Wednesday, November 12, 2014

RG2014... Ops JPJ dijalan secara menyeluruh tanpa berat sebelah tapi Menteri tak apa? [2 Attachments]

 

Wednesday, November 12, 2014

Ops JPJ dijalan secara menyeluruh tanpa berat sebelah tapi Menteri tak apa?


Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini menjelaskan operasi penguatkuasaan ke atas nombor pendaftaran kenderaan yang bermula pada 1 November lalu, adalah bagi memudahkan pihaknya mengesan pemandu yang melakukan kesalahan jalan raya.

JPJ dalam satu kenyataan berkata berikutan pelbagai pandangan dan kritikan berhubung operasi penguatkuasaan itu, pihaknya berkata nombor pendaftaran kenderaan merupakan medium kawalan keselamatan kepada tujuh kesalahan utama yang menjadi punca kemalangan dan kematian.

"Ia termasuklah tidak memakai tali pinggang atau topi keledar, menggunakan telefon bimbit semasa memandu atau menunggang, memotong di garisan berkembar, melanggar lampu isyarat merah, memotong barisan, memandu di lorong kecemasan, dan memandu melebihi had laju yang dibenarkan," katanya.

Menurut kenyataan itu, langkah kawalan ke atas tujuh kesalahan utama itu hanya boleh dilaksanakan sekiranya identiti kenderaan dapat dikenal pasti melalui nombor pendaftaran yang terang, tidak mengelirukan dan mematuhi spesifikasi.

"Sebagai contoh, dalam banyak kes langgar lari, pesalah tidak dapat dikesan kerana mangsa atau pengadu tidak dapat menyatakan nombor pendaftaran kenderaan akibat kurang jelas atau sukar dibaca.

"Selain itu, operasi itu juga bertujuan mengesan kenderaan-kenderaan yang mempamerkan nombor pendaftaran palsu yang digunakan oleh pihak tertentu bagi tujuan jenayah atau mengelakkan daripada tindakan penguatkuasaan," katanya.

JPJ turut menjelaskan penguatkuasaan nombor pendaftaran kenderaan ini adalah untuk menanam rasa hormat dan patuh kepada undang-undang.

"Ia juga memastikan aktiviti penguatkuasaan dapat berjalan dengan lancar dan tindakan undang-undang dapat diambil dengan tepat ke atas pengguna yang melakukan kesalahan jalan raya tanpa sebarang kelemahan yang wujud seperti penggunaan nombor pendaftaran palsu atau mengelirukan pihak berkuasa dan orang ramai," katanya.

JPJ turut menambah penguatkuasaan ini dijalankan secara menyeluruh tanpa berat sebelah kepada mana-mana pihak dan anggotanya turut diberi peringatan supaya mematuhi undang-undang serta tidak terkecuali daripada tindakan jika didapati bersalah. - Bernama

..... Apa yang kita perlu faham dalam hal ini, menyeluruh yang dimaksudkan ialah menyeluruh terhadap rakyat Malaysia yang bertaraf pemimpin-pemimpin UMNO ataupun Menteri (gambar atas dan bawah) dikecualikan agaknya..


Posted by Anak Sungai Derhaka

__._,_.___
View attachments on the web

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Check out the automatic photo album with 2 photo(s) from this topic.
10277900_843059579059296_9659231111579587_n.jpg 10610543_843072849057969_1107392779245669791_n.jpg

&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment