Friday, November 7, 2014

RG2014... Keputusan Ujian Dopping Chong Wei Disahkan Positif

 

Kuala Lumpur – Analisis ujian Sampel B di makmal Hospital Universiti Oslo, Norway, Selasa lepas terhadap pemain badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei didapati positif dadah dexamethasone.

Sebelum ini Chong Wei dilaporkan positif ujian doping bagi sampel A iaitu ujian air kencing yang dilakukan secara rambang semasa Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos lepas.

Beliau dikatakan terbabit dalam skandal doping selepas disahkan positif menggunakan bahan terlarang 'deksametason' semasa ujian dijalankan.

Pemain badminton negara itu didapati positif ujian doping sebelum ini dilaporkan telah mengambil dadah tahap rendah dan jika didapati bersalah dia akan berdepan penggantungan dua tahun daripada menyertai mana-mana kejohanan.

Justeru, katanya Chong Wei dan pihak yang terlibat dalam ujian doping Sampel B perlu bersedia menghadapi proses Jawatankuasa Pendengaran Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Ini juga adalah insiden doping kelima menimpa sukan negara tahun ini selepas pingat emas atlet wusyu, Tai Cheau Xuen pada Sukan Asia ditarik kerana positif dadah.

Sebelum itu, tiga atlet Sukan Malaysia didapati gagal ujian dadah, masing-masing dalam sukan angkat berat serta berbasikal.

Sementara itu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dijangka akan membuat pengumuman rasmi mengenainya pukul 2.00 petang ini dalam satu sidang media di ibu pejabat persatuan itu di Bukit Kiara.

Ia akan diumumkan oleh Timbalan presiden BAM, Datuk Norza Zakaria.

Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz sebelum ini membayangkan keputusan hasil ujian Sampel B milik Datuk Lee Chong Wei adalah sama dengan keputusan ujian doping Sampel A yang didapati positif.

Beliau yang mengiringi pemain badminton nombor satu dunia itu untuk menyaksikan analisis ujian Sampel itu berkata tidak mungkin hasilnya berbeza.

"Secara nyata, ia adalah sampel sama dan proses ujian yang sama. Anda tidak mungkin mengharapkan hasil yang berbeza…pada dasarnya itulah kesimpulannya," katanya kepada pemberita sebaik tiba dari Norway di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat.

__._,_.___

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment