Thursday, February 24, 2011

Re: RG09... Baik pakai bikini je

 

btol2x..sy sokong..sy pun puji sikap ustazah tu yg berani tegur minah tu...tp knpa ade org yg m'p'soalkan sikap ustazah tu tegur minah sexy tu?apela diorang ni..kita sesama Islam mmgla kna tegur klu x btol..tu la melayu n yg paling sedih Islam..bila org buat benda btol n b'landaskan agama,kita sesama kita m'ngeji plak n kondemkan ustazah tu..mmg sape2 yg kondem ustazah tu yg patut kna tegur sbnrnya..hehehehe


From: Zunaidah Abdullah <zunaidah2020@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Thursday, 24 February 2011 14:12:27
Subject: Re: RG09... Baik pakai bikini je

 

As-Salam,
sokong tindakan ustazah tu berani menegur perkara sebegitu...kita lihat jarang sekali orang yang berani menegur...malah kadang kadang kalau ada Tok Imam ke, Tok Aji ke ...mana mereka nak tegur kalau ada kemungkaran...kecuali bila ada aduan baru mereka nak ambil tindakan........bagus Ustazah!!


From: Mat Susu <faruqi2001@yahoo.com>
To: respeks_group@yahoogroups.com
Sent: Thursday, February 24, 2011 11:19:28
Subject: RG09... Baik pakai bikini je

Salam...

Rasanya tak perlulah nak komen2 hal ni... dah elok ustazah tu berani tegur alhamdulillah... sekurangnya dah ada amar makruf nahi mungkar... Kita dok komen plak apa ke jadahnya...


Cara nak tegurpun Nabi dah jelaskan... ada 3... Dengan tangan... lisan ... dan hati... Nabi kata selemah2 iman adalah hati... cam abilah hehe... memang menyampah ngan orang berpakaian macam tu tapi nak tegur hehe... takdelah aku berani... Alhamdulillah masih ada iman nabi kata walaupun lemah. Hehe. Orang yang dalam hatipun tak tegah takde iman beb!!!...

Syabas buat yang berani dan yang berani tu rasanya hanya ada 1% je dari kita semua... yang lain sekadar ngomel dalam hati...

Kalau tak berani baik duk diam!!! Antara sahabat nabipun ada yang caranya nampak cam kasar... siap keluar pedang macam Umar Al Khattab... manakala ada yang agak lembut... biasalah... pendekatan tu lain orang lain caranya...

Kalau tak berani jangan banyak cakap bila ornag buat teguran. Diam je!!! Dah lah tak berani komen banyak plak!!! Hampeh!!!... huaaaaaa

Pada abi bebudka zamans ekarnag nipuns esekali memang kena hentak sikit dengan kasar hahaa... dah macam2 cara lembut tak makan... tapi bukan lah hentak selalu. Apapun abi tak berani...

From: abiat07 <abiat07@yahoo.com>
Date:
Wed Feb 23, 2011 3:04 am
Subject:
RE: RG09... Baik pakai bikini je
abiat07
Offline Offline

Send Message Send Message

Edit Membership Edit Membership
Salam,

kita sering kali mendengar kata2 seperti ini:

"kuman di seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak"
"salah orang kita perasan, salah sendiri kita tak sedar"
"jangan cari salah orang"

sebenarnya sifat ini memang ALLAH dah kurniakan ke atas kita. Itu sudah lumrah sifat manusia. tapi, ianya tak semestinya sesuatu yang buruk. tujuannya cuma satu, ALLAH memang nak kita saling tegur-menegur. bukankah salah satu daripada tanggungjawab seorang mukmin, adalah "nahi mungkar"?

cuma mungkin, cara untuk kita menegur itu ada pelbagai kaedah.



--- On Tue, 2/22/11, Tand Z <tandz@live.com.my> wrote:

From: Tand Z <tandz@live.com.my>
Subject: RE: RG09... Baik pakai bikini je
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Tuesday, February 22, 2011, 11:58 AM

 

bukan pilih tu..tp jgn cr salah org sbb yg menilai hanya Allah,
kalo fikir pakai tudung tp lengan pendek..x kan awak short cut baik x yah pakai baju..hek hek
 
*trying to be perfect is better than do nothing
 



 





 


To: respeks_group@yahoogroups.com
From: faruqi2001@yahoo.com
Date: Mon, 21 Feb 2011 18:46:19 -0800
Subject: RG09... Baik pakai bikini je



Hehe... elok jugalah tu... pilih2 dosa. kwang3x... dosa rambut tak dapat... dosa tunjuk lengan dapat... kui kui kui

From: za t <zatuamni@hotmail.com>
Date: Mon Feb 21, 2011 6:07 pm
Subject: RE: RG09... Baik pakai bikini je.
sweet_rosalake
Offline Offline
Send Message Send Message
Edit Membership Edit Membership
at least..dosa tunjuk aurat rambut x dapat..kalo lengan pendek pon..

zzzzz



 

To: respeks_group@yahoogroups.com
CC: ingatan@yahoogroups.com; mahligai@yahoogroups.com
From: azwandengkil@yahoo.com
Date: Mon, 21 Feb 2011 17:00:15 -0800
Subject: RG09... Baik pakai bikini je.

 

Baik pakai bikini je.


Assalamualaikum WBT,

Ahad lepas saya sekeluarga ke Sogo membuat persiapan terakhir bagi menyambut kelahiran anak saya yang ke-5 yang dijangka pada awal April. Tetapi jika mengikut anak-anak yang lain sebelum ini, kebiasaannya awal 2-3 minggu. Jadi, mengikut jangkaan saya sendiri mungkin pada pertengahan Mac.

Selepas zohor kami mencari tempat untuk makan tengahhari. Saya dan isteri lebih suka nasi berlauk. Tetapi anak-anak lebih berminat dengan makanan segera dan KFC pilihan utama. Walaupun naik muak makan ayam ni, saya dan isteri terpaksa mengalah dengan anak-anak dan turutkan kemahuan mereka.

Sewaktu saya tiba, jumlah pelanggan tidak terlalu ramai. Mungkin bukan di dalam shopping mall, jadi mudah kami mencari tempat. Sewaktu saya berbaris sepasang kekasih (pada pandangan saya), mungkin juga suami isteri, masuk dan terus berbaris dikaunter. Lelakinya boleh dikategori berpakaian sopan dan menutup aurat akan tetapi pasangannya hanya berseluar pendek yang amat sangat dan kelihatannya seperti seluar dalam. Bajunya pula ketat dan sendat hingga membuat hampir keselurahan pelanggan di restoran tersebut memandang ke arah pasangan tersebut. Untuk makluman, majoriti pelanggan adalah berkeluarga dan ada anak-anak kecil seperti saya.

Sewaktu pasangan tadi telah mengambil tempat yang tidak jauh dari tempat saya duduk, seorang wanita mungkin seorang ustazah mendekati pasangan terbabit. Saya tidak mendengar apa yang dikatakan oleh ustazah tersebut tetapi dengan nada marah perempuan yang berpakaian agak menjolok mata itu dengan nada marah berkata begini "Cuba lihat perempuan yang pakai tudung tapi pakai baju lengan pendek. Apa beza dengan saya? Dua-dua pun tak tutup aurat. Jadi apa masalahnya? Kenapa yang itu tidak ditegur?" 

Perghhhh... Pandai pula bercakap perempuan ni. Belum sempat ustazah tadi menghabiskan hujahnya, pasangan tadi terus beredar dari restoran itu tanpa menghabiskan makanannya. Ternyata tindakan ustazah itu harus dipuji. Saya pun tidak sekuat itu. Namun yang dikesali tindakan perempuan itu mempersoalkan cara wanita lain berpakaian yang kalau dikira berkali ganda lebih sopan dari dirinya yang berpakaian ala-ala amoi nak ke pasar malam. Saya sempat berkata pada isteri saya, jikalau begitu baik pakai bikini je. Lebih sejuk...

Begitulah halusnya bagaimana syaitan menipu manusia. Sedikit demi sedikit dari membuka bahagian tangan seterusnya mendedahkan bahagian leher dan seteresnya berpakaian tetapi telanjang yang akhirnya jadilah seperti perempuan tadi. Namun, jangan kita perkecilkan wanita yang berusaha untuk menutup aurat dengan sempurna walaupun masih ada kekurangan. Semoga Allah SWT beri hidayah dan kekuatan pada mereka agar mereka berjaya melaksanakannya dan terlepas dari fitnah. 
 
 
Forum : respeks
Facebook : respeks
Weblog : respeks_group
Weblog higoat : Mr_higoat
Daftar Ahli Online : Daftar Online
Senarai ahli seluruh dunia : Senarai ahli






__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment