Sunday, February 27, 2011

Re: RG09... Kenapa saya tidak mahu berpolitingkan mata

 

As salam,

jika kita memilih atau mengikut parti politik kerana manusia, memang kita akan kecewa dan mungkin juga akan tersilap. mungkin juga kita akan tersasar, dan mungkin juga kita akan terhina-dihina-menghina. itulah manusia, tiada yang sempurna kerana kesempurnaan itu hanya milik ALLAH.

namun, untuk lari darinya, kita memang silap. kerana politik itu sebahagian daripada hidup kita. ia juga sebahagian daripada Islam. paling tidakpun, kita perlu membuang undi nanti





--- On Sat, 2/26/11, uda ahmad <udaizah@yahoo.com> wrote:

From: uda ahmad <udaizah@yahoo.com>
Subject: Re: RG09... Kenapa saya tidak mahu berpolitingkan mata
To: respeks_group@yahoogroups.com
Date: Saturday, February 26, 2011, 8:30 PM

 

saudara,sebenarnya penghantaran saudara dlm email ni pun dah termasuk dlm kategori berpolitik.kita se agai rakyat malaysia yg merdeka kini tidak merasa betapa susahnya untuk mndptkan kemerdekaan.kena berperang bertempur dgan komunis@tentera jpun dll.bersengkang mata.pukul berapa mereka tidur.makan apa. dmana anak bini ibubapa ketika itu dll.waktu sekarang berprang dgan mindset melayu yg mudah lupa.hanya nampak n menilai n mengata kesilapan org sahaja. jika ada kebenaran buktikan.itu sudah menunjukkan usaha kita sebagai warganegara.bila kalah dlm pembuktian sesuatu.itu kelemahan yg kita miliki.sbgai hamba allah pula,serahkan sahaja padanya sebagaimana rasullulah saw dahulu.rasullulah tidak menghina,mengata dll bila rasullullah gagal dlm menyebarkan agama islam ketika itu.tidak pula menghasut mana mana pengikutnya. semuanya dkembalikan pd allah.maaf ya saudara. sya hanya menasihati agar sama sama kita jgan terlalu emosi tanpa muhasabah diri sendiri.jika
kia nampak kelemahan sesuatu pihak adakah kita telah menasihatinya.bukan terus menghasut dgn menyebarkan cerita cerita .jika itu sahaja sumbangan saudara,muhasabahlah diri kita dahulu.semoga sambutan maulidurrasul yg baru diraikan menjadi renungan bersama.maaf dminta jika ada bicara yg menyinggung saudara.terima kasih

On Fri Feb 25th, 2011 8:26 PM PST Azwan Muhamad wrote:

>Kenapa saya tidak mahu berpolitik
>Assalamualaikum WBT,
>
>Baru sekejap seorang rakan menghubungi saya dari Merlimau.
>Saya bertanya kepadanya "Eh, buat apa kau pergi Merlimau?"
>Dia menjawab "Kau ni elok dibuang dari Malaysia je. Apa yang terjadi kat
>Malaysia pun kau tak tau".
>Saya bertanya "Alamak. Apasal lak ko cakap macam tu? Ada apa kat sana tu?"
>Dia menjawab "Hari ni kan hari penamaan calon .... bla bla bla (dia terus
>membebel marahkan saya)".
>
>Hahahaha.. Sorry la bro. Serius lupa yang hari ni hari penamaan calon kat
>Merlimau pasal ada PRK. Bukan tak tau langsung. Tau... Tapi tak berapa nak ambil
>tau.
>
>Kenapa saya tak ambil tau?
>
>1) Sebab bukan di kawasan saya.
>2) Dah tentu saya tak layak mengundi
>3) Saya bukan jenis YES BOSS.
>
>2 sebab di atas clear. Tapi mesti ada yang tertanya-tanya sebab yang ke-3.
>
>Ada kawan bagitau nak jadi orang politik kena ada sikap YES BOSS..
>Maka akan kekal lama dalam politik dan boleh dapat jawatan yang besar.
>Bagi saya, jika pemimpin diatas saya buat silap dan perlu teguran takkan saya
>nak kata YES.
>Tapi inilah senario politik di Malaysia. Tak kira parti apa pun, pengikut
>fanatik parti politik A atau B
>yang saya nampak dari mata kasar saya akan sentiasa berkata YES pada pemimpin
>atasan mereka tak kira benda itu salah ataupun betul. Kalau betul memang patut
>la kita kata YES. Tapi kalau dah salah pun kata YES, memang bermasalah la bagi
>saya.
>
>Jadi, adalah lebih baik saya tumpukan diri saya untuk jaga hubungan saya dengan
>Allah, dengan ahli keluarga saya, dengan masyarakat di sekeliling saya dan
>tumpukan perhatian pada kerja yang saya lakukan. Mengharapkan kerja pada orang
>politik pun memang takkan kemana kerana rezeki bukan ditangan mereka.
>Ada juga rakan yang berpesan, berkawan dengan orang politik ni kena hati-hati.
>Kalau boleh jangan percaya sangat, sebab pagi dia kata A, petang dia akan kata
>B.
>
>Dan yang paling mendukacitakan tu, bila lihat seorang kawan yang terkena.
>Kehulur kehilir mengikut orang politik. Modal usah cakaplah. Masa lagi.
>Hasilnya? Nak tulis panjang-panjang pun tak guna. Jadi itulah sebabnya kenapa
>saya tidak mahu berpolitik. Yang saya tahu, saya akan jadi warganegara yang
>bertanggungjawab dengan tunaikan kewajipan saya masa mengundi nanti. Siapa yang
>saya akan undi? Rahsia.....
>http://azwandengkil.blogspot.com
>
>
>


__._,_.___
Recent Activity:
" Minuman para Anbia :  http://higoat-2009.blogspot.com/"

" Anda masih mencari jodoh? Lawati http://www.myjodoh.net"

" Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 :  http://maths-catch.com/exam"



Terima kasih kerana sudi bersama kami. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ReSpeKs Group, sila ke : http://respeks-group.blogspot.com

MARKETPLACE

Stay on top of your group activity without leaving the page you're on - Get the Yahoo! Toolbar now.


Get great advice about dogs and cats. Visit the Dog & Cat Answers Center.

.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment