Wednesday, November 19, 2014

RG2014... Ini Jawapan Ahmad Maslan & Hasan Malek Kenapa Kerajaan Enggan Turunkan Harga RON 95.

 

Ahmad Maslan cakap apa? 
- Harga minyak tidak boleh diturunkan ikut kehendak parti atau seseorang.
- Kerajaan hanya akan buat keputusan untuk turunkan harga RON 95 andaikata harganya turun lagi di pasaran antarabangsa sehingga menghilangkan subsidinya secara automatik ataupun sehingga harganya lebih murah berbanding yang dijual sekarang.

Dan. 
Ahmad Maslan juga sebut andaikata OPEC memutuskan untuk mengurangkan pengeluaran minyak mentah di pasaran antarabangsa bagi mengimbangi harganya yang kian jatuh, harga minyak akan naik maka apa perlunya pembangkang buat demo pula?
Nampak tak point Ahmad Maslan neh? 
Point neh paling penting untuk kita faham tau. Yakni, harga minyak memang dalam sesetengah keadaan boleh ditentukan oleh negara2 tertentu.
Negara2 yang produce minyak dan mereka2 yang mengambil keuntungan daripada penjualan minyak mentah pasti meluat jika harga minyak di pasaran dunia terus jatuh.
Ahmad Maslan seolah2 membayangkan bahawa harga RON 95 pasti tidak akan diturunkan kerana risiko OPEC kurangkan pengeluaran minyak mentah adalah tinggi. Andaikata kerajaan memilih untuk turunkan, dan tiba2 harga dia naik mendadak, kerajaan perlu mengeluarkan lebih banyak wang untuk subsidi pula di masa2 akan datang. Maka, lebih baik tak perlu turunkan harga RON 95 bagi mengelakkan dari risiko tersebut.

Menambahkan jumlah subsidi adalah sesuatu yang kerajaan kau takan buat ketika ini. Malaysia mengalami masalah kewangan yang teruk. Siling kuaters sampai runtuh sebab takde bajet nak repair. Tatau la duit2 peruntukan semua pergi mana. 

Dan ini pula jawapan dari Hasan Malek ;

- Kerajaan perlu tunggu sehingga OPEC habis bermesyuarat pada akhir bulan neh bagi memutuskan samada RON 95 patut diturunkan ataupun tidak.

- Sebarang keputusan yang diambil oleh kerajaan akan mengambil kira kepentingan rakyat di negara neh.

- Melihat kepada jawapan senada Ahmad Maslan dan Hasan Malek, nampak gayanya depa memang telah bermesyuarat dan siap2 bincang alasan apa yang patut dilemparkan kepada rakyat jelata.




__._,_.___

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment