Tuesday, November 11, 2014

RG2014... RE: [MalaysiaNews] Datuk Bandar Kl Angkuh Dan Biadab-Mcm Khir Toyo Dulu..

 

12:17PM - 12 Nov 2014

MP mahu rujuk Ahmad Maslan ke JK parlimen

 147  0  0

MP PKR, Rafizi Ramli menuntut agar Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan dirujuk ke jawatankuasa hak dan keistimewaan dewan kerana didakwa mengelirukan Dewan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

MP Pandan itu mengemukakan usul berkenaan dalam persidangan Dewan Rakyat pada jam 11.30 pagi ini.

Usul berkenaan akan diputuskan pada petang ini oleh Yang Dipertua Dewan, Datuk Seri Pandikar Amin Mulia.

Terdahulu, Rafizi dalam sidang medianya berkata Ahmad Maslan berdolak-dalik tentang surat sokongan kerajaan ke atas hutang 1MDB sebanyak RM9.6 bilion.
 
Dalams sidang media bersama MP Petaling Jaya Utara, Tony Pua, mereka mendakwa Ahmad pada hari Khamis lalu memberitahu Dewan Rakyat yang kerajaan tidak menjamin hutang tersebut.

Namun, harian Financial Daily The Edge sejak semalam lagi melaporkan bahawa Ahmad Maslan mengaku kerajaan mengeluarkan surat sokongan kepada 1MDB.

Menurut laporan itu, Ahmad menegaskan bahawa surat sokongan itu tidak menjamin hutang tersebut.

Mengulas perkara itu, Rafizi berkata jaminan yang dikelaskan sebagai liabiliti kontingen tidak dizahirkan dalam penyata kewangan negara bagi tahun berakhir 31 Disember 2013.

"Surat jaminan kini digunakan sebagai satu lagi instrumen untuk menyorokkan hutang negara," kata Rafizi pada sidang media di lobi Parlimen pagi ini.

[Berita penuh menyusul]

 

From: MalaysiaNews@yahoogroups.com [mailto:MalaysiaNews@yahoogroups.com]
Sent: Thursday, 19 June, 2014 12:52 PM
To: MalaysiaNews@yahoogroups.com; respeks_group@yahoogroups.com
Subject: Re: [MalaysiaNews] Datuk Bandar Kl Angkuh Dan Biadab-Mcm Khir Toyo Dulu..

 

 

Kat Malaysia ni susah mcm2 dah.kakitangan kerajaan bukan semua pro kerjaaan, yang pro-PAs  pun sama  2x5 saja yang menulis ni mungkin tak selidik kat kt kawasan lain sama....di Perak dan Kedah sebagai contoh ramai cikgu yang pro pembangkang kalau nak tolong bantu murid dia tgk jugak anak siapa e.g. bantuan2 yang disalur melalui sekolah ditempat saya ada anak tegar PAS yang dapat bermacam2 dari cikgu sekolah, masjid dan sebagainya.samapat berlambak makanan kat ceruk dapaur rumah.

 

On Thursday, June 19, 2014 8:50 AM, "faridah ibrahim faridahib@yahoo.com [MalaysiaNews]" <MalaysiaNews@yahoogroups.com> wrote:

 

 

 

Penjawat awam sepatutnya mengutamakan kepentingan rakyat. Tapi kalau penjawat awam yg taksub dgn Umno/BN dilantik, ciri2 pemimpin Umno/BN.... spt arrogant, sombong, tak pedulikan kepentingan rakyat, bukan menjalankan tugas DENGAN AMANAH yg diberikan kpdnya oleh rakyat... inilah hasilnya... mempersetankan arahan mahkamah, tak berperikemanusiaan (org dah nak sambut puasa/ Raya tak lama lagi dgn tempat tinggal tak ketahuan) dan berlagak mcm dia  'above the law' (pasal selalunya takde tindakan undang2 kalau pesalah tu ialah penyokong/kroni Umno).

 

What do you expect in Bolehland, kan???

 

On Thursday, 19 June 2014, 8:35, "Pendekar Blogger pendekarbloggerz@gmail.com [MalaysiaNews]" <MalaysiaNews@yahoogroups.com> wrote:

 

 

Datuk Bandar Kl Angkuh Dan Biadab
Posted on Wednesday, June 18 @ 17:55:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo


ArtikelOleh Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi

Lajnah Tanah dan Pembangunan Bandar (LTPM) Pemuda PAS Malaysia merasa terkilan dengan kenyataan Datuk Seri Ahmad Phesal Talib, Datuk Bandar Kuala Lumpur yang tetap berkeras mahu kesemua rumah penduduk Kampung Chubadak Tambahan dirobohkan walaupun penduduk memfailkan injunksi di Mahkamah Tinggi.

LTPB PPM melihat kenyataan Datuk Seri Ahmad Phesal sebagai sombong, angkuh, biadap serta tidak menghormati keputusan mahkamah. Keputusan Mahkamah Tinggi pada 12 Jun 2014 telah memberikan perintah Injunksi menghalang sebarang tindakan perobohan rumah oleh pihak DBKL. Sebagai penjawat awam, beliau sepatutnya faham dan menghormati keputusan mahkamah yang telah membenarkan penangguhan perobohan perkampungan itu sehinggalah pada 26 Jun 2014 dan mengambil tindakan selepas itu, itupun setelah mendapat kelulusan dari pihak mahkamah, bukan atas arahan sendiri.

Tindakan Datuk Seri Ahmad Phesal tidak kena pada masa dan tempatnya dan berlagak seolah-olah beliau berkuasa melakukan apa sahaja terhadap penduduk, sedangkan seharusnya kesemua masalah ini boleh diselesaikan dalam meja rundingan. Kekerasan dan ketegasan sikap beliau melambangkan kesombongan beliau sendiri sehingga menetepikan perintah mahkamah, apatah lagi bersikap tidak peri kemanusiaan terhadap penduduk Kampung Chubadak Tambahan.

LTPM PPM menegaskan, jika Datuk Seri Ahmad Phesal masih berkeras untuk merobohkan rumah sehingga melanggar perintah Injunksi Mahkamah Tinggi, para peguam tidak akan teragak-agak untuk memfailkan prosidig komital menghina mahkamah terhadap Datuk Bandar KL. Beliau perlu dijadikan pengajaran kepada semua pihak supaya menghormati undang-undang negara, dan sesiapa sahaja termasuk penjawat awam tertinggi sekalipun tidak akan terlepas dari tindakan undang-undang. LTPB PPM juga mengingatkan kesemua pihak bahawa dalam isu Kampung Chubadak Tambahan, perbincangan dan dan dialog adalah kaedah terbaik dengan membuka ruang penyelesaian yang paling baik dan memuaskan hati kesemua pihak, bukannya dengan cara merobohkan rumah ala-Zionis ini.

AHMAD ZAMRI ASA'AD KHUZAIMI
Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Bandar
Pemuda PAS Malaysia

 

 

__._,_.___

Posted by: "Abdul_Rahim" <abdul_rahim@thermos.com.my>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment