Tuesday, November 18, 2014

RG2014... Rekrut polis wanita Indonesia wajib jalani ujian dara [1 Attachment]

 

Rekrut polis wanita Indonesia wajib jalani ujian dara
Posted on Wednesday, November 19 @ 08:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu






JAKARTA: Aktivis antarabangsa menggesa pihak berkuasa Indonesia memansuhkan ujian anak dara untuk wanita yang mohon menganggotai pasukan polis negara itu.

Human Rights Watch (HRW) berkata peraturan mewajibkan pemohon harus anak dara dan belum berkahwin sebagai pra-syarat untuk menjadi ahli polis perlu dimansuhkan.
 
HRW  berkata wanita Indonesia yang diwawancaranya mengaku mereka terpaksa melalui ujian untuk membuktikan mereka masih dara sebagai syarat menjadi anggota polis.
 
Ujian itu mewajibkan pemohon berbogel di depan sepasukan pegawai wanita yang kemudian menusuk dua jari dalam kemaluan mereka.
 
"Saya tidak mahu mengimbau kembali pengalaman yang pahit dan memalukan itu," kata seorang pemohon berusia 19 tahun yang menjalani ujian itu di Pekan Baru, Sumatra.
 
"Kenapa harus kami berbogel di depan orang yang tidak dikenali. Ia harus dihentikan.
 
Jurucakap HRW,  Nisha Varia berkata ujian "dua jari" itu harus dihentikan serta-merta kerana ia mengaib dan menjatuhkan maruah wanita. 
 
"Polis di Jakarta harus memansuhkan ujian ini dan mengambil tindakan susulan untuk memastikan semua markas polis lain turut mengambil tindakan sama," kata beliau. - ANTARAPOS

__._,_.___
View attachments on the web

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Check out the automatic photo album with 1 photo(s) from this topic.
polis indon.jpg

&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment