Wednesday, November 19, 2014

RG2014... Pekerja buat tuntutan gaji minima lebih RM16.9 juta

 

KUALA LUMPUR, 20 November: 

Masih ada syarikat di Malaysia yang gagal melaksanakan gaji mimima melalui penguatkuasaan Akta Gaji Minima 2012 menjadikan jumlah yang dituntut pekerja mencecah lebih RM16.9 juta.

Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abdul Mutallib, jumlah itu dituntut selepas kes kegagalan majikan dirujuk ke pihak Jabatan Sumber Manusia untuk diambil tindakan.

"Jumlah pemeriksaan berkanun yang telah kita buat sehingga kini di Sabah dan Sarawak Semenanjung adalah 32,965. Majikan yang dah patuh bayar gaji ialah 32,439 bersamaan (98%), kemudian kes tuntutan kepada gaji minima di Semenanjung adalah 886 kes, Sabah 37 kes dan  Sarawak 47 kes menjadikan jumlah 907 kes.

"Kes selesai sebanyak 211, kes dalam tindakan sebanyak 779 (78%), amaun tuntutan yang tidak dibayar oleh majikan dan perlu dibayar oleh majikan ialah lebih RM16.9 juta," katanya ketika menjawab pertanyaan lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau juga mengesahkan, sebanyak 40 pendakwaan telah dijalankan ke atas majikan yang didapati gagal mematuhi peraturan yang dilaksanakan ini.

Ismail yang juga Ahli Parlimen BN Maran turut meminta pekerja-pekerja untuk mengambil maklum berkenaan hak mereka melalui akta-akta yang ada bagi mengelakkan ditindas majikan.

"Sehingga 31 Oktober, Jabatan Tenaga Kerja di bawah Kementerian Sumber Manusia telah mengendalikan sebanyak 970 tuntutan kes buruh berkaitan kegagalan majikan mematuhi peraturan ini.

"Pekerja harus tahu apa hak yang mereka wajar dapat, bukan kementerian sahaja yang perlu tahu akta-akta ini, kerana di bawah kementerian sahaja ada lebih kurang 20 akta," tambahnya ketika menjawab soalan yang diajukan Ahli Parlimen PKR Hulu Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid.

Pelaksanaan gaji minima dikuatkuasakan pada Januari 2014 dengan menggariskan sebanyak RM900 bagi pekerja di Semenanjung manakala bagi Sabah, Sarawak dan Labuan dengan kadar RM800 sebulan.

Majikan yang didapati gagal mematuhi peraturan ini akan dikenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Majlis Perundingan Gaji Negara (Akta 732).

__._,_.___

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment