Sunday, November 16, 2014

RG2014... Fw: Tak ada orang sedar model cantik ini jalan2 tanpa seluar [1 Attachment]

 



Tak ada orang sedar model cantik ini jalan-jalan tanpa seluar

bloglist-malaysia.blogspot.

 
Model bogel berjalan-jalan di New York. ©Model Pranksters
 Sebuah program acara televisyen bernama Model Pranksters di Amerika Syarikat mencuba mencari tahu seberapa peduli atau perhatian warga Kota New York terhadap sekitarnya.

Mereka membuat satu percubaan dengan menyuruh seorang model perempuan menyusuri jalanan New York tanpa pakaian alias bogel. Tapi model itu tidak telanjang bulat sepenuhnya. Dia hanya bogel dari pinggang ke bawah, seperti dilansir surat khabar the Daily Mail, Jumaat (14/11).

Untuk menguji seberapa jeli atau perhatian warga kota Big Apple itu, bahagian pinggang hingga ke mata kaki model itu dilukis sangat-sangat mirip seperti dia sedang mengenakan seluar jins warna biru gelap. Lukisan di bahagian bawah tubuh itu sungguh mirip seluar jins sedang dipakai model itu. Padahal jika dilihat dengan cermat, punggung model itu sesungguhnya tidak tertutup sehelai benang pun.

Setelah bahagian bawah tubuhnya dilukis, model bernama Leah Jung itu kemudian mengenakan baju hangat berwarna putih dan topi berwarna putih lalu berjalan-jalan menyusuri kota di tengah lalu-lalang warga New York. Sebagai bentuk dokumentasi percubaan itu dirakam dengan kamera video.

Dari video itu terlihat warga New York yang berpapasan dengan model itu di jalanan tidak menyedari dia bogel dari pinggang ke bawah.

Saat dia berada di dalam kereta bawah tanah, orang-orang juga tidak menyedari model itu sebenarnya bogel. Begitu pula saat dia berada di tengah alun-alun kota Times Square atau saat membeli makanan segera di sebuah restoran.

Namun saat dia sedang berada di depan sebuah mesin anjungan tunai mandiri (ATM) seorang lelaki sedang berdiri di belakangnya menyedari model wanita di depannya itu tidak memakai seluar . Lelaki itu sempat memotret bahagian punggung model itu dengan kamera teleponnya.

Berikut video model berjalan-jalan tanpa seluar itu.

__._,_.___
View attachments on the web

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment