Friday, February 25, 2011

RG09... Calun PRK Dun Kerdau & Merlimau

 

 

Calon PRK Pas : Hasanuddin Di Kerdau,Yuhaizad Di Merlimau

Hasanuddin Salim

TEMERLOH, 24 Feb: Ketua Penerangan PAS Pahang, Hasanuddin Salim diumumkan sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Kerdau oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam majlis yang diadakan di tapak Kompleks PAS Pahang, Kerdau, pada jam 10.46 malam ini.
Turut berucap pada majlis itu ialah Timbalan Presiden PAS dan PKR, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden dan AJK PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mohamad Sabu.
Hasanuddin yang dilahirkan di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh pernah bertanding di Dun Kerdau pada pilihan raya umum lalu.
Beliau yang berkelulusan Diploma Ukur dari UiTM, Shah Alam mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak adalah seorang usahawan.
Hasanuddin berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur Hospital Temerloh di samping pernah berkhidmat di Sudan dalam industri minyak dan gas.
SPR menetapkan tarikh pengundian PRK Kerdau pada 6 Mac ini sementara penamaan calon pula 26 Februari.Hrkh

Yuhaizad Abdullah

Sementara itu di Merlimau P
AS menurunkan Timbalan Yang Dipertua Kawasan Jasin, Sdr Yuhaizad Abdullah, sebagai calon pilihanraya kecil N27 untuk berdepan dengan calon BN, Roslan Ahmad.Yuhaizad juga adalah Timbalan Ketua Dewan Pemuda Negeri Melaka.

Beliau amat dikenali pengundi-pengundi di DUN Merlimau ini kerana beliau ialah seorang yang amat aktif di dalam kerja-kerja masyarakat.

Di dalam mana-mana kegiatan parti yang melibatkan kawasan Jasin atau pemuda negeri, nama Yuhaizad tidak asing lagi sekalipun di kalagan pengundi bukan Melayu kerana beliau sering menjadi pengerusi majlis (mc) di pentas-pentas ceramah Pakatan Rakyat.

 

Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau: Bekas Calon Pada Pilihan Raya Umum 2008 Lalu, Hasanuddin Salim Terpilih Sebagai Calon PAS Wakili Pakatan Rakyat

PDO

TEMERLOH, 24 Feb [10.30 pm] - Ketua Penerangan PAS Pahang, Hasanuddin Salim (foto) 43, dipilih mewakili parti PAS bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau yang akan diadakan pada 6 Mac depan. Pengumuman berkenaan dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di markas induk parti itu di Kerdau malam ini.. Hasanuddin yang berasal dari Kampung Loyang di sini bakal berhadapan dengan Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad yang dipilih mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya itu nanti. "Ini adalah amanah yang cukup berat, tetapi insya-Allah dengan sokongan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, DUN Kerdau ini akan dirampas oleh PAS. "Walaupun amanah ini cukup berat, tetapi dengan kekuatan dan iltizam, kita akan bekerja dengan baik untuk rampas DUN Kerdau ini." katanya semasa menyampaikan ucapan ringkas selepas diumumkan sebagai calon PAS. Beliau yang juga Setiausaha PAS kawasan Temerloh pernah mewakili PAS pada pilihan raya umum ke-12 di DUN Kerdau. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 6 Mac depan sebagai tarikh pengundian, manakala penamaan calon pada Sabtu 26 Feb ini.

[Pemilihan Hasanuddin Salim merupakan sesuatu yang tidak dijangka sebenarnya. Malah populariti beliau dilihat berada dibelakang Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi dan Ustaz Kamal Ashaari. Namun, tuah menyebelahinya kerana terpilih mewakili PAS dan Pakatan Rakyat sekali lagi selepas gagal melakukannya pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu. Harus diingat, pilihan raya umum senarionya berbeza daripada pilihan raya kecil sebenarnya. Jentera kedua-dua parti turun dari segenap pelusuk negara untuk berkampung di kawasan terbabit untuk memberi sokongan dan berkempen. Makanya, apakah Hasanuddin berjaya menafikan majoriti 1,615 yang dimenangi BN pada pilihan raya umum lalu?. Atau mungkinkah majoritinya akan bertambah dan mungkin juga beliau boleh menang jika mood rakyat untuk menolak UMNO BN semakin membuak-buak itu dijadikan alasan. Apapun, syabas dan tahniah kepada Saudara Hasanuddin Salim!!].

Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau: Timbalan Yang Dipertua Kawasan Jasin & Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terpilih Jadi Calon Pakatan !!

PDO
 
MERLIMAU, 24 Feb [9.30 pm] - PAS menurunkan Timbalan Yang Dipertua Kawasan Jasin, Yuhaizad Abdullah (foto), sebagai calon pilihanraya kecil N27 Merlimau untuk berdepan dengan calon BN, Roslan Ahmad.Pemilihan Yuhaizad selaku Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada jam 11.25 malam ini di hadapan lebih 6,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di Dataran Markas PAS DUN Merlimau. Berusia 38 tahun, Yuhaizad adalah juga Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri. Beliau amat dikenali pengundi-pengundi di DUN Merlimau ini kerana beliau ialah seorang yang amat aktif di dalam kerja-kerja masyarakat. Di dalam mana-mana kegiatan parti yang melibatkan kawasan Jasin atau pemuda negeri, nama Yuhaizad tidak asing lagi sekalipun di kalagan pengundi bukan Melayu kerana beliau sering menjadi pengerusi majlis (mc) di pentas-pentas ceramah Pakatan Rakyat Pemilihan anak jati Kampung Chinchin yang terletak di dalam DUN Merlimau yang berkelulusan Diploma Tasawur Islam itu dipercayai mampu memberikan tentangan sengit kepada BN yang sememangnya begitu yakin dapat mempertahankan kerusi DUN Merlimau.

[Difahamkan calon PAS ini juga pernah bekerja sebagai juruteknik Siemens Semiconductor pada 1994 hingga 1998, Pegawai Tadbir Koperasi Hak Anak Melaka (Kohamas) pada 1998 hingga 2000, Pegawai Tadbir Borneo Security Melaka (2001-2003), Pengurus Projek Kontraktor Penyelenggaraan di MISC Menara Dayabumi (2003-2007) dan Pengurus Projek Kontraktor Penyelenggaraan di Universiti Multimedia pada tahun lepas. Maknanya beliau bukanlah calon biasa dan sudah semestinya ia menjadi kekuatan Pakatan Rakyat untuk berhadapan dengan calon BN sebenarnya. Apapun, jentera parti perlu bekerja keras di Melaka kerana PAS tidak menang satu pun kerusi DUN pada pilihan raya umum ke-12 lalu. Teruskanlah usaha, selamat berjuang].
 

 

Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau, Anak Saudara Bekas ADUN Serta Ketua Menteri Melaka Terpilih Sebagai 'Calon UMNO Barisan Nasional' Kali Ini !

PDO
 
Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Jasin, Roslan Ahmad (foto) dipilih sebagai calon Barisan Nasional untuk Pilihan Raya Kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemilihan Pengurus Perbadanan Melaka Holdings (PMH) itu pada majlis pengumuman calon BN semalam. Roslan merupakan pemimpin muda yang tidak asing di kawasan ini. Beliau merupakan anak bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Allahyarham Datuk Ahmad Ithnin penggal 1974. Bapa saudara Roslan pula adalah bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Abu Zahar Isnin (1997-1999). Lulusan Diploma Pentadbiran Perniagaan dari Institut Teknologi Tun Abdul Razak berkahwin dengan Zanifah Umar dan dikurniakan empat cahaya mata berusia antara empat hingga 11 tahun. Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya daripada BN, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada 20 Januari lalu akibat serangan jantung. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Sabtu ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian pada 6 Mac serentak dengan Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau, Pahang jika ada pertandingan. Sementara itu, Muhyiddin pada sidang akhbar selepas majlis itu berkata, Roslan merupakan calon pilihan paling tepat selepas pucuk pimpinan iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil kira latar belakang beliau itu.
 
[Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN menegaskan, pengalaman Roslan dalam bidang pentadbiran dan aktif dalam aktiviti kemasyarakatan merupakan antara faktor pemilihannya. Ditanya sama ada Roslan dipilih berdasarkan nama bapa dan bapa saudaranya, Muhyiddin menjelaskan, faktor personaliti menjadi keutamaan dalam menentukan calon BN pada pilihan raya kecil kali ini. "Saya tidak nafikan faktor itu, tetapi ia hanya sampingan. Yang kita pentingkan ialah peribadi dan keupayaan Roslan sendiri yang akan membawa kemenangan untuk BN," ujar beliau. Siapakah agaknya calon PAS yang akan bersaing dengan Roslan di pilihan raya kecil itu nanti agaknya. Apakah nama calon terbabit bakal menggerunkan UMNO BN pada kali ini. Apapun syabas dan tahniah kepada yang terpilih. Selamat berjuang kepada semua di sana!].
 
 
 
PDO
 
KERDAU, 22 Feb [6.20 pm] - Akhirnya, sah seperti yang dijangka oleh semua pihak bahawa Pembantu Khas Agama kepada Menteri Besar Pahang dan Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad (foto) diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau pada 6 Mac ini. Pengumuman tersebut dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bilik Gerakan BN di Kampung Sri Ketumbit, Kerdau dekat sini hari ini. Dengan pengumuman itu maka kini rakyat di kawasan terbabit tertunggu-tunggu siapakah calon BN yang bakal berentap di pilihan raya kecil itu nanti. Seperti yang kami dedahkan sebelum ini bahawa kemungkinan besar dua "Ibrahim" bakal bertemu mungkin akan menjadi kenyataan. Itu kiranya Pesuruhjaya PAS Pahang dan Naib Presiden PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dipilih sebagai calon. Namun, kini timbul pula desas-desus mengatakan bekas calon pilihanraya umum Parlimen Kuala Krau yang lalu, Ustaz Kamal Ashaari juga hangat diperkatakan.

[Apapun, siapa sahaja yang dipilih sebagai calon PAS ia dilihat lebih popular dari calon BN itu diperingkat pusat sebenarnya. Nama-nama seperti Dato' Tuan Ibrahim, Ustaz Kamal Ashaari atau Ustaz Nasharuddin Hassan Tantawi merupakan calon popular yang bakal menyaingi calon BN itu sebenarnya. Cuma bezanya sekarang ialah berapa banyak duit yang akan ditaburkan oleh BN dalam pilihan raya kecil ini bakal menjadi penentunya. Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob pasti bertungkus lumus mahu memastikan orang kanannya itu menang. Jika tidak sudah pasti beliau akan mendapat malu besar dengan berbagai isu yang terpalit kepada dirinya kini. Harapan besar untuk melihat perubahan pasti akan tercapai jika persaingan pilihan raya ini dijalankan secara sihat dan adil oleh pihak SPR. Namun, apakah ianya bakal menjadi kenyataan dengan berbagai kontroversi panas mutakhir ini].
 

__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment