Sunday, November 9, 2014

RG2014... Fw: Utusan Kutuk Adnan Sebagai Angkuh Dan Disuruh Bersara

 



Utusan Kutuk Adnan Yaakob Sebagai Angkuh Dan Disuruh Bersara

bloglist-malaysia.blogspot

Utusan Malaysia hari ini menyerang Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob selepas di didakwa memperlekeh akhbar itu ekoran laporannya berkaitan kebanjiran warga asing di Cameron Highlands.

Malah, tanpa menyebut pangkat "Datuk Seri" dalam tulisan itu, Utusan mengkritik "keangkuhannya" terhadap media, malah secara tidak langsung menyarankannya bersara secara sukarela.

"Setakat ini, tiada tanda Adnan mahu bersara secara sukarela, seolah-olah tiada pemimpin lain di Pahang yang layak.

"Maka eloklah Awang peringatkan ungkapan bahasa Inggeris, Don't overstay your welcome (usah terlebih daripada yang dimahukan), yang beliau lebih arif maksudnya," tulis Awang Selamat.

Tulisan berjudul "Hebat Sangatkah Adnan?" itu juga, tanpa menafikan peranan dan kerja keras Adnan, berkata ramai berpendapat BN di Pahang boleh menang lebih besar jika beliau umumkan berundur selepas PRU-13.

Menurut kolumnis itu, Utusan sebelum ini menerbitkan laporan khas tentang kebanjiran 30,000 warga asing terutama Bangladesh di Cameron Highlands.

Adnan kemudian dikatakan marah dan mengaitkannya dengan agenda media untuk menjatuhkan pemimpin selain mahu melariskan akhbar bagi mengelakkan syarikat akhbar rugi dan tutup.

__._,_.___

Posted by: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment