Saturday, November 8, 2014

RG2014... Syarikat di Sarawak Jadikan Pekerja Asing 'Hamba Zaman Moden'

 

Syarikat di Sarawak Jadikan Pekerja Asing 'Hamba Zaman Moden'

Published: 8 November 2014
[Image: IMMIGRATION_300314_TMIAFIF_001.jpg]

Seorang warga India,Lokesh Spaliga telah datang ke Malaysia dengan Visa  yang sah untuk bekerja di Syarikat minyak pesisir pantai,beliau telah mengalami pengalaman yang dahsyat tentang apa yg boleh dikatakan sbg 'perhambaan zaman moden' apb terpaksa bekerja dalam keadaan yang menyiksakan dengan dibayar upah RM20 sehari,kejadian ini tambah memburukkan lagi rekod buruk pemerdagangan manusia  di Malaysia.
 

Akhbar online India,Mid-Day telah memaparkan berita lengkap mengenai Lokesh spaliga,yang telaha di umpan oleh agensi pekerjaan yang menjanjikan gaji diantara 50000-60000 rupess atau RM2700-RM3700.Lokesh Spaliga yang berumur 27 tahun kini telah pulang ke India setelah kira2 tiga minggu berada dalam apa yang didakwanya sebagai 'lubang neraka dunia' di Malaysia.

Ceritanya bermula apb dia menyahut iklan di internet dari agensi yang bernama One Ram support service yang berdaftar di Mumbai,India yang menawarkan pekerjaan di Pelantar Minyak,dia mengambail keputusan untuk berhenti kerja sebagai juruelektrik di timur tengah dan membayar upah agensi sebanyak RM9200 yang mana termasuk tambang kapal terbang dan sampai di Kuala Lumpur Malaysia pada 19 September,tidak mengesyaki apa apa penipuan kerna telah diberi visa yang di cop dengan betul dan menyakan pekerjaanya dengan jelas,jadi pada waktu itu tidak timbul sebarang keraguan.


Di Malaysia,di telah berjumpa dengan sub-agen dan mereka menghantarnya bekerja di CM Fibre Processing,disini dia berjumpa beratus pekerja asing lain kebanyakanya datang dari India dan Nepal,bekerja dalam keadaan tidak berperikemnusiaan antara 14-20jam sehari juga diarah bekerja malam tanpa notis dan dibayar hanya RM20 atau 400rupees,Katanya "kaki saya akan bengkak dan kebas kerna berkerja dalam keadaan itu,sesiapa sahaja yang berani untuk komplen akan dipukul oleh pengawal syarikat, waktu rehat hanya beberapa jam dan mereka akan diarah untuk tinggal di dalam kontena dalam masa itu."


Menguatkan dakwaanya,Mid-Day telah memauat naik Klip Video berkaitan suasana kerja yang telah dirakam oleh Spaliga secara sulit melaui telefon bimbitnya,antara 15-20 pekerja disumbat dalam bilik kontena yg hanya bertikar dan dipenuhi dengan pijat,Katanya pada akhbar online.
Merka juga diberi makanan yang sudah dicemari dengan ulat,pinggan dan periuk tidak pernah dibasuh dan kadangkala diberi ikan yang sudah busuk,tidak ada kemudahan perubatan lansung diberi kpd pekerja,ini termasuk Spaliga yang luka dikepala terkena serpihan besi.

Penyiksaan itu berlangsung selama 26hari,selepas itu dia telah berjaya merasuah orang2 tertentu supaya menghubungi abang iparnya di India,Prakash Karkera yg kemudianya telah memaksa agensi pekerjaan untuk membawa semula Spaliga pulang,Spaliga kemudianya telah diarah untuk bertemu semula sub agen yg menunggu di tepi hutan berhampiran kilang,dan dia telah dipaksa untuk tandatangan surat supaya dia tidak membuat laporan berkaitan kilang atau agensi kpd mana2 pihak."Saya terpaksa tandatangan,jika tidak mereka mengugut akan mengoyak passport dan Visa saya,"Katanya pada Mid-day.


Dalam bulan Jun tahun ini,USA telah menurunkan Malaysia pada tier 3 dalam Report tahunan pemerdagangan Manusia,ini berdasar pada respon kerajaan dalam memerangi 'perhambaan zaman moden'.Tier 3 adalah tahap paling rendah sekali dan mengakibatkan mana mana negara yang berada pada tahap itu akan dikecualikan dari menerima bantuan yang berkaitan selain dari  kemanusiaan atau perdagangan.

Laporan ini adalah diantara puluhan bukti kukuh tentang buruh paksa dan trafik seks di Malaysia,sebelum ini,September lepas, pendedahan di Youtube setelah 2tahun penyiasatan juga telah dibuat oleh jurnalis Mahi Ramakrishnan dan Rian Maeizer berkaitan pelacuran bawah umur. – November 8, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/indian-nationals-oil-rig-job-turns-out-to-be-slavery-in-sarawak-factory#sthash.WPO1o0fw.dpuf

__._,_.___

Posted by: Pendekar Bloggerz <pendekarbloggerz@gmail.com>
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
&quot; Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/&quot;

&quot; Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net&quot;

&quot; Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam&quot;

&quot; Kedai Maya : http://halawahenterprise.blogspot.com/&quot;

&quot; Blog Sahabat RG : http://azwandengkil.com&quot;

Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com.
Segala email yang tersiar melalui Respeks Group adalah tanggungjawab penulis asal email. Owner atau moderator tidak bertanggungjawab ke atas setiap email yang disiarkan dan sebarang dakwa dakwi tiada kena mengena dengan moderator group.


.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment