaprawi sebagai menjawab soalan Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) yang bertanyakan sama ada minuman keras diberi secara percuma atau sebaliknya.

"Tuan Pengerusi, memang apabila kita membeli tiket kapal terbang, maka ia termasuk dengan hidangan yang disediakan dalam kapal terbang," katanya.

Jawapan itu mengundang satu lagi kekhuatiran daripada Khalid yang mendakwa ia bermakna setiap orang yang membeli tiket MAS adalah bersubahat menyumbang kepada kos hidangan arak, sekalipun tidak meminumnya.

"Jadi maknanya tiket yang saya beli saya subsidikan air arak untuk orang. Ini yang tidak betul ini.

"Saya rasa kebanyakan daripada syarikat-syarikat penerbangan antarabangsa kalau ada penumpang yang hendak minta arak ini pun kena bayar. Kalau tidak, akhirnya sama ada kita sedar atau tidak, kita bersubahat," katanya.

Dalam pada itu Mohamed Hanipa bin Maidin (PAS-Sepang) mendakwa isu hidangan arak ini adalah lebih kepada kuasa menteri.

Menurutnya, jika menteri boleh memberi arahan dan kata putus, ia boleh diselesaikan dengan mudah.

"Saya rasa dari segi isu menghidang arak ini, dia lebih kepada kuasa Menteri. Menteri ada kuasa. Kalau Menteri boleh bagi arahan, saya rasa tidak ada masalah.

"Saya mendengar jawapan Menteri ini, kita makin takut. Kita ingat selama ini tiket itu tidak ada kena-mengena dengan pembelian arak.

"Yang Berhormat Menteri menyebabkan orang Islam yang mendengar jawapan itu menjadi takut hendak naik MAS lagi dah. Maknanya kita ada saham pula. Selama ini kita tak jangka benda macam ini berlaku," katanya.

Abdul Aziz bagaimanapun berkata MAS sedang dalam proses penstrukturan semula dan akan membuat model perniagaan baharu yang mungkin akan menukar sistem sedia ada yang dipertikai itu.

Terdahulu, isu pakaian menutup aurat oleh pramugari dan hidangan arak di dalam pesawat MAS dibangkitkan oleh Ahmad Marzuk Shaary (PAS-Bachok) ketika membahaskan Bajet 2015 peringkat Kementerian Pengangkutan.

Marzuk meluahkan kekecewaan terhadap jawapan pihak kementerian yang mendakwa hidangan alkohol dalam pesawat sebagai meraikan kepelbagaian pelanggan dan kehendak pelanggan antarabangsa.

"Kalaulah ini sebagai hujahnya, maka apa akan jadi kepada orang yang duduk di sebelah penumpang yang minum minuman keras yang akhirnya mabuk dan mengganggu penumpang sebelah yang tidak minum minuman keras.

"Kita bukan hendak menafikan privasi penumpang-penumpang non Muslim yang menaiki pesawat-pesawat antarabangsa ini. Akan tetapi kalaulah privasi mereka diutamakan, bagaimana pula dengan privasi kita?" soal beliau.

Pandangan oleh ahli-ahli parlimen PAS itu turut disokong aleh ahli-ahli parlimen Umno termasuk Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis), Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakub (BN-Machang) dan Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah).

Kesemua mereka bersetuju agar hidangan arak dihentikan dan pakaian pramugari ditetapkan supaya menutup aurat.

Timbalan Menteri, Datuk Ab. Aziz Kaprawi dalam penggulungannya berkata beliau akan mengambil maklum akan perkara-perkara yang dibangkitkan termasuk tiket yang siap dengan makanan yang sudah lama diamalkan.

"Maka sebab itu saya yakin dengan penstrukturan MAS nanti, ia akan membuat pendekatan new business model yang lebih rapi dan lebih Islamik," katanya. http://www.harakahdaily.net

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment