Wednesday, November 5, 2014

RG2014... Penafian demi Penafian

 

TM beri penjelasan isu harga internet di Malaysia


Merujuk kepada laporan tersebut, Telekom Malaysia Berhad (TM) dalam satu kenyataan semalam menjelaskan bahawa walaupun kajian itu mempunyai metodologi tertentu, perincian laporan tersebut telah menimbulkan banyak persoalan memandangkan ianya tidak mengambil kira beberapa faktor penting lain di dalam menyenaraikan kedudukan negara-negara tersebut, di mana salah satu faktornya adalah penerapan jalur lebar di negara-negaraitut. Kaji selidik tersebut telah dijalankan dengan mengumpul data dari ujian tahap kelajuan jalur lebar yang dijalankan, tetapi tidak menyatakan faktor-faktor utama seperti pakej jalur lebar yang digunakan oleh pengguna terbabit. Ianya menyebabkan penghasilan laporan yang tidak menyeluruh dan seimbang.

TM ingin menjelaskan bahawa tahap kelajuan jalur lebar dan keluasan liputannya adalah berbeza di antara negara dan patut  turut mengambilkira polisi nasional dan dinamik pasarannya. Di Malaysia, Pelan Jalur Lebar Kebangsaan berhasrat untuk memastikan jalur lebar diperluaskan ke seluruh negara. Walaupun Malaysia dilaporkan mempunyai tahap kelajuan purata 5.4Mbps, liputan jalur lebarnya melangkaui kebanyakan negara-negara jiran di sekelilingnya. Sehubungan itu, walaupun purata kelajuan mungkin lebih rendah apabila kita mengambil kira tahap pencapaian seluruh negara dan tahap kelajuan pakej jalur lebar yang dilanggani. Sebagi contoh, purata kelajuan di kawasan bandar yang terhubung sepenuhnya berbanding kawasan luar bandar dan pedalaman yang tidak mempunyai akses akan memberikan gambaran yang berbeza, berbanding Malaysia yang mempunyai liputan di seluruh negara. Tambahan lagi, usaha untuk menambahbaik tahap kelajuan, liputan dan penerapan jalur lebar di Malaysia serta komitmen pihak kerajaan yang berterusan telah terbukti dengan sokongan berterusan untuk pelaksanaan Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi 2 (High Speed Broadband 2 - HSBB2) dan LTE.

Setakat suku tahun pertama tahun ini, tahap penembusan jalur lebar di Malaysia telah mencapai 67.2 peratus menerusi pelbagai inisiatif yang telah dijalankan oleh kerajaan seperti Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (National Broadband Initiatives – NBI) (Sumber: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia - SKMM). Malah, TM juga telah menyumbang lebih 40 peratus ke arah pencapaian tahap penembusan jalur lebar tersebut.

Pelanggan UniFi TM kini telah meningkat melebihi 700,000 pelanggan, iaitu kadar langganan kira-kira 45 peratus berbanding liputan UniFi yang kini boleh dinikmati menerusi 1.56 juta port memberi liputan kepada 2.69 juta premis di 105 ibu sawat TM. Jalur lebar berkelajuan tinggi di kawasan-kawasan bukan UniFi juga bertumbuh kukuh dengan kadar langganan Streamyx 8Mbps yang tinggi. Setakat 1H2014, 45 peratus atau lebih daripada 1.0 juta daripada jumlah keseluruhan pelanggan jalur lebar melanggani pakej jalur lebar berkelajuan tinggi dari 4Mbps dan ke atas. Selain itu, menepati kedudukan sebagai Peneraju Jalur Lebar di Malaysia, TM kini mampu memberikan jalur lebar berkelajuan tinggi kepada pelanggan-pelanggan di kawasan-kawasan yang kurang menerima perkhidmatan (underserved) secara berperingkat dengan pelancaran perkhidmatan 4G pertama, TMgo baru-baru ini.

Menyentuh mengenai dakwaan kos sambungan Internet yang dikatakan tinggi berbanding negara-negara lain, ianya tidak seharusnya diperbandingkan secara terus memandangkan terdapat banyak faktor lain yang turut mempengaruhi kos pelaksanaan rangkaian infrastruktur termasuklah faktor geografi serta saiz sesebuah negara itu. Sebagai contoh, Malaysia, dengan kawasan pedalaman serta bentuk topografi yang berbentuk banjaran dan gunung meliputi sebahagian besar negara, menjadikan pelaksanaan sebuah negara yang tersambung secara menyeluruh sangat mencabar.

Namun begitu, kaji selidik BT Teleconsult telah membuktikan bahawa perbelanjaan modal (capex) TM adalah di antara yang paling kos efektif di dunia berdasarkan ciri-ciri utama rangkaian HSBB yang dilaksanakan serta tempoh pelaksanaan yang paling cepat dengan skop pelaksanaan yang begitu besar pada masa itu, termasuk liputan ke seluruh negara merangkumi akses, rangkaian utama dan infrastruktur antarabangsa.
 
Menurut laporan Affordability Index 2013 yang dikeluarkan oleh Alliance for Affordable Internet (A4AI) pada bulan Disember 2013, Malaysia berada di tempat teratas secara keseluruhan antara negara-negara berpendapatan sederhana dan status pembangunan yang sama mengikut penilaian yang merangkumi komposit infrastruktur komunikasi, akses dan kemampuan. Laporan tersebut boleh diakses di http://a4ai.org/affordability-report-2013/.

Memetik kenyataan yang telah dikeluarkan oleh SKMM berkenaan dengan perbandingan kadar Internet ini yang telah dipaparkan di laman Facebooknya pada 18 Oktober 2014, yang menyatakan bahawa laporan media mengenai harga Internet di Malaysia mahal adalah tidak tepat memandangkan perbandingan itu dibuat berdasarkan pemerhatian dan perbandingan harga tanpa disokong oleh sebarang fakta yang kukuh. Di dalam kenyataannya, SKMM turut merujuk kepada hasil kajian yang dibuat oleh Measuring Information Society (MIS), International Telecommunication Union (ITU) yang membuat perbandingan harga Internet beberapa negara di rantau Asia menggunakan Purchasing Power Pariti (PPP) dan Gross National Income (GNI) per kapita serta jumlah isi rumah yang mempunyai akses kepada Internet. Perbandingan data tersebut jelas menunjukkan harga Internet di Malaysia sangat kompetitif dan berpatutan berbanding negara-negara lain. (Sumber: Laman Facebook SKMM di www.facebook.com/SuruhanjayaKomunikasiMultimediaMalaysia).

Menyentuh tentang kadar harga pakej jalur lebar TM pula, Syarikat telahpun mengurangkan kadar langganan untuk pakej jalur lebar perkhidmatan Streamyx pada tahun 2010 dengan pengenalan tawaran perkhidmatan UniFi, selari dengan pengumuman NBI oleh Kerajaan.

TM, sebagai Peneraju Jalur Lebar Negara tetap komited untuk memainkan peranan kami bagi menyediakan akses Internet kepada seluruh rakyat Malaysia, selari dengan aspirasi menyampaikan gaya hidup digital yang bersepadu disamping memberikan pengalaman pelanggan yang dipertingkatkan ke rumah-rumah di Malaysia. TM akan terus menawarkan perkhidmatan jalur lebar kepada negara merentasi semua segmen dan lokasi – konsisten dengan Pelan Jalur Lebar Nasional dengan membawakan perkhidmatan tiga serangkai (triple play) UniFi yang menawarkan Suara, Internet Berkelajuan Tinggi dari 5Mbps sehingga 20Mbps untuk pelanggan kediaman serta 50Mbps untuk pelanggan perniagaan; dan IPTV iaitu HyppTV menerusi HSBB; Jalur Lebar Pinggir Bandar (Suburban Broadband – SUBB); dan juga Jalur Lebar untuk Populasi Umum (Broadband for General Population – BBGP) menerusi perkhidmatan Streamyx kami dengan menawarkan pelbagai pakej gabungan perkhidmatan jalur lebar dan telefon (2-play) yang mampu dimiliki dan komprehensif untuk semua golongan masyarakat dengan pakej sehingga 8Mbps.

Kami berharap maklumat komprehensif yang diberikan ini dapat memberi gambaran yang lebih menyeluruh untuk manfaat pembaca dan pengguna Internet di Malaysia.

  • Akupunnews Akupun · Top commenter · S.M.K. Sultan Abdul Samad
    sekali lagi..masuk bakul angkat sindri..kalo nak cerita pasal topografi apa topo. Vietnam tu semua landai ke? tak payahlah nak kelentong org lagi..dasarnya Internet di Malaysia Dimonopoli oleh TM alone~! bukak pasaran utk kebaikan rakyat sekarang~!
  • Arafat X Sa · Follow · Multimedia University
    Mintak internet 8 Mbps katanya kawasan tak support last2 dapat 1Mbps je. Nak kata kawasan saya duduk tak maju dari segi infrastructur. Sedangkan sekeliling ada je bangunan dewan kerajaan, masjid kerajaan, balai polis kerajaan yang hanya lebih kurang 200 meters je dari rumah. Last2 dapat 1Mbps. 1 Mbps tgk youtube ingat laju ke. 480p pon macam siput. Kalau kita lihat, dekat Vietnam sekarang dah banyak peluang pekerjaan dalam sektor IT. Disebabkan internet diorang laju, masyarakat diorang guna internet untuk buat business, dan mereka sekarang tengah usahakan untuk bangunkan bandar silicon valley macam kat USA. Kat Malaysia ada sillicon valley tapi ingatlah internet kalau lambat boleh membuatkan business kat malaysia terok. SEbagai contoh, para business web hosting memerlukan kelajuan internet yang tinggi untuk host kan server diorang kepada customers di luar negara. Kalau internet lambat, customers marah para business ni bukan marah TM. Sebab tu lah negara tak maju bila internet lembab.
    • Fadzil Mohamad · Works at Kolej Matrikulasi Perlis
      Sy pon kwsn indstri..tp line..!?!?
      Siput laju sikit...hakhak
      Reply · Like · about an hour ago
    • Arafat X Sa · Follow · Multimedia University
      Fadzil Mohamad tempat saya kerja sebelum ni syarikat IT (bangunan kerajaan), kelajuan internet 4Mbps and dalam office lebih dari 6 orang guna line sama. Memang slow. Cuba apply dari TM untuk lebih laju dari tu sebab susah nak buat kerja sebab lambat load (kami web developers memang perlukan internet laju untuk upload dan download) tapi katanya streamyx 8Mbps tak support kawasan tu. Sampai company yang buat business IT under status MSC pun tak boleh apply internet lebih dari 4Mbps. Bila lah nak maju internet di Malaysia.. hmm
      Reply · Like · 1 · about an hour ago
    • Fadzil Mohamad · Works at Kolej Matrikulasi Perlis
      Jika caj setanding dgn prkhdmtn yg diberi...msti org x merungut...
      Ni yg dok bising2 ni sbb kita byr, bkn gn free!
      Reply · Like · 1 · about an hour ago
  • Cqmie Ismail · Top commenter · Kuala Lumpur, Malaysia
    BUDAYA KOPORAT MALAYSIA..... PENAFIAN PENAFIAN PENAFIAN PENAFIAN.... walaupun penarafan di buat mereka yang bertauliah dan hampir satu dunia di buat penarafan.... adoiiiii
    • Muhammad Iqmal · Top commenter
      Budaya politik lg teruk penafiannya
      Reply · Like · 2 hours ago
    • Fadzil Mohamad · Works at Kolej Matrikulasi Perlis
      NFCorp pon blh dok nafi lg w.pon PAC dah bgtau yg duit rm250juta dana awam diseleweng!
      Inikn pula TM...mgkn kn Barrack Obama sndr yg keluarkn laporan kot, br nk caya.
      Sbb kita prcy bulat2 kat Barrack ni..
      Reply · Like · about an hour ago
  • Mohd Nizam Baharudin · Top commenter · Typists at Voice Behind The Screen
    Duduk China bayar internet tak sampai RM900 untuk setahun dengan kelajuan 20mbps .. balik malaysia pakai UNIFI 5mbps kene bayar RM149 sebulan . Steady TM !
  • عزمان عبد القادر · Works at Sri darul taqwa
    apa kecoh-kecoh internet lembab bayar mahal. nak internet laju pindah la ke Teluk Intan.
  • Asmuni Abd Rahman
    itu bukan penjelasan, itu alasan..

__._,_.___

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment