Tuesday, November 18, 2014

RG2014... Kebanjiran warga asing penyumbang kadar jenayah meningkat

 

KUALA LUMPUR, 19 November: 

Kebanjiran warga asing di Malaysia menjadi antara penyumbang kepada kadar jenayah negara meningkat.

Perkara ini diakui Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ketika menjawab pertanyaan lisan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah yang meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyatakan jumlah terkini penjenayah asing negara yang ditahan di negara ini.

Menurut Wan Junaidi, warga asing ini juga melakukan jenayah komersil melibatkan sindiket penipuan wang ringgit dan penyalahgunaan dadah.

"Mereka telah menubuhkan rangkaian sindiket penipuan dan menggunakan internet sebagai medium penipuan, mereka juga menggunakan wanita-wanita tempatan sebagai rakan sejenayah serta membawa keluar hasil penipuan ke negara asal melalui sistem perbankan elektronik yang terdapat di negara ini

"Statistik menunjukkan penglibatan warga asing dalam jenayah komersil pada tahun 2014 Oktober adalah seramai 925 orang.

"Kehadiran warga asing juga terlibat dalam pengedaran dadah. Statistik penglibatan warga asing dalam dadah pada tahun 2014 hingga Oktober adalah seramai 4,930 orang," jelasnya.

Dalam pada itu, seramai 14,413 orang warga asing telah ditahan atas kesalahan jenayah yang dilakukan di negara ini.

Ujarnya, jumlah itu mewakili 14 peratus seluruh warga asing yang ditahan pada tahun 2014 dari bulan Januari sehingga September.

"Pada Januari hingga September 2014,  seramai 14,143 orang warga asing telah ditangkap daripada 97,333 kes jenayah indeks yang dilaporkan di seluruh negara," katanya ketika menjawab pertanyaan lisan di Dewan Rakyat hari ini.

__._,_.___

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment